Gerakan 'sapu Malaysia' oleh ekstremis Indonesia
Dua tiga hari kebelakangan ini suasana agak panas gara-gara sekumpulan warga Indonesia yang fanatik dan bodoh mengadakan gerakan menyapu warganegara Malaysia di Indonesia. Jelas terpampang di akhbar mereka dengan beraninya bersenjatakan buluh runcing mengadakan sekatan jalan raya, memeriksa kad pengenalan setiap orang awam yang lalulintas bagi mencari warga Malaysia. Untuk apa dicari sebegitu rupa? Untuk dimaki hamun? dipukul? atau dibunuh?
Aku mendapati sebilangan orang Malaysia tidak ambil kisah dan seolah-olah tidak mengambil berat kejadian ini. Mereka hanya bersantai minum di kedai mamak dan ditaman-taman bersama teman dan keluarga masing-masing seolah-olah kejadian itu tidak terlalu serius. Mereka juga berkeyakinan bahawa isu itu akan berlalu dan akan dilupakan. Mereka juga berpandangan bahawa golongan ekstremis indonesia tidak akan mendapat sambutan dan akan kecewa di atas sikap kebohohan mereka sendiri.
Suatu keadaan yang agak menarik adalah rakyat Malaysia seolah-olah dapat menerima kehadiran rakyat Indonesia di sisi mereka di Malaysia. Pergaulan mereka agak mesra kalaupun ada sedikit sebanyak perselisihan faham, tetapi tidak berpanjangan. Di pasar malam batapa banyaknya peniaga yang asalnya Indonesia berniaga. Orang Melaysia membeli dengan senang hati tanpa curiga. Begitu juga dengan kedai runcit yang banyak dimonopoli oleh rakyat berkuturunan Achen, Sumatera, juga dengan tanpa syak wasangka orang malaysia datang membeli barang keperluan.
Jika bulan Ramadhan, umat Islam yang berada di Malaysia termasuk warganegara asing seperti Indonesia, Bangladesh dan lain-lain akan sama-sama bersolat tarawih di surau dan masjid. Bukan sahaja golongan lelaki, bahkan golongan gadis dab perempuan indonesia yang bekerja kilang di dapati turut sama ke surau bersolat tarawih. Mereka kelihatan gembira tanpa sedikit pun riak ketakutan. Orang Malaysia pun bergaul dan melayan mereka dengan baik. Apabila selesai bersolat, maka mereka akan bersama-sama mengambil bahagian dalam moreh.
Sebahagian besar dari pendatang Indonesia amat menyenangi sekiranya ada penduduk tempatan yang berhasrat berkahwin dengannya. Ini kerana mereka akan berpeluang untuk menjadi warganegara malaysia yang amat senang untuk mencari rezeki. kawan-kawan aku sendiri sudah berapa ramai yang berkahwin dengan gadis indonesia dan mereka terus menetap di malaysia. Sebahagian besarnya lagi akan tinggal lama di malaysia sehingga mendapat taraf penduduk tetap malaysia. Ada sesetengah pembantu rumah dan pembantu kedai yang amat setia bekerja dengan majikannya sehingga 10 tahun. Badan bulan dia akan mengirim duit ke kampungnya dan selebihnya di simpan. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapat juga segelintir pembantu rumah dan pembantu kedai yang nakal tangan panjang mencuri harta majikannya sebelum lari dengan begitu sahaja. Ada juga yang bertindak menggoda majikannya sehingga rumahtangga menjadi bergoyang.
Namun begitu, perlakuan segelintir kecil yang agak nakal tidak boleh dijadikan ukuran keseluruhan pendatang Indonesia. Adalah sesuatu yang tidak sepatutnya menghukumkan mereka semuanya jahat dan pencuri. Daripada dua juta warganegara Indonesia, sekiranya seramai 50 orang yang membuat nakal, adakah kita akan menghukum merekka semua memiliki tingkahlaku yang buruk? Sudah tentunya tidak.
MUngkin yang menimbulkan kemarahan kepada segelintir warganegara Indonesia adalah beberapa kes penderaan pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia. Kes Nirmala Bonat dan terbaru kes Manohara amat menambahkan lagi kemarahan yang telah sedia ada. Mereka berpendapat rakyat Malaysia adalah terlalu sombong dan perlu diajar. Kes di Ambalat dilihat lagak Malaysia yang langsung tidak mahu mengalah dengan jiran Indonesia. Mereka juga melihat rakyat Malaysia sebagai tidak berterima kasih di atas sumbangan pekerja sektor pembinaan dan perladangan yang majoritinya adalah pekerja Indonesia. Sumbangan ke atas ekonomi Malaysia melalui pekerja Indonesia dilihat seolah-olah tidak dihargai ibarat kata 'habis madu sepah dibuang'.
Mungkin golongan ekstremis perlu juga melihat bahawa di kalangan rakyat Indonesia, agak ramai juga yang agak naka dan mungkin boleh diistilahkan sebagai jahat. Tengoklah berapa ramai majikan yang amahnya orang indonesia melarikan diri begitu sahaja selepas mencuri barang berharga. jangan juga terlepas pandang dengan sesetengah rumahtangga yang goncang gara-si suami digoda dan tergoda dengan godaan pembantu rumah yang muda. Jangan dilupai juga dengan mangsa-mangsa rompakan penyamun nekad Indonesia yang cukup berani dan hati kering ketika melakukan aktivitinya. Sudah berapa ramai rakyat malaysia terbunuh dan cedera ketika mempertahankan harta mereka dari dirompak. Sebahagian perompak itu terbujur kaku ditembak oleh pihak polis. Jangan juga terlepas pandang dengan kejadian beberapa anak gadis Malaysia dibawa lari ke seberang setelah dipujuk dengan kata-kata manis pria seberang!
Perkara yang berkaitan dengan Arwah Dr. Azahari dan Noordin Mat Top juga cuba dihubungkan dengan kerajaan Malaysia oleh golongan ekstremis Indonesia. Mungkin secara kebetulan mereka rakyat Malaysia dan disyaki terlibat dalam melakukan pengeboman di Jakarta dan Kuta Bali, terus dikaitkan dengan Malaysia. Sehinggakan ada yang menganggap bahawa mereka adalah ejen kerajaan Malaysia diutuskan untuk memporakperandakan Indonesia supaya ekonomi Indonesia tidak makmur dan maju.
Siasatan terbaru mandapati bahawa mereka yang melakukan sekatan adalah diupah oleh golongan tertentu untuk mengeruhkan hubungan dua negara serumpun ini. Ada pihak yang akan bertepuk tangan apabila dua negara Islam dan serumpun bergaduh. Mereka akan tersenyum kerana kesabaran sesetengah pihak semakin kurang apa bila diapi-apikan. Mereka sebenarnya inginkan semangat persaudaraan Islam NUsantara goyah dan ini akan menyukarkan lagi usaha pembentukan kesatuan Islam Se Nusantara menjadi lebih kuat dan bakal bersatu membawa panji-panji Islam dari Timur. Ini adalah sesuatu yang amat digeruni dan sudah lama dihidu oleh musuh bersama umat Islam Nusantara. Mereka sedaya upaya mungkin mahukan umat Islam Nusantara tidak bersatu sebagaimana berpecahnya umat Islam Arab!
Syukur pemimpin kedua negara tidak melatah dan terus bersikap rasional melihat keadaan ini. Perbincangan secara harmoni mencari jalan tengah terus dilakukan dari semasa ke semasa. Golongan cerdik pandai dan intelek bersama-sama mengutuk kajadian menyekat jalan menyapu rakyat Malaysia di Indonesia. Pemimpin negara Malaysia iaitu Najib Tun Razak adalah berketurunan Bugis Makasar yang mustahil mahu mengeruhkan lagi hubungan. Beberapa kali Najib ke tanah tumpah darahnya di Makasar berjumpa dengan pemimpin di sana. Adalah suatu yang tidak logik satu keturunan mahu bergaduh disebabkan isu yang remeh. Pertalian darah yang wujud juga boleh menenangkan suasana yang cuba ditimbulkan oleh segelintir pihak yang ingin menangguk di air keruh.
Sebahagian besar rakyat Malaysia dan Indonesia pula adalah berasal dari rumpun yang sama. Sebahagian besar penduduk negeri Johor, sebahagian Selangor dan Perak adalah berasal dari Pulau Jawa. Ramai juga yang berbangsa Banjar. Negeri Sembilan pula adalah suku Minang dari Sumatera. Demikian juga dengan suku bangsa Acheh. Betapa rapat dan dekatnya hubungan persaudaraan antara rakyat kedua negara. Tidak keterlaluan jika boleh dianggap sebagai adik dan abang. Masakan rakyat negara Indonesia sebagai si abang sanggup melanyak si adiknya sendiri apabila melihat adiknya sedikit lebih maju dan kaya?
Demikian juga dengan penduduk di Sabah dan Sarawak. Betapa ramainya penduduk di daerah Tawau yang berbangsa Jawa, Banjar dan Bugis. Begitu juga dengan daerah lain di Sabah. Mereka bergaul mesra dengan penduduk tempatan seperti Dusun, Bajau, Sungai, Murut dan lain-lain. Ramai yang tidak mengetahui bahawa pendakwah yang begitu bekerja keras menyebarkan Islam di pedalaman Sabah adalah dari Tanah Jawa. Begitu ramai penduduk di Ranau dan Kundasang memeluk Islam atas usaha pendakwah dari Jawa. Mereka bekerjasama erat dengan penganut Islam dari suku Suluk dan Bajau meredah hutan dikaki gunung kinabalu menyiarkan agam Islam.
Menurut cerita warga tua dari Kudat, banyak jasa daripada suku Jawa dan Bugis di sana. Ketika serangan tentera Jepun di Kudat, dikatakan tentera jepun mengganas membunuh penduduk peribumi Kudat. Penduduk yang tidak bersedia kucar kacir mempertahankan diri dan daerah kudat. Bantuan diminta kepada Pulau Jawa dan Sulawesi. Maka sejumlah enam buah kapal yang berisi pejuang jawa dan Bugis belayar ke Kudat untuk sama-sama berjuang melawan tentera Jepun. Begitu juga dengan daerah lain di Sabah. Itulah sebabnya terdapat banyak kampung Jawa warisan pejuang dahulu di Kudat.
