PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Feb 15, 2008 at 04:19 o\clock

kenangan di penjara kajang 9

by: zaris   Keywords: penjara, kajang

sekiranya kita memasuki kompleks penjara kajang melalui pun pengawal dan ke pejabat pentadbiran, maka kita akan melihat pekerja2 lelaki yang memotong rumput, yang menyapu sampah, menanam bunga dan membersihkan kawasan dipersekitaran bangunan pentadbiran penjara kajang. lelaki2 tersebut yang memakai pakaian berwarna oren sebenarnya adalah banduan yang cuma menunggu masa untuk bebas, yang mana waktu pembebasannya lebih kurang 2-3 bulan lagi.

dahulunya pakaian mereka adalah ungu pudar atau pun warna tanah. tetapi telah ditukar kepada warna oren. tujuannya mungkin supaya lebih mudah dilihat dan dicam untuk mengesannya. pada masa sekarang warna pakaian mereka mungkin ditukar kepada warna lain. 

mereka ini ditempatkan di penjara kem pra bebas. lokasinya adalah disebelah kanan penjara utama dan di sebelah kiri penjara wanita kajan. ianya bukan kemestian, tetapi bergantung kepada kes serta latar belakangnya. pengawalannya tidak begitu ketat jika dibandingkan dengan banduan lain yang berada di penjara utama dan RPD.

kem pra bebas tidak berdindingkan tembok di sekelingnya. sebaliknya hanya pagar besi yang dapat dilihat dari pintu masuk di depannya. dahulunya di bahagian belakang juga hanga menggunakan pagar yang dapat dilihat didalamnya. tapi sekarang pihak penjara menambahkan pagar besi untuk menutup pandangan dari luar.

tujuan mereka ditempatkan di kem pra bebas dan dibenarkan bekerja di luar tembok penjara adalah dengan tujuan untuk membiasakan diri mereka berhadapan dengan masyarakat luar. pihak penjara berharap banduan2 ini tidak merasa kekok apabila keluar bergaul dengan mesyarakat kelak, agar lebih disenangi dan tidak mendatangkan masalah kepada masyarakat.

banduan2 yang bekerja di luar ini akan diberi pengawalan yang yang kurang ketat dibandingkan dengan kawan2 mereka yang masih berada dalam tembok penjara. 3-5 orang banduan akan dijawa oleh seorang wader bertugas. selalunya peranan wader tersebut bolehlah dianggap sebagai melihat keadaan banduan tersebut. kalau wader tersebut seorang yang agak rajin, maka dia akan bersama2 banduan melakukan kerja2 memotong rumput dan bungaan. kalau wader tersebut agak malas dan bersikap seperti mandur, maka dia sekadar duduk di kerusi melihat banduan bekerja sambil menghisap rokok.

menjadi perkara biasa wader2 yang bertugas bersembang mesra sambil bergilir menghisap rokok dengan banduan, namun kemesraan tersebut adalah terbatas. ini kerana banduan tersebut masih berstatus banduan dan kena menghormati pegawai penjara. perbuatan memberi rokok sambil bekerja memotong rumput dan mencangkul tanah adalah satu psikologi supaya dapat membuat kerja dengan lebih seronok. walau pun semua pihak mengetahui pembertian rokok adalah salah, tetapi semuanya menganggap sebagai perkara biasa.

biasanya 2-4 orang banduan akan dikawal oleh seorang cikgu. cikgu adalah gelaran kepada wader yang bertugas. kadang2 jumlah banduan yang bekerja luar mencapai 6 dan 7 orang untuk dijaga oleh seorang cikgu. mengikut adatnya sekiranya banduan itu mahu melarikan diri atau pun melawan cikgu yang bertugas, bukan perkara yang sukar. akan tetapi banduan2 ini dianggap mustahil untuk melakukan perkara tersebut. mereka hanya perlu bersabar beberapa hari sahaja sebelum hari pembebasan. sebarang perbuatan mereka melawan atau mengangkari arahan cikgu ditakuti akan memanjangkan lagi tempoh penahanan mereka di penjara.

banduan2 ini juga bekerja di kompleks ibu pejabat penjara malaysia di bukit wira sebagaitukang masak, pembancuh minuman dan pelayan di kafeteria., di samping menyapu lantai dan membersihkan kawasan sekitar kompleks ibu pejabat penjara tersebut. di sini banduan yang bertugas di kafeteria kadang2 terpaksa berhadapan dengan pandangan dan kata2 penghinaan daripada orang2 awam yang menjamu selera di kafeteria tersebut. selalunya yang melakukan reaksi seolah2 menghina tersebut adalah orang2 bukan berpakaian unifom. mungkin mereka kurang selesa makanan dan minuman mereka disediakan oleh banduan.

banduan yang bertugas terpaksa bersabar dan menerima hakikat pandangan orang awam terhadap mereka. perasaan rendah diri sebeginilah yang kadang2 memberikan rasa putus asa di kalangan bekas banduan untuk kembali ke pangkuan masyarakat. tidak menghairankan banduan yang masuk penjara kali pertama akan masuk lagi bagi kali kedua, ketiga dan seterusnya. mereka lebih selesa berada di penjara berkawan dengan kawan2 banduan yang enasib daripada menghadapai kata2 makian dan pandangan mata yang penuh kebencian.

di kem pra bebas juga ditempatkan banduan yang dikategorikan sebagai 'banduan muda', banduan juvana' dan 'tahanan serenti' banduan muda adalah banduan yang berumur 18-20 tahun. mereka diletakkan secara kelompok di kem pra bebas kerasa khuatir sekiranya dicampurkan dengan banduan yang lebih dewasa akan menjadi mangsa buli dan menjadi 'jambu' kepada banduan lain yang lebih kuat. begitu juga dengan banduan juvana, yang mana umur mereka masih remaja belum 18 tahun. sekiranya di luar, mereka masih berada di bangku sekolah. mereka sebenarnya adalah lebihan 'budak2 jahat' yang selain daripada ditempatkan di sekolah hendry gurney.

manakala pelatih serenti pula adalah lebihan 'mat gian' yang sepatutnya dimasukkan ke pusat pemulihan dadah di bawah AADK (agensi anti dadah kebangsaan). akan tetapi kerana mereka terlalu ramai dari sehari ke sehari, pihak kerajaan terpaksa mencari alternatif lain untuk menempatkan mereka. jadi penjara kem pra bebas telah dipilih sebagai salah satu tempat mereka menggantikan pusat pemulihan dadah. kalangan kakitangn penjara dan wader2 mendapati sebahagian pesalah serenti adalah degil dan lebih berlagak. ini kerana merasa masih terbawa2 angin pusat serenti dengan title pelatih mereka.

mereka merasakan pelatih bukan banduan dan perlu layanan yang lebih baik berbanding banduan. menjadi perkara biasa wader terpaksa menggunakan cara yang agak keras seperti menendang, menyepak dan menumbuk mereka untuk mengajar mereka supaya sedar di mana mereka berada dan menghormati orang lain. apabila kena dengan cara yang agak keras, biasanya barulah mereka takut dan mudah ikutkan arahan! 

Comments for this entry:

  1. quoteamira wrote at Apr 15, 2008 at 15:00 o\clock:ahak nper hazwan seowg yg setia patut d bnuh!!!
  2. quoteRinoa wrote at Jun 16, 2008 at 06:55 o\clock:mmg bangang betina 2.xmghargai cinta seorg lelaki
  3. quoteRinoa wrote at Jun 16, 2008 at 06:55 o\clock:mmg bangang betina 2.xmghargai cinta seorg lelaki
  4. quotesaiful wrote at Jul 5, 2008 at 03:36 o\clock:nakuro saDA RABAS
  5. quotePAIZAL ABIDIN wrote at Jul 26, 2008 at 07:10 o\clock:Pa yg hazwan buat 2 smuanya ok tp xda p'puan len gi ke..........bknnya dia seorg je
  6. quotePAIZAL ABIDIN wrote at Jul 26, 2008 at 07:10 o\clock:Pa yg hazwan buat 2 smuanya ok tp xda p'puan len gi ke..........bknnya dia seorg je

Comment this entry

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.