wacana minda kehebatan Melayu Nusantara di Putrajaya
Sepanjang dua minggu lepas, terdapat 2 sessi ceramah yang diistilahkan sebagai 'wacana minda' diadakan di Putrajaya. perkataan 'wacana' adalah berasala daripada perkataan wawancara dan canai, iaitu untuk mengolah pemikiran terhadap pelbagai isu2 terkini dan penting.
Pada wacana minda pertama, pihak pengurusan menjemput Dr. Azmi Aziz dan wacana minda yang kedua Professor Dr. Yusof Osman. kedua2 penceramah adalah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Kupasan isu2 oleh kedua2 penceramah banyak diambil daripada bahan2 sejarah yang sebahagiannya cuba diperbetulkan kembali setelah ianya cuba disembunyikan dan diputarbelit oleh orang barat dan bekas penjajah.
Penceramah menyatakan negara Britain pernah dua kali hampir bangkrap. Sekali selepas perang dunia kedua dan diselamatkan hasil bumi Tanah Melayu. hasil Tanah Melayu yang ketika itu masih dijajah oleh mereka telah dipunggah dan diwa ke Britain dan untuk seketika Britain dapat bangkit kembali. kali kedua Britain telah diselamatkan oleh kekayaan negara Brunei Darussalam. walaupun begitu banyak 'jasa' Tanah Melayu kepada mereka, tetapi mereka tetap tidak tahu berterima kasih, bahkan masih lagi cuba mengacau dari jauh.
Sejarah kecemerlangan dan kegemilangan bangsa Melayu/Nusantara seolah2 dinafikan dan mahu ditutup untuk melemahkan semangat semangat umar Islam Nusantara.berapa banyak kitab2 lama yang dikarang sejak sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka talah 'hilang' diangkut dan diletakkan di perpustakaan mereka. banyak lagi yang dibakar supaya tidak tinggal kesan.
http://www.asreemoro.com/biografi.htm
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
Peta sejarah ummat Islam Nusantara cuba dikecilkan dan kononnya ummat Islam hanyalah penduduk semenanjung Tanah Malayu dan Indonesia sahaja, tetapi hakikatnya dunia Nusantara asalnya hampir semua penduduknya adalah Islam. di utara ummat Islam Burma menjalar ke bawah (Siam). Siam (Ayuthia) dahulunya dikatakan milik kerajaan Islam, tatapi kerana kalah perang kepada tentera buddha dari pergunungan Tibet, maka mereka telah menjadi ibu negara Thailand sampai sekarang. Kerajaan Islam bersambung pula dengan Champa di Indo China.
Di selatan daripada Pattani sampai ke Johor dan Temasek. Kemudian daripada Tanah 'Rencong' Acheh sampai ke Tanah Jawa terus ke sempadan New Zealand sekarang. Jonah Lomu pemain ragbi All Black yang terkenal itu juga berbangsa Melayu, walaupun suku yang berlainan. Kemudian naik lagi ke utara, Pulau Sulawesi dan Makasar berbangsa Bugis, Pulau Borneo yang sebahagiannya diperintah oleh Kerajaan Brunei dan kesultanan Sulu. maju lagi terus ke Pulu Luzon. dahulunya kerajaan Manila yang diperintah oleh Sultan2 Islam.
Seni dan teknologi membuat mariam yang besar2 sebenar sudah sekian lama dimiliki oleh bangsa kita. kerajaan pattani dahulunya adalah sebuah kerajaan yang amat kuat. mereka adalah pakar2 membuat mariam. dikatakan beberapa kerajaan lain membeli mariam dari pattani sekiranya berlaku peperangan. dikatakan suatu ketika dahulu terdapat dua pucuk mariam yang diletakkan diatas kubu pertahanan kota pattani. sebanyak lapan kali kerajaan thai dari utaramenyerang dan cuba mengusasai pattani tetapi gagal, kerana terdapat dua pucuk mariam besar tersebut. akhirnya usaha untuk mengalahkan pattani, maka kerajaan siam telah menghantar seorang perisiknya. perisiknya telah berpura2 masuk islam dan cuba mengetahui rahsia mariam tersebut. apabila tentera thai menyerang pattani seterusnya, maka dia bertindak mengalihkannya ke arah lain.
dalam serangan itulah hancurnya kerajaan pattani. berpuluh ribu rakyat pattani dirantai kaki, dikerahkan berjalan kaki ke thai untuk dijadikan hamba. dua pucuk mariam kebanggan pattani tersebut dinaikkan ke atas kapal dengan tujuan untuk di bawa ke thai. sepucuk daripada mariam tersebut terjatuh ke dalam laut. cuma sepucuk yang berjaya dibawa ke thai. sekarang mariam tersebut menjadi bahan pameran di muzium di thailand. kini pattani sesudah kalah perang, telah dirosakkan jati diri islamnya sukar untuk bangkit. thailand tidak akan melepaskannya dengan mudah melainkan dengan cara perang!
Begitulah hebat dan besarnya daerah Islam di Nusantara di suatu masa dahulu, tetapi setelah kalah perang, dipecah2 oleh penjajah dan cuba dihilangkan kesan2 sejarah mereka, maka semangat kehebatan silam makin pudar.
Suatu yang menarik, bahasa persuratan (rasmi) masa tersebut adalah Bahasa Melayu dan tulisan yang digunakan adalah tulisan Jawi. Bangsa Nusantara juga digelar sebagai Bani Jawi oleh pedagang2 Arab. dikatakan suatu ketika dahulu puasat kerajaan Sriwijaya menjadi tempat pertemuan bijak pandai seluruh nusantara untuk membincangkan isu2 penting di masa tersebut. Begitu banyak kitab2 dan warisan bangsa melayu dahulu dibakar dan ditenggeamkan ke dalam lautan apabila penjajah laknat menjajah nusantara. daripada bangsa portugis, belanda, sepanyol sehinggalah kepada inggeris, semuanya akan cuba mengikis sebanyak mungkin kesan2 keagongan Islam dan kehebatan bangsa melayu. mujurlah tentangan hebat daripada penduduk tempatan berjaya menghalau mereka pergi satu persatu.
sebenarnya bangsa eropah memiliki dendam yang amat mendalam kepada umat Islam. bangsa portugis dan sepanyol amat sukar melupai negara mereka yang pernah diduduki oleh umat Islam. dendam ini akan dibawa ke negara yang ada umat Islam. kalau perlu mereka akan melakukan seperti yang pernah dilakukan ketika mengusir umat Islam dari Andalus (sepanyol) dahulu. unat Islam habis dibunuh dan akan diwujudkan negara nasrani. itulah yang telah mereka lakukan di filipina! syukur indonesia dan semenanjung tanah melayu dan borneo dapat bertahan hasil penentangan gigih anak bangsa walau ribuan gugur ke bumi menjadi bunga bangsa.
kita sejak di sekolah rendah diajar tentang kekalahan empayar melayu melaka ke tangan bangsa portugis pada tahun 1511. begitu mudah empayah sebesar dan segagah itu telah tumbang, seolah2 tiada langsung perlawanan. buku2 rujukan sekolah hanya memberitahu bahawa sebab utama kekalahan kita ialah persenjataan yang tidak seimbang. kononnya bangsa kita hanya berjuang dengan keris, pedang dan lembing sahaja. diceritakan kononnya melaka tiada senjata mariam dan senjata api. betapa bebalnya orang melayu yang yang tidak mengenal mariam dan senjata api. ini antara tektik penjajah mahu meracuni bangsa melayu, kononnya lemah, tidak berpengetahuan dan bodoh.
persoalan yang timbol dan perlu dikaji amat banyak. adakah cara berperang masyarakat melayu zaman itu secara barbarian? kalau cara barbarian, bagaimana dapat mewujudkan empayar yang sekuat itu sehingga diakui oleh negara China dan dapat mengalahkan serangan Siam (Thai). berapa ramai tentera kerajaan melaka di masa tersebut? melaka adalah tanah naungan kerajaan Turki Uthmaniah diakui sebagai penguasa sebelah timur, juga bertindak sebagai penyebar agama Islam. dikatakan kerajaan turki ada mengirim bantuan, tetapi sayang dihancurkan di lautan sebelum sampai ke melaka!
terlalu banyak rahsia bekas kerajaan2 silam yang telah dan masih perlu dicari demi membuktikan bahawa ummat melayu nusantara adalah bangsa yang amat hebat di zaman silam. bangsa melayu adalah satu bangsa yang amat mahir dengan dunia pelayaran dan amat pandai bermain dengan lautan. bangsa melayu memiliki membuat kapal2 besar yang mampu belayar di lautan lepas. bangsa melayu cukup mahir dengan ilmu2 di lautan seperti rahsia penentuan utara, selatan, timur dan barat. begitu juga dengan rahsia2 tiupan angin.
Kini sebahagian anak2 Melayu seolah2 telah diracun bahawa yang lebih moden, lebih hebat, lebih bijak adalah orang Inggeris si bangsa penjajah. kononnya segala macam ilmu pengetahuan adalah berasal dari sana. dan kononnya kalau menguasai bahasa Inggeris menujukkan kebijaksanaan. Bahasa jawi makin kurang diketahui dan makin terpinggir .
