PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Jan 11, 2008 at 08:53 o\clock

Aurat wanita masa kini 2

by: zaris

 PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :

"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"

Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.

Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?

"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

  

ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-


ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.



Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

 

Comments for this entry:

  1. quotemshawqy wrote at Jan 27, 2008 at 16:07 o\clock:bagus
  2. quoteAnonymous wrote at Mar 20, 2008 at 07:43 o\clock:Ini mcm post kat website ustaz zaharuddin je..
  3. quotezaris wrote at Mar 21, 2008 at 02:49 o\clock:ye, saya terjumpa dalam website ustaz zaharuddin, saya mendapatinya agak menarik dan meletakkannya kat sini untuk bacaan umum
  4. quotenurul izzati wrote at Apr 11, 2008 at 07:27 o\clock:saya suka situsini
  5. quoteALISA wrote at Apr 29, 2008 at 04:53 o\clock:ZAMAN SEKARANG DAH TAK MACAM DULU YANG MASIH ADA SOPAN SANTUNNYA......RAMAI SANGAT YANG DAH BLUR KOT,DAH XIGT HALAL DAN HARAM,DAH LUPA ADA YANG MEMERHATIKAN KITA DIDUNIA NIE....JADI SESIAPA YANG BERKENAAN BERTAUBATLAH SEMENTARA MASA MASIH ADA,TABAHKAN HATI UNTUK MENEMPUH SEGALANYA.....FIKIR-FIKIRKANLAH,ASSALAMUALAIKUM
  6. quoteMr.Nunusaku wrote at May 14, 2008 at 12:08 o\clock:Lelaki islam walupun kelihatannya mereka sok soleh dan rajin beribadah, tetapi hatinya mereka penuh kenafsuan jika melihat aurat wanita sedang mereka dalam perjalanan kemesjid begitu terlihat aurat wanita nafsunya tinggi karena pikiran mereka tetap kotor.

    Ini yang dinamakan manusia bersorban agama kepalsuan (agama seprti pakaian komal) . Nabinya saja nikahi anak 9 tahun dengan Aisha.
    Kakek umur 53 tahun seranjang dengan Aisha umur 9 tahun.
    Buah itu kalau jatuh tidak jau dari pohonnya.
  7. quoteotai wrote at Jun 14, 2008 at 11:03 o\clock:nak mati,,,,,takkan tak ingat lagi kot..........mcm2 dok jadi la ni.....
  8. quoteZulkarnaen Maksum wrote at Sep 9, 2008 at 18:33 o\clock:Assalamu'alaykum..
    Saya sokong 100% bahawa wanita Islam sewajibnya tidak mendedahkan perhiasan yang mereka miliki kepada lelaki yang bukan mahram bagi mereka. Kepada yang berkenaan,bertaubatlah kepada ALLAH S.W.T.. Sesungguhnya,keseronokan dunia pasti akan hilang dan binasa jua kerana dunia ini bersifat sementara.. Mati selalu "memanggil" kita dan sedetik pun tidak akan berlalu tanpa diziarahi oleh Malaikat Maut..
  9. quotenoor wrote at Feb 27, 2009 at 02:31 o\clock:Assalamualaikum wbt.

    Saya tidak nak komen apa-apa.Cuma saya ingin dapatkan pandangan mengenai aurat anak perempuan remaja atau dewasa semasa di rumah di hadapan ayah,abang atau adik lelaki.Apa yang saya lihat anak-anak perempuan yang remaja atau dewasa ada yang mememakai seluar pendik atau "shorts" di rumah yang mana pendiknya atas lutut.Baju pula t-shirt ketat tanpa lengan.Pada pandangan saya cara berpakaian di rumah juga banyak berlaku kes sumbang mahram termasuk rogol.
    Soal saya,apakah batas aurat mereka dan adakah berdosa jika mendedahnya.Begitu juga aurat wanita sesama wanita islam dan sesama wanita bukan islam. Saya rasa ini jarang di ketengahkan.

    Terima kasih.Wasalam
  10. quotefatin dzalilah wrote at Sep 7, 2009 at 05:26 o\clock:sya seronok membaca,terbuka hati sya untuk bertudung secara sempurna. selama ini sya pikir lelaki hanya thu memaki hamun dengan setiap ksalahan wanita. slot ini mnasihati sya terus ke hati. saya harap semua lelaki seperti ustaz tadi. mnasihat dgn ikhlas, bukan dgan lagu maki hamun shgga kami malu dan benci. al hamdulillah. cuma, sya bkan dri keluarga berada.. adik saya ramai dri mana saya nak dpat duit bli tudung labuh.. kalau di kedai harganya rm40.. insyaalah saya iktiarkn... tq
  11. quotee_one wrote at Sep 14, 2009 at 02:51 o\clock:''JanGAn Lupa Akan PenciptaMU''....
  12. quoteiffah wrote at Oct 28, 2009 at 17:38 o\clock:iffah
  13. quotezenaku&mey wrote at Oct 29, 2009 at 19:23 o\clock:zaman sekarang ni ramai sngat orang tudung berfesyen.atas tertutup bawah terbuka...Orang cm ni suke sngat tunjuk bdan xbraper cntik tu kat masyarkt awm...diEorg x pikir benda mcam nie boleh mengundang maksiat..biler sudah terlajk perahu laki pula disalhkn..

Comment this entry

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.