PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Apr 16, 2008 at 02:22 o\clock

penemuan terbaru mengenai keajaiban air

by: zaris   Keywords: keajaiban, air

ketika aku mendengar satu ceramah agama di surau di taman kajang utama, terdapat satu penemuan terkini di jepun yang berkaitan dengan air. saintis2 di jepun setelah melakukan kajian demi kajian telah menjumpai satu hasil yang cukup ajaib, iaitu air sebenarnya terpengaruh oleh bunyi2 di persekitarannya. bunyi yang pelbagai seperti bunyi lagu muzik rock, muzik sentimental, suara orang bergaduh sehinggalah bunyi bacaan ayat Al-Qur'an akan mempengaruhi sifat air berhampiran.

melalui kajian itu, saintis jepun meletakan air biasa dalam bekas khas. kemudiannya disebutkan perkataan yang baik seperti kedamaian, kebahagiaan, kesejahteraan dan lain2 lagi. mereka mendapati molekul2 air berbentuk cantik dan seronok dipandang. seterusnya disebut perkataan yang mengandungi pengertian yang kurang bagus seperti syaitan, peperangan, maksiat dan lain2, maka molekul air tersebut berubah menjadi tidak menyenangkan dan huduh serta buruk.

seterusnya ujian selanjut dilakukan dengan mengalunkan bunyian2 yang mendamaikan jiwa seperti muzik2 lambut, maka molekul air tersebut juga berubah menjadi menyenangkan pada penglihatan. apabila dipasang muzik keras seperti rock, maka sifat air tersebut juga berubah seolah2 kusut dan serabut. kemudian saintis jepun cuba mamainkan ayat2 Al-Qur'an, ternyata bentuk molekul yang terhasil amat cantik dan cukup mendamaikan hati sesiapa sahaja yang melihatnya!

seterusnya ustaz tersebut menyebutkan tentang banyak ayat2 dalam Al-Qur'an yang berkaitan dengan air. tentang kejadian makhluk daripada air, tentang unsur yang banyak dalam badan manusia daripada air dan cecair. untaz tersebut menghubungkan sekiranya kita membaca Al-Qur'an, maka air2 yang berada dalam badan secara langsung akan terpengaruh oleh bacaan Al-Qur'an tadi. seterusnya jiwa akan tenang kerana kesan air dalam badan yang tenang dan tidak berserabut.

melalui penemuan tersebut juga bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW berkaitan seseorang yang sedang marah supaya dianjurkan mencari air membasih mukanya, seterusnya mengambil wudhuk dan bersolat. darah/cecair yang mendidih dalam tubuhnya akan dapat ditenangkan/dinormalkan dengan menggunakan air. dan air itu dapat dipengaruhi supaya tenang dengan membaca ayat2 Al-Qur'an.

dalam kuliah tersebut ustaz itu sekali lgi menghubungkan penemuan terbaru itu dengan penggunaaan air yang dibacakan dengan ayat2 Al-Qur'an dan Doa dengan tujuan untuk mengubati pesakit. ini kerana terdapat kata2 individu yang seolah2 seperti memerli golongan ustaz2 dan pengamal perubatan dengan cara air jampi dan doa' dalam mengubat. mereka beranggapan cara sedemikian adalah tidak berkesan dan merupakan penipuan semata2. melalui penamuan ini, terbukti cara pengubatan dengan menggunakan bacaan tertentu dapat memberi kesan kepada pesakit.

ustaz menceritakan satu kisah yang terjadi kepada satu rombongan sahabat nabi SAW. rombongan itu telah kehabisan bekalan makanan dan telah melalui satu kampung. di kampung tersebut ada satu keluarga yang ahli keluarganya sakit. sakit itu sudah lama dan berbagai ikhtiar telah dibuat untuk menyembuhkannya, namun gagal. apabila mereka mengetahui rombongan orang2 Islam tadi melalui kampung mereka, maka mereka mencuba meminta bantuan sekiranya ada di antara sahabat nabi tersebut pandai mengubati penyakit itu.

seorang sahabat nabi SAW mencuba mengubati dengan membaca surah Al-Fatihah pada air dan meminta si pesakit meminum air tersebut. dengan izin Allah, pesakit telah sembuh dan keluarga pesakit telah menghadiahkan seekor kambing. rombongan tadi telah balik dan berjumpa dengan Nabi SAW dan menceritakan kejadian tersebut, seterusnya bertanyakan hukum tentang pengubatannya menggunakan surah Al-Fatihah tersebut. begitu juga dengan hukum hadiah kambing yang diberikan oleh keluarga pesakit tadi.

nabi SAW menjawab bahawa Al-Fatihah adalah ubat. bahkan semua ayat Al-Qur'an adalah ubat yang boleh menyembuhkan. mengenai upah yang diterima pula, hukumnya boleh diambil dan boleh dimakan. akan tetapiĀ Nabi SAW dan sahabat baginda tidakĀ menetapkan jumlah bayarah atau upah sekiranya diminta membaca doa untuk menolong orang yang sakit.

menurut ustaz itu lagi, kini saintis di jepun sedang meneruskan lagi kajian untuk mempastikan adakah air dapat merakam sesuatu peristiwa. sekiranya dapat merakam, maka tidak mustahil perbualan manusia2 terdahulu tidak mustahil dapat dibongkar.


Comment this entry

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.