PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Apr 23, 2008 at 09:13 o\clock

melihat perkahwinan di gereja

by: zaris   Keywords: perkahwinan, di, gereja

aku teringat satu pengalaman semasa berada di bumi kudat, sabah. di sana satu ketika aku diajak oleh seorang makcik yang boleh diistilahkan sebagai keluarga angkat. ini kerana dia amat baik denganku dan sering saja menghulurkan pertolongan sekiranya aku memerlukan. dia adalah seorang muallaf. agaknya bolehkah diistilahkan muallaf kerana dia memeluk Islam semasa masih remaja? namun istilah itu tidak penting, kerana sekarang ajaran dan syariat Islam sudah sebati di jiwanya. semua anak2nya adalah Islam dan sebahagiannya sudah berkeluarga. suaminya sudah meninggal dan dia tinggal bersama2 anak2, menantu dan cucu2nya.

menurutnya dia semasa remaja tinggal di gereja. menjadi putri yang belajar kitab2 kristian. semua ajaran dalam new tastement dan old tastement hampir semua diketahuinya. dia juga mengetahui sedikit sebanyak bahasa german. namun takdir Allah atas segala2nya, dia diberi hidayat dan merubah seluruh kehidupannya menjadi seorang muslimah. dia menyatakan dalam bible sebenarnya ada juga tertulis bahawa Nabi Muhammad  SAW itu benar. namun begitu ianya tidak disebutkan secara jelas!

satu hari dia yang sememangnya mempunyai ramai seudara mara yang masih kristian menerima sepucuk kad undangan menghadiri majlis perkahwinan seorang saudaranya di sebuah gereja di kampung pinawantai, dalam daerah kudat. dia menghubungiku dan mengajakku pergi bersama2nya untuk melihat cara perkahwinan agama kristian mazhab PCS di gereja di kampung tersebut.

majlis hari perkahwinan tersebut berlangsung pada hari jumaat dianggarkan 2 petang. oleh kerana di sabah waktu zohornya lebih awal sejam berbanding di semenanjung, aku berkesempatan solat jumaat di masjid dan makan tengahari di kedai berhampiran. hampir jam 2 petang aku menjemput mak angkatku untuk ke majlis perkahwinan tersebut. dia mengajak dua orang anaknya yang masih bersekolah menengah untuk sama2 menghadiri majlis tersebut. beberapa kali dia merungut kerana anak2nya kurang menggemari majlis bersama keluarga yang berlainan agama. dia berpendapat, ikatan kekeluargaan mesti dijaga walaupun agama dan kepercayaan agama berbeza.

kami sampai di kampun tersebut lebih kurang 15 minit kemudian. aku parkir kereta agak jauh dari perkarangan gereja kerena banyak kereta tetamu yang hadir lebih awal dan jalannya yang agak lecak sedikit, mungkin kesan hari hujan sebelumnya. kami keluar dari kereta dan berjalan perlahan ke gereja dengan diikuti oleh dua orang anaknya yang mengikuti dari jauh. gaya berjalan agak malas mungkin kerana kurang berminat. apabila sampai di depan gereja, seorang anak mak angkatku sudah hilang. mengikut kata adiknya, ke mana dia menghilang dia pun tak tahu. mak angkatku hanya tersenyum kerana tahu dengan perangai anaknya.

sampai di depan gereja, orang masih belum ramai. yang ada hanyalah beberapa orang lelaki yang menyambut dengan senyuman. seorang yang dijemput sebagai jurukamera pada majlis itu menghulurkan tangannya dan mengucapkan sesuatu dalam bahasa rungus, mungkin bertanyakan khabar kepadaku. mungkin dia menyangka aku berbangsa rungus kerana wajahku agak putih dan kelihatan macam anak sabah. aku hanya senyum dan tersengih sahaja. mak angkatku yang melihat keadaan itu datang menghampiri dan berkata 'dia ni keluarga angkat kami, asal dari semenanjung'. jurukamera tergelak ketawa. beberapa lelaki yang berdir berhampiran tersenyum saja.

seterusnya dia bertanyakanku tentang tempat asalku. dia menyatakan mempunyai saudara di tanah semenanjung. ada yang belajar dan ada yang sudah bekerja dan menetap di semenanjung.

aku melihat gereja kampung itu dibina berdindingkan simen setinggi lebih kurang tiga kaki dan disambung dengan papan lapis yang. ianya dicat dengan warna putih di bahagian luar. pintu masuknya dihias dengan bungaan dan reben yang berwarna warni, dengan tujuan untuk menambahkan keceriaan menyambut ketibaan pengantin. dari jauh jika dipandang binaannya menyerupai balai raya yang di bina oleh kerajaan di kampung2. cuma yang membezakannya, ianya terdapat salib di atas pintu depan. halaman gereja ditanam dengan berbagai jenis bungaan dengan tujuan untuk mengindahkan lagi perkarangan gereja tersebut.

sementara itu, orang semakin ramai datang ke gereja tersebut. lelaki, perempuan, tua, muda termasuk remaja dan anak2 kecil yang ditemani oleh ibu bapa mereka. pakaiannya adalah pelbagai, daripada yang berpakaian cantik sehinggalah kepada yang memakai seluar pendek, daripada yang memakai kasut yang berjenama sehinggalah kepada yang memakai sandal dan selipar jepun.

setelah lebih kurang 15 minit menunggu, bakal pengantin sampai dengan menaiki sebuah van. aku mengagak ianya adalah van lite ace atau econovan. orang ramai terus memberi tumpuan apabila pintu van dibuka. kelihatan pengantin lelaki turun dengan diapit oleh seorang kawannya. di sisinya pengantinnya perempuan yang kelihatan agak malu2. terdapat juga seorang lelaki tua mengiringi mereka, kemungkinan ayah kepada lelaki tersebut. mereka berjalan agak2 malu2 secara perlahan2 ke arah gereja.

aku melihat pengantin lelaki itu memakai baju kot putih bertali leher dan berseluar hitam. dia diapit oleh seorang pemuda yang kemungkinan kawannya yang memakai kot hitam dan bertali leher yang dipadankan dengan seluar hitam. di sisi pengantin lelaki pengantin perempuan memakai gaun putih yang labuh. ada seorang dibelakangnya yang memegang hujung gaun untuk mengelakkan daripada meleret di atas tanah. wajah pengantin perempuan ditabiri oleh sehelai kain nipis lembut berwarna putih. namun begitu wajahnya yang putih masih dapat dilihat dengan jelas. kedua2 pengantin kelihatan tersenyum manis, mungkin amat gembira kerana hari itu adalah hari yang bersejarah baginya.

mendahului kedua pengantin itu, di depannya dua orang kanak2 perempuan yang juga memakai gaun putih. kepalanya dililit dengan bunga. kelihatan agak comel kanak2 dipakaikan dengan pakaian sebegitu. kesemua rombongan itu berjalan perlahan2 ke pintu gereja. jurukamera kelihatan cukup sibuk mengambil gambar dan mencari sudut yang bagus bagi mendapatkan gambar yang terbaik.

sampai di depan gereja, kedua pengantin terus masuk dengan berhati2. kemudiannya diikuti oleh pengapit dan setrusnya orang ramai. aku melihat yang memakai tudung selamba melangkah masuk ke dalam gereja. aku mengikutnya perlahan, tetapi merasa janggal kerana tidak pernah melangkah masuh ke dalam gereja. walau pun sebenarnya aku amat teringin untuk masuk dan melihat dalam gereja, tetapi perasaanku merasakan serba salah.

seorang akak yang duduk di bangku paling hujung perasan keadaan aku yang kelihatan serba salah tersenyum kepadaku dan berkata 'masuk saja bah, ndak apa apa, orang kawin saja'. beberapa orang di kiri kanannya juga tersenyum melihatku. agaknya mereka semua tahu bahawa aku beragama Islam, teragak2 memasuki rumah ibadat agama lain. sambil senyum aku melangkah masuk dan duduk di atas bangku di sebelah seorang pemuda. aku berpaling melihat mencari di mana mak angkatku. dia duduk selang dua baris bangku yang aku duduk. 

bahagian dalam gereja tersebut dicat putih sedikit kebiruan. bahagian lantai hanya menggunakan simen biasa yang disusun bangku panjang yang akan diduduki oleh hadirin apabila ada apa2 majlis keagamaan. aku menganggarkan terdapat lebih kurang lima belas barisan bangku panjang yang diaturkan di situ. terdapat beberapa keping gambar berbentuk keagamaan kristian digantungkan di dinding . ada gambar seorang wanita mendukung seorang anak kecil, mungkin gambar virgin mary dan jesus sepertimana dalam kepercayaan agama kristian.

di bahagian depan, terdapat bahagian yang lebih tinggi yang boleh dianggap sebagai pentas. terdapat restrum untuk memberikan ucapan. terdapat dua buah meja kayu dan beberapa buah kerusi di atas pentas, tidak jauh daripada restrum tersebut. di dinding pentas terdapat salib yang agak besar. terdapat cahaya kebiruan yang keluar dari bahagian belakang salib tersebut yang menjadikan salib itu lebih cantik dan bersinar. mungkin diletakkan lampu dibelakang salib tersebut untuk memberikan kesan cahaya biru tersebut. di bahagian atas salib tersebut tertulis PCS. sebelum ini aku mengetahui bahawa PCS itu adalah singkatan daripada 'protestern church of sabah'.

acara bermula dengan kemunculan seorang lelaki yang aku anggarkan umurnya lebih kurang 50 an. penampilannya agak kemas dengan rambut bersikat rapi dengan air muka yang 'friendly' dan mengenakan jubah berwarna hitam. aku merasakan dia adalah paderi di gereja tersebut. dia terus ke restrum dan bercakap sedikit dalam bahasa rungus yang aku tak memahaminya. kemudian tiba2 semua hadirin bengun. aku turut bangun supaya tidak merasa janggal. rupa2nya mereka menyanyikan lagu kerohanian mereka. aku hanya mendiamkan diris sahaja. dalam pada itu seku sempat memalingkan muka melihat mak angkatku. dia kelihatan tersenyum sahaja duduk tanpa merasa janggal sedikit pun.

apabila selesai menyanyi semua hadirin pun duduk. aku pun turut sama duduk. seterusnya dia bercakap sedikit dan tidak lama kemudian semua hadirin menggenggam tangan dan menundukkan kepala.aku hanya mendiamkan diri sahaja. agaknya itulah yang dimaksudkan dengan 'pray' dalam kristian. masanya hanya beberapa saat sahaja. apabila selesai 'pray', paderi tersebut terus meninggalkan restrum dan duduk di kerusi di atas pentas, yang mana sudah ada seorang lagi paderi duduk di atas satu kerusi di pentas tersebut.

tidak lama kemudian seorang lagi paderi muncul. pakaiannya sedikit berbeza daripada kedua paderi yang ada di pentas. agaknya dia merupakan ketua kepada semua paderi di gereja itu. badannya agak sedikit gempal dan memakai cermin mata. dia membimbit satu buku yang aku rasakan mungkin kitab bible. dia terus ke restrum. dia memulakan percakapannya beberapa minit sebelum sekali lagi hadirin mengenggam tangan dan menunduk muka (pray).

seterusnya ketua paderi tersebut membuka kitabnya, membaca dan menghuraikan kepada hadirin. gaya bercaramahnya tidak terlalu serius membuatkan hadirin kelihatan seronok mendengarnya. dia berceramah dalam bahasa rungus diselang seli dengan bahasa melayu. aku merasakan antara isi ceramahnya supaya hadirin menjadi penganut kristian yang sejati, iaitu mengikut semua ajaran kristian yang terkandung dalam bible. sekali hadirin tertawa apabila dia menyatakan 'hari ahad adalah hari untuk bersembahyang di gereja, bukannya hari cuti untuk menyabung ayam'. dia berceramah lebih kurang sepuluh minit.

apabila selesai berceramah, dia menjemput kedua mempelai supaya naik ke pentas untuk memulakan proses perkahwinan. kedua pengantin itu terus naik ke pentas diikuti dengan ibu bapa masing2. di atas pentas kedua pengantin, ibubapanya dan paderi tersebut mendekati meja yang ada dokumen di atasnya. seterusnya paderi tersebut membacakan ayat2 dalam sebuah kitab yang berkaitan dengan perkahwinandalam keadaan berdiri. aku mengagak itu mungkin merupakan khutbah nikah kalau dalam agama Islam. kedua pengantin kelihatan mendengar dengan tekun setiap apa yang dibacakan. paderi tersebut membaca agak lama, yang aku anggarkan lebih dari sepuluh minit.

apabila selesai membacakan khutbah nikah, paderi tersebut seolah2 seperti menanyakan sesuatu kepada kedua pengantin. seterusnya dia memberikan pembesar suara kepada pengantin lelaki. aku mendengar pengantin itu berkata sesuatu yng mungkin merupakan lafaz perkahwinannya dengan bakal isterinya. kemudian pembesar suara diberikan kepada pengantin perempuan. aku mendengar suara pengantin perempuan agak sedikit menggeletar, mungkin merasa gemuruh berhadapan dengan hadirin yang ramai.

tiba2 aku mendengar suara remaja di belakangku 'sensor2'. aku semakin ingin tahu apa makna dia berkata demikian. rupa2nya di atas pentas, apabila kedua pengantin selesai berkata, maka dengan rasmilah kedua2nya sah bergelar suami dan isteri. maka, mungkin sebagai tanda kasih sayang, suami pun mengangkat/ menyelak kain yang menbiri muka isterinya, seterusnya mencium dahi isterinya. serentak dengan ciuman itu, hadirin terus memberikan tepukan gemuruh kepada kedua pengantin baru tersebut.

untuk upacara seterusnya ialah menyumbangkan lagu kepada pengantin. dalam majlis itu, dua lagu disumbangkan oleh saudara mara dan kawan2 pengantin. sebuah lagu dalam bahasa rungus dan sebuah lagi lagu dalam bahasa melayu. lagu dalam bahasa melayu mengandungi makna semoga perkahwinan aman bahagia kekal ke anak cucu.

apabila selesai menyanyikan lagu, mak angkatku mencuitku dan menyatakan majlis sudah selesai. tidak ada apa2 lagi yang menarik lagi selepas itu. dia mengajak aku beredar pulang. aku melihat jam sudah menunjukkan pukul tiga lebih. kami beredar keluar dari gereja tersebut dan terus ke kereta. di sana sudah menunggu kedua orang anaknya yang hilang tadi. kelihatan dari wajah mereka perasaan bosan dengan majlis tersebut.

Comments for this entry:

  1. quoteamirul akhmal wrote at Jun 3, 2008 at 09:59 o\clock:hai,boleh berkenalan.nama saya amirul akhmal..
  2. quoteken wrote at Jul 14, 2008 at 12:31 o\clock:adakah kamu tahu apa itu kristian sebenar?
  3. quoteanne wrote at Aug 1, 2008 at 10:28 o\clock:pada saya setiap agama itu membawa kepada kebaikan..namun byk diantara kita apabila menukar agama memburuk-burukkan agama asal, ada juga pada hanya nama sahaja dia memeluk agama, tetapi perbuatan tidak mengamalkan agama dgan ikhlas..sebenarnya agama itu bukan jahat..tapi orang yang menganutnya itu yang merosakkan agama itu..saya lahir dalam campuran agama yang berbeza islam dan kristian..tapi saya berbangga kerana kami saling hormat-menghormati..pada saya kita mengakui TUHAN itu hanya satu..dan setiap apa yang kita lakukan DIA lebih mengetahui..Tidak usahlah kita membanding-bandingkan agama kerana kita langsung tidak layak untuk mempertikaikan apalagi menghakimi sesama kita.
  4. quotearchella wrote at Sep 12, 2008 at 06:28 o\clock:kamu tau ka apa dia kristian?
    kamu tdak sepatutnya merendahkan agama orang...
    satiap orang punya kepercayaan...
    apa jua agama tuhan tetap satu....
    kita semua makhluk ciptaan tuhan
    pa yg penting hati kita sama ada ikhlas ka tidak menganuti agama tersebut
    kamu tidak boleh merendahkan agama orang lain....
  5. quoteNOY wrote at Sep 24, 2008 at 05:20 o\clock:CARILAH KEBENARAN!!!!
  6. quoteNOY wrote at Sep 24, 2008 at 05:24 o\clock:CARILAH KEBENARAN!!!!
  7. quotezaris wrote at Sep 25, 2008 at 09:23 o\clock:saya melihat dan saya menulis di sini. maaflah sekiranya tersinggung saudari archella, anne dan ken. rasanya tulisan di atas sejujurnya memang begitu, tanpa menyinggung mana2 pihak.
    ya, saya Muslim dan saya bangga dengan agama saya dan saya menghormati penganut agama lain. apapun semoga kita semua mempunyai kebahagian di hari depan. selamat membaca dan komenlah apa yang patut!
  8. quoteJulie.. wrote at Nov 30, 2008 at 08:13 o\clock:Saya mempunyai keluarga yg besar..sebahagian daripada ahli keluarga saya adalah beragama Islam..dan kami tidak pernah membanding-bandingkan upacara keagamaan kami....malah kami saling hormat menghormati..isu agama tidak menjadi pemisah kepada hubungan kami sebagai satu keluarga...
    bagi saya..setiap agama itu ada keistimewaannya..dan kita tidak layak untuk membuat perbandingan....saya sudah menghadiri lebih 100 perkahwinan orang Melayu Islam..dan tidak pernah sekali pun membicarakan mengenai upacara perkahwinan mereka walaupun ada yg berbeza-beza...sebab saya percaya..setiap upacara keagamaan itu perlu dihormati...sekian...
  9. quotehuman being wrote at Feb 5, 2009 at 04:27 o\clock:to the writer,im really proud to be a christian..and im really proud to be a Rungus ethnic...a religion never teach the bad side or even insulting other religion...just remember,who you are is not important..the important is how you perform you religion and carry out the good name of your religion, wether you are CHRISTIAN or MUSLIM, or other religion in the world.....paeace...
  10. quoteAneh4eve wrote at Feb 25, 2009 at 06:22 o\clock:setiap agama mempnyai cara yang tersendiri.. makanya kita sepatutnya menghormatinya.. hee i'm proud to be a christian.. So make a tea not war... hehe Jesus Love Me
  11. quoteYONG1126 wrote at Apr 14, 2009 at 04:05 o\clock:sAya....

    sya d sni memang beragama christian,chatolic
    dlu bkas teman lelaki sya(firstlove) brasal dr indonsia..

    bragama islam.
    brcinta selama Hampir 5tahun
    tapi jodoh ada d tangan tuhan,agama kamilah yg menentukan
    agama kamilh yg kami syg,
    dn kerana agama trsayanglh kami trpsah.
    hari ini 14-APR-2009 thun k dua .. slama kmi brpsah
    tp smpai skg..AKU sayang AGAMA ISLAM sprti aku mncintai dia.kerana
    batas manusia hanya SATU(KEPERCAYAAN)

    saya menghargai semua suku,bangsa AGAMA
    kerana,saya pn ciptaan tuhan,tiada hak.
  12. quotePeaceNoWarInMalaysia wrote at Apr 17, 2009 at 18:16 o\clock:I am Proud to be a Christian. Hidup Christian in Malaysia
  13. quoteRizzy wrote at May 7, 2009 at 14:07 o\clock:erm..hey can i have pictures for it cauz i nid them for my moral folio
  14. quoteAlex G. wrote at Jun 15, 2009 at 17:32 o\clock:Saya seorang penganut Agama Kristian Katolik. Saya telah mengikuti cerita perkahwinan di atas yang telah dihasilkan oleh seorang sahabat dari Semananjung dan beragama Islam. Saya akui mungkin itulah yang berlaku ketika upacara perkahwinan dilangsungkan. Walau bagaimanapun saya tersentuh sedikit apabila dijelaskan cara berpakaian orang yang datang ke gereja yang yang menurut pencerita pada fikiran saya menunjukkan keadaan " kurang sopan". Saya percaya walaupun pencerita ini mengatakan dia tidak ada niat memburuk - burukkan agama lain, tetapi pada pendapat saya dia masih boleh dianggap tidak ikhlas dan masih ada niat yang tidak baik ketika menceritakan semula.
    Pada pendapat saya, bagaimana sekalipun keadaan individu yang yang datang ke gereja kalau mempunyai niat dan fikiran yang ikhlas dan baik, Tuhan masih tetap menerimanya. Namun seseorang yang datang bersembahyang dalam keadaan yang serba mewah tetapi mempunyai niat yang busuk dan tidak ikhlas, saya yakin Tuhan tidak akan menerimanya.
  15. quotehamba ALLAH wrote at Jun 18, 2009 at 10:10 o\clock:salam....dalam AL-Quran pun sudah tertulis bahawasanya ALLAH berfirman,"jangan la kamu berkawan rapat dengan orang Yahudi,sesungguhnya dia lah musuhmu paling dekat"...erm..dari situ pun kite da tahu x bole berkawan dgn orang bukan islam ini kan pula memasuki gereja...Tidakkah kamu semua teringat di mana kitab-kitab ALLAH telah di ubah suai??Adakah anda sudah lupe??
  16. quotezaidi.... wrote at Jun 21, 2009 at 15:59 o\clock:perhatian....

    kalau boleh cuba kita fahami agama masing2 dan kemudian memahami agama yang lain....
    hidayah allah tak datang dengan mudah...
    tak juga sendiri melainkan dengan kehendakNya...

    kita hidup dengan agama...
    pada agama ada kitabNya..
    pada kitab Nya ada kebenaran...
    fahami kitab kita...
    jika yakin benar maka peganglahh....

    tapi...

    sebelum berpegang....
    bandingan dengan yang lain....
    kemudian fikirlah....
    tuhan maha bijaksana....


    kita hidup di dunia tuhan....
    tuhan lahirkan kita ada sebab....
    agama bukan satu....
    dan tak semua benar...


    tuhan bagi akal dan fikiran....
    dengan bekalan 2 benda ini...
    kita mampu cari kebenaran....
    thats why god give us both of them





    amin..
  17. quoteNo Name... wrote at Jul 3, 2009 at 16:43 o\clock:Shalom dan salam damai...semua agama baikkk yang membezakan adalah penganutnya...sekiranya penganutnya jahat maka agama itu sekiranya ditelusuri secara terperinci menjadi 'bualan' org ramai...Yang penting iman di dada. As conclusion, kita ni bukannya ada 7 nyawa di dunia so apa kata kita cuba menghormati agama yang wujud di Malaysia ini. Tidak ada agama pun yang menggalakkan penganutnya memburuk2kan agama orang lain...AMEN!
  18. quoteJC. wrote at Aug 11, 2009 at 11:25 o\clock:hello,
    bgi sya..... suma agama mengajar kta sesuatu yang baik2 sahaja.... tpi jika difikirkan balik apa yg dituliskan oleh penulis tersebut seakan-akan hanya memburukan agama orang lain. Bgi agama kristian, menghakimi sesuatu yang diciptakan Tuhan adalh perbuatan yg kurang baik (buruk). begitu juga umat Islam, memburukkan sesuatu yg diberikan oleh Allah adalh x baik.. selain itu, pemakaian ke gereja memang penting utk kelihatan kemas di mata suma, tpi hati yang sangat2 tulus serta ikhlas lgi penting utk kta masuk ke dalam Gereja.. bukan niat utk menghakimi.
    dan satu lagi, rasanya penulis ni keliru akan perwarta (pembaca) dgan paderi.... x pa... yg penting kta menghayati dan MENGAMALKAN apa yg agama kta ajarkan. sayangilah sesama manusia.... x kiralh yahudi,islam,cina,hindu, n mcm2 lgi.... sebab suma diciptakan Tuhan utk kta hargai bukan untuk direndah-rendahkan.... melainkan itu ajran sesat..... peace
  19. quotek21 wrote at Sep 12, 2009 at 18:20 o\clock:halooo
    agama nie mengajar kita jadi baik, menjadi panduan tuk kita
    kalau ada perkara jahat tau buruk yang kita buat tu sebab nafsu n kesilapan diri sendiri...
    mana ada agama ajar kita org jd jahat kankn
    lg 1 buat apa kita bz body mau kecoh2 agama orang lain...
    ada agama sendiri so belajar lah n dalamilah agama sendiri....
    BUAT APA MENYIBUK kan kan kan..... jd tepuk dada sedar lah diri...eeeee
  20. quoterose wrote at Sep 18, 2009 at 14:20 o\clock:shalom...saya secara tidak sengaja terbaca akan hasil tulisan sahabat ini dan membaca sehingga habis komen-komen yang di utarakan oleh semua pembaca. Rasa nya, jangan la menyalahkan agama ke dua-dua pihak. Saya menyanjungi agama saya sebagai seorang Kristian. saya di ajar untuk menyayangi musuh saya dan mendoakan mereka serta memaafkan mereka. Jadi, tiada beza nya bangsa-bangsa yang ada di dunia. kita tetap ciptaan Tuhan. Sekian, God Bless....
  21. quoteelisy wrote at Oct 24, 2009 at 21:41 o\clock:Huh.... kenapalah semua ni telah menjadi pertikaian pada dunia sekarang?
    Bagi saya setiap agama mesti ada kebaikannya. Mengajar setiap umatnya buat baikdan bunannya mengajar kita ke arah yang negatif.
    Berlainan agama bukanlah satu alasan kita mencari kawan. Tak salah jika berkawan dengan orang yang berlainan agama dan budaya....Walaupun berlainan agama kita tetap boleh bersatu. dengan satu syarat, kita mesti saling menghormati kepercayaan dan amalan agama masing2. So, pikir2 la sendiri. Kita hanya ciptaan Tuhan sahaja dan tinggal di dunia ni untuk sementara sahaja... berbuat baiklah terhadap semua orang tak kira agama, budaya, paras rupa dan darjatnya...
    Thanks....

Comment this entry

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.