PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Feb 26, 2008 at 04:40 o\clock

sembang2 pilihanraya malaysia

by: zaris   Keywords: pilihanraya, malaysia

semakin hampir waktu mengundi, maka makin banyaklah kedengaran sana sini orang ramai bercerita berkenaan pilihanraya yang akan berlangsung. terlalu ramai yang mengutuk kerajaan barisan nasional dengan kepimpinan paklah dibandingkan dengan menyukainya. ramai yang suka membandingkan dengan mahathir dulu.

agak menarik bersembang dengan seorang ahli kumpulan tabligh. menurutnya kawasan putrajaya tidak perlulah diadakan undian. sepatutnya mestilah menjadi kawasan berkecuali. ini kerana ianya adalah tempat pentadbiran kerajaan malaysia, yang sepatutnya mengikut sahaja parti mana yang menang.

menurutnya calon yang mewakili kawasan tersebut adalah calon yang pengecut dan bacul. ini keranakawasan tersebut adalah kawasan yang majoritinya adalah melayu dan kakitangan kerajaan. sudah pasti parti barisan nasional yang akan menang! kalau benar2 berani bertandinglah di kawasan yang pengundinya daripada berbagai etnik dengan pekerjaan yang pelbagai. barulah dapat diketahui dengan jelas siapa yang benar2 dipilih rakyat.

manurutnya lagi, ketika zaman arwah dato syahir, dato' shahir telah memaksa kakitangan JAKIM supaya mengundi di kawasan putrajaya. suatu tindakan yang tidak patut. bersikap pengecut dan takutkan bayang2 sendiri. suatu tindakan yang memaksa orang bawahan menyokongnya. perbuatan gila dan tak bertamadun!

sebenarnya dia mempunyai pendapatnya sendiri berkaitan pilihanraya demokrasi cara malaysia.dia berpendapat cara demokrasi yang kononnya cara yang paling adil sebenarnya adalah kezaliman yang paling halus dan licik. di sinilah terjadinya puncak permusuhan sesama kaum muslimin. calon2 orang islam yang berlainan parti akan saling berkempen menonjolkan kononnya dirinya yang paling layak. semestinya dalam suasana ini akan berlaku kata2 tipu menipu, caci mencaci, umpat mengumpat dan lain2 sifat keji.

ramai orang islam terperangkap dengan demokrasi ciptaan barat ini. semakin lama sifat permusuhan semakin teruk dan berlaku pergaduhan dan memutuskan silaturrahim. masyarakat islam akan menjadi berpuak2 dan akan menaruh perasaan dendam terhadap lawan politiknya. apabila keputusan sudah diperolehi, maka pihak yang menang akan melepaskan dendamnya. modal yang berjuta2 dikeluarkan dulu akan ditagih semula.

ini amat jauh berbeza dengan politik islam yang diamalkan oleh ulama2 islam zaman silam. mereka tidak pernah mencalonkan diri sebagai ketua walaupun diri memang layak. ini kerana dia tahu betapa beratnya memegang amanah!

golongan tabligh sebenarnya lebih suka berada di masjid melakukan ibadat daripada terlibat dengan suasana pilihanraya yang amat banyak fitnahnya. mereka amat tidak menggemari suasana caci mencaci, umpat, cela, fitnah dan lain2. menurut mereka keadaan sekarang di malaysia semakin panas waktu dekatnya pilihanraya dengan langit agak kemerahan petanda Allah Taala memurkai hambanya yang sudah banyak terpesong dari jalannya. jadi untuk mengelakkan daripada terkena fitnah yang teruk ini, mereka lebih menyukai berada di masjid melakukan ibadat.

 


Comment this entry

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.