PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Apr 21, 2008 at 08:17 o\clock

kenangan di penjara kajang 13

by: zaris   Keywords: kenangan, di, penjara, kajang

sambungan..

terdapat seorang bekas pegawai bank negara yang dimasukkan ke penjara kajang. umurnya berada dalam lingkungan 40 an, seorang yang memiliki jawatan tinggi di pejabatnya, pernah belajar di birmingham, england. keluarganya adalah dikenali di kalangan orang korporat dan mempunyai status yang dihormati. telah beberapa bulan dia terlantar di klinik dalam penjara kerana sakit barah otak yang serius. keluarganya tidak mahu melawatnya kerana merasakan dia sangat jahat semasa di luar dan perlu menerima pengajaran dari dosa2nya yang silam

dia dimasukkan ke penjara kajang kerana kesalahan membunuh dan melibatkan penyelewangan berjuta2 ringgit. hukuman yang dikenakan kepadanya lebih kurang 20 tahun lebih penjara. sebelum dihantar ke penjara kajang, dia dimasukkan ke penjara sungai buluh. aku ada menghubungi pegawai di sungai buluh dan bertenyakan mengenai banduan tersebut. pegawai di sana memaklumkan dia pernah pecah kepala berlumuran darah gara2 bergaduh di sana kerana berlagak. dia seolah2 tidak sedar bahawa dia sekarang adalah banduan dan bukan lagi memiliki status ketua sepertimana semasa dia berada di luar dahulu.

pegawai di penjara sungai buluh menyatakan beberapa kali dia telah menghubungi abang banduan tersebut apabila diminta untuk oleh banduan tersebut. akan tetapi abang serta keluarga banduan tersebut memberitahu supaya jangan dilayan sebarang permintaan adiknya itu dan mengatakan 'suruh dia duduk diam2 kat penjara, jangan buat hal lagi, dia terlalu jahat di luar, moga2 penjara menginsafkan'. pegawai penjara sungai buluh juga memberitahu bahawa banduan itu amat pandai bermain wayang dan meminta pegawai di penjara kajang supaya berhati2 dengan tingkah lakunya.

mengikut kepada laporan bertulis, kata2 daripada pegawai yang berhubungan secara langsung dengan bandun tersebut dan perbualan secara bersemuka aku dengan banduan tersebut, dia mengupah seseorang supaya 'mengajar' seorang lelaki yang mempunyai hubungan sulait dengan isterinya. sememangnya dia mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki. akan tetapi orang upahannya bukan hanya setakat 'mengajar' sahaja, sebaliknya mangsanya terbunuh setelah diajar secukupnya.

sebenarnya dalam masa yang sama, banduan ini juga mempunyai perempuan simpanan. hidupnya di kelilingi dengan perempuan dan arak. duit yang terlalu banyak berada di sekelilingnya seolah2 menyilaukannya dengan kenikmatan dunia. entah kenapa duit yang sebegitu banyak dimilikinya dirasakan masih belum cukup untuk memenuhi nafsunya. disebabkan itu, dengan kepandaiannya dia cuba melakukan penyelewangan. tetapi dia tersilap langkah dengan dua kesalahan besar.

aku kadang2 cuba untuk mencungkil kerjayanya yang berkaitan dengan duit jutaan ringgit. ini kerana ada antara kawan2ku yang sebelum ini menyatakan permainan wang akan melibatkan sekali dengan unsur2 rasuah. dia mengakui, kejadian seumpama itu memang berlaku. ini berlaku apabila proses penyaluran wang dari bank negara ke bank2 seluruh malaysia. ada sesetengah pegawai yang diberikan habuan perempuan di hotel mewah apabila terlibat dengan meluluskan wang kepada pihak2 tertentu. dia sendiri pernah menyaksikan bagaimana seorang perempuan muda diarahkan ke sebuah bilik hotel apabila selesai sesuatu urusniaga.

demikianlah kuasa wang yang boleh mengaburi mata manusia. walau sekaya mana seorang manusia itu, nafsunya tetap tidak akan puas. benarlah kata Rasulullah SAW 'apabila diberi dengan dua gunung emas, nescaya kamu akan meminta gunung emas yang ketiga'. bidalan melayu ada menyatakan 'mati semut kerana gula, mati manusia kerana harta'

ada seorang yang berbangsa india dimasukkan ke penjara kajang. sebelum ini sudah tiga kali di pernah dimasukkan ke penjara kajang. kesalahannya semuanya melibatkan jenayah yang berkaitan dengan kekerasan seperti menculik, menyamun, memukul dan bergaduh. namun begitu, tidak satu pun kesalahan yang melibatkan kekerasan kepada kaum hawa. ini kerana dia menganggap kaum hawa adalah kaum yang lemah dan tak perlu menggunakan kekerasan. dia pernah dibuang daerah dengan pengawasan polis.

suatu hari atas cadangan pegawai penjara dan kawan2 banduannya yang beragama Islam, dia datang ke unit agama dan menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam. setelah bersembang sedikit sebanyak mengenai agama Islam, maka baunduan itu pun mengucap dua kalimah syahadah. seterusnya dia ditempatkan di unit halaqah, RPD, penjara kajang. di sini dia berharap untuk belajar segala2nya berkenaan agama Islam. ini kerana dia dengar Islam adalah agama yang cukup baik sama ada dari segi pengisiannya dan amalannya!

pada peringkat permulaan dia masih terbawa2 perangai lama dia yang suka bergaduh sekiranya ada apa2 hal. tapi dia cuba sedaya upaya untuk menahan kemarahan dan cuba bersabar. dia seorang yang buta huruf dan tidak tahu membaca. dia cuma mengetahui membilang sahaja. ini kerana semasa di luar dia biasa bekerja sebagai penarik kereta dan mengutip hutang. pergaduhan dan perkelahian adalah asam garam kehidupannya sejak kecil.

dia mengadu sejak masuk Islam, kerap kali bila tidur malam dia bermimpi melihat patung hindu terbang ke arahnya. ustaz yang bertugas di unit halaqah menasihatinya banahwa itu merupakan ujian dari tuhan. mungkin itu perbuatan syaitan untuk menggugat keyakinannya. ustaz itu mencadangkan supaya sentiasa membaca Al-Qur'an dan memperbanyakkan solat bagi mengelakkan gangguan tersebut.

di unit halaqah banduan muallaf belajar bersungguh2. setiap kuliah yang diajar oleh ustaz tidak akan dilepaskannya. dia yang sememangnya buta huruf jawi dan rumi belajar dan tidak segan bertanyakan kawan2 banduan dan ustaz sekiranya ada masalah. berkat kesungguhannya belajar dengan jujur dan ikhlas, dia akhirnya dapat mengenali huruf jawi, seterusnya bunyi bacaan dan akhir sekali dia dapat membaca Al-Qur'an. tidak terhenti setakat itu sahaja, dia teruskan hasratnya mendalami Islam dengan menghafal mana2 surah yang lebih penting. seterusnya di berusaha menghafal surah panjang seperti Al-Waqiah dan Al-Mulk. dalam masa dua tahun dia berjaya ke tahap itu!


Comment this entry

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.