hidup seorang wanita yang penuh dengan kesedihan 1
minggu lepas aku pulang ke kampung kelahiranku. aku berbual dengan makku dan bertanyakan khabar jiran tetanggaku. banyak kejadian2 terbaru yang berlaku walaupun hanya 5 bulan aku tidak pulang. antara berita yang menyentak perasaanku dan membuatkan aku cukup terkejut ialah seorang ahli keluargi jiranku telah kembali ke Rahmatullah. rupa2nya dia telah meninggal dunia hujung tahun 2007, tapi kenapa aku lambat mendapat berita kematiannya. apapun diucapkan Al Fatihah di atas pemergiannya dan semoga ruhnya dicucuri Allah SWT.
tujuan aku menulis kisahnya kerana aku merasa amat terkesan dengan kehidupannya dahulu semasa dia masih hidup. kehidupannya selepas perkahwinan dipenuhi dengan kesakitan yang amat perit. orang lain hanya sekadar mampu melihat dengan simpati. namun sebagai manusia kita mesti bersangka baik pada Allah Taala kerana pasti ada hikmahnya pada setiap yang berlaku.
mungkin aku boleh menamakannya sebagai 'aida'. ianya bukan nama sebenar, sekadar hanya mahu memudahkan jalan penceritaan kisah benar wanita jiranku ini. andaikata ada persamaan nama dengan mana2 wanita aku meminta maaf!
aida anak perempuan tunggal dari lima orang adik beradik. kedua ibu dan ayahnya amat menyayangi aida kerana dialah seorang putri dalam rumahnya. ketika kecil, aida ternyata seorang gadis yang lincah dan periang. aku selalu bermain sorok2 dengannya dan kawan2 lain. cukup indah kehidupan semasa kecil yang penuh dengan riang ketawa, gurau ketawa dan kadang2 bergaduh. kerap kali aku kerumahnya bermain kejar2 dengannya dan abang2nya. kalau aku tidak ke rumahnya, dia dengan abangnya akan ke padang di belakang rumahku untuk bermain membaling bola pada tin yang disusun.
bila umur meningkat aida disekolahkan disekolah rendah di kampung kami. keluarganya memberikan kelengkapan yang semampu mungkin supaya aida gembira bersekolah. walau pun ibu dan ayahnya orang kampung dan menyara hidup dengan melakukan kerja kampung, tapi mereka mampu menyediakan kelengkapa yang secukupnya kepada aida. kehidupan semasa bersekolah juga amat menyeronokkan kerana waktu petang kami juga boleh bermain.
apabila umur makin meningkat, keluarganya menghantarnya di sekolah agama di pekan berdekatan. tujuannya supaya menjadi seorang gadis yang baik. kebetulan aku juga bersekolah di sekolah yang sama. kerana jarak sekolah jauh, kami duduk di asrama. aku di asrama lelaki dan dia di asrama pelajar perempuan. saban minggu apabila hari sabtu atau ahad, abang sulung dan kadang2 ibu dan ayahnya datang menjenguknya, bertanyakan keadaannya dan menberinya wang. biasalah tak mahu putri kesayangannya hidup susah.
habis sekolah keputusan peperiksaan SPM aida tidak berapa elok. permohonan untuk memasuki universiti tidak satu pun sangkut. jadi, dia berada di rumah menolong emaknya menjual buah2an di samping menolong menguruskan rumah keluarganya. mak dan ayahnya tidak membenarkannya pergi dan bekerja dibandar kerana khuatir sesuatu yang buruk terjadi padanya. emaknya takut gejala sosial yang berleluasa sekarang terkena anak perempuan kesayangannya. walau pun mahu ke bandar berhampiran pun, emaknya akan pastikan dia ditemani oleh seseorang yang dipercayai. emaknya tidak sanggupnya membenarkannya kebandar keseorangan kerana khuatir denga keselamatannya.
suatu hari, datang risikan dari kelantan. satu keluarga berhajat mahu mengahwinkan aida dengan anak lelakinya. anak lelakinya bekerja sebagai seorang askar dan bekerja di kem di sebuah negeri yang agak jauh. aku menamakan pemuda tesebut sebagai 'amin'.
amin yang bakal dikahwinkan dengan aida memiliki perwatakan yang agak menarik. berkulit putih dan agak kacak. seorang yang agak peramah dan suka bersembang menceritakan kerjayanya. walaupun nampak baik dan sopan di depan orang tua, tetapi air mukanya menggambarkan seorang yang degil, keras hati dan agak pemberani. di samping itu, dia juga seorang yang pandai berkata2 dan memujuk apabila menghendaki sesuatu. dibandingkan dengan aida yang tinggi dan cantik, amin lebih rendah badannya
selepas meneliti secara kasar tentang pemuda yang bakal menjadi menantunya, maka keluarga aida menerima lamaran itu. mungkin menyedari bahawa bakal suami aida mempunyai kerjaya tetap yang semestinya si aida pasti cukup makan dan tidak kebuluran. meraka melihat si amin agak sopan dan mengharapkan dapat menjaga aida sewajarnya. maka dengan redha mereka menarima lamaran itu dan mengharapkan semoga kehidupan si aida di mana hadapan penuh dengan kebahagiaan.
majlis perkahwinan kedua2 mempelai dilangsungkan dengan penuh dengan kemeriahan. begitu ramai sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan kenalan dijemput menghadiri majlis perkahwinan tersebut. aku sebagai jiran seperti pemuda2 lain di kampung itu dengan rela hati sama2 membantu menolong menguruskan kajlis perkahwinan tersebut. sememangny menjadi perkara kebiasaan di kampung itu apabila ada kenduri kendara, maka jiran tetangga akan datang menolong majlis tersebut untuk meringankan beban kerja tuan rumah. kerja2 melapah lembu dan daging, memasak sehinggalah melayan tetamu yang datang. semuanya akan dibantu dengan ikhlas di atas dasar jiran sekampung.
2-3 hari selepas selesai majlis perkahwinan yang meriah itu, maka keluarga aida pun dengan rela hati dan penuh harapan merelakan amin membawa aida ke tempat kerjanya di sebuah kem tentera di sebuah negeri. oleh kerana rumahnya tidak jauh daripada rumahku, aku secara kebetulan melihat amin dan aida menaiki bas sambil membimbit beg pakaian. amin yang seorang anggota berpakaian unifom kelihatan segak memakai baju kemeja dan berseluar slack. masing2 mendoakan semoga rumahtangga yang dibina denga doa restu orang tua berkekalan hingga ke anak cucu.
aku tidak mendengar berita tersebut agak lama, lebih kurang 5-6 bulan kemudiannya ada cerita yang tidak sedap didengar. keluarga aida menyatakan bahawa rumahtangga aida dilanda masalah. mereka mendakwa masalah itu berpunca daripada sikap amin yang malas bersolat. sebagai keluarga yang amat menitikberatkan agama, mereka amat tidak menggemari keadaan itu. aida yang sememangnya agak manja sering menelefon menyatakan si amin kini malas menunaikan kewajipan itu dan kerapa kali keluar malam berbual2 dengan kawan2 di kedai kopi dan balik lewat.
amin merasakan yang dia hanya membuat sedikit sahaja kesilapan. lagi pun dia bukannya tidak memberi nafkah. dia cuma sekadar keluar minum2 dengan kawan2 di kem tentera sahaja. dia merasakan tidak berkenan dengan sikap aida yang terlalu suka mengadu kepada keluarganya mengenai sikapnya itu. di samping itu sikap mentuanya yang terlalau suka mengambil tahu masalah keluarganya membuatkan dia merasa tercabar sebagai ketua keluarga. mungkin di sini kesilapan yang dibuat oleh keluarga aida ialah masih menganggap si aida seperti masih belum berkahwin. mereka merasakan pasangan ini belum matang dan perlu diperhatikan dari semasa ke semasa. agaknya mereka tidak sedar perbuatan terlalu memerhatikan keluarga anaknya membuatkan menantu mereka merasa tidak selesa!
akhirnya keluarganya pergi ke kem tentera tersebut dan membawa balik anaknya ke rumah. setelah sampai di sana, mereka mengambil tindakan membawa aida pulang kerumah di kampung. perbuatan tersebut amat memberi kesan kepada amin. mungkin dia merasakan apalah gunanya berkahwin dan menjadi suami jika masih begitu keadaannya. mahu tidak mahu, dengan perasaan yang amat serba salah dan menghormati mertuanya, dia terpaksa membiarkan mertuanya membawa keluar isterinya keluar dari rumahnya.
beberapa hari di rumah keluarganya. aida kerap kali menangis dan meraung dalam bilik. dia mengamuk mahu kembali ke rumah suaminya di kem tentera. keluarganya pening kepala dengan keadaan itu. dikatakan aida amat menyayangi amin walau pun amin berperangai begitu. dia menganggap amin tetap suaminya walau seburuk mana pun perangainya. puas keluarganya menasihatinya supaya berpisah sahaja dengan amin kerana perangai buruknya yang tidak mahy bersolat dan mengabaikan agama. akhirnya keluarganya menghubungi amin dan memberitahu keadaan tersebut. amin telah pulang dan si aida amat gembira. mereka pun berangkat kembali ke kem tentera tempat amin bekerja. akan tetapi amin telah diberi nasihat dan amaran supaya jangan lagi memperlakukan aida sedemikian!
tidak lama selepas itu aida mengandung. perangai amin tetap masih seperti dulu. bahkan dia seolah2 seperti mencabar aida dan mertua yang terlalu kerap menasihatinya. keadaan itu berlarutan beberapa lama sehinggalah tiba waktu kelahiran anak pertamanya. keluarga mentuanya mengharapkan agar perangai amin akan berubah menjadi lebih bertanggungjawab apabila bergelar bapa.
selepas melahirkan anak pertama, entah kenapa perangai amin makin menjadi2. bukan sahaja makin kerap balik lewat, bahkan tangan dan kakinya makin ringan singgah kepada isterinya yang sedang menyusu. badan aida lebam2 dan diberi amaran supaya jangan meninggalkan rumah semasa ketiadaannya walau pun ke kedai membeli makanan dan barang keperluan. baginya isterinya mesti menuruti arahannya. pernah sekali di menendang belakang aida ketika aida sedang menyusukan anaknya. badannya aida juga semakin banyak lebam2 dipukul. kerana marahkan aida yang kadang2 keluar rumah ke kedai dan kadang2 ke rumah jiran, maka amin telah bertindak mengunci pintu rumahnya setiap kali mahu pergi kerja. aida hanya tahu menangis sambil menjaga anaknya yang masih kecil.
agaknya kerana tidak tahan, maka dia pun menelefon mak dan ayahnya. mak dan ayahnya amat terkejut dan terus mengambil tindakan untuk pergi ke kem berkenaan. mereka nekad untuk pergi ke kem tersebut dan berjumpa dengan ketua di sana. mereka juga nekad mahu supaya amin menceraikan aida kerana dikatakan amat kasihankan aida. mereka amat menyayangi aida putrinya yang dibelanya sejak dari kecil.
sambung...
