PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Apr 1, 2013 at 06:32 o\clock

Ayat Al-Qurán menceritakan mengenai kehidupan selepas kematian

by: zaris   Keywords: ayat, Al, Qurán, selepas, kematian

Meneliti ayat-ayat yang menceritakan kejadian yang pasti akan berlaku selepas kematian pasti lebih menginsafkan kita. Kita akan lebih sedar dan menginsafi bahawa akan ada lagi alam yang pasti kita semua tempuhi selepas habis tempoh kita hidup di dunia ini.

Di bawah ini adalah sebahagian ayat-ayat Al-Qurán berkaitan kejadian yang akan terjadi selepas kematian.

Surah An-Nuur : 24

Apr 1, 2013 at 06:17 o\clock

Doa' daripada ayat Al-Qurán

by: zaris   Keywords: Doa, ayat, Al, Qurán

Terdapat sesetengah ayat Al-Qurán merupakan doa' yang disebut oleh para nabi dan rasul serta orang-orang soleh. Doa' tersebut amat wajar dihafal dan dibaca apabila kita selesai bersolat. Tujuannya adalah untuk mendapatkan keberkatan ayat Al-Qurán. Kita juga tidak perlu risau mengenai kesalahan tatabahasa dan kesilapan bacaan.

namun begitu, ayat-ayat tersebut perlulah dirujuk kepada pakar tafsir dan pakar bahasa Arab sekiranya kita mahu mengubahsuai sesuai dengan keadaan diri kita.Sebagai contohnya, sekiranya kita berdoa' berseorangan, maka kita menggunakan perkataan áku'. manakala sekiranya kita sebagai imam, maka kita akan menggunakan perkataan 'kami'. Penukaran kedua-dua perkataan tersebut dalam bahasa Arab yang mahu kita sebutkan perlu dirujuk kepada pakar bahasa Arab. Ini kerana apabila dua perkataan tersebut diubah, sebahagian perkataan lain juga perlu diubah mengikut nahu atau tatabahasa bahasa Arab.

Sebaliknya sekiranya kita mengubah dalam bahasa Melayu yang kita fahami maksudnya, maka tidak perlu dirujuk kepada pakar bahasa Arab. Memadailah kita memahami maknanya sahaja.

Antara ayat tersebut adalah :

Pertama

Surah Ibrahim ayat 40 dan 41:"wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku, wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa' permohonaku" (40). "Wahai Tuhan kami, berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibubapaku serta orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"(41)

Kedua

Surah Al-Furqaan ayat 74: "Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang (mahu)bertakwa"

Ketiga

Surah Ali-Imraan ayat 8 dan 9: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan sesudah engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, sesungguhnya Engkaulah maha pemberi (kurnia)" (8). Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia  untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tiada keraguan padanya, sesungguhnya Allah Tidak menyalahi janji" (9).

Keempat (khusus bagi mereka yang mencapai umur 40 tahun)

Surah Al-Ahqaaf ayat 15: "wahai Tuhanku, tunjukkan supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai.berilanlah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada zuriat keturunanku. sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk dari golongan orang muslimin"

 Kelima (doa' agar dijauhi dari sifat hasad dengki sesama Islam)

Surah Al-Hasyr ayat 10: "wahai tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum kami, dan janganlah Engkau wujudkan perasaan hasad dengki dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau maha penyanyun lagi maha penyayang"