PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Mar 19, 2010 at 09:39 o\clock

Sembang-sembang mengenai ISA di Malaysia

by: zaris

Mesti kalian kadang-kadang bersembang mengenai ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang terdapat dalam undang-undang Malaysia. Begitu banyak yang menentang penggunaan akta ini. Tetapi dalam masa yang sama, sebenarnya banyak juga yang bersetuju dengan cara begini sebagai langkah awal kerajaan menangani ancaman keselamatan negara, iaitu dengan menahan mereka yang berpotensi untuk menimbulkan ketidaktenteraman di Malaysia.

Kebanyakan orang yang mengeluarkan pendapat sebenarnya langsung tidak pernah menjenguk sendiri ke dalam kem tersebut yang berada di Kamunting. Mereka juga tidak pernah mengenali seorang pun kakitangan yang bertugas di KEMTA. Mereka hanya mengetahui dari ceramah politik yang juga tidak mengetahuinya. Di samping itu, mereka tidak pernah sekali pun berbincang dengan secara ilmiah tentang perkara ini.

Bagi mereka yang menentang ISA, alasan yang paling popular untuk menguatkan hujah mereka adalah penahanan tanpa kesalahan yang masih belum pasti oleh seseorang individu. Mereka berpendapat bahawa ini adalah suatu bentuk kezaliman ke atas seseorang yang mempunyai hak-hak untuk membela diri mereka. hak mereka untuk mempertahankan diri talah dinafikan dengan sewenang-wenangnya. Mereka merasakan bahawa apabila mahkamah telah menjatuhkan hukuman bersalah berdasarkan bukti yang kukuh, maka barulah mereka boleh dihukum penjara.

Ada setengah orang yang langsung tidak pernah menjengah ke kem KEMTA mendakwa bahawa tahanan di sini akan dipukul berhari-hari supaya mengakui kesalahan yang dilakukannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tahanan akan dikurung dalam bilik gelap berhari-hari dengan dengan hanya ditemani oleh lipas dan tikus. Sementara itu, ada juga yang mendakwa akan disoal setiap hari supaya mengaku melakukan perbuatan yang mengandungi niat menghuruharakan negara. Di samping itu, ada juga yang mengatakan bahawa mereka hanya di tahan disitu dengan diberikan makanan yang sedap-sedap, diberikan radio dan televisyen dan perpustakaan supaya minda mereka tidak tertutup.

Jadi, yang mana satukah yang betul? Jawapannya hanyalah boleh diberikan oleh pegawai yang bertugas dan tahanan yang pernah memasuki pusat tahanan tersebut sahaja.

Alasan yang disebutkan ini telah berjaya memancing ramai orang dan meraih simpati dengan banyak. Apabila disebutkan dengan penahanan tanpa bukti, tanpa perbizaraan dan tanpa diberi peluang untuk membela diri, maka yang akan kelihatan hanyalah kezaliman yang ditimpakan ke atas seseorang yang tidak disukai. Akan tetapi bagaimanakah bagi seseorang yang memang diketahui bahawa mempunyai kesalahan, tetapi amat sukar untuk dibuktikan di mahkamah? Adakah perlu menunggu sehingga terkena bahawa tersebuat dahulu maka barulah mahu ditangkap sipelakunya?

Jika dilihat kepada ancaman bahaya yang besar yang bakal ditimbulkan oleh individu-individu tersebut, maka penahanan dengan cara ini boleh dipertimbangkan. Ini kerana dalam banyak kes, bukan sesuatu yang senang untuk mensabitkan kesalahan dengan bukti yang nyata dimahkamah. Ini ditambah lagi dengan proses di mahkamah yang mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Ini kerana sesetengah individu amat araf dan bijak dengan akta dan perundangan Malaysia. Jadi, bagi mengelakkan huru hara yang bakal tercetus, yang disebabkan oleh kepandaian lidah berkata-kata, maka pihak berkuasa mengambil tindakan nekad menggunakan akta ini untuk menahan mereka.

Jika semua pihak yang cintakan keamanan dan keselamatan negara melihat perkara ini dengan penuh teliti dan diperhalusi dengan sedalam-dalamnya, maka ada benarnya penggunaan akta ISA untuk mengelakkan ancaman yang lebih besar di dalam negara. Ini kerana apabila kekacauan telah berlaku, rakyat dan orang awam telah merasa tidak selamat berada ditempat awam, maka bukan senang untuk memulihkannya kepada keadaan aman sebelumnya. 

Akan tetapi sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh pemerintah apabila menggunakan alasan menjaga keselamatan negara untuk kepentingan peribadi dan politik untuk mengekalkan kuasa ditangannya. Mereka juga menggunakan alasan ini untuk menutup kesalahan dan kezaliman yang dilakukannya dengan menangkap individu yang berpotensi membongkar kesalahahannya kepada rakyat umum. 

Melalui cara ini, seorang individu yang dirasakan membahayakan diri pemerintah akan ditangkap dengan alasan yang sengaja direka. Seterusnya akan dimasukkan ke penjara supaya tidak membuka mulut. Alasan akan dicari untuk memenjarakan selama mana mungkin supaya individu tersebut tidak akan keluar ke khalayak ramai menceritakan rahsia besar tersebut. Apabila individu tersebut benar-benar diyakini tidak akan menceritakan kisah benar tersebut, maka barulah dibebaskan, itu pun masih dipantau keadaannya.

Mar 19, 2010 at 09:19 o\clock

Cantiknya seorang wanita itu

by: zaris   Keywords: seorang, wanita, itu

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengketaan
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak
bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai
WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai
WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas
sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana

Mar 17, 2010 at 09:19 o\clock

Beza antara orang berilmu dengan yang tidak berilmu

by: zaris   Keywords: ilmu

Ketika berada di sekolah, apabila cikgu dan ustaz menceritakan bahawa peri pentingnya menjadi seseorang yang memiliki ilmu atau kepakaran yang tertentu, maka aku hanya membuat endah tak endah saja terhadap kata-kata tersebut. Kini apabila sudah usia mula meningkat dan melihat sendiri betapa bergunanya sesuatu ilmu itu, maka barulah sedar bahawa pentingnya memiliki ilmu, lebih-lebih lagi sekiranya memiki kepakaran yang amat mendalam dalam sesuatu ilmu.

Di dalam Al-Qur'anul Karim, terdapat banyak ayat yang menceritakan mengenai betapa banyaknya ilmu yang dimiliki Oleh Allah Taala jika mahu membandingkan dengan ilmu yang dikurniakan kepada makhluknya. Dalam Surah Luqman, ayat 27 menceritakan bagaimana betapa ilmu Allah Taala yang sedemikian banyak sehingga tidak mungkin dapat diketahui keseluruhannya oleh umat manusia. Ayat tersebut bermaksud : Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambah kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (keringnya), nescaya tidak habis-habis ditulis kalimat (ilmu) Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagiMaha Bijaksana.

Demikian juga dalam Surah Al-Kahfi, dalam ayat 109 dijelaskan dengan cukup mantap tentang ilmu Allah Taala yang maha luas. Maksud ayat tersebut adalah:

Ilmu menguasai sesuatu bahasa asing sebagai contoh, amat penting sekiranya dapat dikuasainya. Amat senang untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan dan mencari rezeki sekiranya menguasai sesuau bahasa asing. Sekiranya menguasai dua, tiga, empat dan lebih banyak, maka itu adalah kelebihan yang amat bernilai. Dengan senang sahaja kita mampu berbicara dan berurusan dengan pelbagai bahasa.

Apabila kita telah menguasai sesuatu bahasa dengan baik, maka kita sebenarnya telah memasuki satu pintu gerbang yang mana di dalamnya mempunyai amat banyak ilmu tersembunyi di dalamnya. Ini kerana sesuatu bangsa memiliki pelbagai rahsia yang tersendiri. rahsia tersebut tidak akan dapat dicapai tanpa memasuki ke dalam kelompok tersebut. Cara yang paling senang untuk menggabungkan diri, bergaul dan mengetahui ilmu dan rahsia bangsa tersebut adalah dengan mengetahui bahasa yang digunakan oleh bangsa itu. Semakin dalam mengetahui bahasa itu, maka semakin banyak ilmu bangsa itu akan didapati.

Bahasa berkait rapat dengan budaya, adat resam dan agama sesuatu bangsa. Terdapat banyak perkataan dalam sesuatu bangsa hanya sesuai untuk bangsa itu sahaja. Jika ingin menterjemahkannya ke dalam bahasa lain, maka akan terasa janggal dan tidak sesuai. Terdapat juga sesetengah perkataan yang mempunyai nilai kesopanan dan hormat apabila digunakan, yang mana sukar untuk dijelaskan maknanya kepada bahasa lain.Inilah salah satu rahsia dan keistimewaan sesuatu bahasa yang tidak akan diperolehi oleh sesiapapun melainkan bagi orang yang menguasai bahasa itu sendiri.

Jika kita membaca buku 'hikayat Abdullah', beliau amat menekankan tentang penguasaan banyak bahasa. Beliau tidak jemu-jemu belajar bahasa asing walau pun ketika itu ramai orang yang menganggap bahawa mempelajari bahasa sesuatu segsa yang tidak beragama Islam adalah sesuatu yang tidak wajar. Beliau mengatakan bahawa beliau sudah biasa dengan hinaan, ejekan dan cacian bahawa belajar bahasa Inggeris seolah-olah menjual agama dan mendekati agama Kristian. Beliau tidak mengendahkan kata-kata tersebut dan terus belajar bahas Inggeris sampai pandai.

Beliau juga belajar bahasa lain seperti bahasa Arab, Hindustan, Tamil dan Cina. Penguasaannya yang amat banyak dalam berbahasa itu membolehkannya mempelajari banyak ilmu dan sahabat dari pelbagai bangsa. Tercatat juga dalam buku itu bahawa amat ramai golongan elit Inggeris datang ke Melaka dan Singapura dan datang berjumpa dengan Abdullah untuk meminta mengajar bahasa Melayu. Golongan elit Inggeris mengetahui dengan menguasai bahasa Melayu yang merupakan bahasa di tanah Melayu akan memudahkan lagi perencanaan mereka di sini. Mereka tanpa segan silu dan berusaha gigih mempelajari dan mengkaji kitab-kitab jawi yang menggunakan bahasa Melayu kuno untuk mengetahui rahsia bangsa Melayu.

Ketika kita membicarakan Munsyi Abdullah dan tulisan-tulisannya, sebaiknya kita mengambil beberapa perkara yang elok. Memang tidak dinafikan bahawa banyak juga tulisannya yang seolah-olah menghina dan mengutuk perilaku keadaan orang Melayu di zamannya ketika itu. Apatah lagi Munsyi Abdullah dalam dalam beberapa ketika bekerja sebagai jurutulis dan tenaga pengajar kepada orang Inggeris. Orang Inggeris merupakan majikannya. Akan tetapi tulisannya yang amat mendorong dan memberikan galakan supaya tidak jemu menuntut ilmu harus diberi perhatian. 

Menguasai bahasa pertuturan utama dunia mempunyai kelebihan yang cukup banyak. Untuk menyara kehidupan dan keluarga dengan hanya menggunakan kelebihan menguasai banyak bahasa adalah amat mudah. Ramai orang akan mencarinya untuk berbagai keperluan. Antara bahasa yang mempunyai ramai penutur di dunia pada masa sekarang adalah bahasa Arab, Inggeris, Mandarin/Cantonis, Melayu, Peranchis, Rusia dan Sepanyol.

Jika kita mendengar cerita lisan daripada orang-orang tua mengenai betapa besungguhnya ulama' dulu-dulu dalam usaha mencari ilmu, kita akan begitu takjub dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka. Diceritakan bahawa terdapat di kalangan ulama dahulu ketika dalam proses menuntut ilmu, mereka bersungguh-sungguh menghafal kaedah bahasa Arab tanpa henti siang dan malam. Mereka berhenti hanyalah ketika mahu bersembahyang dan makan sahaja. Mereka juga cuba mengelakkan untuk tidur dengan banyak. Sesetengah mereka akan tidur di atas buah kelapa yang disusun. Ini bererti mereka hanya dapat tidur bila sudah terlalu mengantuk. Apabila mereka mahu tidur lena sidikit dan sedikit berpusing, maka buah kelapa tersebut akan bergerak dan mereka akan tersedar kembali. Apabila tersedar, maka mereka akan kembali menghafal 'tashrif' atau kedah tatabahasa bahasa Arab itu tadi. Begitulah yang mereka lakukan dalam proses belajar ilmu.

Demikian juga sekiranya mereka bersungguh-sungguh untuk menghafal Al-Qur'anul Karim, Hadith Nabi SAW, syair-syair Arab dan lain-lain. Mereka begitu bersungguh-sungguh memberi perhatian terhadap ilmu yang mereka belajar. Oleh itu, tidak hairanlah apabila kita mendapati  ilmu yang terdapat pada dada mereka cukup tinggi melangit. Ilmu tersebut terus tersimpan kukuh di dada mereka dan bukannya berada pada catatan buku-buku sahaja sepertiulama' sekarang apabila mahu mengeluarkan sebarang pendapat berkaitan hukum hakam agama lebih senang untuk membuka kitab dan merujuk dan bukannya berdasarkan ilmu yang sudah sebati dalam diri.

Apabila memperkatakan mengenai lautan ilmu yang amat banyak, maka kita sepatutnya meluaskan pemikiran dan minda mengenai banyaknya ilmu yang masih belum kita ketahui. Walau pun sesuatu ilmu tersebut kita langsung tidak pernah dengar mengenainya dan tidak logik pada hukum akal yang waras, kita jangan segera mengatakan bahawa ilmu itu tidak wujud. Ini kerana ilmu yang Allah kurniakan kepada makhluknya adalah pelbagai. Sebagai contohnya ilmu menghilang dan menghaibkan sesuatu yang mengikut hukum akal mengatakan tidak patut berlaku, tetapi sebaliknya Allah Taala telah menceritakan secara terperinci mengenai kewujudan ilmu ini. Ilmu ini telah dikurniakan kepada seorang alim yang berpangkat menteri pada zaman nabi Allah Sulaiman Alaihi Salam.

Kisah mengenai ilmu tersebut terdapat dalam kitab suci al-Qurán dalam surah..