PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Jul 31, 2012 at 04:27 o\clock

Turki Uthamaniah terperangkap dalam perang dunia pertama

by: zaris   Keywords: Turki, Uthmaniah, terperangkap

Listening to: Turki Uthmaniah

Dalam perang dunia pertama, Empayar Turki Uthmaniah terpaksa berhadapan dengan pelbagai tipu muslihat bangsa Eropah untuk mempertanahkan negaranya. Tetapi takdir seolah telah menetapkan bahawa mereka terpaksa berjuang dan berperang dengan negara Inggeris, Russia dan Itali dan bersekutu dengan negara German, padahal pada peringkat awal Turki mahu bersikpa berkecuali. Salah satu punca di mana Turki terpaksa melibatkan diri apabila sebuah pakal perang German telah mengambil tindakan memasang bendera Turki pada kapalnya. Dengan itu, pihak Inggeris telah tersalah anggap bahawa memang sah Turki telah menyokong German dan bersama-sama mahu menghancurkan Inggeris.

Di masa itu, German adalah sebuah kuasa yang semakin meningkat naik. Pihak Inggeris pula melihat kehadiran German sebuah negara yang mahu bersaing dengannya. Pihak German pula berpendapat bahawa dia memerlukan satu pihak yang boleh bersekutu dengannya. Negara yang diharap menyokongnya adalah Turki, yang mana di masa itu masih memiliki sebuah empayar yang besar. Walau pun begitu, kedaannya di masa itu ibarat retak menanti menanti belah.

Ini adalah tipu muslihat politik yang mahu mengheret sama kerajaan Turki Uthmaniah supaya terjebak ke dalam perang yang besar. Alang-alang terjebak dalam peperangan, maka Turki terpaksalah berjuang bermati-matian mempertahankan negara dan empayarnya yang cukup luas itu. Situasi di masa itu menyaksikan berlaku banyak penentangan di dalam empayar Turki Uthmaniah yang mahu membebaskan diri. Baik dari kalangan negara di Eropah, bahkan dari negara Arab yang terpengaruh dengan seruan nasionalis ataupun pemerintahan berasaskan negara bangsa.

Dalam pada itu, pihak Inggeris benar-benar marah dengan tindakan pihak Turki yang menyebelahi German semasa perang tersebut. Inggeris amat mendendami pihak Turki dan berusaha sedaya upaya mungkin untuk melepaskan dendamnya terhadap Turki. Di masa yang sama Turki di lihat sebagai sebuah empayar yang mempunyai amat banyak masalah dalaman. Khalifah terpaksa berhempas pulas mempertahankan kerajaannya dan dalam masa yang sama berhadapan dengan ancaman dari golongan sekular. Golongan ini dikenali sebagai Young Turk.

Ternyata propaganda oleh pihak Inggeris cukup bijak dan licik. Dia mengutuskan seorang perisiknya ke Tanah Hejaz untuk meniupkan semangat kebangsaan dan menyatakan bahawa Tanah Hejaz patut diperintah sendiri oleh orang Arab, bukannya oleh orang Turki. Demikianlah Sharif Husin, Imam Zaydi dan lain-lain pemimpin Arab diperbodohkan untuk menentang Turki yang seaqidah dengan mereka.