warga asing di malaysia
sekarang kerajaan melalui media cetak dan elektronik sedang hangat memperkatakan berkaitan tenaga kerja asing yang terlalu di malaysia. pelbagai pendapat yang dikeluarkan oleh menteri2 dan orang2 besar serta orang2 awam berkaitan perkara ini.
tetapi yang nyata dan hakikat yang terpaksa diterima ialah negara malaysia terpaksa menerima kehadiran mereka. sekiranya mahu menyekat mereka, maka tidak akan siaplah beratus2 projek pembinaan bangunan. semuanya akan terbengkalai. ladang2 kelapa sawit tidak akan terpetik buahnya. kilang2 tidak akan mempu mengaluarkan hasilannya kerena tiada pekerja. ekonomi malaysia akan hancur berkecai.
ketika berada di terengganu, aku berbual dengan seorang pekerja ladang kelapa sawit yang dimiliki oleh TDM. menurutnya 99.9% pekerja ladang adalah warga indonesia. orang indonesia adalah suatu bangsa yang cukup kuat jasmaninya, amat rajin bekerja, tahan lasak dan berani. dalam sehari mereka mampu mengait (memetik) buah kelapa sawit tiga kali ganda daripada orang tempatan. walaupun memiliki badan yang sama dengan lain2 bangsa, tetapi kelebihan yang dimiliki oleh mereka membuatkan mereka tahan, dipercayai dan diharapkan untuk melekukan kerja2 berat tersebut. orang2 tempatan biasanya hanya bekerja sebagai mandur dan pegawai sahaja.
tujuan pendatang indonesia datang ke malaysia adalah untuk mencari kehidupan. dalam sebulan pendapatan kasar mereka lebih kurang RM1600. jumlah itu dikira cukup banyak dibandingkan dengan kerja di negara mereka. mereka akan menyimpan dan dihantar ke negara mereka untuk membantu keluarga di sana. setiap hari mereka akan mengasah pisau pengait supaya lebih tajam dan mampu untuk memotong dahan dan buah kelapa sawit dengan sekali atau dua kali potongan sahaja.
pernah juga orang pihak pengurusan ladang mengambil orang india dan bangledesh untuk bekerja di ladang kelapa sawit. tetapi ternyata mutu kerja mereka tidak sehebat dan serajin orang indonesia, bahkan juga suka menipu dan mencuri di samping pemalas dan mencuri tulang. bangsa2 indonesia yang bekerja di sektor perladangan adalah seperti bugis, lombok, madura dam minang.
begitu juga dengan sektor pembinaan bangunan dan perumahan. sekiranya tiada pendatang indonesia, pasti tidak akan siap rumah tersebut. siapakah yang sanggup berjemur di tengah panas setiap hari tanpa rehat? siapakah yang sanggup mengambil risiko memanjat bangunan tinggi bergadai nyawa, yang mana sekiranya terjatuh dan mati tidak akan dibayar sesen pun? jawapnya adalah orang indonesia. mereka adalah bangsa yang berani dan rajin. mereka juga mudah menyesuaikan diri dengan orang tempatan kerana ramai beragama islam dan bertutur dalam bahasa yang sampir sama.
sekiranya melihat kepada lain2 bangsa pendatang di indonesia, kita akan mendapati bangsa seperti bangledesh, nepal, myanmar dan lain2 lebih meminati bidang lain. pendatang bangledesh kelihatan lebih menyukai kerja2 yang ada kurang mengeluarkan peluh dan kelihatan agak 'smart'. mereka selalu bekerja di stesyen minyak, kedai makan dan kilang2. majoriti mereka juga dikatakan menyukai perempuan tempatan. bilangan orang bengledesh semakin ramai dari sehari ke sehari. jika dahulu mereka hanya berada di pantai barat melaysia seperti kuala lumpur, johor dan melaka, tetapi sekarang di stesyen minyak di pantai timur di terengganu juga sudah boleh dijumpai.
tindakan sebahagian daripada ahli politik malaysia yang terlalu menyalahkan mereka adalah tidak wajar. mungkin disebabkan segelintir dari mereka melakukan jenayah, tetapi sebagaian besar mereka adalah ikhlas datang merantau mencari rezeki ke malaysia. kadang2 kenyataan yang dikeluarkan oleh setengah pegawai tinggi bersikap sombong dan memandang hina kepada pendatang asing, khususnya dari Indonesia. mereka sepatutnya berfikir secara marang dan bijak, tentang pengorbanan keringat, air mata bahkan darah yang dicurahkan di bumi malaysia tercinta ini demi mendapat sesuap nasi!
setengah ahli politik yang mencadangkan hukuman yang lebih berat kepada pendatang tanpa izin seperti sebatan dua rotan juga perlu difikirkan kembali. sebahagian besar datang dengan niat baik untuk mencari rezeki. kesalahannya cuma tidak memiliki dokumen perjalanan sah. perlukah seseorang yang datang dengan niat yang baik, cuma kesalahan sekadar tidak memiliki dokumen perjalan disebat yang mengakibatkan wujudnya parut kekal seumur hidup di badannya? sebahagian dari merka menjadi mangsa penipuan ejen pekerja asing. sebilangan wanita pendatang indonesia juga tertipu dan terjebak ke lembah pelacuran.terdapat juga banyak kes melibatkan penderaan kepada pembantu rumah indonesia dan pihak berpakaian unifom seperti RELA ke atas pendatang indonesia.
hari ini malaysia adalah negara makmur dan tidak mustahil suatu hari nanti akan jatuh. tidak mustahil rakyat malaysia akan ke indonesia untuk mencari kerja.

sy rasa knyataan kamu mmbuatkan sy brasa sdar..
thanx..