PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Jan 29, 2010 at 18:02 o\clock

Semoga 1 malaysia tidak memerangkap kita

by: zaris   Keywords: Malaysia

Apakah yang difahami dengan 1 Malaysia? Masih ramai rakyat Malaysia sendiri tidak memahami konsep 1 Malaysia. Sekiranya ia bermakna kita satu bangsa Malaysia adalah boleh diterima. Tetapi sekiranya semua agama diambil semua nilai murni yang terdapat padanya dan dikongsi semua, maka sesetengah pihak menganggapnya adalah salah. walaupun sesuatu nilai itu dilihat baik pada sesetengah agama, tetapi pada pandangan agama lain, ianya adalah salah, maka ianya tidak boleh diterima sama sekali.

Ketika kerajaan Islam menguasai India dulu, seorang maharajanya yang bernama Sultan Akhbar cuba membuat satu idea yang dinamakan Din Ilahi. Tujuannya adalah untuk menyatupadukan seluruh rakyatnya yang terdiri daripada Islam, Hindu, Sikh,  Bahai, agama purba parsi dan banyak lagi. Dia mengambil nilai-nilai yang baik dari semua agama, merangkumnya dan mewujudkannya sebagai agama baru yang dipanggil Din Ilahi. Sejak awal lagi ulama di India menentang idea ini. Ini kerana ia bertentangan dengan aqidah Islam.Idea ini akhirnya berkubur bersama matinya Sultan Akhbar.

Dalam konteks negara Malaysia yang brebilang kaum, kerajaan juga sepatutnya memikirkan dengan lebih mendalam tentang konsep 1 malaysia yang dicanangkan sekarang. Banyak perkara yang perlu diperhalusi supaya ianya diterima oleh semua lapisan masyarakat. yang paling penting adalah perbincangan perlu dibuat dengan golongan Ulama' supaya ianya tidak menyimpang dari segi syariat dan aqidah Islam.

Dalam Islam, perkara paling asas dan pokok adalah aqidah. Setiap perilaku yang bertentangan dengan aqidah akan ditolak. Islam tidak boleh berkompromi sedikitpun dalam hal ini. Ini kerana ianya berkaitan dengan sesuatu yang disebut sebagai syirik. Perbuatan syirik perlulah dijauhi walaupun dianggap syirik kecil dan belum jelas. Ini kerana apabila aqidah sudah rosak, maka rosaklah semua amalan dan ibadat yang dilakukan.

Dahulu telah dilancarkan program kongsi raya. Sebahagian ulama' membantah secara keras idea ini. Ini kerana dalam Islam, sesuatu perayaan dianggap sebahagian daripada Syariat dan Aqidah dan tidak boleh dikongsi sewenang-wenangnya dengan penganut agama lain. Bagitu juga dengan perayaan yang dibuat oleh penganut agama lain tidak boleh sewenang-wenangnya oleh penganut Islam kerana dikhuatiri bertentangn dengan aqidah Islam. Contohnya perayaan Wesak dan Thaipusam di mana sesetengah pangamalannya mempunyai unsur agama dan pemujaan berhala yang tidak dapat diterima oleh Islam. jadi, umat islam tidak boleh berkongsi dengan perayaan yang bertentangan dengan ajaran dan aqidah Islam.

Akan tetapi amalan murni yang mengeratkan perpaduan yang langsung tidak mempunyai unsur agama boleh dikongsi seperti budaya kunjung mengunjungi, rumah terbuka, memberi duit dan makanan kepada orang miskin, anak yatim dan kanak-kanak. dalam tradisi disebut sebagai memberikan ang pau, manakala dalam budaya Melayu yang menyambut perayaan hari raya Aidil Fitri disebut duit raya.

Jan 26, 2010 at 17:01 o\clock

Apakah jasa kita kepada agama?

by: zaris   Keywords: jasa, kepada, agama

Ramai daripada kita seolah-olah melupakan pesanan Nabi Muhammad SAW bahawa setiap daripada kita adalah bertanggungjawab kepada agama dalam menyampaikan seruan dakwah mengikut kemampuan sendiri. Baginda SAW pernah bersabda yang boleh diertikan sebagai 'sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat'. Pesanan ini ditujukan kepada kita semua umat Islam supaya menyampaikan seruan Islam kepada sesiapa sahaja, sama ada orang yang sudah Islam ataupun yang masih belum Islam.

Apabila kita melihat orang India membesarkan kuil hindu mereka, secara terus kita marahkan mereka. Adakah kita pernah mengajak mereka memeluk Islam? Adakah kita pernah cuba sedaya upaya mahu menunjukkan kepada meraka bahawa Islam adalah agama yang begitu cantik dan indah? Kita juga marah apabila gereja dan tokong cina dibuat dengan besar dan tinggi. Kita terus mengatakan bahawa ini adalah negara yang dimiliki oleh Umat Melayu Islam, Islam adalah agama rasmi di negara ini dan mereka tidak patut menegakkan rumah ibaday dengan sesuka hati mereka.

Dalam masa yang sama, kita yang mendabik dada sebenarnya hanya sekadar tahu bercakap berlandaskan kemarahan sahaja tetapi langsung tidak berusaha mahu memartabatkan islam di negara ini dengan perilaku akhlak kita sendiri. Berapa ramai dari kita yang tidak cukup solat lima waktu sehari semalam. Berapa ramai yang berseluar pendek ke kedai makan walaupun mengetahui bahawa itu adalah aurat. Kita juga tidak memberi sokongan kepada jamaah islam dengan ke surau dan masjid berdekatan untuk berjamaah walaupun rumah hanyalah sebelah masjid sahaja.

Kita mengetahu bahawa jiran-jiran dan orang yang setiap hari berurusab dengan kita tidak beragama Islam, tetapi kita langsung tidak berusaha menarik mereka kepada agama Islam. Pernahkah kita berkata kepada Ah Chong mekanik kereta ' U masuk Islamlah, Islam itu agama baik dan bagus'. Begitu juga apabila naik teksi India, pernahkah kita berkata 'Islam adalah agama yang baik dan bagus, cuba u fikir elok-elok dan dalam-dalam dan u bandingkan dengan agama lain'. Mungkin kita masih tidak ada keberanian dan kekuatan untuk berkata begitu, tetapi pernahkah kita memberikan naskah agama kepada mereka supaya mereka baca apabila ada masa lapang!

Sebenarnya peluang untuk berdakwah amat luas dan sentiasa terbuka luas. Terpulang kepada kesediaan dan keberanian kita untuk mengajak mereka yang masih belum islam kepada Islam dengan menggunakan kata-kata kepada mereka. Rasanya mereka tidak akan terus marah dan mahu memukul sekiranya kita mengajak mereka dengan sopan. Amat jauh dan berbeza sama sekali dengan zaman dahulu apabila mereka yang mengajak kepada Islam diancam bunuh, tetapi mereka tetap istiqamah dengan seruan dakwah mereka tanpa takut dan gentar.

Kita sejujurnya amat kedekut duit untuk membelanjakan harta benda ke jalan dakwah walaupun sedikt. Pernahkah kita membuat salinan risalah agama dengan banyak dan menghadiahkan kepada kenalan yang bukan Islam? Dengan cuma 30 ringgit sudah banyak risalah diperolehi untuk diedarkan kepada kenalan yang bukan Islam. Rasanya ini adalah cara yang paling senang dan ringan. Cuma perlu dikatakan kepada mereka dengan lembut supaya boleh dibaca apabila masa terluang. Kita berdoa semoga hati mereka menjadi lembut dan lebih berminat untuk mengetahui Islam dengan mendalam.

Kita juga boleh berkawan dengan orang berbangsa Cina yang sudah Islam dan membawa bersama-sama kita ketika servis kereta di kedai mekanik Cina. Mungkin boleh meminta dia bercakap sepatah dua berkaitan Islam dengan Cina mekanik. Begitu juga dengan India yang masih beragama Hindu, cuba bawa India Muslim dan risalah bertulisan Tamil atau Hindi. Kita semua tidak mengetahui dengan cara mana hidayah dapat kepada mereka.

Kita kadang-kala terlalu menumpukan kepada Orang Asli yang masih belum Islam. Betapa banyak agensi kerajaan, pihak universiti dan NGO masuk keluar kampung Orang Asli berdakwah dan berceramah di sana. Kita terlupa bahawa di tepi rumah kita terdapat orang yang kita sudah kenal begitu lama, tetapi masih belum mendapat hidayat. Ini adalah juga sasaran dakwah yang sekali kali tidak boleh diabaikan. Sesetengahnya adalah memiliki kerjaya yang cukup profesional yang cukup suka berbual dengan hujah yang lebih logik dan ilmiah. Kalau kita mungkin tidak berapa alim untuk bercakap dengan mereka, mengapa tidak kita menghadiahkan naskah Al-Qur'an kepadamereka. Katakan kepada mereka bahawa dengan membaca dan merenung dengan penuh teliti akan mengetahui bahawa ianya adalah kebenaran yang tidak boleh disangkal.

Sebenarnya kita tidak akan kecewa sekiranya Ah Chong, Murusamy dan Robert tidak memeluk Islam apabila kita sudah berusaha menarik mereka dengan cara yang termampu kita lakukan. Kita akan merasa amat bahagia sekiranya mereka akan masuk Islam dengan usaha kita. Hanya orang yang pernah berurusan berjasa mempermudahkan membawa masuk sesorang ke dalam Islam yang merasa keseronokannya yang tersendiri yang mana kemanisannya tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.

Sememangnya sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk berdakwah kepada masyarakat bukan Islam. Ini kerana sekarang adalah masa di mana kuasa politik berada di tangan orang Melayu Islam. Jadi, tiada sebarang halangan untuk berterusan melakukan dakwah. Masyarakat Islam tidak seharusnya mengharapkan hanya kerajaan sahaja melaakukan gerak dakwah. walaupun kekangan kakurangan duit merupakan masalah utama, tetapi tidak boleh dijadikan halangan utama dalaam usaha dakwah.

Sesetengah orang sanggup ke Sabah dan sarawak untuk berdakwah kepada masyarakat di sana yang masih belum Islam. Sememangnya jumlah orang yang memeluk Islam semakin meningkat dari semasa ke semasa. Seharusnya gerakan ini perlu dilipatgandakan. Masyarakat di sabah dan Sarawak adalah masyarakat yang mempunyai hati yang lembut dan mudah didekati. Mereka juga tidak fanatik dengan pegangan agama mereka. Tidak sukar sebenarnya untuk menarik mereka secara lembut andainya kita berusaha dengan ikhlas dan tidak berputus asa.

Jamaah tabligh dilihat begitu ikhlas dalam menyampaikan dakwah pada hari ini. Mereka tidak jemu keluar masuk ke sesuatu kawasan untuk berdakwah. Segala perbelanjaan dikeluarkan sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari pihak lain dan kerajaan. Mereka juga amat ikhlas dan hanya mengharapkan keredhaan Allah Taala. Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa kerana adanya jemaah tablighlah, gerakan kristianisasi di Sabah tidak dapat berjalan lancar ketika zaman PBS memerintah sabah dahulu. Ini kerana mereka sentiasa bergerak ke kempung menghidupkan surau-surau dan masjid yang sesetengahnya tidak dikunjungi lagi dan ketiadaan jamaah.

Jika dikaji dan diteliti, kita akan kecewa dengan penglibatan umat islam keseluruhan dalam gerakan dakwah di malaysia. Umat islan diperkirakan hanya 10 peratus atau lebih sedikit yang betul-betul serius dan ikhlas dalam melakukan gerak dakwah. Ini kerana terdapat anggapan bahawa gerak dakwah yang diletakkan dibahu mereka yang bergelar dan ustazah sahaja. Mereka berada di sekolah, kolej, universiti, di pejabat agama, di masjid dan surau sahaja. Sedangkan umat islam lain kelihatan begitu leka membeli belah tanpa menghiraukan azan maghrib di masjid berdekatan, menghadiri parti jom heboh, Akademi fantasia, menguruskan perniagaan dan leka minum di kedai.

Sekiranya sebanyak 50 peratus masyarakat Islam di negara ini melakukan usaha dakwah, pasti kesannya akan dapat dilihat dengan ketara sekali. Tentunya lebih ramai lagi golongan yang bukan Islam akan lebih mendapat gambaran yang jelas tentang betapa indahnya Islam. Tetapi sekiranya mereka hanya leka berhibur dengan berpakaian menjolok mata, berpeleseran di pusat membeli belah tanpa mengendahkan azan seruan solat maka makin sukarlah gerakan dakwah. 

Terdapat juga setengah orang Islam yang kelihatan kehidupannya baik dan mereka sememangnya adalah orang baik dari segi akhlak dan kehidupan sehariannyanya. Mereka mempunyai isteri dan anak-anak dan keluarga yang kelihatan bahagian dan sempurna. Mereka mempunyai rumah kediaman yang selesa untuk berteduh dan anak-anak yang mempunyai tahap pendidikan yang bersesuaian pada zaman ini. Akan tetapi mereka kadang-kadang terikut rentak penyakit zaman moden yang suka berhibur. Mereka memberi sokongan moral, bahkan kewangan apabila seorang ahli keluarganya memasuki pertandingan realiti seperti akademi fantasia, malaysian idol dan lain-lain. Sebenarnya mereka mungkin tidak menyedari bahawa keadaan begini adalah silap. Ini kerana mereka secara tidak langsung memberikan sokongan moral kepada program sebegini yang sedikit unsur maksiat.

Mereka seperti ini juga perlu diberi peringatan bahawa mereka juga bertanggungjawab terhadap dakwah. Sekurang-kurangnya mereka perlulah pergi ke surau dan ke masjid bersama-sama berjamaah solat fardhu. Ini adalah salah satu bentuk sokongan moral yang amat besar ertinya. Dia sepatutnya diingatkan tentang tanggungjawabnya sebagai seorang Islam. Dalam Islam, seseorang lelaki itu bukan hanya setakat bertanggungjawab menjaga, mendidik dan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya sahaja, tetapi juga bertanggungjawab terhadap masyarakat dan agamanya. Meluangkan masa bersama keluarga adalah penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, tetapi perlu jangan sampai ke peringkat seolah-olah menyokong melakukan perbuatan yang tidak berfaedah, bersifat sia-sia dan lebih banyak mendatangkan kemudaratan.

Seseorang pelajar Muslim dan Muslimah mempunyai peranan dan peluang yang amat besar dalam menyampaikan seruan dakwah kepada kawan-kawan sepengajiannya di kolej dan universiti. Ini kerana setiap hari mereka bergaul, bersembang dan belajar bersama-sama. Tunjukkan kepada mereka bengan akhlak Islam yang terpuji seperti bangun awal di waktu pagi untuk solat subuh, rajin belajar dan menepati masa serta tidak suka membuat perkara yang membuang masa. Cuba bercakap dengan mereka tentang keindahan Islam dan hadiahkan kepada mereka risalah Islam supaya mereka baca apabila masa terluang.

Sebenarnya pelajar yang bukan Islam pada hari ini adalah berpotensi untuk mencorakkan masyarakat pada 10-20 tahun akan datang. Alangkah besarnya jasa pelajar Islam yang berjaya mengIslamkan mereka. Ini kerana kemasukan seorang yang berpendidikan lebih memberi kesan yang lebih besar terhadap masyarakat mereka. Kemungkinan mereka akan menjadi pemimpin suatau hari nanti, ataupun memiliki perniagaan yang berjaya yang mana mempunyai pengaruh yang besar di kalangan masyarakat.

Itulah sebabnya dalam usaha dakwah, kita jangan melihat untuk hari ini dan esok sahaja sahaja. Kita perlu melihat kepada 20-30 bahkan 30 tahun akan datang. ianya perlulah berterusan dan penuh istiqamah dalam menjayakannya. Lihatlah sirah Nabi SAW yang berdakwah di Taif yang tidak berjaya pada mulanya, tetapi mengharapkan anak-anak pewaris penduduk Taif memeluk Islam. Dakwah kepada golongan muda amat penting dan jangan diabaikan sama sekali. 

Jan 11, 2010 at 16:55 o\clock

Adakah Melayu memang mudah lupa?

by: zaris   Keywords: melayu, mudah, lupa

Adakah kata-kata Tun Dr mahathir bahawa Melayu mudah lupa memang benar? Atau beliau hanya sekadar mahu menyindir sikap negatif umat melayu yang amat sukar meninggalkan tabiat buruk? Hanya beliau sahaja yang mengetahuinya. Ini kerana kata-kata itu amat pedas apabila didengar. bahkan sebahagian yang mendengarnya secara spontan terus melenting marah dan menafikannya. Sebaliknya Tun Dr. Mahathir pula yang dituduh mudah lupa.

Akan tetapi sekiranya merenung dengan mendalam tentang kata-kata tersebut, maka kita akan mendapati bahawa ada kebenarannya. Kebanyakan daripada kita seolah-olah tidak mahu mengingati peristiwa yang berlaku semalam, bulan lepas, tahun sudah dan sepuluh tahun yang telah lama ditinggalkan dengan alasan bahawa yang lepas tidak perlu dikenang kembali dan pandanglah ke hadapan untuk mendapatkan hari yang gemilang. Akan tetapi sedarkah kita bahawa keadaan kita hari ini adalah dibentuk oleh kejadian sepuluh tahun yang silam!

Sebenarnya amat banyak kejadian yang sama-sama dilalui oleh setiap manusia yang memerlukan mereka melihat kembali masa silamnya. Ini amat penting demi pembangunan dirinya, keluarganya, agamanya, bangsanya dan negaranya yang disayanginya. Kita mungkin dahulu merasa amat marah dengan pihak yahudi dan Amerika yang menyerang Iraq dan rakyat Palestin. Beribu-ribu nyawa saudara seIslam hilang begitu sahaja. Kita mengutuk sekeras-kerasnya secara besar-besaran. Kita juga memboikot barangan untuk menjatuhkan ekonominya.

Kini tidak sampai sepuluh tahun kita seolah-olah menarik balik kempen boikot kita terhadap barangan dan perkhidmatan mereka. Kemarahan kita semakin reda walaupun hati kecil masih memarahi mereka. Kita kembali menggunakan produknya. Di mana kempen boikot yang hebat dahulu? Ternyata pihak Yahudi dan Amerika mengetahui sifat ini yang dimiliki oleh orang Melayu. Mereka juga mengetahui bahawa orang Melayu bersifat pemaaf dan mudah melupakan kisah lalu walau sebanyak manapun kelukaan yang dialaminya dimasa lalu.

Jika kita mahu menyebut tentang peristiwa penting yang berlaku 20, 30, 40 tahun lampau yang melibatkan bangsa Melayu dan Agama Islam, maka amat banyak yang sudah dilupakan oleh orang Melayu sekarang. Sedangkan dalam masa yang sama bangsa lain dan penganut agama lain tidak pernah melupakan kejadian-kejadian tersebut. Mereka sering mengacah dan mencuba-cuba melihat reaksi semasa dan apabila dilihat masih tidak sesuai maka mereka akan mengundurkan  niat untuk seketika. Mereka mengetahui bahawa beginilah perangai ummat Melayu yang bersikap pemaaf dan kembali menganggap sebagai mereka sebagai kawan apabila hidup mereka tidak diganggu.

Mereka mengetahui bahawa setakat mana kemarahan orang Melayu dan akan mengelak daripada terjadinya amukan Melayu. Mereka amat takut Melayu mengamuk seperti peristiwa 13 Mei silam. Apabila Melayu yang bersikap pemaaf dan amat penyabar mengamuk, maka segala-galanya akan hancur berkecai. Mereka hanya menanti masa yang paling sesuai untuk memijak dan menghancurkan maruah bangsa Melayu dan Islam, iaitu apabila umat Melayu tidak lagi mempunyai rasa untuk mempertahankan haknya, berpecah belah dan tidak bersatu lagi untuk mengamuk.

Sebenarnya amat banyak kejadian-kejadian di masa silam yang melibatkan persoalan hidup dan mati bangsa melayu tanah air sendiri. Begitu juga dengan kejadian-kejadian yang memijak maruah ummat Melayu Islam serendah-rendahnya, di mata sebahagian umat Melayu masih tersenyum dan tidak merasa apa-apa. Ini adalah perkara yang amat mendukacitakan.

Semua orang Melayu adalah berasal dari kampung. Sekiranya seseorang Melayu itu dilahirkan di bandar sekalipun, ibu dan ayahnya sebenarnya adalah berasal dari kampung juga. Setelah lebih dari 20 tahun ibu dan ayahnyamerantau ke bandar dan berjaya sehingga mampu memiliki rumah dan perniagaan, maka mereka terus menetap di bandar.Di bandarlah mereka membina kehidupan baru dan memperolehi beberapa orang anak. maka anak inilah yang menjadi orang bandar dan akan mengalami kehidupan bandar sejak kecil. Sekiranya anak ini tidak disedarkan dengan kesusahan ibu dan ayahnya dahulu, maka anak ini tidak akan mengenang kesusahan dan tidak tahu erti keperitan hidup.

Anak-anak zaman ini sepatutnya disedarkan bahawa rumah yang didiami oleh ibu dan bapa mereka dahulu adalah beratap nipah dan berdindingkan buluh yang dijalin. Di malam hari pula hanya diterangi oleh api pelita minyak tanah. Apabila mahu menghalau nyamuk maka akan dibakar tunggul buruk atau sabut kelapa. Memasak pula menggunakan kayu api yang dikutip di belakang rumah atau kebun. Begitu susah memikul kayu api tersebut naik turun bukit, kemudian memotong, membelah dan dijemur di tengah panas. Sarapan sebelah pagi pula hanyalah ubi dan pisang rebus. Nasi tidak dimasak diwaktu pagi kerana takut tidak cukup beras. Nasi hanya dimasak untuk makan tengahari dan makan malam.

Anak-anak ini juga perlu disedarkan bahawa tanah yang selesa diduduki sekarang adalah hasil dari penah lelah orang-orang Melayu dahulu. Bukan sedikit keringat, bahkan air mata dan darah yang tumpah ke bumi ketika membuka tanah ini dahulu. Bukan perkara yang senang mahu menebas, menebang dan membakar tanah hutan untuk dibuat penempatan. Semangat orang dahulu setinggi gunung dan tidak akan luntur dengan ngauman harimau di rimba. Mereka cukup perkasa dan tidak mudah mengeluh walaupun setiap hari hanyalah menggunakan tulang empat kerat membanting tulang di panas matahari.

Apabila musuh datang mengacau kampung dan anak isterinya, mereka akan pertahankan. Di dadanya penuh dengan ilmu beladiri pantang mundur walau selangkah. Mereka akan mengatur langkah silat di tengah padang bersenjatakan keris dan badik di pinggang. Walau sehebat manapun musuh yang datang, mereka tetap menentang. Mereka cukup perkasa dan gagah di tengah gelanggang. langkahnya amat kemas dan mantap dalam mengatur langkah silat. Itulah ayah, datuk dan keturunan kita sewaktu muda, cukup hebat penuh keberanian dan keazaman.

Kini mereka sudah tua dan uzur. Sebahagiannya sudah tiada kembali kepada yang maha pencipta. Mereka hanya mampu memandang dengan sepi dan sedih sekiranya anak-anaknya mahu menjual tanah yang pusaka yang diusahakannya dahulu. Mereka mengetahui bahawa ini bukan lagi zamannya. Mereka juga tidak gemar lagi bercerita kerana tiada lagi anak dan cucunya yang ingin mendengar kisah semasa dia muda dahulu. Mereka ternyata amat bahagia setiap petang ke kedai kopi berdekatan bersembang dengan teman seusia mengenang nostalgia dan pahit getir sewaktu masa muda dahulu.

Keadaan sekarang amat berbeza. Anak-anak kini tidak lagi akan mengalami keadaan dan suasana sebegitu. Mereka tidak meminati sejarah dan pahit getir kehidupan  generasi ibuapaba mereka, sejarah sebelum merdeka dan kesusahan membina penghidupan di awal kemerdekaan. Mereka lahir dengan semuanya sudah tersedia di depan mata. Ini akan menyebabkan mereka menjadi manja dan takutkan cabaran kesusahan hidup.

Hari ini kita melihat negara Malaysia dikunjungi oleh hampir semua bangsa manusia di dunia. Malaysia telah makmur dan peluang untuk mencari rezeki cukup senang dan terbuka luas. Kita sepatutnya bersyukur dengan keadaan ini dan jangan sesekali mandabik dada sombong dan berlagak. Semakin ramai orang Melayu yang melihat dengan pandangan menghina kepada orang-orang Indonesia dan Bangladesh yang bekerja di sini. Kalaupun terdapat sesetengah jenayah dilakukan oleh segelintir dari mereka, tetapi itu tidak boleh dianggap sebagai perangai keseluruhan mereka.

Majoriti anak-anak Melayu yang lahir di tahun 1980-an tidak mengetahui bahawa di tahun 80 dan 90-an dahulu amat ramai pemuda-pemuda Melayu ke Singapura untuk bekerja sebagai buruh binaan membuat bangunan di sana. Ini adalah kerana untuk mendapat upah yang banyak melebihi pendapatan bekerja di Malaysia sendiri. Menjadi perkara biasa mereka dikejar dan diburu oleh pihak keselamatan Singapura sehingga terpaksa terjun bangunan mengelakkan diri dari ditangkap. Keadaan mereka samalah dengan buruh Indonesia dan Bangladesh yang datang ke Malaysia yang sering diburu oleh pihak Rela sekarang. Keadaan sebegini langsung tiada beza.

Jan 6, 2010 at 03:26 o\clock

fasa baru pelan Amerika memerangi umat Islam

by: zaris   Keywords: Amerika, memerangi, Islam

Di kalangan pemikir, pemerhati dan penganalisis antarabangsa merumuskan bahawa pihak Amerika kini sedang dalam fasa seterusnya untuk memerangi umat Islam. Dalam masa yang sama untuk kembali menguatkan ekonominya yang sedang tenat. Pelan terdahulu dengan meruntuhkan WTC dengan menggunakan perancangan yang cukup teliti dilihat sudah lama dan memerlukan nafas baru bagi mencipta sesuatu sebagai alasan untuk memerangi umat Islam. Pelan ini juga dilihat penting kerana Amerika kini berdepan kesukaran yang amat serius menentang pergerakan Taliban yang semakin kuat. Sekarang Amerika baru mengetahui hakikat keberanian, kecekalan dan kedegilan orang Afghan yang telah memalukan angkatan perang Rusia sebelum ini.

Amerika dilihat berada dalam keadaan yang amat terdesak sekarang dan mahu peperangan ini diselesaikan dengan secepat mungkin. Dalam masa yang sama tidak mahu kekalahan menimpanya kerana akan mengaibkannya dan menjatuhkan moral askar dan rakyatnya. Untuk itu, pihak Amerika telah menggunakan semua strategi dan peluang bagi menamatkan peperangan ini dengan segera. Pihak yang menjadi mangsa tekanan hebat Amerika adalah Pakistan. Asakan diplomatik yang berbaur ugutan menyebabkan Pakistan serba salah dan mengambil langkah memerangi Taliban di sempadanna dengan Afghanistan. Amerika juga telah sewenang-wenangnya memasuki wilayah Pakistan memburu pejuang Taleban.

Amerika juga berusaha memujuk negara pakatan NATO membantunya memerangi Taleban. Tetapi negara lain dilihat amat berhati-hati dan tidak berani menghantar askar dengan kadar yang banyak. Taleban pula dilihat semakin kuat dengan kemasukan beribu-ribu pejuang asing melalui sempadan Pakistan. Pejuang ini adalah daripada pelbagai bangsa termasuk Arab dan kemungkinan juga pelajar-pelajar Malaysia dan Indonesia yang belajar di Pakistan. Mereka melihat perlunya menyahut seruan panggilan jihad untuk memerangi Kafir di Afghanistan.

Amerika telah melakukan perancangan rapi kononnya Abdul Mutalab ingin meletupkan sebuah kapal terbang awam Amerika. Kononnya seorang awam yang kebetulan duduk bersebelahan telah bertindak sebagai hero menggagalkan percubaan tersebut. Abdul Mutalab digambarkan sebagai seorang yang cukup berani dan nekad untuk meletupkan pesawat tersebut, tetapi amat bodoh dari segi menjayakan misinya. Kononnya bom yang agak berat tersebut diisi di dalam seluar dalam dan cuba meletupkannya, tetapi hanya terbakar sedikit sahaja. Penumpang yang melakonkan watak hero sudah bersedia untuk melakonkan aksi menggagalkan serangan nekad tersebut. Banyak blog dan laman web menceritakan dan menganalisis dengan pelbagai teori kejadian tersebut.

Menggunakan alasan bahawa rakyatnya diancam oleh pengganas yang terdiri daripada umat Islam, sekali lagi Amerika mengambil peluang untuk melancarkan peperangan demi peperangan keatas umat Islam, seterusnya akan menangguk di air keruh untuk mengaut kekayaan bagi memulihkan ekonominya. Semua pihak mengetahui antara perniagaan terbesar Amerika adalah menjual senjata dan peralatan perang. Apabila berlaku kekacauan dan peperangan di satu-satu negara, maka akan ada permintaan untuk membeli senjatanya dan sekutunya dari kalangan negara NATO.

Kini Amerika mengacau sebuah lagi negara Islam, iaitu Yaman. Berapa ramai perisik Mossad berada di sana mengadakan adu domba untuk menimbulkan kekacauan dan pertelingkahan di kalangan umat Islam sendiri. Segala tipu daya dan makarnya bertujuan untuk menghancurkan negara tersebut. Pemimpin Yaman kelihatan pening kepala mahu menangani masalah ini. Kononnya segala kekacauan ditimbulkan oleh Al-Qaeda Yaman. Maka pihak berkuasa berhempas pulas berusaha menghancurkannya. Akan tetapi beberapa orang egen Mossad yang menyamar telah tertangkap ketika melakukan beberapa perbuatan sabotaj dan provokasi untuk melaga-lagakan umat Islam Yaman.

Di sinilah pemimpin Yaman perlulah bertindak dengan amat bijak menangani keadaan ini. Sekiranya tidak bijak maka nasibnya akan menjadi seperti Pakistan atau Iraq. Egen CIA akan menyusup ke dalam pentadbirannya kononnya menawarkan maklumat perisikan dan kepakaran menangani pengganas dan seterusnya menawarkan pakej pembekalan peralatan ketenteraan kepada Yaman. Mungkin pakej ini dilihat istimewa dan dan pembayaran boleh dibuat secara ansuran dan hutang. Sekali lagi kerajaan Yaman yang berdaulat akan dapat dipegang. Inilah yang telah dibuat kepada negara Pakistan dan Indonesia yang sehingga sekarang masih tidak dapat bangkit walaupun memiliki kepakaran, teknologi dan sumber manusia yang ramai.

Adalah dipercayai bahawa pihak Amerika sudah lama memerhatikan keadaan di Yaman. Mereka melihat penduduk Yaman mempunyai ramai pejuang yang sering kali turun berjihad apabila terdapat penindasan terhadap umat Islam di satu-satu kawasan. Betapa ramai rakyan Yaman turun bertempur semasa perang Bosnia dahulu. Begitu juga dengan perang di Iraq dan Afghanistan. Oleh itu Amerika berusaha untuk menumpaskan mereka dengan cara menekan pemerintah Yaman dan membuat provokasi untuk menghuruharakan negara Yaman. Mereka mahu menggunakan tektik yang sama sepertimana terhadap pejuang Islam di Pakistan dengan menekan pemerintahnya.

Ulama'-ulama' Yaman berulangkali berpidato dan berkhutbah tantang bahaya besar sekiranya pemerintah Yaman menerima bantuan berupa wang ringgit dan kepakaran lain yang ditawarkan oleh pihak Amarika. Mereka memberi amaran bahaya negara tersebut akan terjajah dan tiada lagi kebebasan kerana dicatur oleh kuasa luar. Mereka seolah-olah dapat melihat perlakuan pihak Amerika setelah merasakan hanyalah dia sebagai suatu kuasa tunggal di dunia sekarang, setelah keruntuhan Russia. Oleh itu, Amerika berusaha mencengkam kuasanya dengan memasuki mana-mana negara yang dianggap berdegil dan mempunyai potensi untuk melawannya suatu hari nanti.

Amerika cuba pula untuk mengaitkan situasi ini dengan pergerakan Shabab daripada Somalia. Sukar dipastikan adakah betul kenyataan dari pergerakan Syabab Somalia yang mengancam anggotanya akan menyeberangi lautan bagi memerangi kerajaan Yaman untuk membela saudaranya yang dizalimi di Yaman. Amerika dilihat berusaha untuk menimbulkan kekacauan dengan melibatkan sebanyak mungkin pihak yang kononnya terbabit supaya dia dapat memperolehi keuntungan semaksima mungkin. Media massa dan media elektronik yang dimonopoli olehnya dilihat berjaya memainkan peranan ini dengan menyiarkan banyak berita palsu dan penuh dengan unsur hasutan dan berusaha menanam prasangka yang mendalam.

Umat Islam sepatutnya belajar dari sejarah yang menunjukkan bahawa bangsa Inggeris antara bangsa yang cukup cerdik dalam mengatur tipu muslihat permainan politik antarabangsa. Sebelum peperangan secara fizikal mereka akan berusaha untuk memenangi politik antarabangsa terlebih dahulu. Peperangan di Iraq adalah contoh yang amat jelas. Kemenangan politik antarabangsanya amat jelas apabila berjaya mengikat negara-negara lain supaya tidak memberikan pertolongan kepada Iraq pimpinan Saddam Husin. Dia juga akan memulakan peperangan fizikal apabila merasakan nagara NATO, PBB, OIC dan lain-lain negara yang mampu melihat, walaupun diketahui ada yang bersimpati kepada Iraq.

Mereka juga akan berusaha memprovokasi negara yang akan diserang terlebih dahulu dengan menghantar egen dan perisik untuk menghuruharakan negara tersebut. Mereka juga akan mencari seseorang atau kelompok tertentu untuk dijadikan alat bagi memecahbelahkan negara tersebut. Inilah cara yang telah dilakukannya semasa menjajah di asia dahulu seperti Malaysia, India, Pakistan, Burma dan lain-lain. Kini mereka menggunakan cara yang hampir sama untuk menakluki negara lain dan menghisap kekayaan di situ.

Jan 5, 2010 at 03:08 o\clock

Wasiat untuk pemuda

by: zaris   Keywords: wasiat, untuk, pemuda

RENUNGAN : 74 wasiat untuk pemuda

 

"Segala puji bagi Allah yang berfirman:“Dan sungguh Kami telah memerintahkan orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah.” (An-Nisa’: 131)

Serta shalawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada hamba dan rasul-Nya Muhammad yang bersabda:
“Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah , serta agar kalian mendengar dan patuh.”

Dan takwa kepada Allah adalah mentaati-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Wa ba’du:
Berikut ini adalah wasiat islami yang berharga dalam berbagai aspek seperti ibadah, muamalah, akhlak, adab dan yang lainnya dari sendi-sendi kehidupan. Kami persembahkan wasiat ini sebagai peringatan kepada para pemuda muslim yang senantiasa bersemangat mencari apa yang bermanfaat baginya, dan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Kami memohon kepada Allah agar menjadikan hal ini bermanfaat bagi orang yang membacanya ataupun mendengarkannya. Dan agar memberikan pahala yang besar bagi penyusunnya, penulisnya, yang menyebarkannya ataupun yang mengamalkannya. Cukuplah bagi kita Allah sebaik-baik tempat bergantung.

1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya’ baik dalam perkataan ataupun perbuatan.

2. Ikutilah sunnah Nabi dalam semua perkataan, perbuatan, dan akhlak.

3. Bertaqwalah kepada Allah dan ber’azamlah untuk melaksanakan semua perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.

4. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nashuha dan perbanyaklah istighfar.

5. Ingatlah bahwa Allah senatiasa mengawasi gerak-gerikmu. Dan ketahuilah bahwa Allah melihatmu, mendengarmu dan mengetahui apa yang terbersit di hatimu.

6. Berimanlah kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab- Nya, rasul-rasul- Nya, dan hari akhir serta qadar yang baik ataupun yang buruk.

7. Janganlah engkau taqlid (mengekor) kepada orang lain dengan buta (tanpa memilih dan memilah mana yang baik dan yang buruk serta mana yang sesuai dengan sunnah/syari’ at dan mana yang tidak). Dan janganlah engkau termasuk orang yang tidak punya pendirian.

8. Jadilah engkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan kebaikan karena engkau akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikuti/mencontoh mu dalam mengamalkannya.

9. Peganglah kitab Riyadlush Shalihin, bacalah olehmu dan bacakan pula kepada keluargamu, demikian juga kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim.

10. Jagalah selalu wudlu’mu dan perbaharuilah. Dan jadilah engkau senantiasa dalam keadaan suci dari hadats dan najis.

11. Jagalah selalu shalat di awal waktu dan berjamaah di masjid terlebih lagi sahalat ‘Isya dan Fajr (shubuh).

12. Janganlah memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak enak seperti bawang putih dan bawang merah. Dan janganlah merokok agar tidak membahayakan dirimu dan kaum muslimin.

13. Jagalah selalu shalat berjamaah agar engkau mendapat kemenangan dengan pahala yang ada pada shalat berjamaah tersebut.

14. Tunaikanlah zakat yang telah diwajibkan dan janganlah engkau bakhil kepada orang-orang yang berhak menerimanya.

15. Bersegeralah berangkat untuk shalat Jumat dan janganlah berlambat-lambat sampai setelah adzan kedua karena engkau akan berdosa.

16. Puasalah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.

17. Hati-hatilah dari berbuka di siang hari di bulan Ramadhan tanpa udzur syar’i sebab engkau akan berdosa karenanya.

18. Tegakkanlah shalat malam (tarawih) di bulan Ramadhan terlebih-lebih pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar engkau mendapatkan ampunan atas dosa-dosamu yang telah lalu.

19. Bersegeralah untuk haji dan umrah ke Baitullah Al-Haram jika engkau termasuk orang yang mampu dan janganlah menunda-nunda.

20. Bacalah Al-Qur’an dengan mentadaburi maknanya. Laksanakanlah perintahnya dan jauhi larangannya agar Al-Qur’an itu menjadi hujjah bagimu di sisi rabmu dan menjadi penolongmu di hari qiyamat.

21. Senantiasalah memperbanyak dzikir kepada Allah baik perlahan-lahan ataupun dikeraskan, apakah dalam keadaan berdiri, duduk ataupun berbaring. Dan hati-hatilah engkau dari kelalaian.

22. Hadirilah majelis-majelis dzikir karena majelis dzikir termasuk taman surga.

23. Tundukkan pandanganmu dari aurat dan hal-hal yang diharamkan dan hati-hatilah engkau dari mengumbar pandangan, karena pandangan itu merupakan anak panah beracun dari anak panah Iblis.

24. Janganlah engkau panjangkan pakaianmu melebihi mata kaki dan janganlah engkau berjalan dengan kesombongan/ keangkuhan.

25. Janganlah engkau memakai pakaian sutra dan emas karena keduanya diharamkan bagi laki-laki.

26. Janganlah engkau menyeruapai wanita dan janganlah engkau biarkan wanita-wanitamu menyerupai laki-laki.

27. Biarkanlah janggutmu karena Rasulullah: “Cukurlah kumis dan panjangkanlah janggut.” (hari. Bukhari Dan Muslim)

28. Janganlah engkau makan kecuali yang halal dan janganlah engkau minum kecuali yang halal agar doamu diijabah.

29. Ucapkanlah "bismillah" ketika engkau hendak makan dan minum dan ucapkanlah "alhamdulillah" apabila engkau telah selesai.

30. Makanlah dengan tangan kanan, minumlah dengan tangan kanan, ambillah dengan tangan kanan dan berilah dengan tangan kanan.

31. Hati-hatilah dari berbuat kezhaliman karena kezhaliman itu merupakan kegelapan di hari kiamat.

32. Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang mukmin dan janganlah dia memakan makananmu kecuali engkau dalam keadaan bertaqwa (dengan ridla dan memilihkan makanan yang halal untuknya).

33. Hati-hatilah dari suap-menyuap (kolusi), baik itu memberi suap, menerima suap ataupun perantaranya, karena pelakunya terlaknat.

34. Janganlah engkau mencari keridlaan manusia dengan kemurkaan Allah karena Allah akan murka kepadamu.
35. Ta’atilah pemerintah dalam semua perintah yang sesuai dengan syari’at dan doakanlah kebaikan untuk mereka.

36. Hati-hatilah dari bersaksi palsu dan menyembunyikan persaksian.
“Barangsiapa yang menyembunyikan persaksiannya maka hatinya berdosa. Dan Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-Baqarah: 283)

37. “Dan ber amar ma’ruf nahi munkarlah serta shabarlah dengan apa yang menimpamu.” (Luqman: 17)
Ma’ruf adalah apa-apa yang diperintahkan oleh Allah dan rasul-Nya , dan munkar adalah apa-apa yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya.

38. Tinggalkanlah semua hal yang diharamkan baik yang kecil ataupun yang besar dan janganlah engkau bermaksiat kepada Allah dan janganlah membantu seorangpun dalam bermaksiat kepada-Nya.

39. Janganlah engkau dekati zina. Allah berfirman: “Janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah kekejian dan sejelek-jelek jalan.” (Al-Isra’:32)

40. Wajib bagimu berbakti kepada orang tua dan hati-hatilah dari mendurhakainya.

41. Wajib bagimua untuk silaturahim dan hati-hatilah dari memutuskan hubungan silaturahim.

42. Berbuat baiklah kepada tetanggamu dan janganlah menyakitinya. Dan apabila dia menyakitimu maka bersabarlah.

43. Perbanyaklah mengunjungi orang-orang shalih dan saudaramu di jalan Allah.

44. Cintalah karena Allah dan bencilah juga karena Allah karena hal itu merupakan tali keimanan yang paling kuat.

45. Wajib bagimu untuk duduk bermajelis dengan orang shalih dan hati-hatilah dari bermajelis dengan orang-orang yang jelek.

46. Bersegeralah untuk memenuhi hajat (kebutuhan) kaum muslimin dan buatlah mereka bahagia.

47. Berhiaslah dengan kelemahlembutan, sabar dan teliti. Hatilah-hatilah dari sifat keras, kasar dan tergesa-gesa.

48. Janganlah memotong pembicaraan orang lain dan jadilah engkau pendengar yang baik.

49. Sebarkanlah salam kepada orang yang engkau kenal ataupun tidak engkau kenal.

50. Ucapkanlah salam yang disunahkan yaitu "assalamualaikum" dan tidak cukup hanya dengan isyarat telapak tangan atau kepala saja.

51. Janganlah mencela seorangpun dan mensifatinya dengan kejelekan.

52. Janganlah melaknat seorangpun termasuk hewan dan benda mati.

53. Hati-hatilah dari menuduh dan mencoreng kehormatan oarng lain karena hal itu termasuk dosa yang paling besar.

54. Hati-hatilah dari namimah (mengadu domba), yakni menyampaikan perkataan di antara manusia dengan maksud agar terjadi kerusakan di antara mereka.

55. Hati-hatilah dari ghibah, yakni engkau menceritakan tentang saudaramu apa-apa yang dia benci jika mengetahuinya.

56. Janganlah engkau mengagetkan, menakuti dan menyakiti sesama muslim.

57. Wajib bagimu melakukan ishlah (perdamaian) di antara manusia karena hal itu merupakan amalan yang paling utama.

58. Katakanlah hal-hal yang baik, jika tidak maka diamlah.

59. Jadilah engkau orang yang jujur dan janganlah berdusta karena dusta akan mengantarkan kepada dosa dan dosa mengantarakan kepada neraka.

60. Janganlah engkau bermuka dua. Datang kepada sekelompok dengan satu wajah dan kepada kelompok lain dengan wajah yang lain.

61. Janganlah bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah meskipun engkau benar.

62. Janganlah menghina orang lain karena tidak ada keutamaan atas seorangpun kecuali dengan taqwa.

63. Janganlah mendatang dukun, ahli nujum serta tukang sihir dan jangan membenarkan (perkataan) mereka.

64. Janganlah menggambar gambar manuasia dan binatang. Sesungguhnya manusia yang paling keras adzabnya pada hari kiamat adalah tukang gambar.

65. Janganlah menyimpan gambar makhluk yang bernyawa di rumahmu karena akan menghalangi malaikat untuk masuk ke rumahmu.

66. Tasymitkanlah orang yang bersin dengan membaca: "yarhamukallah" apabila dia mengucapkan: "alhamdulillah"

67. Jauhilah bersiul dan tepuk tangan.

68. Bersegeralah untuk bertaubat dari segala dosa dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan karena kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan hati-hatilah dari menunda-nunda.

69. Berharaplah selalu akan ampunan Allah serta rahmat-Nya dan berbaik sangkalah kepada Allah .

70. Takutlah kepada adzab Allah dan janganlah merasa aman darinya.

71. Bersabarlah dari segala mushibah yang menimpa dan bersyukurlah dengan segala kenikamatan yang ada.

72. Perbanyaklah melakukan amal shalih yang pahalanya terus mengalir meskipun engkau telah mati, seperti membangun masjid dan menyebarakan ilmu.

73. Mohonlah surga kepada Allah dan berlindunglah dari nereka.

74. Perbanyaklah mengucapkan shalawat dan salam kepada Rasulullah.

Shalawat dan salam senantiasa Allah curahkan kepadanya sampai hari kiamat juga kepada keluarganya dan seluruh shahabatnya.

(Diterjemahkan dari buletin berjudul 75 Washiyyah li Asy-Syabab terbitan Daarul Qashim Riyadl-KSA oleh Abu Abdurrahman Umar Munawwir)