salib di keningau
Aku mencuba untuk mencari kalau-kalau masih ada lagi kejadian seperti yang terjadi di Kudat beberapa hari lepas. Ini kerana aku telah mendengar daripada beberapa kawan-kawan aku bahawa sebelum ini telah berlaku kejadian yang hampir sama di keningau. Cuma yang membezakannya di keningau pokok kelapa adalah rendah dan tidak setinggi di Kudat.
Aku terjumpa dalam beberapa laman web berkaitan dengan kemunculan bayangan salib di sebuah kampung di Keningau. Terdapat banyak gambar yang disertakan untuk menjadukannya lebih menarik dan meungkin sebagai bukti bahawa ianya memang wujud. Terdapat juga ruangan untuk bersoal jawab.
http://beliahnct.blogsome.com/2007/06/10/miracle-at-keningau/
http://masboi.blogdrive.com/archive/8.html
Akan tetapi gambar yang dipaparkan tersebut hampir sama dengan yang di Kudat. Pada daun kelapa terdapat garisan yang menyerupai salib. Sekiranya diamati adalah secara kebetulan mungkin disebabkan oleh gigitan serangga semasa daun tersebut masih muda. Jadi bila membesar, maka ianya akan membentuk seperti jaluran yang selari. Bila dipadankan dengan warna pelepah muda yang keputihan, makin jelas menunjukkan berbentuk salib.
Melihat kepada gambar-gambar yang ada dalam laman web tersebut, ada beberapa keping yang menunjukkan beberapa penduduk yang memasang lilin di pangkal pokok kepala tersebut. Mungkin ini adalah kepercayaan yang terdapat pada ajaran agama mereka. Akan tetapi terdapat ramai juga yang memberi respon dengan mengatakan itu tidak boleh dijadikan bukti saintifik. ianya masih banyak boleh dipertikaikan sekiranya dikaji.
Aku juga mendapat satu lagi laman yang menunjukkan terdapat juga fenomena yang sama berlaku tidak lama dahulu di Palembang, Indonesia. Ianya juga menunjukkan pucuk kelapa yang mempunyai imej salib yang sama. Juga mengandungi beberapa gambar yang mana sekiranya diamati adalah benda biasa yang berlaku dengan semulajadi. Bukannya sesuatu yang aneh yang boleh menyokong hujah bahaya tuhan telah menunjukkan bahawa Kristian itu adalah agama yang benar!

ada sesiapa yang mengambil gambar terbaru daun kelapa tersebut. tolong upload di sini, dan buktikan kata-kata saya adalah SALAH. saya pasti sekarang ini ianya telah LENYAP seperti yang saya katakan.
saya belum ketemu lagi gambar terbaru daun kelapa tersebut. apa pun saya akan cuba carikannya dan siarkannya di sini
ya, sesuatu kejadian itu adalah menurut kehandaknya dan pasti ada hikmatnya. berfikr sesaat merenung kehebatan ciptaan Allah lebih baik daripada beribadat seribu tahun tanpa berfikir apa2. wallahuaklam..
kenapa selepas pokok kelapa tu kena tebang,salib yang ada kat daun kelapa tu lenyap? kalau daun tu kena serangan penyakit,mesti salib tu masih ada kat situ.kalau korang cakap tak betul, saya ada nampak salib tu....... kalau korang tak nampak salib tu,lebih baik jangan komen.Bukan agama yang menunjukkan kebenaran, tapi perbuatan korang.Kalau hanya agama yang benar tapi kelakuan tak baik, buat apa.so.... jangan cemburu, tapi korang patut bertobat.
mungkin itu adalah satu kebetulan..!
Al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini ialah satu konsep yang memerlukan bukti. Jika seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan jika ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu untuk membuktikan bahawa ia adalah benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar”. (Rujukan: http://www.islamicity.com/science/theamazingquran.shtml )
Untuk tujuan itu beliau telah mengkaji Islam dengan mengkaji al-Quran, Sahih Muslim dan 15 buku yang lain. Kajian terhadap Islam ini berterusan selama 2 tahun dan akhirnya persepsinya terhadap Islam telah berubah. Ketika itu barulah beliau menyedari betapa Islam merupakan agama yang amat memuliakan wanita. Pada tanggal 21 Mei 1977, beliau mengucap dua kalimah syahadah. Selepas memeluk Islam beliau berpakaian menutup aurat dan tindakan itu menyebabkan beliau kehilangan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran di Denver. Malah mahkamah memutuskan beliau dipisahkan daripada anak-anaknya disebabkan keislamannya. Akhirnya, dengan izin Allah, anak-anaknya, ibu bapanya dan bekas suaminya memeluk Islam… (Rujukan:
Apakah perbezaan yang besar antara agama Kristian Katolik dan Islam? Beliau menjawab, “Asas bagi agama Islam ialah Allah. Kesemua perkara adalah berpaksikan Allah… Ia tidak menjadikan, sebagai contoh, Nabi Isa sebagai paksi. Seperkara yang lain ialah, Islam merupakan satu agama yang komprehensif. Ia bukan satu agama yang menekankan ibadah pada hari-hari tertentu (contohnya hari Ahad) sahaja. Sebaliknya, Islam mengajar umatnya tentang cara untuk menyapa orang lain, adab-adab makan minum, adab-adab memasuki bilik, malah tentang setiap perkara.” (Rujukan: http://www.idristawfiq.com)
Estanislao Soria ialah seorang paderi Kristian dari mazhab Katolik (Roman Catholic) yang berasal dari Filipina. Beliau mendapat pendidikan dan memperoleh ijazah dari Xavier University dan Loyola School of Theology, Ateneo de Manila University. Ketika pemimpin Islam Moro, Nur Misuari, bercadang untuk menjadikan Mindanao sebuah negara Islam terpisah daripada Filipina, Estanislao Soria menentang cadangan itu. Beliau (yang lebih dikenali di Filipina sebagai ‘Father Stan’) berazam membuktikan penentangan beliau itu secara ilmiah. Justeru beliau telah membuat kajian yang mendalam dalam bidang sosiologi dan sejarah Filipina untuk membuktikan bahawa cadangan Nur Misuari adalah tidak berasas sama sekali. Di samping itu beliau berasa perlu untuk berdakwah kepada orang-orang Islam bertujuan untuk membawa mereka kepada Kristian. Untuk mencapai tujuan ini buku-buku tentang Islam telah beliau baca dan kaji.
Akhirnya sesuatu yang mengejutkan telah berlaku, iaitu, selepas beliau mengkaji Islam beliau menyedari bahawa Islamlah agama yang sebenarnya dan seterusnya memeluk agama Islam pada tahun 2001. Beliau mendapati banyak pandangan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh Kristian seperti Thomas Aquinas adalah berasaskan ajaran Islam. Beliau berkata, “Kajian saya menyedarkan saya bahawa tamadun Barat sebenarnya berkembang kesan daripada ajaran Islam… Saya juga menyedari bahawa Gospel mengikut Barnabas adalah lebih sahih (credible) jika dibandingkan dengan keempat-empat Gospel yang terdapat dalam Bible sekarang (iaitu Gospel mengikut Mark, Matthew, Luke dan John).” (Gospel mengikut Barnabas menceritakan dengan jelas tentang pengutusan nabi Muhammad selepas nabi Isa). (Rujukan: http://www.islamonline.net/english/Journey/2005/11/jour01.shtml)
jadi hendaklah kita bertaubat dan biarkan segala roh dan jiwa kita sentiasa bersama-Nya.
Bapa menurunkan Yesus ke dunia ni untuk menyelamatkan kita,dialah Juru-selamat kita.melepaskan kita dari segala dosa dan kesakitan.
Dan kepada sesiapa yg mempercayai-Nya,
sudah pasti keterangan yg bagai mentari akan menyinari kita walaupun kita digelapi.
Dan kita x tau,bila Yesus akan turun ke dunia..
Untuk memilih yg Baik untuk bersama-Nya..
Hadapilah kebenaran,
bukannya sekadar di Indonesia,
Sabah atau Sarawak..
Hampir keseluruhan Malaysia sudah menyaksikan..
Amen..
Hallelujah to Christ..