Penulisan sejarah Nusantara perlu diperbaiki
Ramai kalangan profesor dan ahli akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang melakukan kajian demi kajian tanpa jemu terhadap sejarah Nusantara mendapati amat banyak fakta yang tersilap, atau mungkin sengaja ditulis begitu oleh sarjana British dahulu. Mereka mencadangkan supaya disemak kembali dan ditulis dengan sejujurnya sejarah tersebut untuk tatapan pelajar sekolah dan universiti-universiti diĀ Malaysia.
Banyak kejadian yang belibatkan peperangan di zaman dahulu di Nusantara seolah-olah ditutup ceritanya yang sebenar. Kalau adapun hanyalah sedikit sahaja. penjelasan dan penceritaan secara terlalu umum. Negeri (atau negara) yang telah berkubur dengan kota-kota yang ditelan bumi terus ditutup. Sarjana barat langsung tidak mahu mengorek rahsia kewujudan negari-negeri besar yang hebat-hebat, kemungkinan tidak mahu menunjukkan bahawa bangsa Melayu Nusantara memiliki tahap tamadun yang cukup hebat di masa silam.
