kenangan di penjara kajang 12
tahukah kamu kenapa setengah orang sanggup melakukan perbuatan yang kejam, merbahaya tidak berperikemanusiaan kepada manusia lain. akhir2 ini kita sering melihat saban hari berlaku kes pembunuhan kejam, mangsa yang dibunuh dibakar, rompakan bersenjata api yang membunuh pengawal bank dan kedai emas dan lain2 kes yang dikira kejam. jika 10 tahun dulu kes semacam ini jarang kedengaran, tetapi akhir2 ini ianya seolah2 trend yang semakin menjadi2 dan seolah2 tiada jalan penyelesaian untuk membendungnya.
persoalan yang sering berlegar di fikiran kita semua ialah kenapa tergamak melakukan perbuatan tersebut. orang awam yang hanya mengetahui kejadian tersebut melalui media massa dan media elektronik hanya sekadar mengeluh dan berharap kejadian seumpama ini tidak berlaku kepada diri sendiri, ahli keluarga dan saudara terdekat.
sekiranya kalian bekerja dengan agensi penguatkuasaan seperti PDRM, rela, penguatkuasa agama, agensi anti dadah, DBKL, jabatan penjara dan lain2, maka kalian akan selalu bersembang dengan individu yang terlibat secara langsung dengan jenayah tersebut. di antara banyak2 agensi penguatkuasa undang2 itu, yang paling lama menyimpan dan bergaul dengan individu tersebut adalah pihak penjara dan puasat2 pemulihan, sama ada pusat pemulihan dadah atau pun pusat pemulihan akhlak. ini kerana individu tersebut apabila telah dijatuhi hukuman oleh mahkamah, maka dia akan dihantar ke penjara selama mana hukuman itu dijatuhkan. maka pihak penjaralah yang akan menjaganya, melayaninya dan bergaul dengannya., sama ada tempoh seminggu, sebulan, setahun, 20 tahun, atau pun seumur hidup.
kalau kita bersembang dan menyisat kes2 sebegini, sebenarnya kejadian jenayah berat mempunyai sebab yang banyak. ada setengah individu yang melakukan jenayah ini sebenarnya seorang yang asalnya seorang yang amat baik, beragama, sopan santun, lemah lembut, tetapi kerana maruahnya dijatuhkan pada tempat yang tidak sepatutnya, harga dirinya dihina sehina2nya dan dia diperlakukan kejam diatas kesalahan yang tidak dilakukannya, menyebabkannya dia hilang kawalan atas dirinya. perasaan sabarnya yang sudah hilang sama sekali sehingga melakukan jenayah seperti orang gila yang tidak mempunyai akal yang waras.
seorang kakitangan penjara senior yang pernah bertugas di penjara pudu menceritakan terdapat satu kes melibatkan seorang penoreh getah yang bertindak memenggal kepada isterinya dan seorang lelaki yang berzina di rumahnya. kisahnya bermula apabila penoreh getah tersebut yang merupakan seorang kampung biasa, kerjanya sehari ke kebun menoreh getah untuk mencari nafkah menyara keluarganya. isterinya pula suri rumah.
suatu hari dia ke kebun getah dan pulang lebih awal dari biasa. dia yang pergi berjalan kaki balik ke rumahnya kehairanan melihat jendela dan pintu tertutup rapat. dia mengesyaki sesuatu kemudiannya merapati dinding bilik tidur amat terkejut mendengar suara isterinya dengan seorang lelaki.dia yang keletihan, ditambah lagi dengan lapar dan haus pulang dari kebun amat marah, lantas dipanjat jendela dan ditendang sekuat hati. tanpa ampun, dengan sekuat tenaga diikuti dengan tempikan mengerikan dia menghayun parang sekuat hati kepada kedua2 manusia itu.
apabila kedua manusia itu bergelimpangan menjadi mayat, dia bertindak memotong kepala arwah isterinya dan lelaki tersebut. kepala tersebut dijinjing dengan bersama2 parang dan memakai baju berlumuran darah berjalan kaki ke balai polis. bertempik orang ramai melihat perlakuannya tersebut. di balai polis dia meletakkan kepala tersebut di kaunter beserta parang yang berdarah. riuh rendah polis terkejut dengan kejadian tersebut. http://www.youtube.com/watch?v=PROXKU5xr3E
diringkaskan cerita, lelaki tersebut tidak dikenakan seksyen 302 kesalahan membunuh dengan niat. ini kerana pihak mahkamah mengaitkannya dengan membunuh dalam keadaan akalnya tidak waras ketika itu, di mana suasana/situasi ketika itu tidak memustahilkan seseorang itu marah. mahkamah juga melihat kepada masa kejadian pembunuhan tersebut dengan masa dia melihat kejadian isterinya dengan lelaki tersebut yang tidak lama. ini bermakna, dia tidak sempat berfikir dan melakukan tindakan spontan dalam keadaan kemarahan yang sangat dan akal yang tidak normal. kemudiaannya penoreh itu dipenjarakan lebih kurang sepuluh tahun, mungkin dengan dakwaan membunh tanpa niat. penoreh getah tersebut akhirnya dibebaskan apabila habis tempoh hukuman.
sebenarnya kalau mengikut data PDRM, di malaysia ini terdapat amat banyak rekod kehilangan orang. ianya tidak dihebohkan di akhbar. mungkin tujuannya supaya rakyat malaysia dan pelancong merasa selamat dan terjamin. cuma akhir2 ini apabila kehilangan dan kematian arwah Nurin dan kehilangan Nursharlini yang masih misteri, masyarakat kita seolah2 seperti baru tersedar dari mimpi!
sebenarnya sebahagian daripada kehilangan orang di Malaysia sama ada dibunuh, dijual untuk dijadikan pelacur atau pun masih hidup tapi tidak mahu balik kepada keluarga kerana sesuatu krisis keluarga. mangsa yang dibunuh sama ada terjumpa mayatnya atau pun tidak dijumpai. sebahagiannya tidak dapat dikesan. sesetengah yang tidak dapat dikesan kerana dibunuh dengan cara yang sistematik oleh pembunuh upahan. ada juga yang dibunuh dan menghilangkan kesan2, seterusnya ditimbus dalam tanah. sesetengah lagi dipotong dan buang ditengah laut.
manakala yang dibunuh dan dijumpai mayatnya ada antaranya yang dibunuh oleh pendatang tanpa izin. apabila pihak polis mendapai mayat itu dan cuba mencari cap jari individu yang terlibat, sukar dibuat kerana tiada data. sebaliknya pembunuh upahan pendatang tanpa izin tersebut sudah menyorok di rumah kongsi, atau pun sudah menyeberang ke negara asing. itulah sebabnya setengah orang di malaysia yang mahu menghapuskan musuhnya akan mengupah pendatang tanpa izin dengan tujuan supaya sukar dikesan.
ada seorang banduan yang bakal dijatuhi hukuman gantung pernah berkata kepada pegawai yang terlibat akan menggantungnya. apabila dia sudah berada di lokap menanti masa beberapa minit sebelum hukuman gantung, dia berkata dengan suara perlahan 'sebenarnya saya sudah banyak kali membuat kerja ni (membunuh), beberapa kali sebelum ni saya terlepas, cuma kali ini nasib saya kurang baik, saya pulak akan dibunuh'
maknanya lelaki melayu ini kerjanya adalah pembunuh upahan yang sudah biasa melakukan kerja membunuh apabila diberi upah. akan tetapi seperti kata pepatah ' jerat tidak akan pernah melupakan pelanduk', lelaki pembunuh upahan ini akhirnya ditangkap dan bersama2 bukti yang jelas dan nyata, dia akhirnya dikenakan hukuman mati mandatori.
sebenarnya lelaki ini ketika perbicaraan tidak pernah sekali menyatakan 'ya' apabila dituduh membunuh. walau disiksa, disiasat, ditendang dengan berbagai2 cara, dia tetap menafikan tuduhan kepadanya. dia sentiasa mengharapkan agar tuah menyebelahinya seperti beberapa kesnya sebelum ini. akan tetapi akhirnya hidupnya berakhir di tali gantung. dia dibunuh oleh orang lain setelah banyak melakukan pembunuhan gelap sebelumnya.
seorang pemuda berusia lingkungan 25 tahun dimasukkan ke penjara kajang kerana memukul isterinya yang juga seorang pelajar kolej. mereka berkahwin dalam usia muda atas dasar saling mencintai. untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini keluarga memutuskan supaya dikahwinkan. pemuda tersebut hanyalah bekerja pasaraya atau pun penghantar surat (despatch). hampir setahun mereka dikurniakan seorang anak.
pemuda sebenarnya agak nakal sering menghisap ganja. akan tetapi dia seorang yang baik dan menyayangi isterinya. dalam masa yang sama, isterinya seorang yang agak sosial dan sedikit nakal semasa bujang. suka berkenalan dengan mana2 lelaki yang dikenalinya. perangai nakalnya terbawa2 sehinggalah dia berkahwin.
pemuda tersebut menuduh isterinya melakukan perbutan yang tidak digemarinya di belakangnya dengan pemuda lain. dari sehari ke sehari perang mulut bertukar menjadi lebih teruk. walau pun pemuda tersebut seorang yang kerap menghisap ganja, tetapi di tidak boleh menerima isterinya melakukan perbuatan curang dibelakangnya. baginya isterinya mesti setia kepadanya walaubagaimana teruk sekalipun perangainya. ini kerana dia adalah ketua rumahtangga yang mesti dihormati.
suatu hari berlaku pergaduhan dan mungkin kerana tidak tahan berlaku sabar, pemuda tersebut telah membelasah isterinya sampai lebam2. keluarga isterinya yang selama ini hanya melihat tidak sabar dan masuk campur. seterusnya melaporkan ke balai polis. akhirnya pemuda tersebut ditahan polis dan dimasukkan ke penjara kajang.
di penjara kajang pemuda itu kelihatan berusaha untuk mengubah dirinya. dia selalu menjadi tukang azan di surau banduan. tiap2 hari dia menyertai kuliah belajar membaca Al-Qur'an di surau banduan. apabila tiba masa pembebasan, maka dia pun keluar penjara dan pulang kerumah mencari isterinya yang pernah dipukulnya dahulu. sayangnya isterinya dan keluarga isterinya seolah2 membencinya dengan mengaitkan dengan perbuatan dahulu yang suka memukul dan menghisap ganja.
dalam masa itu suasana bertukar menjadi panas kembali. dia mengetahui isterinya telah menjalin hubungan dengan seorang lelaki. dalam masa yang sama keluarga isterinya seolah2 mendesak supaya menceraikan anaknya. dia yang merasa sangat tercabar pada malam itu bertindak mengambil sebilah parang dan menetak mertuanya dan isterinya. mertuanya koma dan isterinya dikatakan cedera parah. dikatakan dalam kejadian itu keluarga isteri dan saudara mara telah merampas parang dan membelasah teruk pemuda tersebut sebelum menyerahkan ke balai polis.
sekali lagi pemuda tersebut dimasukkan ke penjara. aku terjumpa dengannya ketika mahu bersolat jumaat di surau banduan. dia hanya tersengih sahaja kepadaku. di wajahnya kelihatan kesan2 luka mungkin kena pukul semasa berada di luar sama ada oleh polis atau keluarga isterinya. entah apa yang bermain di fikirannya sukar difahami. mungkin dia lebih selesa berada di penjara bersama kawan2nya daripada berada di luar penjara yang penuh dengan benda2 yang menyakitkan hati.
aku pernah melihat pemuda itu luka2 dan lebam2 muka dan ditempatkan di bilik asingan. pasti dia ada kes dengan banduan lain dan bergaduh. mungkin wader penjara tidak sempat meleraikan mereka. seperti kata pepatah melayu ' buku bertemu dengan ruas ', dia berjumpa seteru yang memukulnya tanpa belas kasihan. banduan lain dan wader pun kelihatan berhati2 dengan pemuda kerana rekodnya menunjukkan dia seorang yang degil dan melakukan perbuatan yang tidak terjangka.
bersambung....
