PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Nov 20, 2008 at 08:45 o\clock

anak

by: zaris   Keywords: anak

di Universiti Kebangsaan Malaysia, aku terjumpa dengan seorang kawan lama, walau pun bukan lama sangat tidak bertemu, lebih kurang dua tahun sahaja. tetapi seperti biasa, pertemuan yang jarang2 berlaku pasti akan bertanyakan khabar terbaru, keadaan keluarga, anak2 dan kerjaya sekarang.

sebenarnya kawanku ini seorang yang bercakap lepas dan tidak memikirkan apa kesannya apabila dia bercakap sesuatu perkara. beberapa kawanku beberapa kali menaihatinya supaya berhati2 apabila berkata2, namun mungkin itu merupakan perangainya yang sukar untuk diubah tanpa mempedulikan siapa lawan cakapnya. sekiranya dia berjumpa dengan seseorang yang sudah berumahtangga 5-10 tahun yang masih belum dikurniakan anak, tanpa rasa bersalah dia akan bertanya bila nak dapat anak? biasanya pertanyaan sebegitu akan menyinggung orang yang ditanya tersebut. perasaan yang tersinggung dapat dilihat daripada air muka yang berubah apabila diajukan soalan sebegitu.

dia tidak sepatutnya bertanyakan soalan sebegitu. ini kerana anak adalah kurniaan Allah Taala. Setiap orang yang berkahwin pasti mempunyai keinginan untuk mendapatkan anak sebagai penyambung zuriat dan keturunan. apabila sudah berkahwin sudah 2-3 tahun, pasti pasangan tersebut akan berusaha dengan sedaya termampu untuk mendapatkan anak. usahkan ditanya bila lagi nak dapat anak! soalan sebegitu seolah2 seperti menyindir seseorang!

anak adalah rezeki yang dianugerahkan oleh Allah Taala dan seseorang berpendapat agar memperbanyakkan sedekah, melebihkan masa untuk beribadat dan berdoa antara sebab2  lebih mudah untuk dianugerahkan anak. ini kerana ada hadith nabi SAW yang menyatakan bahawa sesiapa yang bersifat pemurah dan menafkahkan harta dijalan Allah, maka Allah akan memudahkan baginya rezeki. begitu juga dengan solat malam dan amalan berdoa dengan penuh harapan dan keyakinan.

ada setengah orang yang awal2 lagi sudah merancang untuk mempunyai anak berapa. ramai yang mahukan anak 3-4 orang, atau 6-7 orang paling banyak. seolah2 yang mengusahakan dan berikhtiar dan 'menjadikan' anak hanyalah dia sahaja. aku secara peribadi tidak bersetuju dengan perancangan keluarga sebegini. ini kerana setiap anak yang dilahirkan ke dunia sudah ditetapkan rezekinya. secara jelas dan nyata Allah Taala menyatakan bahawa yang memberi rezeki kepada anak-anak adalah Allah Taala, cumanya melalui tangan ibu dan ayahnya sahaja.

ramai orang beranggapan bahawa ada anak yang ramai maka susahlah mahu menyuap setiap mulut anak2 tersebut. ada juga yang beranggapan anak yang ramai akan mengakibatkan asuhannya akan terabai dan tidak berkualiti. kata2 sebegini seolah2 seperti tidak selari dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud 'aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat kelak'.


Comment this entry

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.