PAHIT MANIS KEHIDUPAN
<language>en</language>
<sy:updatePeriod>daily</sy:updatePeriod>
<sy:updateFrequency>1</sy:updateFrequency>
petua orang asli merawat penyakit cacar  air
secara kebetulan, kawanku itu bekerja secara langsung dengan jabatan orang asli. dia bekerja keluar masuk hutan setiap hari menjaga kebajikan orang asli, di samping berdakwah secara langsung mengajak kepada agama Islam. oleh itu dia boleh dikatakan rapat berdamping dengan orang asli sedikit sebanyak mengetahui bahasa pertuturan orang asli. 
apabila dia terkena penyakit cacar air, dia tanpa menghiraukan penyakit tersebut terus juga meredah hutan memasuki kampung orang asli untuk melakukan tugasnya. baginya itu hanyalah masalah kecil. walaupun doktor memberinya cuti selama seminggu, namun dia...</description>
Email dari saudara negara tetangga - tragedi pembunuhan ke atas pejuang di Bali
    Ini adalah email yang didapati/dikirim oleh saudara seIslam dari negara tetangga berhubungan dengan hukuman tembak keatas pengebom bali tempohari:   
Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya Kantor Berita Islam    Muslimdaily.net    mendapat ijin dari pihak keluarga, yang diwakili oleh Bp. Ali Fauzi, untuk mempublikasikan photo dua mujahid Bali yakni Amrozi dan Ust. Mukhlas. Bp Ali Fauzi berpesan agar photo ini disebarluaskan untuk memberikan bukti nyata atas misteri dan polemik yang terjadi ke atas Mujahid Bali, terutama Syuhada Tenggulun, terkait status mereka, apakah mati syahid atau tidak. Disamping itu memberikan hikmah nyata kepada seluruh kaum Muslimin bahwa...</description>
anak
di Universiti Kebangsaan Malaysia, aku terjumpa dengan seorang kawan lama, walau pun bukan lama sangat tidak bertemu, lebih kurang dua tahun sahaja. tetapi seperti biasa, pertemuan yang jarang2 berlaku pasti akan bertanyakan khabar terbaru, keadaan keluarga, anak2 dan kerjaya sekarang.
sebenarnya kawanku ini seorang yang bercakap lepas dan tidak memikirkan apa kesannya apabila dia bercakap sesuatu perkara. beberapa kawanku beberapa kali menaihatinya supaya berhati2 apabila berkata2, namun mungkin itu merupakan perangainya yang sukar untuk diubah tanpa mempedulikan siapa lawan cakapnya.
sedikit nasihat kehidupan
 Nasihat Kehidupan      
   1. KETIKA MENCARI CALON      
    Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita 
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.   
      2. KETIKA MELAMAR      
    Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, 
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.   
      3. KETIKA AKAD NIKAH      
    Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, 
tetapi menikah di hadapan Allah      
     4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN      
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf      
      5. KETIKA MALAM PERTAMA      
    Bersyukur dan bersabarlah. 
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.   
      6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA      
    Sedarilah bahawa jalan yang...</description>
ribuan burung layang-layang di gambang
ketika pulang ke kuala lumpur selepas berhari raya  di terengganu selama semingu, kami telah melalui lebuh raya pantai timur. terdapat satu kejadian yang belum pernah aku lihat dan alami selama ini, iaitu beribu2 burung layang berterbangan di udara ketika singgah di RnR gambang. Beberapa buah kereta yang berhenti rehat di RnR di situ juga kelihatan agak kagum dengan kejadian tersebut. masing2 tidak putus2 mendongak kepala melihat suasana itu.
kawan pada adikku mencuba untuk merakam kejadian tersebut dengan kamera telefon bimbitnya.akan tetapi mungkin disebabkan keadaan hari yang hampir maghrib dan agak gelap, gambar tersebut tidak menjadi.
  sebelum itu aku pernah mengalami kejadian yang hampir sama, tetapi yang banyak ialah rama2 beribu2 jumlahnya. rama2 itu berwarna hitam. 
sebenarnya lebuh raya pantai timur adalah lebuhraya yang dibina merentasi kawasan hutan pahang. seperti yang dimaklumi oleh kebanyakan orang, kawasan hutan tebal mempunyai banyak misteri yang belum...</description>
kesilapan seseorang pemimpin
Bila disebut pemimpin atau ketua, sama ada memimpin sesuatu organisasi, sesuatu kawasan bah sesuatu negara, maka kebijaksanaan adalah perkara yang amat perlu. kebijaksanaan ini perlu disesuaikan mengikut tempat dan situasi semasa. karisma dan kewibawaan seseorang ketua akan teruji apabila berhadapan dengan sesuatu masalah yang memerlukan kecekapan mengambil tindakan dan keberanian menghadapi risiko di atas tindakan yang diambilnya. 
ramai orang bercakap berkaitan dengan sifat pemimpin yang hebat dan bijak. hatta ketua jabatan kerajaan dan pegawainya sering memberikan ceramah dan membentangkan kertas kerja berkaitan perkara ini. akan tetapi kadang2 si pembentang kertas kerja sendiri amat ketara kelemahannya dalam mentadbir organisasi dan jabatannya. 
aku sendiri pernah berkhidmat dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta di beberapa tempat dan beberapa negeri telah menjumpai bermacam2 jenis ketua. ada antaranya ternyata hebat. hebat pada pertuturannya, psikologinya berhadapan dengan...</description>
sembang2 solat tarawih
Apabila tibanya bulan Ramadhan, maka orang Islam akan mengunjungi surau2 dan masjid berdekatan untuk bersolat tarawih di waktu malam. ini mewujudkan suasana yang agak meriah di mana masyarakat muslimin di sesuatu kawasan beramai2 sama ada lelaki atau perempuan, tua atau muda, bahkan akanak2 ke masjid atau surau untuk solat bersama2. apabila habis tarawih, maka akan ada pulak jamuan ringan atau moreh yang disediakan untuk jemaah. 
kadang2 aku sendiri kurang faham dengan cara sembahyang tarawih, terutamanya berkaitan dengan bilangan rakaatnya. yang biasa dibuat di kampung ialah 20 rakaat, dan ditambah dengan witir sebanyak tiga rakaat. ada juga sesetengah surau yang hanya membuat lapan sahaja dengan ditambah tiga rakaat witir. 
aku pernah solat di gemencheh dan sesuatu yang baru bagiku apabila surau di situ membuat solat tarawih sebanyak 10 rakaat. bacaan tasbih yang dibaca oleh bilal dan jamaah antara solat pula adalah berlainan daripada yang biasa. aku melihat di dinding depan bahagian...</description>
kenangan di penjara kajang 19
apakah kalian meminati dunia muzik dan perfileman tanah air? kalau kalian minat tentu kalian mengenali artis2 malaysia yang sesetengahnya agak masyur dan apabila disebut namanya pasti dikenali ramai. sebahagian daripada artis itu amat diminati oleh peminat fanatiknya, walau pun tidah diketahui bagaimana perangai sebenar artis tersebut dibelakangnya. sesetengah bahkan sebahagian besar artis malaysia amat teruk akhlaknya seperti menghisap dadah, minum arak, bertukar2 pasangan seks dan terlibat dengan kongsi gelap. 
penjara kajang, bahkan lain2 penjara di malaysia sebenarnya menyimpan banyak kisah suka duka artis malaysia yang pernah mendiaminya gara2 terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang2 negara. bahkan ada juga setengah artis yang mana dalam lakonan selalu memegang watak ustaz dan tuan guru yang alim, tetapi hakikatnya adalah kaki perempuan dan tidak berpuasa di bulan ramadhan! 
sekiranya kakitangan penjara bersembang dengan banduan2 yang terlibat dengan dadah, dan ditanya tentang...</description>
kenangan di penjara kajang 18
di penjara kajang ada satu blok yang menempatkan banduan yang memang disahkan sebagai pengidap HIV positif. dulunya blok itu diberi nama blok harapan. akan tetapi namanya ditukar kepada blok tawakkal. mungkin penukaran nama itu difikirkan lebih munasabah dan lebih oleh pihak pentadbiran penjara kajang. aku tidak pasti sama ada nama itu masih kekal atau pun sudah ditukar kepada nama lain. jumlahnya lebih kurang 300 orang daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa. 
keadaan blok ini amat bersih. banduan HIV amat mementingkan kebersihan. bahagian koridor dalam blok yang menempatkan sel2 lokap sentiasa disapu bersih dan amat selesa. begitu juga dengan bahagian tepi2 blok yang ditanam dengan bungaan dan lain2 tanaman hiasan untuk mengindahkan suasana. keadaan fizikal banduan HIV jika dilihat dari mata kasar kelihatannya sihat dan tidak mempunyai masalah melakukan aktiviti seperti lain2 banduan. apabila hari sukan banduan, mereka juga turut sama menyertainya. mereka juga mewujudkan pasukan bolasepak...</description>
Rahsia di sebalik nama
Aku mengenali seorang Muallaf dari ulu pedoh, dalam kawasan gombak. 2-3 kali kami menim bersama dan bersembang bersembang mengenai isu semasa dan dari hal keagamaan. dia memilih nama Islam sebagai Hamzah, mungkin kerana mengagumi keadaan bapa saudara nabi Muhammad SAW yang hebat dan bersemangat kental. menurutnya, sudah hampir lapan tahun dia memeluk agama Islam kerana kagum dengan kemurnian ajarannya.
banyak benda menarik yang mungkin baru bagiku yang diucapkan oleh Hamzah. antaranya adalah tentang nama2 yang sesetengahnya amat berhubungan rapat dengan pegangan aqidah dalam sesuatu agama. dia menyatakan orang india yang majoritinya beragama hindu di malaysia sebenarnya mempunyai nama2 berunsur ketuhanan dan kedewaan dalam agamanya. dewa dalam agama hindu yang amat banyak dengan nama yang pelbagai akan diberikan kepada anak2 yang baru lahir untuk mengukuhkan aqidah mereka.
dia menyatakan bahawa nama dewa hindu amat berkait rapat dengan patung serta berhala yang terdapat dalam agama hindu....</description>
kenangan di Penjara Kajang 17
sambungan... 
di dalam penjara kajang juga terdapat kilang roti. semua roti yang dijadikan sarapan pagi oleh banduan dimasak dan diproses di sini. sebanarnya sarapan pagi bagi banduan di penjara kajang adalah roti dengan air tea atau milo serta kopi. setiap seorang akan diberikan dengan sebuku roti yang sebesar lebih besar sedikit dari segenggam. roti itu agak keras dan apabila dicicah dengan air tea panas ia akan lembut. itulah sarapan pagi banduan sejak dahulu. mahu tidak mahu banduan terpaksa memakannya sebagai alas perut sekiranya tidak mahu berlapar. 
untuk mengambil makanan sarapan pagi, banduan ini akan beratur, mengambil seketul roti dan air minuman pagi akan diisi di dalam kole masing2, mana2 banduan yang kehilangan kole terpaksa meminjam kole dengan kawan2 banduan lain. roti yang diberikan kepada banduan ini sudah siap dipotong di dapur. 
bekalan tepung hampir setiap hari keluar masuk ke dalam stor untuk menghantar bekalan bahan mentah untuk membuat roti tersebut. begitu...</description>
kenangan di Penjara Kajang 16
sambungan dari yang lepas... 
setengah banduan pula rutin hariannya adalah berkebun sayur. mereka selalunya menanam sayur jenis daun seperti bayam, sawi dan kadang2 kobis. tempat tanaman biasanya di tepi2 blok penginapan mereka, di tepi2 jalan masuk dan ada juga sedikit kawasan kosong yang diarahkan untuk menanam sayur dari semasa ke semasa. setiap hari mereka akan melakukan kerja ini dari menanam benih, menggembur, menjaganya sehinggalah memungut hasilnya. 
hasil tanaman sayur yang ditanam oleh benduan hanyalah untuk kegunaan dalaman penjara sahaja. ada setengah pegawai penjara membeli sayur tersebut dengan harga murah, iaitu seikat yang boleh dikira banyak dengan harga seringgit. duit itu akan disurahkan kepada pegawai penjara yang menjaga banduan penanam sayur tadi. duit itu akan dimasukkan oleh pegawai tersebut ke dalam tabung kebajikan penjara. 
ada juga banduan setiap hari bekerja menanam bunga, menjaganya dan memastikan sentiasa cantik dan rapi. bungaan ini ditanam untuk...</description>
kejadian kelarian banduan di penjara kajang
lebih kurang seminggu yang lepas, terdapat dalam akhbar kejadian dua orang banduan/tahanan yang cuba melarikan dari penjara. ramai yang bertanyakan aku tentang hal tersebut walau pun sudah lama aku meninggalkan kerjaya sebagai pegawai penjara. ada yang mempersoalkan tahap pengawalan yang longgar, keselamatan orang2 di sekitar kawasan penjara dan ada juga yang tanpa usul periksa membuat teori wujudnya orang dalam yang memberi jalan kepada terlepasnya banduan tersebut. 
aku tidak mengetahui kisah yang sebenarnya. cuma berdasarkan kepada cerita2 yang keluar daripada kawan2 yang sedang berkhidmat di penjara kajang, aku seolah2 dapat melihat peluangnya melarikan diri kerana kecuaian seorang warden dalam menjalankan tugas. mengikut sumber mereka, warden itu merupakan warden yang masih kurang berpengalaman dan mengambil mudah tugasannya menjaga dan mengunci pintu! 
banduan yang cuba meloloskan diri adalah banduan muda atau pun juvana. banduan ini bukan dikategorikan sebagai banduan biasa/dewasa...</description>
kenangan di penjara kajang 15
apa aktiviti harian banduan/tahanan dalam penjara? agak ramai yang bertanya kerana inginkan kepastian yang lebih lanjut. banyak egensi kerajaan dan ngo yang semakin kerap akhir2 ini mengadakan lawatan ke penjara untuk melihat keadaan banduan/tahanan dalam penjara. akan tetapi kehadiran orang awam yang datang melihat sebenarnya sudah diketahui oleh pegwai penjara dan semestinya mereka akan menunjukkan kepada orang awam sesuatu yang baik dipandang sahaja. inilah yang dikatakan wayang. 
banduan/tahanan akan bekerja atau melakukan aktiviti mengikut kemahiran dan minat yang bersesuaian dengan peraturan dalam penjara. namun begitu, ianya bergantung juga kepada jenis kesalahan dan bentuk hukuman yang dikenakan. ini bertujuan untuk memudahkan pemantauan dilakukan kepada banduan2 yang dianggap merbahaya dan berpotensi untuk menimbulkan kekecohan. banduan yang dihukum penjara seumur hayat iaitu mesti menghabiskan hayatnya dalam penjara tidak akan dibenarkan untuk bekerja bersama2 banduan lain sesuaka hati....</description>
hidup seorang wanita yang penuh dengan kesedihan 3
sambungan... 
setelah beberapa lama berubat dan berikhtiar, dengan kuasa Allah penyakit aida sedikit sembuh walau pun bukan sepenuhnya. badannya menjadi semakin berisi dan sihat. pernah sekali aku berjumpa dengannya di sebuah pekan berhampiran dengan seorang kawannya dan aku hampir tidak dapat mengenalinya. nasib baik kawannya menegurku. aku lihat keadaannya tidak seperti dahulu yang periang dan ceria. dia kelihatan malas hendak bercakap, kelihatan murung dan dan air mukanya seolah2 menyembunyikan sesuatu yang berat. mungkin juga dia segan kepada aku yang mengetahui kisah keperitan hidupnya! 
sejak disahkan penceraian dengan amin, aida semakin kerap keluar ke pekan. apabila hari minggu bersama dengan rakan baiknya dia selalu keluar. mungkin untuk menghilangkan rasa bosan dan kebosanan kerana bersendirian. keluarganya seolah2 memahami keadaannya yang bosan dan sunyi tidak lagi menghalangnya ke pekan dan bandar. agaknya keluarganya menganggap aida sudah ada sedikit pengalaman hidup dan sudah...</description>
hidup seorang wanita yang penuh dengan kesedihan 2
sambungan... 
di kem tersebut, keluarga aida telah berjumpa dengan ketua tentera di sana. mereka mengharapkan agar ketua itu memberi sokongan supaya pasangan amin dan aida bercerai secepat mungkin. mereka tidak sanggup lagi kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan berlarutan terus terjadi kepada anak kesayangan mereka. semua peristiwa mereka ceritakan dari a-z dengan harapan agar ketua tentera itu menyokong mereka. 
pasangan amin dan aida kemudiannya dipanggil ke dalam sebuah bilik untuk membincangkan masalah yang dihadapi mereka. agak lama mereka berbincang dengan melibatkan semua segi. sementara itu, di luar keluarga aida menunggu dengan penuh harapan agar ketua tentera itu menyokong supaya pasangan itu bercerai. 
akan tetapi meraka amat terkejut apabila ketua tentera itu keluar dari bilik itu sambil tersenyum dan masalah itu sebenarnya adalah senang dan sudah di selesaikan. dia memberitahu masalah itu sebenarnya berpunca daripada sikap buruk amin yang tidak menjalankan...</description>
hidup seorang wanita yang penuh dengan kesedihan 1
minggu lepas aku pulang ke kampung kelahiranku. aku berbual dengan makku dan bertanyakan khabar jiran tetanggaku. banyak kejadian2 terbaru yang berlaku walaupun hanya 5 bulan aku tidak pulang. antara berita yang menyentak perasaanku dan membuatkan aku cukup terkejut ialah seorang ahli keluargi jiranku telah kembali ke Rahmatullah. rupa2nya dia telah meninggal dunia hujung tahun 2007, tapi kenapa aku lambat mendapat berita kematiannya. apapun diucapkan Al Fatihah di atas pemergiannya dan semoga ruhnya dicucuri Allah SWT. 
tujuan aku menulis kisahnya kerana aku merasa amat terkesan dengan kehidupannya dahulu semasa dia masih hidup. kehidupannya selepas perkahwinan dipenuhi dengan kesakitan yang amat perit. orang lain hanya sekadar mampu melihat dengan simpati. namun sebagai manusia kita mesti bersangka baik pada Allah Taala kerana pasti ada hikmahnya pada setiap yang berlaku. 
wasiat terakhir nabi Muhammad SAW
   Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.    
  Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.    
  Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas...</description>
kenangan di penjara kajang 14
mungkin kalian biasa melihat seseorang banduan yang bergari tanganya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. banduan atau tahanan ini dibawa ke sesebuah hospital apabila mendapat arahan dari pihak atasan untuk merawat sesuatu penyakit yang tidak ada kemudahan merawatnya di klinik dalam penjara kajang. 
banduan yang mempunyai kesalahan biasa akan dibawa ke hospital akan di kawal oleh dua orang pegawai. seorang adalah wader biasa dan seorang lagi berpangkat kopral. mereka akan dibekalkan dengan sepucuk pistol yang disediakan peluru. pistol itu hanyalah sekadar persediaan sekiranya berlaku apa2 kejadian yang tidak diingini. ianya hanya digunakan hanya apabila keadaan terdesak sahaja.bagi banduan yang mempunyai kesalahan berat seperti hukuman seumur hidup dan hukuman mati, pengiringnya mestilah pegawai yang lebih tinggi, iaitu inspektor atau lebih tinggi  
ada seorang pegawai penjara yang ada sedikit bermasalah telah ditugaskan untuk menghantar seorang banduan ke hospital. di hospital,...</description>
majlis tahlil di kg tigaman, kota marudu
aku diajak oleh seorang kawanku menghadiri satu majlis tahlil dan kenduri arwah di sebuh kampung di kawasan kota marudu. nama kampung tersebut adalah kampung tigaman. kampung tigaman adalah sebuah kampung yang berada di kawasan kota marudu. ianya adalah kampung yang dihuni oleh suku kaum bajau yang berasal dari tuaran. bahasa pertuturan mereka adalah bajau tuaran. 
suku kaum bajau adalah masyarakat islam yang berpegang teguh dengan ajaran islam. akan tetapi terdapat sedikit sebanyak kelainan apabila mereka membuat majlis perkahwinan dan apabila menghadapi sesuatu kematian. sebenarnya kalau diikutkan, itu bukanlah perkara yang pelik. ini kerana boleh dikatakan setiap suku bangsa di asia tenggara mempunyai cara2 yang sedikit sebanyak berbeza apabila melakukan sesuatu upacara keagamaan. 
aku bersama kenalanku pergi ke sana pada petang itu, lebih kurang jam 3.00 petang. kenalanku berbangsa ubian yang tinggal memang berasal dari kampung di pesisiran pantai kudat. mengikut istilahnya, kalau...</description>