PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Dec 31, 2012 at 03:02 o\clock

Muawiah sahabat nabi mangsa fitnah

by: zaris   Keywords: Muawiah

Siapakah Muawiah bin Abu Sufian? Pernahkah kita mendengarnya nama ini? Apakah yang kita tahu mengenai Muawiah bin Abu Sufian? perkara mengenai kebaikannya atau perkara yang buruk mengenainya? Yang paling nyata, Muawiah adalah dari kalangan sahabat nabi Muhammad SAW yang memeluk Islam di zaman baginda dan diberikan banyak peranan oleh baginda SAW.

Bila kita menyebut sahabat, maka banyak hadith nabi SAW yang memperkatakan berkaitan kelebihan sahabat. Oleh itu, kita tidak boleh sewenang-wenangnya memperkatakan sesuka hati terhadap sahabat baginda, termasuklah Muawiah bin Abu Sufian. Baginda pernah mengatakan bahawa sahabat baginda seumpama bintang-bintang di langit. Andakata kita mengikuti yang mana satu pun kita tidak akan sesat. Begitulah hebatnya sahabat di mata baginda. Ini kerana baginda sendiri bergaul dan kenal benar dengan sahabat baginda. Khalifah Umar bin Abdul Aziz sendiri pernah berkata bahawa tali unta yang dipegang oleh Muawiah itu lebih mulia daripada beliau sendiri, menggambarkan betapa tingginya darjat seorang sahabat jika dibandingkan dengan manusia di zaman selepasnya.

Tetapi, apakah yang disajikan oleh buku-buku sekolah yang diajar kepada anak Islam di Malaysia? Begitu banyak perkara keburukan yang diketengahkan oleh buku-buku tersebut yang seolah-olah menekankan bahawa Muawiah begitu keji dan jahat sekali khususnya bila sanggup memerangi Saidina Ali Karramallah wajhah dan Siti Aishah radiallahu anha. Di ceritakan dalam buku sirah, betapa Muawiah sanggup bermati-matian berperang dalam peperangan jamal dan siffin demi untuk menjadi khalifah. Dikatakan bahawa Muawiah juga amat gilakan kuasa sehingga sanggup memerangi Ali bin Abu Talib, sepupu nabi SAW dan Siti Aishah, isteri nabi sendiri. Pembacaan sekali lalu akan menyebabkan kita terfikir bahawa Muawiah berada di pihak yang salah dan jahat dan Ali serta Aishah di pihak yang benar. Kita tidak pernah tahu cerita disebalik itu semua, termasuklah peranan golongan  yahudi dan munafik.

Adakah kita mengenali atau pernah mendengar seorang yang bernama Abdullah bin Saba'?. Sekiranya kita mengetahui siapakah Abdullah bin Saba', sedikit sebanyak kitan akan mengetahui punca kepada segala-galanya kekacauan yang berlaku di zaman itu. Dialah yang amat sakit hati dan amat bencikan Rasulullah SAW, amat bencikan seluruh umat Islam dan mahu melihat Islam dan umatnya hancur sehancur-hancurnya. Dialah orang yang asalnya Yahudi dan berpura-pura memeluk Islam semata-mata mahu menghancurkan Islam dari dalam. Bisikan-bisikan fitnah yang dilemparkannya sedikit demi sedikit dapat mempengaruhi umat Islam sehinggakan umat Islam berpecah kepada banyak golongan, tetapi golongan yang paling besar adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah. Pertembungan dan pertentangan dua golongan ini berterusan sehingga ke hari ini dan masih belum ada jalan penyelesaian.

Golongan yahudi beranggapan bahawa cara memerangi dan menghancurkan Islam dari luar dan melalui cara perang tidak akan berjaya. Setelah peperangan demi peperangan dilalui oleh mereka sejak zaman nabi Muhammad SAW sehingga zaman sahabat menyaksikan golongan Yahudi menderita kekalahan. Oleh itu, mereka menukar strategi mahu melepaskan dendam mereka dengan cara menghancurkan dari dalam. Mereka akan menggunakan tipu muslihat dan menyebarkan api fitnah dengan begitu licik sekali.

Di zaman Rasulullah SAW, tepatnya ketika mana baginda masih hidup berada bersama-sama para sahabat Radiallahu Anhum, baginda telah melantik Saidina Muawiah bin Abu Sufian seorang penulis wahyu. Persoalannya, kenapa baginda begitu mempercayai Muawiah? Sekiranya Muawiah seorang yang jahat, pembohong dan berperangai buruk, kenapa baginda memberikan amanah yang begitu besar untuk menulis wahyu kepadanya? Di sini kita boleh melihat dengan jelas bahawa Muawiah mempunyai banyak kelebihan yang tidak semua orang memilikinya. 

Tidak semua orang mampu untuk menjadi seorang pilihan Baginda SAW sebagai penulis wahyu. Ini kerana menulis wahyu amat besar sekali amanah yang dipikulkan ke bahunya. Seorang penulis wahyu tidak boleh seorang yang pembohong, mengkhianati amanah, membanggakan diri dan jauh sekali daripada bersikap  cuai dalam melakukan kerja. Ini kerana jika Muawiah cuai sedikit sahaja dan tersilap menulis walau satu kalimah sahaja, maka akan memberikan kesan kepada seluruh umat Islam sehingga akhir zaman. Muawiah juga mestilah menulis dengan tumpuan seratus peratus dan tidak boleh lalai sedikit pun.

Ditulis dalam buku sejarah bahawa salah satu penyebab yang membangkitkan kemarahan ramai orang terhadap saidina Muawiah adalah apabila dia menaikkan anaknya Yazid menjadi penggantinya untuk memegang jawatan khalifah. Apabila kejadian ini berlaku, betapa banyak pemberontakan demi pemberontakan berlaku di segenap penjuru negara Islam di masa itu. Kemuncak daripada fitnah yang berlaku tersebut adalah terbunuhnya Saidina Husein di karbala. Peristiwa yang amat tragis dan amat menyayat hati yang pasti akan mengalirkan air mata setiap orang Islam. Cucu Nabi Muhammad SAW, iaitu Saidina Husein yang gagah perkasa akhirnya maut di hujuang senjata seorang berkulit hitam. Kepalanya di letakkan dalam sebuah dulang dan dibawa kepada Yazid bin Muawiah, kononnya arahan Yazid telah dibuktikan telah dilaksanakan. Tetapi dengan linangan air mata, Yazid mengatakan bahawa bukan dia yang mengarahkan supaya saidina Husein dibunuh.Di sini kita dapat melihat pasti ada sesuatu yang tidak kena dan pasi ada perancangan untuk menghancurkan Islam dari dalam, dengan cara melaga-lagakan dan menabur fitnah sehingga menumpahkan darah umat Islam seramai mungkin.

Di dalam Tarikh Ibnu Khaldun, disebut tentang Abdullah bin Saba'. Beliau adalah seorang Yahudi, menganut Islam di zaman khalifah Othman, tetapi tidak mahu memperbaiki keIslamannya. Beliau banyak sekali menabur fitnah memburuk-buruk Saidina Othman. Beliau berpindah randah dari satu bandar ke satu bandar yang lain setelah dihalau oleh penduduknya yang tidka gemarkannya. Beliau berpura-pura sebagai orang yang sayangkan keturunan Nabi dan Saidina Ali dan  begitu kuat melakukan propaganda untuk menaikkan keluarga Nabi (Ahlu al-Bait). Beliau bersungguh- sungguh mengapi-apikan penantangan terhadap khalifah Othman di masa itu. Ahmad Amin dalam kitabnya Fajr al-Islam juga menulis betapa Abdullah bin Saba' bekerja keras mewujudkan satu kumpulan mahu menghancurkan Islam. Mereka berusaha mencari kelemahan khalifah. Kelemahan yang kecil akn diperbesar-besarkan supaya masyarakat semakin membenci khalifah Othman dan keturunannya. Al-Isfiraini pula mengatakan bahawa Ibnn Saba', atau Abdullah bin Saba'memang seorang Yahudi. Dia berselindung di sebalik nama Islam. Dia mengaku kononnya dia amat sayangkan Islam dan keluarga Ahl al-Bait (keluarga Rasulullah SAW), penjadi pembela baginda dan mahukan Saidina Ali dan keturunannya menjadi khalifah.

Disebutkan dalam kitab al-Milal Wa al-Nihal karya al-Syarastani, golongan yang dipelopori oleh Ibn Saba'digelar al-Sabaíyah . Golongan ini pernah datang berjumpa dengan Saidina Ali dan berkata kepada Saidina Ali "Kamu adalah kamu". Iaitu kamu (saidina Ali tuhan). Saidina Ali memarahinya, lalu dihalau ke Madain. Propaganda demi propaganda dibuat sehingga ada setengah golongan menjadi terlalu fanatik dengan Saidina Ali. Saidina Ali amat marah sehingga menangkap sebahagian daripada golongan ini dan membakarnya menjadi arang. Ini disebut dalam kitab al-Syiah Fi al-Tarikh oleh Al-Zain.

Sebenarnya golongan yang diketuai oleh Yahudi ini sebahagiannya berpura-pura menyanjungi dan memuja Saidina Ali, kononnya amat sayangkan Ahl al-Bait (keluarga Rasulullah SAW dan Saidina Ali), sebahagian lagi berpura-pura menjadi penyokong kuat Muawiah sehingga menjadi sebahagian daripada askar dan panglima perang saidina Muawiah dan Yazid. Golongan inilah yang sanggup membunuh Saidina Hussien di Karbala dan memotong kepala dan menghancurkan badan Saidina Hussien. Golongan inilah juga yang meracun Saidina Hassan sehingga mati Syahid. Kesudahannya khalifah Muawiah tidak lagi mampu mengawal askarnya. Khalifah Yazid juga tidak mampu lagi menahan dan mengambil tindakan terhadap panglima dan askarnya. Beliau hanya mampu menangis sepuas hati terlalu sedih melihat kepala Saidina Hussien cucu Baginda SAW yang amat disayangi oleh baginda, orang yang amat sering dipeluk dan dicium oleh Baginda. Siapakah yang sanggup melakukan perbuatan sekeji itu melainkan Yahudi Laknatullah.

Sebenarnya tragedi pembunuhan Saidina Hussein dan kaum keluarganya di karbala adalah kejadian yang benar. Kisah itu amat tragis dan sangat-sangat menyayat hati. Di medan Karbala  saidina Hussein berjuang bermati-matian mempertahankan anak isterinya sehingga ke titisan darah yang terakhir. Pembacaan dalam kitab Sirah pasti akan menitiskan air mata sesiapa sahaja. Di akhir-akhir tragedi tersebut, saidina Hussein memangku dan mendukung anaknya yang masih bayi. Anaknya yang amat kehausan menangis dengan cukup sayu bagi sesiapa sahaja. Saidina Hussein membuka baju dan memerah bajunya yang dibasahi peluh dan menitikkan ke mulut anaknya yang menangis kehausan. Ketika itu, semua ahli keluarga rombongannya sudah mati bergelimpangaan di kiri kanan saidina Hussein. Namun begitu, tidak ada seorang pun di kalangan tentera yang mengepungnya berani maju bertempur dengan Saidina Hussein. Mungkin kerana mereka takut atau tidak sampai hati. Dengan takdir Allah Taala, sebatang anak panah tiba-tiba datang dan mengenai badan si bayi yang berada dalam pelukan saidina Hussein. Syahidlah anak itu di waktu itu juga.Saidina Hussein hanya mampu melihat dengan linangan air mata dan berkata kepada anaknya 'dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali'.

Dikatakan saidina hussein agak lama memangku anaknya yang sudah tidak bernyawa. Tidak ada seorang pun dari tentera yang mengepungnya berani masuk bertarung dengannya. Terdapat juga mereka yang memilki sedikit keberanian yang cuba masuk, tetapi berundur kembali kerana tidak sanggup atau pun tidak berani berhadapan dengan Saidina Hussein. Keadaan ini agak lama sehinggalah munculnya seorang lelaki berbangsa Afrika dan mempunyai dada seperti kepala anjing. Dikatakan lelaki itu bukannya seorang Islam. Dia adalah orang upahan yang tidak diketahui siapa yang mengupahnya. Dipercayai bahawa yang mengupahnya adalah orang-orang Yahudi dari puak as-sabaíyah. Akan tetapi saidina Hussein tetap berjuang bermati-matian dan enggan menyerah kalah. Dia akhirnya mati syahid sebagai seorang lelaki yang gagah mempertahankan kaum keluarganya yang dizalimi. Di kalangan pengikut Yahudi yang menyamar sebagai askar Yazid dengan segera menyerbu ke tengah gelanggang menetak sepuas-puasnya tubuh saidina Hussein yang sudah tidak bernyawa. Mereka merasa cukup puas dapat melepaskan geram dengan menetak tubuh saidina Hussein sehingga keseluruhan jasab saidina Hussein hancur bertaburan dan tidak dikenali. Keadaan di kala itu sudah tidak terkawal walau pun ada di kalangan askar yang amat bersimpati dengan nasib saidina Hussein. Tetapi mereka tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa bagi menghalang sebahagian askar yang sudah mabuk darah itu. Setelah itu, mereka memotong kepada saidina Hussein dan menghantar kepada khalifah Yazid bin Abu Sufian. Demikianlah Khalifah yazid bin Muawiah menangis sepuas-puasnya melihat kepala cucu nabi Muhammad di hadapannya. Dia langsung tidak menyangka akan terjadi begitu.

Inilah perbuatan yang dilakukan oleh sebahagian puak Yahudi yang menyusup masuk sebagai penyokong Muawiah. Mereka menghancurkan puak Muawiah dari dalam.

Inilah detik peristiwa fitnah yang amat besar melanda umat Islam. Peristiwa inilah yang sering disebut-sebut oleh pengikut Syiah bahawa Muawiah dan Anaknya Yazid sejahat-jahat dan sezalim-zalim manusia. Beratus-ratus tahun pengikut Syiah menyebarkan cerita kononnya pembunuhan saidina Ali Karramahuwajhah,  Saidina Hassan dan Saidina Hussein disebabkan oleh kejahatan Muawiah dan Anaknya Yazid. Padahal yang menjadi punca segala-galanya adalah puak Yahudi. Mereka amat puas dapat membunuh keturunan Nabi Muhammad SAW dengan tangan mereka sendiri. Mereka amat seronok dapat menghancurkan Islam dari dalam dengan mencipta puak-puak yang saling bermusuhan dalam Islam. Kalau boleh mereka mahu puak-puak yang bermusuhan ini akan terus berbunuhan sampai bila-bila.

Seterusnya sebahagian kaum Yahudi ini menyusup masuk dalam barisan puak pencinta Saidina Ali Karramahuwajhah dan terus menyebarkan propaganda supaya terus melakukan penentangan menentang kezaliman yang dilakukan oleh khalifah Yazid. Propaganda ini terus menerus dilakukan sehingga suasana semakin tidak terkawal. Khalifah Yazid tidak mempunyai pilihan selain daripada menggunakan kekuatan ketenteraan yang pastinya mengorban berpuluh-puluh ribu nyawa tentera Islam.