PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Jan 11, 2008 at 05:51 o\clock

kenangan di penjara kajang 7

by: zaris   Keywords: penjara, kajang

adakah kalian pernah melihat orang bergaduh menggunakan senjata tajam di depan mata? pergaduhan yang bukan sekadar mahu mencederakan, tetapi mahu membunuh. di penjara kajang terdapat beberapa kejadian penggunaan senjata tajam dalam pergaduhan. walaupun pihak penjara sedaya upaya cuba menyekat dan berulang kali mengadakan pemeriksaan untuk mengelakkan daripadasebarang benda merbahaya berada di tangan banduan, tetapi ada juga yang tersorok dan disimpan ditempat tersembunyi.

satu kejadian yang yang agak menakutkan telah berlaku dalam satu blok penginapan. seorang banduan yang merupakan 'checker' (dilantik oleh pihak penjara sebagai ketua blok/mengira banduan) hampir mati kena sembelih dengan pisau pemotong kertas (pisau yang nipis dan boleh ditolak dan ditarik untuk mengeluarkan matanya) oleh dua orang yang mendendaminya sekian lama. ini kerana checker tersebut disyaki menjadi 'hantu' oleh banduan2 lain di blok berkenaan. maksud 'hantu' di sini ialah menjadi tali barut bagi pihak penjara untuk mengetahui rahsia2 banduan2  lain.

checker ini digelar 'arab' di kalangan banduan dan pegawai2 penjara. ini kerana dia berbadan besar. biji kemaluannya sudah tinggal sebiji gara2 pernah dibuang oleh musuhnya ketika bergaduh di penjara sungai buluh. dia dilantik sebagai checker kerana pihak penjara mendapatinya berbadan besar, sedikit ditakuti oleh banduan lain dan mudah menuruti arahan pihak penjara.

kewujudan hantu merupakan sesuatu yang dianggap merbahaya oleh banduan2. ini kerana mereka amat khuatir rahsia2 mereka akan diketahui oleh musuh dalam selimut dan akan membocorkan kepada pihak penjara. kesalahan2 seperti memiliki barang terlarang seperti dadah, tembakau, meliwat dan senjata merbahaya. begitu juga dengan maklumat2 seperti perancangan untuk memukul seseorang banduan lain (musuhnya) serta lain2 perancangan yang bertentangan dengan undang2 penjara.

kisah kejadian ini bermula apabila dua orang musuhnya telah membuat perancangan dengan menyembunyikan pisau tersebut. tidak dapat dipastikan bila dan dimana pisau tersebut didapatinya. ketika si arab seorang diri menonton tv di dalam blok sambil duduk di atas kerusi, dua orang yang sudah nekad datang dari arah belakang.

secara tiba2 seorang memegang lehernya dan dalam masa yang serentak pisau sudah tersedia terus menghiris/mengelar leher si arab. mujur si arab secepat kilat meronta dan dia terus cuba melindungi lehernya dengan lengannya. maka hirisan pisau tersebut terkena lengannya dan bersambung dengan pipinya. kerana kuatnya hirisan dan keadaan kelam kabut tersebut, mata pisau tersebut telah patah. maka bergelut dan bergaduhlah dua lawan satu dengan bermandikan darah si arab tersebut. apabila mendapati kekecohan yang berlaku maka berkejaranlah pegawai penjara melihat kejadian dan menyuraikannya.

seterusnya semua yang terlibat digari dan dibawa ke bilik timbalan penguasa penjara untuk di siasat. keadaan muka si arab dikatakan agak teruk. kulit mukanya mukanya dikatakan boleh dilipat kesan daripada hirisan tersebut. untuk itu, doktor telah menjahit mukanya dan meninggalkan kesan yang buruk yang panjang dimukanya. tidak lama selepas kejadian itu, keadaan si arab semakin pulih dan kini keadaan seperti sediakala, cuma mukanya yang sedikit cacat.

banduan yang cuba membunuh si arab memiliki badan yang kecil, tetapi mempunyai keberanian dan tindakan yang tidak dapat dijangka.

sebenarnya ada lagi kejadian yang mungkin menakutkan bagi orang awam yang berlaku di dalam tembok penjara. pergaduhan kecil2 adalah benda biasa dan sebolehnya pihak penjara tidak mahu memanjangkan ke pihak lain. itulah sebabnya sekiranya ada mana2 banduan yang dilihat berpotensi bermusuh dan dikhuatiri menimbulkan kekecohan, maka pihak penjara akan memisahkannya ke blok yang lain.

satu perkara yang mungkin tidak diketahui oleh orang awam ialah bilamana berlaku kematian ketika pergaduhan semasa banduan dalam penjara, maka si pembunuh tidak akan dikenakan hukuman mati!

Comments for this entry:

  1. quoteMOHD AIMAN wrote at Apr 21, 2008 at 14:14 o\clock:NAMA SAYA MOHD AIMAN SAYA DIKENALI SEBAGAI PUT-PUT DISAMPING ITU JUGA SAYA SUKU MAKAN
  2. quotezaris wrote at Apr 22, 2008 at 01:50 o\clock:
    MOHD:NAMA SAYA MOHD AIMAN SAYA DIKENALI SEBAGAI PUT-PUT DISAMPING ITU JUGA SAYA SUKU MAKAN


    aiman? suku makan???
  3. quotearif wrote at Jun 20, 2008 at 12:33 o\clock:aku digelar biya.. pernah duduk di blok abadi penjara kajang.. masih igt pengalman dijatuhkan hukuman gantung smpai mati,.nasib aku baik sbb rayuan aku diterima ..syukur.. aku taubat tak nak wat lagi..

Comment this entry

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.