kenangan di Penjara Kajang 3
tahukah kamu bagaimanakah perlaksanaan hukuman mati dilakukan di panjara2 di malaysia? di negara2 di dunia, perlaksanaan hukuman mati adalah berbeza. setengah negara menggunakan hukuman pancung seperti di Arab Saudi. di Indonesia menggunakan kaedah tembak. amerika pula menggunakan kerusi elektrik dan suntikan maut. terdapat juga setengah negara yang menggunakan kaedah tikam. sementara di Malaysia menggunakan cara gantung sampai mati!
di penjara2 di malaysia yang melaksanakan hukuman gantung terhadap pesalah2, prosesnya akan dilakukan oleh unit khas yang telah dilatih khusus. semuanya adalah kakitangan penjara yang akan nekad melakukannya supaya perlaksanaan akan dilakukan dengan tanpa kesilapan. sebarang kesilapan akan mengundang padah yang mesti dijawab kepada semua pihak, sama ada pihak atasan, pihak keluarga pesalah, pihak kesihatan, pihak perundangan dan badan hak asasi manusia.
arahan untuk melaksanakan hukuman gantung akan diterima oleh pengarah penjara secara rahsia daripada pihak atasan. kemungkinan 1-2 bulan sebelum tarikh perlaksanaan tersebut. kerahsiaan tersebut akan terus dirahsiakan sehinggalah 2-3 hari sebelum hukaman dijalankan. mesyuarat tertutup akan dijalankan melibatkan pegawai tertinggi yang terlibat dengan hukuman tersebut, termasuklah tukang gantung.
kadang2 sesuatu perkara yang agak pelik seseorang banduan yang bakal digantung keesokannya seolah2 mengetahui bahawa dia akan digantung. dia seolah2 seperti mengetahui akan meninggalkan dunia ini untuk selama2nya. dia membersihkan biliknyanya (lokap), melipat baju dan pakaiannya dan menyusun elok2 tidak seperti sebelumnya. sukar untuk dijelaskan perkara ini, tetapi yang mengetahui nasibnya mungkin dirinya sahaja.
pelaksanaan hukuman dilaksanakan di waktu pagi kira2 10 minit selepas azan subuh. selalunya dilakukan hari khamis pagi jumaat. terdahulu sebelum itu, keluarga pesalah akan dimaklumi dan dibenarkan untuk berjumpa sepuas2nya seharian, dari pagi sehingga petang dengan pesalah. hari tersebut tangisan dan air mata adalah benda yang biasa dilihat. pertemuan yang sungguh menyayat hati tersebut akan dikawal ketat oleh pegawai penjara.
keluarga pesalah dibolehkan memeluk mencium sepuas2nya pesalah tersebut. daripada riak muka pegawai penjara yang bertugas di situ tergambar juga perasaan kasihan, tetapi mereka tetap melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan tegas dan tidak kalah kepada perasaan. pesalah akan diberikan semua kehendaknya, makanan apa yang dimintanya sehinggalah kepada rokok. ada juga pesalah yang berpuasa hari tersebut.
malam itu pesalah tersebut akan dibawa ke bilik menunggu yang berada di blok chamber. bilik menunggu tersebut adalah lokap yang bersebelahan dengan bilik hukuman gantung. sepanjang malam banduan tersebut akan menunggu di bilik tersebut dengan penuh debaran. sepanjang 5 tahu aku berada di penjara kajang, tidak pernah sekali aku melihat banduan yang menunggu gantung akan tidur malam tersebut. sebahagian banduan akan duduk berzikir sambil menangis dan melakukan solat sunat sepanjang malam. ada juga yang mundar mundir seolah2 memikirkan sesuatu, kemungkinan menyesal dengan perbuatannya yang lepas. kadang2 suasana tersebut menimbulkan suasana yang menginsafkan kepada pegawai penjara yang bertugas.
sekiranya pesalah beragama Islam, maka ustaz akan masuk lebih awal untuk memberi sedikit sebanyak nasihat berkenaan agama. sekiranya banduan tersebut beragama kristian, hindu, sikh dan lain2, maka orang agama masing2 akan dijemput untuk memberikan nasihat sebelum hukuman dilaksanakan. pegawai agama akan masuk lebih kurang setengah jam sebelum azan subuh dilaungkan. kebiasaannya banduan akan mendengar dengan teliti dan penuh minat apa yang dikatakan oleh ustaz dan minta maafkan segala yang tersilap selama ini.
saat yang cukup mendebarkan bermula apabila masuknya waktu subuh. ustaz yang bertugas serta merta menyuruh tahanan tersebut sembahyang subuh. ini kerana selepas 10 minit, bila2 masa sahaja tukang gantung akan datang dan melaksanakan 'misinya', tak kira tahanan tersebut sudah sembahyang atau tidak. si ustaz tidak dapat berbuat apa2 sekiranya tahanan tidak berminat untuk sembahyang. segalanya bergantung kepada tahanan tersebut.
lebih kurang 10 minit pegawai2 tinggi penjara masuk bersama2 pegawai kesihatan dan majistret. keadaan masa tersebut adalah sunyi sesunyi2nya. tiba2 kumpulan tukang gantung seramai lebih kurang 6-7 orang lelaki berbadan sasa berpakaian biasa masuk dan terus ke lokap. mereka akan bertindak pantas menggari tangan ke belakang tahanan. sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket baju dan mengeluarkan sehelai kain hitam. kain itu akan dimasukkan ke kepala pesalah.
dengan pantas tanpa sepatah kata mereka akan membawa tahanan tersebut ke bilik gantung bersebelahan lokap. di bilik itu sudah tersedia tali gantung, siap dengan nama dan nombor tahanan, tinggi dan berat. dalam masa beberapa saat, apabila tali sudah dimasukkan ke tengkuk dan pegawai tinggi memberi isyarat ibu jari diturunkan ke bawah, seorang petugas akan menarik besi pintu tempat berdiri pesalah, maka berdentumlah bunyi pesalah terjatuh ke tingkat bawah dengan tali mencekik/menyentap lehernya.
apasila selesai melihat mayat tergantung, ustaz akan berdoa. membaca doa selamat kerana semuanya selesai. masing2 yang berpeluh sejuk sejak tadi menarik nafas lega apabila tugasan yang amat berat dijalankan berjalan dijalankan.
sementara itu, di tingkat bawah sudah bersedia beberapa pegawai khas untuk melakukan tindakan mengambil mayat yang tergantung. pegawai2 ini akan membuka tali di leher pesalah tadi yang sudah menjadi mayat. biasanya apabila sahaja tali dilonggarkan untuk ditanggalkan dari leher, akan keluar suara seolah2 seperti dengusan dari mulut mayat tersebut. bersamaan dengan itu angin akan keluar dari mulut dan pegawai tersebut akan mengelak daripada terkena angin tersebut ke mukanya. sebenarnya angin itu adalah angin dari perut yang tersekat di kerongkong apabila leher dijerut.
seterusnya mayat pesalah akan dibaringkan untuk diperiksa bagi tujuan pengesahan oleh pegawai perubatan/doktor dan majistret. biasanya muka mayat kelihatan kebiruan. sesetengah pesalah yang digantung akan meninggalkan kesan berbekas merah di lehernya, kesan daripada jerutan tali gantung. ada yang lebih teruk dan mengerikan, kulit di leher akan terkoyak dan menampakkan warna merah darah kesan dari luka koyakan tersebut. mana2 pesalah yang meronta ketika digantung berkemungkinan besar akan mengalami koyakan di leher. sebaliknya bagi yang hanya menunggu dengan redha tanpa meronta biasanya tidak terkoyak.
seterusnya pegawai2 termasuk pegawai kesihatan dan majistret akan ke tingkat bawah untuk melihat mayat. pegawai kesihatan akan memastikan pesalah tadi sudah tidak bernyawa. majistret akan memastikan pelaksanaan hukuman telah dijalankan. masing2 menurunkan tandatangan sebagai penyaksian bahawa tugas dan pelaksanaan hukuman yang diarahkan oleh undang2 malaysia telah selesai.
ada orang yang beranggapan mayat yang digantung akan terjelir lidahnya. anggapan itu sebenarnya tidak benar. itu hanyalah kata2 orang yang tidak mengalaminya sendiri. jika pun terkeluar, lidah tersebut hanya sedikit sahaja, tidak panjang seperti yang dijangka oleh ramai orang.
terdapat orang yang bertanya sekiranya adakah pesalah yang telah digantung pasti mati? adakah ada orang yang telah digantung masih hidup? jawapannya adalah mengikut hukum adatnya, setiap pesalah yang digantung akan mati, kecuali Allah menghendakinya hidup. ini kerana pada bulatan tali gantung diletakkan besi yang berbentuk ladam. besi ini berfungsi ialah menghentak bahagian atas leher serentak ketika tali gantung itu menjerut leher pesalah. ia akan mematahkan bahagian atas leher yang pasti membunuh pesalah tersebut.
bagi yang terlibat secara langsung dengan tugas khas menggantung pesalah, mereka selalunya mengamalkan beberapa petua yang dipercayai untuk menguatkan semangat dan mengelakkan daripada terkena badi mayat. sesetengah orang mempercayai mayat mempunyai badi, setengah lagi tidak mempercayai dan menganggap berkaitan dengan psikologi sahaja.
bagi petugas yang beragama Islam, biasanya malam sebelum tugas tersebut, mereka akan melakukan solat hajat berdoa supaya semuanya berjalan lancar dan menguatkan semangat ketika melakukan tugas tersebut. apabila mahu melihat mangsa yang tergantung, tidak digalakkan melihat dari bahagian atas dahulu, maknanya melihat dari bahagian kaki dahulu, naik ke atas terus ke kepala. begitu juga apabila melihat mayat yang terbujur di tingkat bawah, jangan terus melihat kepada muka mayat. mulakan dulu dengan melihat dari bawah.
apabila tugas tersebut selesai dilakukan dan pulang ke rumah, semua pakaian yang yang dipakai semasa melakukan tugas tersebut dimasukkan dalam baldi dan dibasuh/dialirkan air ke atas pakaian tersebut. sesetengahnya pula membuang terus pakaian dengan mengalirkan ke sungai supaya kononnya badi mayat mengalir pergi bersama2 pakaian tadi. semasa keluar untuk melakukan tugas tersebut, petugas tidak akan memberitahu tujuan sebenar untuk menggantung orang. mana2 petugas yang kebetulan isterinya mengandung tidak digalakkan menyertai tugas tersebut kerana dikhuatiri badi mayat menganggu isteri dan bayi dalam kandungan.
terdapat pertanyaan yang sukar dijawab oleh ulama' tentang pelaksaan hukuman mati di malaysia. adakah bentuk hukuman tersebut dibolehkan. ini kerana dalam islam hukuman mati terhadap pesalah biasa dilakukan dengan cara pancung. tujuannya supaya pesalah tidak merasa tersiksa menanggung azab sakaratul maut. ianya dikatakan amat berbeza dengan hukuman gantung kerana menghukum dengan cara gantung akan membunuh pesalah dengan cara sentap dan mati dengan cara yang seolah2 mengejut dan kejam.
sebahagian besar ulamak di malaysia mengambil langkah berdiam diri berkaitan masalah ini. sebahagian ulama berpendapat semua individu yang mengambil bahagian dalam pelaksanaan hukuman mati tersebut berdosa, bergantung kepada tugas yang dibuatnya ketika itu. ini kerana masing2 redha dengan cara membunuh tersebut walau pun bertentangan dengan syarak. semua individu yang terlibat daripada tukang gantung yang menggantung pesalah, pengarah penjara yang memberi isyarat arahan menggnatung, pegawai penyelia bilik hukuman dan tali gantung, majistret mahkamah, doktor yang mengesahkan kematian, pegawai2 pengiring pesalah sehinggalah kepada ustaz yang memberikan pesanan ugama dan membaca doa' selamat selepas selesai pelaksanaan hukuman.
sebenarnya amat sukar untuk menetukan hukum dalam hal ini. ini kerana pegawai penjara yang menjalankan tugas tersebut adalah kerana tugas dan tanggung jawab. tugas berkaitan pelaksanaan hukuman mati adalah sesuatu yang amat berat. semua pihak kena nekad dan tabahkan hati. walaupun cara pelaksanaan tersebut bertentangan dengan hati nurani...

APE KSLHN YNG BLEY SMPAI DIHUKUM GANTUNG ?
Tapi yang jelas apapun hukuman itu dilakukan laksanakan sesuai dengan undang-undang yang berlaku jangan samapi terjadi violence, tersangka disiksa hingga mati (seperti pemerkosa ditusuk duburnya dengan besi dan diberdirikan besi itu dan terus menancap hingga tembus ke leher orang yang dihukum..ngeri kan...)
So hukumlah terpidana mati dengan hukuman yang sesuai dengan dosa yang dilakukan dan sesuai hukum yang berlaku di negara masing-masing, kalau bisa di pancung atau tembak biar dak sakit.