PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Jan 21, 2008 at 06:33 o\clock

kawan lama dari kem KEMTA

by: zaris   Keywords: kem, KEMTA

ketika sedang minum2 suatu petang di sebuah kedai mamak dengan seorang teman, secara tiba2 datang seorang kenalan yang sudah lama yang berjumpa. rupa2nya dia sekarang sudah bertugas di kem tahanan di KEMTA, Perak. menurutnya ramai kawan2 yang lain juga berada di KEMTA, di samping lain2 penjara, setelah diarahkan berpindah oleh pengarah penjara kajang.

beberapa kali dia mengeluh kerana terpaksa berjauhan dengan isterinya yang bekerja di kajang, di samping anak2nya yang bersekolah di kajang. begitu juga dengan rumahnya yang berada di kajang. dia juga mengatakan sekiranya mendapat kerja yang lebih elok di sekitar kuala lumpur dan kajang, maka dia kana berhenti dari kerjaya wader penjara memandangkan jarak yang jauh menyukarkannya untuk berulang alik seminggu sekali ke kajang dari KEMTA.

menurutnya, bertugas di tempat tahanan seperti KEMTA cukup mencabar dan memberi banyak pengalaman baru yang sukar didapati di lain2 penjara. ini disebabkan penghuninya diistilahkan sebagai sebagai 'tahanan' dan bukan 'banduan'. sebahagiannya adalah ditahan di bawah akta keselamatan dalam negeri (ISA).

kejadian diludah oleh tahanan adalah perkara biasa. begitu juga dengan diugut oleh tahanan. selalunya tahanan akan mengugut akan mengapa2kan pegawai penjara dan ahli keluarganya apabila sudah bebas. pegawai penjara akan melaporkan kepada pihak polis sebagai langkah berjaga2 sekiranya apa2 yang bakal berlaku apabila tahanan tersebut dibebaskan kelak. pegawai penjara sedaya upaya perlu menahan sabar daripada bertindak memukul tahanan kerana tahanan mempunyai hak untuk melantik peguam dan mendakwa orang yang memukulnya.

banyak kejadian2 yang menarik berlaku disana. sebahagiannya merupakan rahsia2 kerajaan yang tidak boleh disebarkan kerana dikhutiri mengancam keselamatan negara. menurutnya beberapa kali pagawai FBI dan CIA datang ke kem tahanan tersebut mahu mengambil suspek pengganas yang ditahan di sana, akan tetapi perdana menteri malaysia , Pak Lah tidak mahu menyerahkan tahanan tersebut. antara yang ditahan di sana termasuklah perisik kerajaan asing seperti singapura, pegawai tinggi PDRM yang menjadi talibarut asing, pegawai TLDM yang belot dan menjual maklumat penting pertahanan negara kepada negara singapura, panglima perang MORO yang diburu kerajaan manila dan berlindung di malaysia dan lain2 lagi.

ada setengah pegawai berpendapat, tindakan kerajaan meletakkan beberapa orang panglima perang MORO dengan tujuan untuk menyimpan dan mengawalnya. di samping itu ia juga bertujuan untuk mengelakkannya daripada menjadi sasaran ejen dari manila yang mungkin akan membunuhnya. begitu juga dengan ejen2 dari negara2 lain yang berjaya ditangkap, akan disimpan di KEMTA dengan tujuan yang yang tertentu. rupa2nya kalau disusuri dan diselidiki terdapat banyak ancaman keselamatan negara yang terpaksa ditangani dengan berhati2 oleh pegawai2 tinggi kerajaan malaysia.

terdapat juga ramai suspek pengganas antarabangsa (JI) yang sebahagian besarnya warganegara indonesia, setengahnya adalah pakar senjata, mahir memandu pesawat pejuang dan pakar bom. di samping itu, individu2 yang mendatangkan bahaya kepada negara juga ramai ditahan di sana kerana menghasut dan melakukan usaha2 berunsur provokasi membenci kerajaan malaysia.

selalunya tahanan yang masih baru ditahan dan ditempatkan di KEMTA sering menunjukkan aksi agresif dan memberontak. pihak pengurusan sebenarnya sudah lali dan biasa dengan keadaan ini. apabila keadaan reda dan tahanan sudah dapat menerima hakikat yang terjadi atas dirinya serta membiasakan diri serta membiasakan diri dengan suasana di kem, maka keadaan tahanan akan lebih stabil dan normal.

ada seorang teman yang pernah ditugaskan di sana memberitahu, kata2 makian yang berunsur peribadi adalah mencabar kesabaran. sebagai contohnya, seorang yang berstatus ustaz semasa berada di luar pernah menghinanya 'kucing yang aku bela ni lebih mulia dari kamu2 semua yang bekerja di sini. kamu semua ni anjing2 kerajaan'. berderau darah teman tersebut, menggigil menahan kemarahan. namun begitu terpaksa ditahan untuk mengelakkan kejadian yang lebih teruk akan berlaku.

teman tersebut memberitahu, 'ustaz' tersebut tidak sepatutnya tidak mengeluarkan kata2 tersebut. perbuatannya bercakap begitu tidak menggambarkan ilmunya dan statusnya sebagai orang yang dihormati di luar. teman itu hanyalah bekerja sebagai kakitangan jabatan kerajaan yang hanya bertindak menjaga tahanan, memberi makan minum dan kebajikan tahanan tanpa menjentik sedikit pun. dia hanya mengikut arahan pihak atasan. dia bekerja untuk mendapatkan wang yang halal untuk menyara anak dan isterinya!

sesetengah pihak berpendapat, ada kalangan tahanan yang bertindak mengeluarkan kata2 kesat dan menghina mempunyai tujuan yang tertentu. kemungkinan tujuannya mengeluarkan kata2nya supaya pegawai penjara tersebut naik marah dan bertindak memukulnya. kesan daripada pukulan tersebut akan digunakan kembali sebagai bukti kezaliman pihak penjara, kononnya menderanya semasa menahannya di kem tersebut.

terdapat setengah tahanan yang menangis teresak2 apabila dibebaskan. mungkin terharu, atau sedih bercampur baur. ini kerana sepanjang dia ditahan di kem tersebut, kereta yang dimilikinya telah ditarik gara2 tidak menjelaskan bayaran bulanan. begitu juga dengan rumah yang dilelong oleh pihak bank. begitu juga dengan keadaan keluarganya yang tidak terurus semasa dia ditahan di kem tersebut.

Comments for this entry:

  1. quoteKingThai wrote at Jan 22, 2008 at 09:31 o\clock:Alhamdulillah, 06/02/08 saya akan pegi
    temuduga di penjara kajang untuk jawatan Pegawai Penjara.
    seronok pun ada ,takut pun ada..hohoh

    tapi lepas baca pengalaman kawan Zaris tu,
    sedikit sebanyak menguatkan lagi semangat saya
    untuk pergi walaupun tahuu dugaan kerja
    pegawai penjara ni sngat mencabar...isk tak sabar plak.ehehee.
    insyaallah, mintak-mintak dpt la jawatan tu..Amin.

    terima kasih zaris coz kongsi pengalaman..
    kalau ada masa tu korek2 la rahsia lagi dari dia..huhuh
  2. quotePanglima Jugra wrote at Jan 26, 2008 at 06:09 o\clock:LU nak gi kija penjara dah cukup ker ilmu di dada berisi ke poket mental lu kuat ker takat 2 tahun kerja dah jadi kapal dagang baik toksah buang masa jer .............................. buat malu mak bapak jer............
  3. quotezaris wrote at Jan 30, 2008 at 01:14 o\clock:kerjaya di penjara bakal memberikan pengalaman yang unik dan berharga dalam hidup...kalau kita niatkan mahu mencari rezeki, pengalaman, maka insyaAllah kita akan dapat apa yang kita niatkan. semoga berjaya...
  4. quoteinsan wrote at Jan 30, 2008 at 04:55 o\clock:assalamualaikum...
    apakah yg akan ditemuduga bagi jawatan pegawai penjara (wanita)
    ada tips-tips semasa temuduga tak?
    ok. terima kasih
  5. quotensz wrote at Mar 2, 2008 at 13:21 o\clock:assalamualaikum....w.b.t..

    03.03.08..
    tarikh nie...adlah ari yang aku nanti2kan..sebab nak i.view pegawai penjara...
    mmg rasa x sabar sangat...

    tapi, keja sebagai wadar mmg mencabar...so..aku jadi kan pengalaman yang baru dalam idup...

    takot pun ader nie....tawakal,usaha dan berdoa kepada Allah s.w.t...
    kalau dapat keja nie...
    alhamdulillah...bersyukur sangat2....
    mungkin nie rezki saya...

    terima kasih kepada Jabatan Penjara...kerana memberi saya peluang dalam temuduga nanti....

Comment this entry

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.