penting untuk diketahui
Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda
daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan
memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika
no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321.
Mesin ATM akan mengenalpast i nombor tersebut adalah nombor yg
diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan
kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai
seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera
akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah
disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang
diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg
seumpama ini.
memakan sayur mentimun secara mentah dipercayai berpotensi mengakibatkan penyakit sejuk, iaitu kekerapan membuang air kecil. petua untuk mengelakkan daripada terkena penyakit sejuk ialah dengan tidak membuang/mengupas kulitnya. sebaliknya dimakan dengan kulutnya sekaligus. begitu juga jika memakan buah cuku, dipercayai berpotensi untuk mendatangkan penyakit sejuk. caranya sama sahaja, iaitu memakan dengan kulitnya. kulit ciku perlu dicuci dan dikikis butiran2 kasar di kulitnya. seterusnya dipotong dan dimakan. sekiranya banyak makan buah rambai, jangan buang 'pulur'nya, iaitu bahagian tengah yang memisahkan ulas2 rambai, makan pulurnya bersama2 isi rambai tersebut. selamat mencuba..
sekiranya kalian terasa pedih2 dan kadang2 sengal2 dalam dada kalian, kalian cuba amalkan tidur sekejap di siang hari selepas solat zohor, tetapi selepas sejam makan tengahari. makan pula janganlah terlalu banyak kerana melambatkan penghadaman. ini adalah sunnah nabi SAW. tidurnya pula bukan terlalu lama, lebih kurang setengah jam-satu jam, atau lebih sedikit. masa tengahari adalah masa rehat sekejap untuk badan, begitu juga dengan jantung. apabila bangun dari tidur di waktu pagi, jangan terus bangun. sebaliknya baring dulu dua minit sebelum bangkit.
JANGAN KETUK NANTI TERBAKARKalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya....
Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran/larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.
Tapi awas . Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark'). Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi .
Dinasihatkan: Jangan ketuk , tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan minyak telah berhenti mengalir.
