PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Jan 29, 2011 at 17:07 o\clock

Belajarlah menjadi seorang hamba yang bersyukur

by: zaris   Keywords: bersyukur

Sepatutnya kita mesti menjadi seorang yang bersyukur kepada Allah Taala. Ini kerana betapa banyaknya nikmat yang dianugerahkan kepada kita setiap hari tidak terhitung banyaknya. walau pun kadang-kala kita sering kali mengeluh dan disebabkan sedikit kesulitan da kesusahan, itu sebenarnya hanyalah sedikit sahaja nikmat yang ditarik untuk seketika sahaja. Apabila mahu ke sesuatu tempat, kita dengan senang sekali untuk ke tempat tersebut kerana senangnya kemudahan pengangkutan. Kemudahan itu pula berhawa dingin membuatkan kita selesa menikmatinya. Apabila setiap kali menikmatinya, maka kita akan makin terbiasa dan apabila sistem penghawa dingin mengalami kerosakan, maka kita akan mengeluh.

Kita jarang sekali memikirkan tentang orang lain yang tiada kemudahan pengangkutan. Walau pun kita mengetahui betapa ramainya seorang ibu yang menggendong bayi ke hospital kerana bayinya sakit dan tidak mampu menghantar dengan kenderaan sendiri, kita menganggap itu adalah masalah mereka dan tiada kaitan dengan kita. Biarlah mereka sendiri menyelesaikan masalah mereka. Kita hanyalah sekadar melihat dengan pandangan simpati.

Setiap hari kita mempunyai amat banyak pilihan makanan untuk dimakan. Kita di Malaysia tidak risau dengan masalah kebuluran yang melanda sesetengah negara kerana ketiadaan. Penduduk bandar saban hari tidak menghadapi masalah untuk merasai kenikmatan makanan berupa ayam, daging dan lain-lain juadah yang sedap dan menyelerakan. Anak-anak seolah sudah terbiasa dengan jenama KFC, McDonald, Pizza dan lain-lain. Kerana sudah terbiasa banyak makanan, maka mereka merasa tidak menjadi kesalahan apabila dengan senang membuang lebihan makanan apabila sudah kenyang dan memakan sebahagiannya.

Apabila kita berkunjung ke pasar-pasar malam, kita juga dijamu dengan banyaknya aneka pilihan makanan. Kita juga tidak ada masalah untuk membelinya kerana mempunyai duit. Kadang-kala kita membeli dengan banyak berbanding yang akan memakannya dirumah hanya 2-3  orang sahaja. Selebihnya kita akan buang tanpa perasaan bersalah. Sekiranya tidak dibuang, maka ianya akan basi kerana tidak larat untuk menghabiskannya kerana kenyang. Amat jarang penduduk bandar yang menduduki rumah teres dan flet membela ayam dan itik untuk diberi lebihan makanan tersebut. Jadi, lebihan makanan tadi akan dibuang dalam tong sampah.

Jika kita melihat di kaca televisyen, pasti akan didapati saban hari begitu banyak orang-orang di luar negara yang hidup dalam kelaparan. Lihat sahaja di benua Afrika di mana badan mereka kurus kering menderita kalaparan dan tiada makanan untuk dimakan. Betapa kasihan melihat mereka yang sebahagiannya hanya menunggu untuk mati sahaja. Para ibu sudah kekeringan air susu untuk diberi kepada anaknya. hati ibu mana yang tidak sayu melihat anaknya kelaparan dan bakal mati dalam pelukannya. Tetapi apakah daya mereka tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Betapa beratnya ujian yang diberikan kepada mereka.

Kita lihat pula kepada negara yang dilanda perang. benaarlah kata orang, perang itu hanyalah mendatangkan keburukan yang dasyat kepada penduduknya. banyak kita terbaya di majalah betapai ramai anak gadis dan para wanita yang sanggup ke kem askar menggadaikan maruah demi mendapatkan sesuap nasi. mereka tidak tahan lagi dengan kelaparan sehinggakan tiada lagi jalan untuk mengalas perut lantaran begitu susah mahu mendapatkan sesuap nasi.

Di surau dan di masjid-masjid, ustaz dan ustazah sering menceritakan menceritakan bahawa terdapat di dalam kitab suci Al-Qur'an ayat yang mengatakan bahawa sekiranya seseorang itu bersyukur, maka akan ditambah lagi nikmat ke atasnya, tetapi sekiranya manusia itu kufur dengan nikmat, maka azab yang akan menantinya adalah amat pedih.Ayat ini sebenarnya amat berkai rapat dengan kehidupan sehari-hari. ia berkait dengan rezeki yang tidak putus-putus diterima sehari-hari. Tetapi dalam masa yang sama kita sering kali masih mengeluh dan tidak puas-puas dengan nikmat tersebut.

Rasulullah SAW adalah seorang yang amat bersyukur. Diceritakan bahawa di suatu malam isteri baginda terjaga dan melihat baginda SAW solaat malam sehingga bengkak kakinya. Dengan sayu Siti Aishah bertanyakan baginda, kenapakah baginda masih sanggup bersusah payah bersolat malam sedangkan Allah Taala telah menjanjikan syurga kepadanya. baginda menjawab dengan jawapan yang cukup ringkas 'Adakah salah sekiranya aku mahu menjadi seorang hamba yang bersyukur?'

Dalam islam juga terdapat sesuatu yang disebut sebagai sedaqah. Amat banyak sekali ayat Al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW menceritakan mengenai keistimewaan sedaqah. Begitu banyak nikmat dan hikmat yang tersembunyi sekiranya kita membiasakan diri dengan bersedekah.

Comments for this entry:

  1. quoteridwan wrote at Apr 7, 2011 at 12:34 o\clock:btul_btul_btul pada siapa lgi kita bersyukur low bukan pada allah taala .,.,.,

Comment this entry

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.