kejadian kelarian banduan di penjara kajang
lebih kurang seminggu yang lepas, terdapat dalam akhbar kejadian dua orang banduan/tahanan yang cuba melarikan dari penjara. ramai yang bertanyakan aku tentang hal tersebut walau pun sudah lama aku meninggalkan kerjaya sebagai pegawai penjara. ada yang mempersoalkan tahap pengawalan yang longgar, keselamatan orang2 di sekitar kawasan penjara dan ada juga yang tanpa usul periksa membuat teori wujudnya orang dalam yang memberi jalan kepada terlepasnya banduan tersebut.
aku tidak mengetahui kisah yang sebenarnya. cuma berdasarkan kepada cerita2 yang keluar daripada kawan2 yang sedang berkhidmat di penjara kajang, aku seolah2 dapat melihat peluangnya melarikan diri kerana kecuaian seorang warden dalam menjalankan tugas. mengikut sumber mereka, warden itu merupakan warden yang masih kurang berpengalaman dan mengambil mudah tugasannya menjaga dan mengunci pintu!
banduan yang cuba meloloskan diri adalah banduan muda atau pun juvana. banduan ini bukan dikategorikan sebagai banduan biasa/dewasa dan berumur lengkungan 18-21 tahun. memandangkan banduan ini mungkin keberangkaliannya sukar untuk melakukan tindakan berani tersebut, maka pegawai penjara tidak memandang serius dan tidak menjangka akan berani mengambil tindakan sebegitu nekad.
tempat berlaku kejadian tersebut adalah di bahagian kem pra bebas. di bahagian ini ditempatkan banduan serenti, banduan juvana, banduan muda dan banduan2 yang hampir akan bebas, lebih kurang 2-3 bulan lagi. bahagian ini di bahagiannya adalah tembok yang agak tinggi, yang mustahil akan dipanjat. manakala bahagian belakangnya hanyalah pagar dawai biasa yang ditambah dengan zink berwarna hijau atau biru tua. di bahagian atas pagar itu diletakkan kawad berduri. kecuaian pihak penjara tidak memperbaiki setengah kawad yang rosak menyebabkan dengan senang boleh memoloskan diri sekiranya ada kesempatan.
kejadian kelarian dikatakan bukan dirancang dengan teliti sejak dari awal lagi. banduan itu dikatakan melarikan diri dengan perancangan yang agak spontan yang menyebabkannya senang ditangkap kembali.ianya bermula pada waktu tengahari, lebih kurang jam 2 lebih. banduan tersebut meminta kebenaran daripada warden bertugas untuk mandi di kolah. maka warden itu pun membuka pintu dan memberi mereka mandi. kecuaian yang dilakukan oleh warden itu ialah setelah membuka pintu, dia mengambil jalan mudah dengan keluar sekejap tanpa mengunci terlebih dahulu pintu tersebut.
banduan tersebut yang melihat peluang itu tanpa berfikir panjang terus mengambil kesempatan keluar melalui pintu tersebut, terus menuju ke pagar di bahagian belakang. mereka terus memanjat pagar itu dan meloloskan diri memalui tempat kawad berduri yang telah rosak. apabila sahaja mereka berjaya keluar dari pagar tersebut, mereka sebenarnya masih lagi berada dalam kawasan kompleks penjara kajang. mereka hanyalah melepasi 'dinding' penjara sahaja.
di depan pagar adalah jalan utama kenderaan kakitangan penjara mahu ke kuarters kakitangan, ke maktab penjara dan ibu pejabat penjara. kenderaankadang2 banyak melalui jalan itu. oelh itu amat sukar untuk banduan menyelinap melarikan diri. lebih2 lagi dengan keadaan berpakaian banduan serta comot dan dengan keadaan yang kelam kabut untuk mengelakkan daripada dilihat oleh kakitangan yang lalu lalang di jalan itu. di depan jalan itu terdapat satu simpang jalan bertar menaiki bukit menuju ke bukit wira, ibu pejabat penjara malaysia. di kiri kanan jalan itu terdapat bungaan hiasan dan belukar kecil.
banduan tersebut mengambil tindakan nekad menyorok di sekitar belukar dan berhasrat untuk menuruni bukit ke kawasan perumahan taman prima saujana. dahulunya kawasan taman prima saujana adalah belukar yang agak luas. kawasan belukar itu agak tebal sehingga sampai ke taman sungai kantan dan saujana impian. apabila banduan itu sampai di situ, mereka seolah2 hilang akal untuk melarikan diri. dipercayai mereka berpisah mambawa diri masing2 dengan ikhtiar sendiri untuk menyelamatkan diri.
seorang banduan ditemui tidak lama kemudiannya oleh pegawai penjara yang serta merta melakukan gerakan mencari. dia dijumpai dikawasan belukar di kawasan itu. manakala seorang lagi banduan ditemui keesokannya atau lusanya. banduan tersebut apabila kepenatan dan tidak tahu arah tujuan untuk melarikan diri bertindak masuk dan bersembunyi dalam sebuah rumah yang belum siap di kawasan perumahan tersebut. dengan keadaan penat dan lapar dan ketakutan takut dijumpai dia tidur di situ sambil megharapkan agar pegawai penjara yang berkeliaran mencarinya akan beredar dari kawasan itu.
tuan rumah yang secara kebetulan datang ke rumah untuk melihat rumahnya terkejut melihat ada orang sedang tidur. serta merta mengesyaki bahawa itulah banduan yang sedang hangat diperkatakan. dia cuba menelefon pihak penjara, tetapi tidak mengetahui no telefon penjara. oleh itu, dia mengambil tindakan menelefon polis. dengan senang polis pergi dan menangkap dengan mudah. ini kerana banduan itu dalam keadaan letih, penat dan lapar. agaknya bagaimana nasibnya kelak apabila pihak polis menyerahkannya kepada pihak penjara.
sebenarnya banduan itu adalah banduan muda yang masuk penjara kes samun. dia bukan seorang yang berpengalaman seperti komando yang mempunyai banyak kemahiran. tindakannya melarikan dari penjara adalah amat bodoh kerana dia bakal menanggung padah yang lebih berat. sedangkan banduan2 lain yang lebih senior dan berpengalaman tidak sanggup melakukan tindakan tersebut. ini kerana mereka mengetahui pihak penjara mempunyai pelan yang cukup rapi untuk mencari mana2 banduan yang cuba melarikan diri.
mengikut pegawai senior yang berkhidmat hampir 30 tahun di penjara kajang dan pudu, kaedah dan cara pangawalan banduan di penjara sekarang agak longgar dan banyak memberi peluang kepada banduan untuk melarikan diri. banduan dikatakan tidak mahu mengambil kesempatan untuk melarikan kerana tidak ada faedahnya. salah satu perbezaan di antara penjara sekarang dan zaman british dahulu ialah sistem pengawalan di menara kawalan pengawal penjara. penjara dulu banyak didirikan menara untuk memudahkan melihat dengan jelas pergerakan banduan. setiap satu menara dengan menara yang lain dapat berhubung dengan senang. ini berbeza dengan sistem penjara sekarang yang lebih mementingkan kecanggihan teknologi. walaupun teknologi amat penting, tetapi sekiranya sistem gagal berfungsi, maka akan terdapat sedikit kesukaran di pihak penjara untuk mengawal banduan sebaik mungkin.
