sedikit pendapat berkaitan masalah pelacuran di malaysia
negara malaysia sekarang ditimpa dengan berbagai2 musibah yang begitu mengaibkan penghuni Islamnya, khususnya bangsa Melayu yang merupakan penduduk tetapnya yang dimaklumi beragama Islam. akhir2 ini isu pelacuran dan jenayah seksual sama ada dari segi agama dan moral cukup merunsingkan. berbagai2 perbincangan dan forum dibuat untuk mencungkil sebab berlakunya dan cara penyelesaiannya seolah2 tidak mendatangkan hasil yang memuaskan hati semua pihak.
persoalan yang timbul ialah bolehkah seseorang perempuan muslim melakukan kerja melacurkan diri dengan alasan terpaksa? adakah suasana di malaysia ini seperti di somalia yang mana seseorang itu sukar sangat mencari kerja kerja dan makan sehingga mati kebuluran? adakah masalah pelacuran itu merupakan masalah individu tersebut yang mana orang lain tidak boleh mencampuri kerjaya pelacurannya? adakah seseorang itu tidak boleh menegah orang islam lain sekiranya didapati bercumbu di tempat terbuka kerana itu merupakan hak peribadinya?
semua itu merupakan persoalan yang mesti dirungkaikan satu persatu. ianya semua amat berkait rapat. mahu atau tidak mahu mesti diselesaikan walau sesusah mana sekali pun. kenapa? sebabnya ianya melibatkan anak2 generasi hadapan malaysia. ianya melibatkan maruah ummah islam yang kelihatan begitu dipandang hina oleh bangsa lain. perempuan2 islam dianggap sebagai barang yang mudah dieksploitasi semahu mahunya.
terdapat satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak IKIM berkenaan isu 'wanita2 islam melakukan pekerjaan haram (pelacuran). kenyataan yang dikeluarkan tersebut menyatakan bahawa isu tersebut merupakan masalah individu/pekerja tersebut. oleh itu pihak ianya terpulang kepada individu tersebut untuk mencari pekerjaan yang tidak menyimpang dengan ajaran Islam. ianya seolah2 merupakan satu isu yang tidak perlu dibincangkan kerana itu merupakan haknya sendiri dan orang lain tidak wajar menganggunya.
tidak diketahui dengan jelas kenapa pihak IKIM mengeluarkan kenyataan begitu. dikatakan pihak IKIM sebelum itu telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat isu2 tersebut dengan cara mancari data2 terkini. namun tugas penubuhan jawatankuasa penyiasat tersebut diarahkan supaya dihentikan.
aku telah bertanyakan beberapa ahli agama berkenaan kenyataan pihak IKIM tersebut. semua berpendapat kenyataan tersebut adalah tidak wajar. terdapat banyak sebab dan alasannya. pertamanya adalah pekerjaan haram (melacur) tersebut walau pun atas keinginannya sendiri, tetapi hakikatkan membahayakan orang lain. ertinya dia mengheret kaum lelaki untuk sama2 melakukan perbuatan haram iaitu perzinaan. dia (pelacur) merosakkan masyarakat dan sesebuah rumahtangga.
ada seorang tokoh agama menyatakan 'dibolehkan bekerja dengan cara melacurkan diri apabila terpaksa'. kenyataan tersebut amat merbahaya kepada masyarakat malaysia yang mempunyai pelbagai pemikiran. amat ramai ahli2 agama yang mempersoalkan kenyataan tersebut.sebagaiannya tidak bersetuju dan menganggap kenyataan itu lebih banyak memberikan kemudaratan kepada masyarakat.
mereka berpendapat di malaysia masih terlalu banyak peluang pekerjaan untuk mengalas perut dan anak2. masih belum ada lagi rakyat malaysia yang mati kebuluran kerana tidak cukup makan, sebaliknya yang banyak mati adalah kerana banyak makan sehingga mengalami obesiti. jadi alasan kerana terpaksa melacurkan diri kerana terdesak tidak boleh diterima sama sekali. ini kerana mana2 perempuan yang mempunyai pemikiran singkat akan menggunakan alasan ini untuk tujuan kemewahan, bukan untuk keperluas asas!
akhir2 ini makin banyak kedengaran tentang hak peribadi individu yang tidak boleh dicampuri oleh orang lain. hak2 ini menurut mereka termasuklah hak berpakaian dan melakukan kesalahan menurut adat timur seperti cara bercinta zaman sekarang. mereka berpendapat, orang lain tidak wajar mengganggu hidup mereka kerana mereka tidak mengganggu hidup orang lain. cara berpakaian mereka yang tanpa menutup aurat, sendat dan menjolok mata menurutnya adalah kehendaknya sendiri dan tiada kaitan dengan orang lain.
