PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Feb 4, 2013 at 07:19 o\clock

Gemilangnya kerajaan Melayu silam

by: zaris

Listening to: kerajaan Melayu silam

Adakah kita mengetahui barapa lamakah kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara ini? Adakah kita mengambil berat tentang kehebatan, keagungan dan kegemilangan tamadun Nusantara? Ini kerana sejak di bangku sekolah rendah lagi, kita semua disajikan dengan tamadun-tamadun hebat dunia hanyalah di beberapa kawasan seperti Yunani, Rom, Parsi, Mesir purba, India dan China. Kermudian kita didedahkan dengan penemuan tamadun Maya dan Inca di benua Amerika tengah dan Amerika latin. Kita seolah-olah tidak tahu di manakah kita berada semasa tamadun-tersebut wujud. Dengan rendah hati kita seolah mengiakan bahawa kita penduduk Nusantara dahulu kala begitu primitif dan tidak bertamadun. Kita seolah begitu selesa dengan penyampaian sejarah sebegitu yang diajarkan oleh pihak Inggeris.

Sewajarnya apabila kita sudah merdeka tanpa konkongan pihak penjajah, maka sepatutnya kita melihat dunia ini dengan lebih terbuka. Kita sepatutnya melihat dan mencari sendiri siapakah kita penduduk Nusantara ketika mana bangsa lain begitu hebat. Adakah ketika itu kita amat lemah dan primitif?

Syukur hari ini semakin ramai bangsa kita melahirkan sejarahwan yang tidak jemu-jemu keluar negara dan mempelajari bahasa asing demi melihat sendiri sejarah bangsa Nusantara. Akan tetapi setakat ini, mereka hanya baru membuka buku baru tentang kisah kegemilangan dan kehebatan silam umat nusantara dahulukala. Ini kerana masih belum ada pakar yang benar-benar mahir menguasai bahasa asing seperti bahasa Itali, Portugis, Sepanyol, Jepun, Arab untuk menggali rahsia manuskrip di perpustakan di negara-negara tersebut.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penemuan sebuah peta yang dilukis oleh Ptolemy yang menunjukkan semananjung Malaysia, Sumatera dan dunia Nusantara kecara umum. Cantiknya peta tersebut yang menunjukkan kewujudan tempat untuk mendapatkan emas dan kapur barus. Siapakah Ptolemy? Tahun berapakah beliau hidup dan dari manakah Ptolemy tersebut. Apabila kita menelusuri dengan lebih mendalam, maka kita akan sedikit sebanyak dapat menjawabnya dan kita akan lebih bangga dengan keturunan kita.

Bangsa-bangsa Eropah sebenarnya tidak mempunyai sesuatu untuk dibanggakan mengenai sejarah silam mereka. Tamadun Eropah hanya wujud selepas perang duni pertama dan meningkat dengan cepat selepas perang dunia kedua, iaitu selepas  runtuhnya empayar Turki Uthmaniah. Sebelum itu adalah zaman gelap Eropah. Ini adalah fakta yang mana mereka tidak boleh menidakkannya. Dunia mereka ketika itu adalah dunia yang diistilahkan sebagai barbarian yang penuh dengan keganasan. Mereka mendapat sedikit sinar ketamadunan selepas berakhirnya peperang salib selama hampir 200 tahun. Ketika itulah mereka mula mengambil banyak nilai kebaikan dari Timur yang mereka lihat.

Bangsa Sepanyol dan Portugis juga memiliki sejarah yang sama. Selama 500 tahun kerajaan Islam berdiri megah di Sepanyol yang dinamakan sebagai Andalus. Islam membawa kemajuan yang tidak ada tolok bandingnya di Eropah. Seruan perang salib oleh pope dan raja-raja Nasrani dengan satu gerakan yang dinamakan Reconquesta akhirnya berjaya menumbangkan kerajaan Islam di Sepanyol di tangan Ratu Isabella dan King Argon. Kekayaan dan kemajuan yang dibangunkan oleh umat Islam selama berabad-abad di Andalus telah beralih tangan ke tangan bangsa Nasrani. Demikianlah mereka menyambung tamadun Islam di Sepanyol.

Kerajaan Melayu silam yang terakhir yang diakui paling kuat adalah empayar Acheh. Kemuncak kekuatannya adalah pada zaman pemerintahan Iskandar Muda Mahkota Alam. Bangsa Acheh juga adalah satu etnik daripada bangsa Melayu Nusantara. Mereka mempunyai dialek tersendiri, tetapi apabila berhubungan dengan etnik lain di Nusantara, mereka juga menggunakan bahasa Melayu. Seperti mana bahasa-bahasa etnik lain di Nusantara, amat banyak perkataan dalam bahasa Acheh menyamai dengan perkataan dalam bahasa Melayu.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa di zaman inilah bangsa Melayu telah menunjukkan kegagahperkasaannya mencabar bangsa barat yang begitu rakus menceroboh ke dunia timur untuk merompak kekayaannya. Kuasa barat yang bertapak di Melaka iaitu Portugis cukup gentar dengan angkatan laut Acheh. Demikian juga dengan Belanda yang telah bertapak di Betawi. Masing-masing telah memberikan perhatian yang cukup serius terhadap kerajaan Acheh ini. Ini kerana empayar Acheh ketika itu meliputi sebahagian besar semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian pulau Sumatera. Dengan itu, angkatan laut Acheh menguasai dan mengawal laluan selat Melaka dan perairan di sekitarnya.

Kenapa kerajaan Acheh begitu kuat dan amat digeruni di masa itu? Pertamanya adalah kerana pemerintahnya yang mempunyai keazaman dan keberanian yang cukup kuat dalam menjadi pembela Islam di sebelah Timur. Semangat yang cukup tinggi ini diterapkan kepada semua tentera dan rakyatnya. 

Keduanya adalah teknologi perang yang dimiliki oleh Acheh juga setaraf dengan teknologi perang negara barat. Segala macam persenjataan daripada bedil, meriam sehinggalah kapal perang adalah setaraf dengan negara Portugis, Belanda dan Sepanyol di waktu itu. Dalam masa yang sama teknologi perang sentiasa diperbaharui dengan mengadakan hubungan terus dengan kerajaan Turki Uthmaniah dan Kesultanan Islam di India. Dengan itu, diakui bahawa persenjataan negara Acheh Darussalam sentiasa dalam keadaan siap siaga dalam menghadapi perang dengan seterunya, khususnya Portugis dan Belanda.Armada perang Acheh dianggap antara terkuat di nusantara di masa itu. Kapal-kapal perang Acheh setaraf dengan yang dimiliki oleh Portugis, Belanda dan Sepanyol. kapal-kapal perang itu dilengkapi dengan meriam-meriam besar untuk pertempuran di laut. Meriam-meriam itu dibuat sendiri oleh Acheh dengan menggunapakai teknologi Nusantara sendiri dan Turki.

Kuasa mengawal selat Tebrau yang dimiliki oleh kerajaan Acheh menyebabkan semua kuasa amat berwaspada dengan Acheh. Acheh menganggap bangsa Portugis yang bertapak di Melaka perlu dirampas dengan apa cara sekali pun. Ini bertujuan untuk menggulus habis kedatangan Portugis di Nusantara. Dengan itu, pelabuhan Melaka dikepung dengan ketat. Portugis hanya mampu bertahan di Melaka yang sempit itu sahaja. Walau pun diakui armada Portugis juga kuat, tetapi tidak mampu untuk keluar sewenang-wenangnya menyerang negeri lain. Mereka hanya mampu bertahan di dalam kota La Famosa yang dibina mereka.


Comment this entry

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.