PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Apr 28, 2008 at 05:31 o\clock

majlis tahlil di kg tigaman, kota marudu

by: zaris   Keywords: tahlil, kampung, tigaman, kota, marudu

aku diajak oleh seorang kawanku menghadiri satu majlis tahlil dan kenduri arwah di sebuh kampung di kawasan kota marudu. nama kampung tersebut adalah kampung tigaman. kampung tigaman adalah sebuah kampung yang berada di kawasan kota marudu. ianya adalah kampung yang dihuni oleh suku kaum bajau yang berasal dari tuaran. bahasa pertuturan mereka adalah bajau tuaran.

suku kaum bajau adalah masyarakat islam yang berpegang teguh dengan ajaran islam. akan tetapi terdapat sedikit sebanyak kelainan apabila mereka membuat majlis perkahwinan dan apabila menghadapi sesuatu kematian. sebenarnya kalau diikutkan, itu bukanlah perkara yang pelik. ini kerana boleh dikatakan setiap suku bangsa di asia tenggara mempunyai cara2 yang sedikit sebanyak berbeza apabila melakukan sesuatu upacara keagamaan.

aku bersama kenalanku pergi ke sana pada petang itu, lebih kurang jam 3.00 petang. kenalanku berbangsa ubian yang tinggal memang berasal dari kampung di pesisiran pantai kudat. mengikut istilahnya, kalau pergi ke kawasan kampung yang agak jauh dari laut, mereka mengistilahkan 'ke darat'.

sampai di rumah tersebut, kami terus dijemput untuk naik ke atas rumah untuk sama2 menyertai majlis tahlil yang sedang dilangsungkan. kerana bersama2 kami seorang ustaz yang agak dihormati di kawasan tersebut, maka tuan rumah mempersilakankami supaya duduk paling depan, bersebelahan dengan imam di kampung tersebut yang sedang mengendalikan majlis tersebut.

aku duduk bersila bersebelahan dengan imam di kampung itu yang sedang melakukan upacara tersebut. kami dimaklumkan bacaan Yasiin telah habis dibaca dan sekarang adalah bacaan tahlil. imam itu adalah seorang yang berketurunan syarif, iaitu keturunan yang amat dihormati di sabah. di pangkal namanya ada nama 'sharif', menunjukkan dia berketurunan dari sahabat nabi Muhammad SAW. terdapat lebih kurang 20 orang lelaki dewasa duduk bersila menyertai majlis itu. sabahagian besarnya memakai baju melayu dan berkopiah atau bersongkok. suasananya lebih kurang sama dengan majlis tahlil kenduri arwah di kampung2 di semenanjung.

akan tetapi perbezaan yang paling ketara adalah alat2 yang diletakkan di tengah rumah ketika upacara tahlil tersebut dilakukan. di hadapan imam di sebelah aku diletak sebuah bekas dan disikan kemenyan. kemenyan itu akan dibakar semasa bacaan tahlil dilakukan. apabila asap berkurangan, maka imam akan mengambil kemenyan yang disediakan dan memasukkan ke dalam bekas tersebut. asap akan berkepul2 naik memberikan bauan kemenyan yang unik.

di ruangan tengah rumah diletakkan tilam tidur. aku tidak pasti tilam itu tilam yang pernah digunakan oleh arwah untuk tidur semasa hayatnya atau tilam lain. di atas tilam itu diletakkan bantal, dua tiga biji limau nipis dan sekeping cermin. bahagian depan cermin dihadapkan ke atas. aku tidak pasti tujuannya diletakkan alat2 sebegitu. namun begitu aku tidak bertanya dan hanya memerhatikan sahaja majlis tersebut yang sedang berlangsung.

aku milahat kepada perlakuan meletakkan cermin ada persamaan dengan tradisi orang cina apabila berlaku kematian di kalangan masyarakatnya. menurut kepercayan orang cina, cermin itu berfungsi untuk menghalang hantu yang datang. apabila hantu datang ke tilam itu dan melihat cermin, maka dia akan melihat ada orang pada cermin dan akan pergi dari situ. jadi tujuannya adalah untuk menghalau daripada makhluk halus datang ke majlis tahlil tersebut. apa pun, aku tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya, Wallahuaklam! 

 

Comments for this entry:

  1. quoteantu bin lembaga wrote at Feb 10, 2009 at 04:49 o\clock:ada ku kesah.. gago ko yaa.. xda msaa nak maca

Comment this entry

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.