PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Aug 6, 2007 at 08:01 o\clock

Ditangkap Polis

by: zaris   Keywords: pembuat, salib, ditangkap, polis

Menurut dari sumber yang boleh dipercayai, sepasukan Polis dari Kudat telah berjaya menangkap beberapa individu yang dipercayai terlibat membuat gambaran salib dan 'virgin mary' pada puncak pokok kelapa beberapa minggu yang lepas. Tangkapan telah dibuat setelah beberapa hari membuat siasatan terhadap kejadian tersebut yang penuh dengan kesangsian.

Individu yang ditangkap untuk siasatan tersebut adalah berbangsa Cina, telah menggunakan pancaran laser, atau alat yang yang boelh mengeluarkan pancaran cahaya yang boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Mereka dikatakan telah memancarkan alat tersebut dari jarak yang agak jauh untuk mengelakkan daripada orang ramai mengetahui aktiviti pembohongan mereka tersebut.

Beberapa orang yang agak sangsi dan tidak yakin dengan kehadiran 'benda ajaib' tersebut telah bertindak melaporkan kepada JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah) dan polis daerah Kudat. Dikatakan JHEAINS daerah Kudat telah bertungkus lumus mengadakan ceramah dan diselitkan dalam khutbah Jumaat untuk menyedarkan orang ramai khususnya penganut agama Islam bahawa 'benda ajaib' tersebut bukan sesuatu yang boleh diyakini kebenarannya.Happy


Comment this entry

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.