PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Sep 28, 2010 at 03:40 o\clock

sekadar renungan dari mahasiswa Universiti kebangsaan Malaysia, Bangi

by: zaris   Keywords: renungan, dari, UKM

Sedarlah wahai diri... sesungguhnya kita hadir dan hidup di dunia ini bukan kerana kehendak kita. Kita hadir dan hidup di dunia ini kerana kehendak Allah.

Pasti ada rencana besar Allah menghadirkan kita sebagai manusia di bumi ini. Jika tidak, bisa sahaja Allah menciptakan kita sebagai sebutir batu di jalanan yang disepak-sepak orang, atau sehelai rumput di hutan yang dimamah binatang, atau seekor burung di atas dahan yang mati di hujung senapang.

Saudaraku, hargailah Allah yang menciptamu dan telah menjadikanmu sebagai manusia...

 

Apakah sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini?

Pernahkah kita terfikir dan merenung dengan renungan yang paling dalam?

Apakah pula yang PERLU kita cari dalam hidup ini agar hidup kita berbaloi dan penuh ERTI?

Pernahkah kita terfikir... dari MANA kita datang? Untuk APA sebenarnya kita dijadikan dan ke MANA kita pasti akan kembali?

Hidup ini hanya sekali, dan ianya akan bererti HANYA JIKA kita berjaya melaksanakan tuntutan mengapa kita diciptakan di dunia...

Kita diciptakan untuk menjadi HAMBA ALLAH dan khalifahnya..

Lalu kita bertanggungjawab MENGABDIKAN diri dalam seluruh hidup ini HANYA untuknya...

Dan kita bertanggungjawab MENGURUS dunia ini mengikut hukumnya, sehingga seluruh dunia ini tunduk dan patuh padanya...

Inilah TUJUAN utama hidup kita...

Dan HANYA inilah yang perlu kita usahakan di sepanjang hidup yang SINGKAT ini...

Inilah AMANAH yang dianugerahkan...

Bukan kerana HOBI atau kerana TRADISI...

Inilah tujuan SEBENAR kehidupan yang penuh erti...

 

Sahabatku, menjadi manusia yang benar-benar memahami dan melaksanakan tujuan penciptaannya, bukanlah suatu pilihan, tetapi satu keperluan dan kewajipan.

Rasalah bertanggungjawab untuk hidup penuh erti kerana hidup di dunia ini hanya sekali. Bukankah setiap manusia pasti akan kembali kepada Tuhannya?

Lalu apa lagi yang kita harapkan selain kembali dalam redhanya...

"wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha lagi diredhai.Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaku, dan masuklah ke dalam syurgaku" (89:27-30)