PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Jan 30, 2009 at 09:23 o\clock

along oh along

by: zaris   Keywords: along

ramai orang bercakap dan bercerita berkaitan along. rata2 membenci dan amat geram dengan dengan tindakan ganas along yang menggunakan cara yang senang untuk melanyak orang yang meminjam duit daripadanya. mereka dikatakan memerah ugut mangsa seolah2 pihak berkuasa telah dirantai kaki dan tangan untuk mengambil tindakan tegas terhadapnya.

benarkah along sememangnya ganas? banyak cerita disebaliknya yang mengaitkan geng along yang dikatakan kebal daripada undang2! surat khabar dan televisyen hampir saban hari menyiarkan kejadian jenayah yang melibatkan along atau ceti haram ini. ada yang diugut akan dirampas harta miliknya, ada yang diganggu tiap2 hari dengan cara menelefonnya dan datang ke tempat kerjanya atau dengan cara menyimbah cat ke pintu rumahnya, ada yang dasyat lagi diugut untuk diambil isteri dan anak perempuan untuk dilacurkan.

entahkan betul atau tidak, menurut seorang kawanku yang bekerja di singapura bahawa kegiatan along sebenarnya amat berkait rapat dengan usaha pihak luar, iaitu gerakan yahudi antarabangsa untuk meruntuhkan umat Islam di malaysia. Umat melayu yang semestinya beragama Islam akan diberi pinjaman walau sebanyak mana sekali pun yang dikehendaki dan apabila terjerat tidak mampu bayar maka bermacam2 cara dipaksa supaya dibuat bagi melangsaikan hutang tersebut.


Comment this entry

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.