PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Oct 24, 2007 at 05:12 o\clock

kenangan di Penjara Kajang 1

by: zaris   Keywords: Penjara, Kajang

Bekerja dengan kakitangan Penjara kajang menghadapi karenah banduan dan kakitangan penjara memberikan pengalaman yang berliku dan kadang2 memeningkan kepala. Tetapi pengalaman begitu ada baiknya, iaitu menjadikan kita lebih bijak dan berani dalam menghadapi pelbagai tingkah laku manusia.

Kompleks Penjara kajang dahulunya mengandungi 4 empat bahagian utama, iaitu Penjara Utama, Penjara Bhg Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD), Penjara wanita Kajang dan Kem Pra Bebas. Ada kawan2 mengatakan sekarang sudah ada banduan/pesalah Juvana dan Serenti juga ditempatkan di Penjara kajang. Bilangan keseluruhan hampir mencapai angka 5000 orang. Hampir semua kesalahan yang terdapat dalam perundangan negara terdapat di Penjara Kajang. Daripada kes mencuri ayam, membakar sekolah, khalwat, liwat, rompak bank, jual kad pengenalan, jual CD haram, merempit, pendatang tanpa izin, curi motor dan seribu satu lagi kesalahan.

Setiap hari pagi dan petang pihak Polis akan datang menbawa pesalah baru. Bilangannya boleh dikatakan semakin hari semakin banyak. Kadang2 satu trak penuh, bahkan kadang2 dua trak. Sekiranya mereka banduan lelaki, mereka akan didaftarkan di Penjara Utama. Selepas melepasi pintu besar mereka akan dibawa ke Pejabat Rekod untuk direkodkan semua identiti peribadi.

Di Pejabat Rekod ini mereka akan diambil nama, no. i/c, alamat, no. ahli keluarga atau saudara terdekat yang boleh dihibungi. Mereka juga dimestikan  membuka baju untuk mempastikan terdapat tanda kekal yang mudah dikenali pada tubuh mereka seperti parut. Di samping itu mereka juga akan dicatatkan warna kulit, warna anak mata dan warna rambut di samping ketinggian dan berat.

Mereka juga akan ditanya dan diperiksa mengenai hartanya yang ada semasa ditangkap. Contohnya pakaian apa yang dipakainya semasa dihantar ke Penjara, berapa duit yang ada dalam dompetnya, tentang telefon bimbitnya. Selalunya ramai bandauan yang mengadu sebahagian duit yang berada dalam dompetnya akan berkurangan diambil oleh pihak polis semasa berada di lokap polis semasa direman.

Harta milik mereka akan diletakkan dalam satu tempat khas dan akan diberikan kembali bila hari pembebasan mereka. Seterusnya mereka akan menukar pakaian dengan pakaian banduan, diberikan nombor badan dan sebiji bekas air (bekas untuk mengisi air minuman) sebelum dihantar ke blok.

Pegawai yang bertugas di bahagian rekod sebenarnya amat mahir dengan pengiraan berapa lama seseorang pesalah itu ditahan dalam penjara. ada setengah banduan akan dikira bermula dari tarikh tangkap, manakala sebahagian yang lain pula bermula dari tarikh dijatuhkan hukuman. sesetengah orang awam kurang memahami tentang hukuman penjara yang dijatuhkan kepada seseorang pesalah. mereka menganggap sekiranya sekiranya seorang itu dijatuhkan hukuman 10 tahun, maka sepuluh tahunlah dia akan dipenjarakan. anggapan ini sebenarnya salah.

sebenarnya bagi setiap hukuman terdapat cara pengiraannya yang menyebabkan semakin berkurangnya tempoh penahanan seseorang pesalah. contohnya, pesalah yang dikenakan hukuman 10 tahun, dia mungkin akan dikenakan penjara lebih kurang 6-7 tahun sahaja setelah dikira balik. pegawai yang bertugas di bahagian rekod amat mahir dengan pengiraan ini dan dapat melakukannya dengan pantas.

 Sesuatu yang agak menarik di sini, setiap banduan yang baru masuk akan ditanyakan sama ada mereka ada me'roket' barang larangan tertentu. Sekiranya mereka disyaki meroket, maka pihak penjara ada cara2 yang tertentu untuk mengeluarkan barang roket tersebut. Selalunya mereka memasukkan benda tersebut dalam lubang dubur.

Kadang2 suasana di Pejabat Rekod amat 'panas'. Ini disebabkan suasana banduan baru yang ramai dan berbagai2 perangai. Kata2 kesat dan maki hamun adalah perkara yang biasa didengari ketika itu. Ketika ini juga pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pegawai Agama daripada JAKIM akan sama2 menemuduga banduan2 tersebut. Pegawai kebajikan akan bertanyakan apa2 perkara yang boleh ditolong seperti menghubungi keluarga, menghubungi peguam, mahu membuat rayuan dan lain2 

Manakala pegawai Agama akan menemuduga banduan2 Islam untuk mengetahui tahap pengetahuan agama masing2 untuk memudahkan proses pemulihan berteraskan agama di penjara. Mana2 yang berminat mahu belajar agama dan mempunyai asas agama yang lemah akan dicadangkan supaya menjalani kelas agama. Banduan juga akan ditanya kemahirannya untuk memudahkan pembahagaian kerja dalam penjara.

Pejabat rekod juga kadang2 digunakan sebagai tempat pertemuan antara tahanan/banduan dengan peguam yang diwakilinya. pihak penjara akan menyediakan sebuah bilik khas dengan dikawal oleh seorang wader apabila ada permohonan daripada pihak peguam yang dilantik oleh banduan untuk bertemu banduan tersebut. aku biasa berjumpa karpal singh dan lain2 peguam datang ke penjara kajang untuk berjumpa dengan banduan yang diwakilinya.

Sebenarnya lebih daripada separuh banduan di Penjara Kajang adalah Melayu yang semstinya beragama Islam. Kebanyakannya dipenjarakan kerana kes yang berkaitan dengan dadah. Contohnya sekiranya mereka mencuri, biasanya mencuri kerana ketiadaan wang untuk membeli dadah. Kes mendera isteri dan anak ada hubungan dengan penagihan dadah. Bermacam2 lagi kes jenayah yang melibatkan dadah. Inilah nasib anak2 Melayu yang mana merosakkan masa depan dengan menghisap dadah, sedangkan yang mengeluar dan mengedar adalah orang berbangsa asing!

Apabila ditanya tentang dari mana didapati sumber bekalan dadah, dengan senang hati dan tersenyum dia menyatakan terlalu mudah mencarinya. Dimana2 sahaja boleh dicari. Mereka mudah sahaja mencari kaki2nya dan 'port' nya. Dalam Penjara sendiri pun bekalan boleh di dapati. Sampaikan tahap boleh memilih jenis mana yang dikehendaki. Katanya ini berlaku bila ada di kalangan orang dalam yang 'bermasalah' dan menerima upah daripada tauke luar. Sungguh sukar nak dibanteras walaupun pihak polis ada juga menyamar sebagai banduan untuk menangkap penjenayah orang dalam ini.

Menurutnya perniagaan dadah adalah perniagaan yang amat menguntungkan. Di zaman ini perniagaan yang paling senang dan menguntungkan adalah perniagaan perempuan dan dadah. Dadah 10 kilo boleh membikin seseorang itu memiliki duit puluhan ribu ringgit dalam sekelip mata. Di Malaysia, cara pembekalan dadah dikhaskan kepada warna tertentu bagi tiap2 negeri untuk memudahkan penghantaran dan pembahagian. Pasar borong Selayang adalah 'port' yang paling besar. Begitu juga dengan Chow Kit dan Flat Samping di Pudu.

Ada seorang teman yang memberitahu aku bahawa dadah sebenarnya di negara2 burma dan lain2 negara yang ada penganut buddha, dadah itu akan disembahkan dulu didepan patungnya. dadah itu akan dibaca mentera buddha oleh saminya supaya akan mendatangkan ketagihan yang dasyat kepada penggunanya. selepas disembahkan kepada tokong dan patung, maka barulah diedarkan kepada negara yang mempunyai ramai umat Islam. apabila seseorang itu kali pertama pekena dadah, maka amat sukar, bahkan boleh dianggap mustahil untuk meninggalkannya. ini disebabkan kesan dadah tersebut yang bersifat menagihkan dan kesan jampi serapah oleh sami buddha dihadapan tokong!

Comments for this entry:

  1. quoteriz wrote at Dec 30, 2007 at 21:06 o\clock:aku adalah bekas banduan.. aku tlah lalui aper yg pnulis telah katakan...
  2. quoterzma wrote at Feb 6, 2008 at 17:40 o\clock:riz...ko dulu berada di penjara mana?
  3. quoterzma wrote at Feb 6, 2008 at 18:04 o\clock:sy nak tahu tentang kehidupan di penjara kajang dgn lebih detail. ayah saya baru shj dimasukkan kepenjara kajang 2 hari yg lepas. ayah terpaksa menanggung akibat dr fitnah dan hasad dengki kawan nye sendiri. kesian ayah. kami sekeluarga rindu ayah sgt2. ada x ape2 cara yg mgkin kami dpt tahun cmne kehidupan ayah kat sana skrg..plz...
  4. quotezaris wrote at Feb 14, 2008 at 03:46 o\clock:rzma, mula2 masuk penjara mungkin rasa kelainan. tetapi bila dah lama, akan dpt membiasakan dirilah. kehidupannya sama seperti banduan lain, mesti ikut peraturan yang telah ditetapkan. jgn cari masalah/musuh dgn banduan lain. pegawai penjara x sempat nak kawal semuanya. kad lawatan akan diberikan kepada keluarga banduan. ada masa2 yang telah ditentukan untuk melawat. boleh berhubung dengan pihak penjara. jgn takut dan segan., mereka juga manusia biasa., apapun semua ada hikmah tersendiri. bersabarlah...
  5. quoteaqilah wrote at Feb 25, 2008 at 14:39 o\clock:dapat meningkatkn kualiti diri supaya menjadi insan yang berguna untuk masyarakat dan negara
  6. quoteniza wrote at Apr 5, 2008 at 01:32 o\clock:urm.. bestnya ada pglmn mcm ni.. pglmn menguruskan penjara.. kpd rizma bersabarlah.. ada hikmah d sebaliknya..
  7. quoteFIZA@PUNCAK ALAM wrote at Apr 7, 2008 at 09:41 o\clock:kpd rizma,ni yang dinamakan kehidupan........
    tawakal kpd ALLAH S.W.T
  8. quoteresa wrote at Apr 22, 2008 at 07:38 o\clock:saya amat tertarik dengan kisah-kisah yang diceritakan...terima kasih
  9. quotezaris wrote at Apr 22, 2008 at 09:20 o\clock:terima kasih pd semua pembaca blog saya semua. saya cuma mahu berkongsi sedikit pengalaman dan mengambil pengajaran dari kejadian dan peristiwa dan perilaku manusia di sekeliling kita.. mana yang berkurang harap diberi teguran membina...
  10. quoteeron wrote at May 28, 2008 at 05:52 o\clock:macam mana kehidupan dlm penjara hah? kalau hukuman merotan tu sakit ke tak
  11. quotehakim wrote at May 29, 2008 at 02:27 o\clock:tak pernah pulak dgr hukuman rotan yg x sakit......post seterusnye ada menceritakan ttg hukuman rotan
  12. quoteTQT wrote at Jul 10, 2008 at 06:44 o\clock:setiap kejadian,pasti ada hikmahnya................
  13. quoteIqlima wrote at Jul 15, 2008 at 16:47 o\clock:sebelum ini saya tak pernah mengambil tahu kisah penjara. mungkin kerana tiada pengalaman dari keluarga sendiri menyebabkan saya terus terleka untuk mengambil tahu. Malangnya pada 14 Julai 2008 suami sendiri ditempatkan dipenjara selama 6 bulan dan satu sebatan kerana langgar syarat mahkamah. Tak tahu bagimana remik hati saya dengan hukuman ini. Menderitanya saya dan anak-anak seramai 4 orang. Suami saya pernah dituduh sebagi penagih tetapi dibenarkan membuat pelaporan setiap bulan di balai polis berhampiran. Malangnya suami saya sibuk mencari nafkah sehingga terlupa dengan tanggungjawab tersebut. Rauan telah dibuat memandangkan suami saya bukan penagih dan ujian darah juga membuktikan dia bukan penagih. Tetapi hanya kerana melanggar syarat mahkamah hukuman sebegitu dijatuhkan. Sehingga hari ini saya seakan tidak boleh menerima keadaan tersebut. Memang pahit tapi tiada apa yang boleh dilakukan. Apa yang mampu saya lakukan hanya menyembunyikan peristiwa ini dari anak-anak saya yang sememangnya dari kategori anak-anak cerdik. saya tidak mahu mereka tahu bahawa ayahnya seorang banduan. Biar hanya saya yang tahu dan simpan. Bagi saya suami saya bagaikan malaikat di dalam hati dan jiwa saya. kami tiada masalah malah kami sememangnya bahagia. Dan saya berdoa kepada Allah semoga hati dan cinta saya kekal kepada suami tercinta. Sesungguhnya kami tidak pernah terpisah apatah lagi untuk peristiwa tragis seperti ini.hidup saya bagaikan siang yang gelap dan malam dingin dan suram. Kepada suami yang dikasihi, isterimu tetap setia dengan kasih dan cinta yang tak pernah luak. Semoga Allah memberi seribu rahmat disebalik dugaan besar ini. saya harap abang akan sentiasa kuat dan sentiasa ingatkan allah selalu.
  14. quotezaris wrote at Jul 16, 2008 at 08:25 o\clock:nasihat saya supaya bersabar dengan semua dugaan ilahi, semuanya ada hikmah yang kadang kala sukar untuk kita menghadapinya!
  15. quotenoriah wrote at Jul 22, 2008 at 09:25 o\clock:actually, im r 3rd year law students in universiti malaya...i do my research regarding the issue of the child offender in kajang prison...erm, mayb nice if u can cooperate with me..n with humble invitation from me....would u?
  16. quotezaris wrote at Jul 23, 2008 at 05:56 o\clock:noriah, saya rasa elok awak menghubungi pihak penjara wanita kajang kerana mereka mempunyai amat banyak info berkaitan research yang awak sedang buat. amat bagus tugasan yang awak buat kerana pasti akan menjadi rujukan yang amat bermanfaat. semoga berjaya..
  17. quotetactical_air wrote at Jul 23, 2008 at 11:17 o\clock:Aku rasa ada separuh cerita kat sini tak betul
    ex Wp 122??
    Kjg Jail
  18. quotezaris wrote at Jul 25, 2008 at 04:35 o\clock:KEMUNGKINAN ADA SETENGAH YANG SAYA CERITAKAN KURANG MENEPATI KEADAAN SEKARANG. SAYA BEKERJA DI SANA LEBIH KURANG 5 TAHUN, 2000 HINGGA 2005. INI KERANA KEADAAN PELAN PEMULIHAN DI PENJARA SENTIASA BERUBAH DARI SEMASA KE SEMASA.MANA2 YANG KURANG TEPAT AMAT WAJAR DITEGUR DAN DIPERBAIKI, WALLAHUAKLAM...
  19. quoteriena wrote at Aug 11, 2008 at 06:29 o\clock:saya teramat teruju untuk mengetahui tentang kisah cinta banduan yg membunuh kekasihnya dan dia juga minta agar dia juga di jatuhkan hukuman gantung.sebelum dia di hukum gantung dia telah mencipta sebuah lagu utk kekasihnya itu.tajuk lagu itu ialah perangkap cinta@trilogi cinta tiga segi yg di nyanyian kan oleh saleem iklim.ada sesiapa yg boleh tolong dapatkan saya alamat dan apa2 jua berkenaan banduan tersebut.segala pertolongan anda amat saya hargai.
  20. quoteayie wrote at Nov 14, 2008 at 10:13 o\clock:bila masa untuk melawat tahanan, atau hanya ada orang2 tertentu sahajakah yang dibenarkan melawat tahanan ?. tolong sy untuk menziarahi sahabat yang baru dipenjarakan di kajang bukan atas kesalahannya.
  21. quoteBUNGA wrote at Dec 4, 2008 at 06:04 o\clock:saya mempunyai saudara t'dekat yg d'masukkan kepenjara kajang,oleh kerana tidak pernah mengambil tau ttg nya dan nama penuhnya blh x klau saya ingn megetahui statusnya @ pasal kes yg membabitkan penangkapan seorg perempuan bersama dadah yg blh d'jthkan hukuman mati @ penjara seumur hidup....perempuan 2 mgkin lewat 20-an dan asal org kuantan...saya berharap sgt sis dpr tlng saya.
  22. quotezaris wrote at Dec 5, 2008 at 05:17 o\clock:ayie, orang yang mahu melawat banduan atau tahanan di penjara mesti membawa kad lawatan. pada kad itu tertulis hari2 yang tertentu sahaja yang dibenarkan untuk dilawati. biasanya kad itu diberikan kepada saudara tetdekat banduan itu. sekiranya mahu melawat, seeloknya berhubung dahulu dengan orang yang memegang kad tersebut. lawatan yang tanpa prosedur tidak akan dibenarkan untuk berjumpa dengan banduan/tahanan. untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak penjara, atau pun penjara kajang 87364620 minta sambung ke bhg tempat jumpa
  23. quotezaris wrote at Dec 5, 2008 at 05:26 o\clock:bunga, sebarang rekod berkaitan maklumat pesalah dikira sulit. akan tetapi sekiranya pihak mahkamah telah menjatuhkan hukum penjara kajang, maka di penjara kajanglah di ditempatkan. kalau wanita, dia di tempatkan di penjara wanita. awak boleh menghubunginya pejabat rekod penjara, tetapi seeloknya perlu diketahui dulu namanya, i/c, bila masuk penjara, kesnya. maka mudah pihak rekod mengesannya. kalau tahu no banduan lebih elok lag.
  24. quoteayu wrote at Dec 5, 2008 at 13:03 o\clock:selama ni saya tak tau pun sangat tugas pegawai penjara.Saya cuma tau tugasnya jaga banduan.Susah juga...pengalaman banyak berharga..mengajar diri sendiri untuk lebih sedar diri...tentang hidup..harap bersabar dengan karenah banduan....
  25. quoteWONG wrote at Dec 7, 2008 at 20:04 o\clock:aku juga bekas banduan, aku pun telah lalui apa yang penulis kata, hidup kat dalam adala susah, terutamanya aku kena terima hukuman sebat ku sebanyak 20 sebatan, masa tu memng sakit dan derita..
  26. quotemimie wrote at Jan 7, 2009 at 05:14 o\clock:bleh tya x? mcm mana nk berhubung dgn surat myurat kerana sy tidak dapat melawat kawan saya yg skrg ini berada dlm penjara kajang. betulkah hanya keluarga terdekat shj yg dbenarkan melawat,? tetapi smpai sekarang keluarga dia x melawat lg.benarkan dia masih direman sedangkan dia berada dlm penjara sudah 2 mggu lbih dah.
  27. quoteyokismey wrote at Jan 23, 2009 at 03:20 o\clock:ambil pengajaran atas apa yg berlaku .Aku pon pernah melaluinya.....ia amat memeritkan aku dan banyak memberi pengajaran kpd aku supaya lebih berhati2 dlm pejalanan hidup. Itulah yg dikatakan NERAKA DUNIA
  28. quoteWONG wrote at Jan 23, 2009 at 17:22 o\clock:yokismey, u pun kena sebat 20 kali? ya, mesti ambil pengajaran aku. dulu bodoh buat salah, sekarang amat kesal. mesti hati-hati masa sekarang.
  29. quoterahsia wrote at Feb 3, 2009 at 08:21 o\clock:adakah benar seseorang banduan baru akan diliwat di dalam penjara ??
  30. quoteKak Ct wrote at Feb 11, 2009 at 08:03 o\clock:Zaris, kalu isteri banduan (kes dadah tak lapor) minta cerai sebagai family perlu tak akak inform. Bimbang emosi dia terganggu pulak. Kes baru lagi disebut kat Mahkamah Syariah. Apa pandangan u?
  31. quotezaris wrote at Feb 13, 2009 at 08:18 o\clock:benar atau tidak seseorang banduan baru akan diliwat bergantung kepada keadaan banduan tersebut, sama ada dia jenis kategori jambu (cantik), pemberani atau penakut, juga bergantung kepada kesalahannya. seorang yang berani akan menimbulkan sedikit sebanyak kegentaran kepada banduan lain untuk mengacaunya..
  32. quotenora wrote at Mar 2, 2009 at 03:58 o\clock:salam.sangat menarik isu diatas.saya student utm bhgn kaunseling sedang wat research tntgh kehidupan isteri banduan.ade sesape isteri banduan nak ceritakan apa pglmn semasa suami dalam penjara?myb info tu amat berguna untuk kajian saya ni..tq
  33. quoteNORA wrote at Mar 2, 2009 at 04:04 o\clock:SAYA STUDENT UTM BHGN KAUNSELING NGAH WAT RESEARCH TNTG KHIDUPAN ISTERI BANDUAN.SY NAK MINTAK TOLONG PADA SESAPA YANG ADA PENGALAMAN SEMASA SUAMI DIPENJARAKAN LEH SHARE DENGAN SAYA TAK?
  34. quotemummy wrote at Mar 16, 2009 at 08:38 o\clock:Salam... saya seorang isteri penagih.. hari rabu ni dia akan dituduh di mahkamah... sayadapat sokongan dari keluarga mertua.. dengan bantuan pihak polis, dia akan dibiarkan ke penjara sg buloh buat sementara. Tujuan agar dia merasa insaf. Selepas seminggu atau dua, baru dijamin dan dihantar ke pusat pemulihan. Pada yang bersuami penagih, berhati hatila. Jika kita sayang, kita perlu bantu. jangan biarkan. Sometimes, we have to be cruel to be nice... semoga Allah memudahkan urusan saya dan anak anak sepanjang ketiadaan suami.. insyaAllah
  35. quotemama chacha wrote at Mar 25, 2009 at 16:50 o\clock:suami saya sudah hampir lima bulan di penjara. bln 11-2 direman di penjara sg buloh n skrg di penjara kajang..insya allah bln 4 ni keluar bg kes yg pertama..tp suami saya masih ada 1 lagi kes blum dijatuhkan hukuman(kemungkinan 39B)..anak saya tak tahu ayahnya penagih dan pengedar dadah apatah lagi bergelar banduan..krn masi bayi..saya dan anak setiap minggu melawatnya semasa di Penjara sg buloh n setiap bulan di penjara kajang..cinta dan kasih sayang terhadap suami tak pernah berubah..walaupun selama ini dia selalu buat kami menderita..saya kuatkan diri menjaga anak seorang diri tanpa keluarga disisi..apatah lagi saya masih belajar..saya tak boleh terima hakikat suami menjadi banduan tp setiap kesalahan akan dihukum..semoga suami insaf dan berubah..walau apa hukuman dijatuhkan(sekalipun 39B AKTA DADAH), saya redha..tp cinta saya tak berubah hingga akhir hayat..saya dah cuba mengubahnya tapi tak terdaya..penangan dadah meracuninya..memusnahkan keluarga..kpd isteri2 banduan, jgn buang mereka..berilah peluang kedua..mereka mampu mengubahnya tp biarlah ada tangan yg menyambut dan mencium tangan mereka..bkn memaki dan menghina..wsalam..semoga Allah mengubah para banduan ke jalan yg benar..amin..
  36. quoteshut shooter wrote at May 10, 2009 at 16:20 o\clock:dprd sume citer nie ko cm staff pnjara jgk jew zarif...btol kew x???
  37. quoteryna wrote at May 26, 2009 at 14:17 o\clock:saya pelajar program msc counseling kat uumkl skrg kena wat praktikal kat penjara wanita kajang.....ada sesapa leh bagi panduan tak?
  38. quotegadis tawau wrote at Jun 26, 2009 at 07:43 o\clock:tunang saya baru sahaja di kenakan hukuman penjara selama 3 bln atas masalah tertentu tapi saya masih tidak berpuashati kerana orang yang terlibat boleh di katakan bersubahat tidak dikenakan hukuman yang sama malahan di bebaskan ....adakah ini dikatakan adil mana keadilan mengapa tiada tindakan kepada pesalah yang bersubahat,saya sedih dengan undang2 kita.walauapapun saya harap tunang saya sentiasa sihat & keluar dengan keinsafan nanti.
  39. quotenerinda wrote at Jul 13, 2009 at 04:19 o\clock:Bagaimanakan keadaan banduan wanita yang membuat jenayah kolar putih cam memalsukan tandatangan cek? Apakah hukumannye dan bagaimana mereka di layan di penjara .
  40. quoteTepaksireh wrote at Jul 16, 2009 at 09:43 o\clock:Saya akan berdebat dengan tajuk "Peningkatan Jenayah adalah disebabkan oleh Penagih Dadah" . Saya sebagai pembangkang,, susahlah.. sebab 99% cari di internet memang berpihak kepada tajuk itu. Tolong, sape bole tolong.
  41. quotezura wrote at Sep 25, 2009 at 06:48 o\clock:saya isteri penagih,,,hati saya sudah hancur utk terima suami sya lagi....saya rasa lebih aman dan tenang bila dia ada disana,,,,,saya takut bila sampai masanye dia akn keluar,,,,,tolong la bagi nasihat kpd saya,,,saya berumur 24 tahun dan m'punyai 2 org anak lelaki yg sentiasa bertanyakan ayahnya,,,,,,
  42. quotebekas banduan wrote at Sep 28, 2009 at 12:54 o\clock:
    zura:saya isteri penagih,,,hati saya sudah hancur utk terima suami sya lagi....saya rasa lebih aman dan tenang bila dia ada disana,,,,,saya takut bila sampai masanye dia akn keluar,,,,,tolong la bagi nasihat kpd saya,,,saya berumur 24 tahun dan m'punyai 2 org anak lelaki yg sentiasa bertanyakan ayahnya,,,,,,


    memang simpati atas kesalahan yang suami awak lakukn, i juga bekas banduan tapi i bukan atas kesalahan dadah, tapi i faham sokongan keluarga sangat penting untuk kami yang duduk di dalam.
  43. quotetil wrote at Sep 30, 2009 at 15:49 o\clock:kita harus terus hidup jika kita berada di atas jalan yg benar
  44. quoteshah wrote at Oct 3, 2009 at 08:32 o\clock:kalau dah masuk penjara,,
    satu pengalaman,
    ubahlah cara hidup,,,
  45. quoteemeng wrote at Nov 5, 2009 at 14:56 o\clock:salam..
    saya seorang wanita br brkahwin berumur 26 thn
    dec 09 genap setahun kwin..
    saya buat jenayah kolar putih..iaitu pecah amanah hmpir 800k..
    sy amat menyesal kerana perkara ini myeret suami sy & keluarga
    kes sy sudah smp ke pngetahuan polis..tp msh blm di ambil tindakan..kerana majikan sy beri sy peluang untuk mmbayar balik..tp dlm ms yg singkat

    di ketika ini..sy amat takut utuk msuk pnjara...di soal siasata di lokap jg sy amat takut...
    sy takut suami jufa d heret sama...
    sy x nak kerana kesalahan sy..suami d heret..nk pulak suami ada anak dgn isteri terdahulu...

    bgaimana sy nak selesaikan kes sy..
    sy redha kalau msk pnjara..tp sy takut untuk ke lokap...sy taku akan dseksa d lokap...
    sy jg kalo boleh tdk mahu msk mahkamah..biarlah sy seorng d jatuhi hukumn..bkn org lain..sbb kalo msk mahkamah tntu akan mmbongkar 1001 rahsia..& mgaibkan pihak lain/....
    sy x mahu itu smua terjadi...

    sesiapa yg ada pngalaman plss..advices saya..
    & bekas banduan wanita ada pngalaman..teruk ke hdp d pnjara???....tikus??d seksa???...
    kalo kslhn mcm sy...duduk dlm pnjara seorg @ ramai2??
  46. quoteamie wrote at Nov 8, 2009 at 21:42 o\clock:dlu aku xpnh g pjra.. tp dlm 3mggu niyh dh 2x aku g... br aku tau mcm ner kdaan nyer kt dlm 2...bf aku msk sna dh hmpr sbuln.. die kne thn remn..bln 12 ni br jth hukum... die kne thn coz kantoi urine test n ad brg ngn die..erm aku tau die mcm ner sblm couple ngn dye.. cm aku xjgka die akn di tgkp.. sblm di tgkp aku slalu suh die bhenti dr sume 2.. tp dye dgil.. aku ttp 2gu dye..kwn2 die n kwn aku byk bg support kt aku srh kuat.. hrpn aku cm 1 bler dye kuar nnt,die akn mula berubh.. yg pasti aku akn sntiasa bn2 n skg dye tok brubh..

Comment this entry

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.