PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Oct 12, 2009 at 02:24 o\clock

Keadaan terkini di selatan Thai

by: zaris   Keywords: selatan, Thai

Ada seorang profesor dari UKM yang baru pulang dari selatan Thai telah memberikan gambaran dan cerita menarik untuk dikongsi bersama. Ini kerana sebahagian besar rakyat Malaysia, bahkan di seluruh dunia hanya mengetahui keadaan di sana melalui sukat khabar, internet dan lain-lain sumber berita yang kadang kala tidak tepat.

Setiap hari diceritakan tentang pengeboman, penembakan yang mengakibatkan kematian dan kecederaan di sana. Soalnya siapakah yang benar-benar melakukannya? Jawapannya adalah hampir semua terlibat, daripada pihak pemberontak yang memang sedia maklum kewujudannya, perbuatan membalas dendam yang mengambil kesempatan dalam suasana huru hara, polis Thai dan tentera yang dihantar ke sana.

Kekeliruan yang wujud ditambahkan lagi dengan pihak kerajaan Thai yang menyamar sebagai orang orang Islam untuk menembak sesuak hati. Terdapat sesetengah yang menyamar sebagai wanita Islam berpurdah dan memakai pakaian seperti ulama, walhal mereka adalah orang Thai yang diupah khusus untuk menimbulkan huru hara di wilayah selatan. Wajah orang Thai dengan Melayu di selatan amat mudah dibezakan. Apabila tertangkap seseorang yang melakukan provokasi, maka terbongkarlah tektik jahat tersebut.

Sesuatu yang tidak disedari dan diketahui adalah kerajaan Thailand sekarang seolah-olah seperti akan mengalami perang saudara. Perdana Menteri Thailand sekarang iaitu Abhisit didokong dan disokong kuat oleh tentera Thai. Sebahagian panglima dan ketua turus tentera Thai dalah orang Islam. Terdapat juga askar Thai yang beragama Islam. Umat Islam di selatan dikatakan kurang takut sekiranya ditangkat untuk disiasat oleh tentera Thai. Ini kerana mereka diberi makanan dan disiasat dengan berperikemanusiaan.

Sementara itu, bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinatwara pula didokong oleh pihak polis Thai. Ini kerana hampir keseluruhan polis Thai beragama Buddha. Mana-mana orang Islam yang ditangkap akan dikerjakan dengan teruk. Mereka lebih rela ditahan oleh pihak tentera Thai dibandiang dengan polis kerana tentera lebih berperikamanusiaan. Pertentangan antara Abhisit dengan Thaksin dijangka akan berpanjangan dan menunggu masa untuk meledak. Kalangan orang Islam lebih menyukai Abhisit disebabkan Thaksin pernah melakukan kezaliman di Masjid Krisek sebelum ini.

Abhisit kini menghadapi tugas yang amat berat untuk mengendalikan negara Thailand yang penuh dengan masalah. Keadaan di selatan perlu dikendalikan dengan bijak. Krisis dengan negara Kemboja yang yang hampir mencetuskan peperangan juga perlu diuruskan dengan cara yang amat bijak. Keadaan ekonomi yang tenat juga perlukan perhatian segera. Sebarang kesilapan akan diambil peluang oleh musuh politiknya Thaksin.

 

Comment this entry

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.