PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Jul 19, 2007 at 03:10 o\clock

salib 'cross' di puncak pokok kelapa

by: zaris   Keywords: salib

Selama hampir satu minggu seluruh daerah Kudat bising dengan kemunculan cahaya salib di puncak pokok kelapa. Ada yang menyatakan bayangan Virgin Mary sedang mendukung Jesus. Ada juga yang menyatakan melihat seperti bayangan mayat yang berbungkus kain kapan seperti hantu pocong

 

Untuk mempastikan adakah ianya cerita benar atau yang diada-adakan, petang pada 15 Jun 2007 aku bersama-sama Muamar pergi ke tempat tersebut. Berpuluh-puluh buah kereta diletakkan di tepi jalan berdekatan dengan lokasi tempat kejadian tersebut. Cukup susah hendak mencari ruang untuk meletak kereta. Tetapi mujurlah secara kebetulan sebuah kereta keluar. Terus aku membelok dan mengambil tempat tersebut.

  

Dari dalam kereta lagi aku melihat puncak kelapa tersebut. Tiada apa-apa keanehan yang kelihatan. Aku bertanyakan Muamar sama ada dia ada melihat apa-apa. Ternyata dia pun tidak dapat melihat apa-apa yang pelik. Ketika mahu membelok dan meletakkan kereta, kami disapa oleh seorang pekerja pembersihan PLD yang kebetulan berada di tempat tersebut. Dengan mesra dia mengajak untuk sama-sama melihat kejadian aneh tersebut.

 

Untuk mempastikan sama ada terdapat sudut tertentu yang mungkin dapat melihat objek tersebut, kami mengambil keputusan untuk keluar dari kereta. Berdiri di luar kereta pemandangan lebih terang dan terbuka. Kelihatan pokok kelapa yang berketinggian lebih kurang 20 kaki dari tanah. Di puncak pokok kelapa tersebutlah kononnya terdapat bayangan tersebut. Berdekatan dengan pokok kelapa tersebut adalah kawasan sawah.

 

Ketika aku dan Muamar mendongak melihat puncak kelapa tersebut, tiba-tiba pekerja pembersihan tadi menyapa dari belakang. Kelihatannya cukup bersemangat dengan membawa teropong dan sekeping gambar yang kononnya telah dirakam kelmarin. Katanya dia membeli gambar tersebut dari sebuah kedai gambar di Pekan Kudat.

 

Pada gambar tersebut terdapat bayangan samat-samar salib di puncak pokok kelapa. Ia telah di menggunakan jarak dekat (zoom). Aku lantas meminta teropong tersebut untuk mengetahui sama ada adakan dapat dilihat dari jarak yang lebih dekat. Ternyata tidak ada apa-apa yang kelihatan, melainkan daun kelapa yang sesekali ditiup angin lembut.

Beberapa lelaki yang berdekatan di situ juga meminjam teropong tersebut. Tetapi ternyata mereka juga tidak melihat apa-apa. Sad

 

Kemudiannya aku menyapa seorang gadis Rungus, bertanyakan dimanakah tempat yang dapat melihat objek tersebut. Dia menyatakan di berdekatan dengan sebuah pondok di pinggir sawah. Kelihatan begitu ramai orang di sana, mungkin dapat dilihat dari arah sana. Tanpa berlengah kami terus menuju ke tempat tersebut.

 

Rupa-rupanya keadaannya sama sahaja. Tidak kelihatan apa-apa objek aneh seperti yang dicakapkan oleh gadis tadi. Aku beberapa kali meminjam kamera digital telefon bimbit orang-orang di sebelah menyebelah, namun ternyata tiada apa-apa yang kelihatan. Tetapi sesuatu yang agak aneh ialah pada telefon bimbit seorang remaja lelaki yang dirakam jelas terdapat imej salib. Dengan bangga menunjukkan pada aku kecanggihan bimbit jenis nokianya. Beberapa telefom bimbit jenis nokia juga dapat merakam bayangan salib tersebut. Tetapi jenis lain langsung tidak kelihatan.

 

Kami yang masih belum berpuas hati terus berjalan menuju kearas pokok kelapa tersebut. Sesekali kami berhenti dan mendongak untuk melihat dengan lebih jelas. Kami terus berjalan sampai ke pangkal pokok kelapa. Kami mendongak untuk melihat apa-apa yang pelik, tetapi ternyata tidak ada.

 

Kerana jam sudah menunjukkan jam 6.30 petang dan sudah masuk waktu maghrib, kami mengambil keputusan untuk menuju ke kereta dan pelang untuk solat Maghrib. Aku berpendapat tidak ada gunanya menghabiskan masa tanpa solat Maghrib. Langsung tak berbaloi berasak-asak dengan orang Kristian yang fanatik agamanya semata-semata untuk melihat sesuatu yang kurang jelas.


Log in to comment:

Attention: many blogigo features are only available to registered users. Register now without any obligations and get your free weblog!