PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Dec 28, 2009 at 04:26 o\clock

Malaysia hampir muflis di tangan yahudi

by: zaris   Keywords: malaysia, hampir, muflis, di, tangan, yahudi

Artikel ini dipetik dari http://seafailed.blogspot.com/ semoga ianya bermanafaat kepada kita selepas membacanya.

Sebelum meneruskan artikel ini aku ingin sekali mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut agama Krisian.Kalau dengan Krismas memang tak dapat dipisahkan dengan Santa Claus yang berjanggut putih itu.

Lagi satu lagu yang selalu kedengaran di shopping complex sekitar Kuala Lumpur iaitu Jingle Bell dan lagu-lagu sewaktu dengannya.Shopping complex pun banyak buat sale waktu-waktu begini jadi nak membeli belah pun boleh walaupun kita Melayu kerana kitakan 1Malaysia.

Sudah selesai bab yang pertama aku nak mengutuk Amerika dan Israel kerana agak rindu kerana lama dah tak maki hamun Yahudi ini.Maklumlah hobi begini boleh dapat pahala tau mengutuk Yahudi dan menegakkan Islam.

Masih ingat satu artikel yang bertajuk Islam vs Yahu-D ??? " Dermawan dan penyagak matawang, George Soros ialah Yahudi.Dia menderma AS$ 4 billion untuk ahli Sains dan Universiti serata dunia ''

Itulah ayat yang dipetik dari artikel Islam vs Yahu-D pada beberapa 15 Januari 2009.Jadi pada hari ini kita akan ceritakan tentang manusia yang bernama George Soros yang beragama Yahudi ini.

Mari kita mengenali lelaki Yahudi ini, Soros dilahirkan di Budapest, Hungary.Nama asal Soros adalah Schwartz Gyorgy tetapi ditukarkan apabila berlakunya tindak balas anti-semiti atau Yahudi dan menukarkan namanya Kepada George Soros.

Beliau pernah menjadi tahanan perang apabila pemerintah kuku besi Jerman yang bernama Adolf Hitler telah menakluki Hungary.Kini lelaki ini menjadi pengerusi Soros Fund Management dan Soros kini menjadi orang ke-29 terkaya di dunia oleh mengikut Forbes dengan anggaran harta Soros yang bernilai Rm 44.2 billion.

Kisahnya begini, pada tahun 1997 US telah menghantar seorang lelaki Yahudi ini ke Asia Tenggara untuk menjadikan Asia Tenggara ini sebagai negara-negara dibawah telunjuk Amerika kerana pada waktu itu US tiada pemimpin yang berhaluan ke mereka.

Yang ada hanya negara Singapura sebagai agen kuat Amerika di Asia Tenggara.Mereka menggangap sebagai Asia Tenggara ini sebagai satu blok yang berpontensi yang akan membangun dengan sendirinya.

Kerja orang ke-29 terkaya di dunia ini adalah menjatuhkan kesemua pemimpin di Asia Tenggara kecuali Singapura kerana mereka member baik Amerika jadi tak perlu untuk membuat kacau di sana.

Tekniknya begini, beliau membawa masuk sejumlah wang melalui Rashid Hussein Bank atau RHB Bank.Dan Soros ini mengikrarkan wangnya untuk melabur di Malaysia.Tetapi dalam diam beliau bermain dengan saham Malaysia.

Begini tekniknya, ini adalah contoh untuk memudah pembaca dan ini dipetik dari sebuah blog :

SEJUK,HANGAT,PANAS,PEMELUWAPAN dan HUJAN

Kelakar pula bila saya baca kembali tajuk di atas. Maafkan saya pakar istilah bahasa dan ahli akademik, saya cuma mahu cuba menulis dalam bahasa mudah tentang situasi ekonomi yang cold, warm, hot, bubbles dan rain. Sekiranya ada istilah yang lebih tepat dalam Bahasa Melayu, sila perbetulkan saya.

Keadaan dan perkembangan ekonomi adalah sama seperti tajuk di atas. Baik dulu, kini dan selamanya, ia pasti dan akan berlaku sebegitu jua. Cuma yang berbeza adalah watak-watak di dalam situasi ekonomi tersebut.

Ekonomi yang sejuk adalah ekonomi yang tidak baik. Anda bayangkan musim winter. Ia menyukarkan pergerakan. Binatang berhibernasi.

Ekonomi yang hangat adalah ekonomi yang paling baik. Ia tidak berapa sejuk. Ia juga tidak berapa panas. Semua orang seronok. Angin sepoi-sepoi bahasa. Hawa yang selesa.

Ekonomi yang panas pula adalah ekonomi yang kurang baik. Walaupun cuaca panas, tetapi proses hidrasi juga berlalu dengan pantas. Nak bersukan pun tidak selesa. Siapa suka main bola sepak tengah hari buta?

Ekonomi yang meluwap pula adalah ekonomi yang sudah ke penghujung. Bahaya sudah menanti. Ini kes hidrasi yang tidak terkawal. Orang jadi tidak tentu arah. Panasnya sudah maksimum sehingga air membentuk buih wap.

Ekonomi yang hujan adalah ekonomi yang merudum. Semua orang mahu berlindung. Bayangkan dalam satu padang bola terbuka, hanya VVIP dan beberapa kerat yang lain sahaja yang dapat menyelit dalam khemah utama apabila hujan turun dengan tiba-tiba.

Analoginya begini. Kita ambil buah kelapa sebagai contoh. Perniagaan kelapa di daerah Semua Boleh.

Satu hari, bekalan buah kelapa terlalu banyak. Tetapi tiada permintaan. Permintaan yang biasa adalah datang dari penggemar masak lomak pedas cili api dan gulai utara. Pembekal kelapa pening kepala. Peladang kelapa pun pening kepala. Peraih kelapa pun pening kepala. Apa la nak jadi dengan perniagaan kelapa. Akhirnya, ramai bungkus, kena saman hutang dan buka perniagaan lain. [Cold]

Pada saat orang tidak mahukan kelapa, tiba-tiba ada yang mula memborong kelapa secara senyap. Dia beli kelapa sikit-sikit. Tak naik lori. Tapi naik van buruk. Justeru, tidak ada siapa yang tahu lambakan kelapa itu sudah pun dibeli. Pembekal, peraih dan peladang yang masih kekal dalam perniagaan mula tersenyum. Mereka tahu ada beberapa orang mula membeli sikit-sikit tetapi konsisten. Mereka tidak tahu kenapa tetapi apa mereka peduli, yang penting kelapa mereka terjual walaupun dengan harga murah. [Cold reduce]

Tidak lama kemudian, kelapa semakin mempunyai permintaan. Oh, musim kahwin sudah sampai. Kerisik banyak nak guna, nak buat rendang. Pembekal, peraih dan peladang kelapa mula naikkan harga. Permintaan sudah ada. Beberapa orang yang membeli kelapa sedikit dan konsisten itu tadi pun mula menjual kelapa kepada orang ramai. Pelaburannya mula menampakkan hasil. [Warm]

Harga kelapa semakin mahal. Pelabur kelapa pula sudah mula beli beberapa lori 3 tan dan sudah pakai Mercedes baru. Ramai pula yang bekerja dengan pelabur kelapa. Dan semakin ramai berminat untuk membuka perniagaan kelapa. Santan Kelapa Enterprise. Kelapa Muda & Kawan-Kawan. Kelapa Emas Sdn Bhd. Koperasi Kelapa Hijau. DeCoco Network. Semua Kelapa Bhd. Mana tidaknya, bulan puasa sudah hampir. [Hot]

Abu, seorang pengusaha nenas cemburu melihat kawan-kawan yang berniaga kelapa mula bertukar kereta baru. Dia pun mahu join sekali. Harga kelapa parut sudah berharga RM 2.50 sebiji. Raya pun sudah dekat. Siapa mahu makan nenas waktu raya? Dia pun mula tanam kelapa, daftar syarikat kelapa, pinjam duit sana sini untuk bukak kedai, tanam kelapa, beli kelapa dan sebagainya. Kini, Abu Kelapa sudah datang. Lupakan Abu Nenas yang lama. [Bubble]
Rupanya bukan Abu sahaja yang sebegitu. Mereka yang tidak pernah tahu menahu pasal kelapa pun mula minat nak berbisnes kelapa. Minah, Sally, Samad, Raju, Chin, Chau, Sam, Dol semuanya berminat nak berbisnes kelapa. Siapa tidak meleleh tengok Din Loklak sudah kaya raya dengan jual kelapa sahaja. Harga kelapa parut mencecah RM 4.00 sebiji pun mereka yakin ada pembeli. [Bubble]

Lantas mereka mula memborong kelapa sebanyak mungkin. Duit Tabung Haji keluar. Duit bawah bantal keluar. Duit dalam bank keluar. Pinjam duit lagi. Yang penting mereka semua mahu jadi penjual kelapa! Kalau Din LokLak boleh kaya raya kenapa tidak mereka? Mereka pun nak jadi pembekal, peraih dan pelabur kelapa. [Bubble]

Hari ini dilaporkan RM 5 sebiji kelapa parut! Mereka mula mencongak keuntungan. “Kalau boleh naik RM 10 sebiji ni.” “Kalau naik sampai RM 15 sebiji …” Pakcik Kayo! [Bubble]

Mereka dengar pula cerita orang kampung yang Penghulu Daerah Semua Boleh akan mewajibkan semua rumah masak rendang, bubur, masak lomak pedas dan gulai utara dan air kelapa segar sahaja untuk hidangan hari Raya. Wow! Ini sudah bagus. [Bubble]

Nak dijadikan cerita, pegawai kesihatan datang ke daerah mereka dan memberitahu jangan makan santan banyak sangat. Berminyak. Berlemak. Ada Kolestrol. Nanti sakit. Jagalah kesihatan. [Black Cloud]

Busted! Harga kelapa turun mendadak. Semua orang mahu jual kelapa yang mereka miliki. Tetapi pada waktu itu semua orang memiliki kelapa dengan harga yang tinggi. Lalu harga semakin rendah. RM 4. RM 2.50. RM 1.70. RM 1.20. RM 0.70 RM 0.35 … ! Ramai orang bankrap sebab berhutang. Syarikat terpaksa buang pekerja. Ramai orang mula menganggur. [Rain]

Tapi Din LokLak selamat. Sebab dia mula memborong kelapa dari RM 0.05 sebiji dan mula berhenti memborong apabila harga mencecah RM 2.00 sebiji. Dan dia menjual dan menghabiskan semua stok kelapa semasa harga kelapa mencecah RM 5.70 beberapa hari lepas.

… Tiada siapa peduli kelapa … … … Bekalan kelapa semakin banyak … Syarikat Kelapa Din LokLak mula mencari bekalan semula .[Cold]


Ini adalah cara yang paling senang untuk aku ceritakan kerana semua orang tahu yang kita tidak belajar sangat tentang ekonomi.Artikel ini dipetik dari blog seorang pakar kewangan http://www.pakdi.my/
Orang-orang yang terlibat dalam krisis ini adalah rakyat Malaysia iaitu Minah,Sally,Samad........dan George Soros adalah syarikat kelapa Din LokLak ( dalam Bahasa Utara ada makna tu ) yang telah melakukan krisis ini.

Akibatnya orang-orang awam seperti Sally,Chin dan Chau telah mengalami kerugian jadi mereka begitu marah dan kerajaan Malaysia pada waktu itu juga panik angkara seorang lelaki bernama George Soros ini.
Akibatnya Minah,Sally,Rajudan rakan mereka telah memberontak kerana ketiadaan wang kerana kesemua wang yang mereka ada mereka pakai untuk membuka perniagaan ini dan mereka melakukan demonstrasi.

Seluruh kerajaan di sekitar Asia Tenggara hampir rosak angkara lelaki Yahudi ini dan pemimpin Indonesia ketika itu Bacharuddin Jusuf Habibie telah digulingkan dan naiklah seorang lelaki buta ( sebelah mata ) iaitu Abdurrahman Wahid atau lebih senang dipanggil Gus Dur ( jangan panggil aku Gus Dur )

Fidel V.Ramos Presiden Filiphina waktu itu juga telah jatuh angkara lelaki ini dan Fidel V.Ramos ini telah digantikan dengan seorang pelakon yang pernah melakonkan lebih dari 100 filem sepanjang kariernya iaitu Joseph Estrada ( bukan Cascada ).
Pemimpin Thailand yang bernama Jeneral Chavalit Yongchaiyudh juga jatuh angkara krisis kewangan Asia ini yang menyaksikan seorang lelaki Siam bernama Chuan Leekpai telah menggantikan jawatan perdana menteri Thailand.
Bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah pemimpin Malaysia berjaya digulingkan? Jawapannya tidak.
Kesemua pemimpin diatas yang telah digulingkan menjawat jawatan nombor satu tetapi di Malaysia timbalan perdana menteri telah digulingkan oleh perdana menteri atas sebab tuduhan liwat.Kalau tidak RAHM(A)N itu tidak adalah Tun Abdullah.

Jadi kehebatan Tun Dr Mahathir bin Mohammad yang baru-baru ini memenangi anugerah nobel keamanan telah menyerlah apabila tidak digulingkan dari jawatan perdana menteri seperti rakan-rakan sejawatnya dari negara lain.
Amerika telah berjaya membawa agen mereka kejawatan tertinggi seperti Gus Dur,Estrada dan juga Chavalit.Malangnya Gus Dur digulingkan kerana menipu Amerika ( hahaha...Orang buta boleh tipu Amerika ).

Malaysia tidak berjaya oleh kerana itu agen Amerika di Malaysia kini telah menjadi lawan dan belum habis berhenti untuk menggapai angan-angannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Kebijaksanaan mantan perdana menteri yang aku dan rakyat Malaysia sanjungi telah menjatuhkan gerakan Malaysia dibawah pentadbiran Amerika Syarikat dengan bantuan agennya disini.

Apa jadi di Malaysia akibat krisis itu, pelbagai perkara buruk berlaku hinggakan Mahathir Mohammad bersemuka dengan George Soros membincangkan tentang krisis tersebut dan menyatakan beliau bukan anti-semiti ( Yahudi ) tetapi ingin menjaga maruah saudaranya di Palestin yang ditindas tetapi aku anti-Yahudi.
Semua negara-negara yang jatuh ini telah menjadi negara di bawah telunjuk tetapi kesemua pemimpin ini tidak bertahan lama apabila pemimpin Thai,Filiphina dan Indonesia meninggalkan jawatannya pada tahun 2001.

PM Thailand menduduki jawatan pada tahun 1997 manakala Estrada menjadi presiden Filiphina dan tahun 1998 sementara Abdurrahman Wahid pula menjadi presiden Indonesia pada tahun 1999 dan kesemua mereka meninggalkan kerusi jawatan tertinggi negara pada tahun 2001.Paling kesian Gus Dur kerana hanya sempat duduk 2 tahun saja kerusi tertinggi negara ( rasanya tak panas kerusi tu ).

Malaysia pula pemimpinnya menduduki sebuah tempat yang agak gelap dan saiz tempat tinggalnya lebih 5 x 4 dan keluar pada tahun 2004 dan kini menjadi seorang yang berjaya ( seronok dapat duduk sana lama dari member-membernya )

Kesemua pemimpin yang berjaya itu ketika pentadbirannya meminjam wang untuk memulihkan krisis ekonomi yang melanda mereka dengan International Monetary Fund ataupun lebih senang dipanggil IMF.

IMF ini ibarat Ah Long antarabangsa dan bos IMF ini pula adalah Paul Wolfowitz seorang lelaki Yahudi yang berjaya dan mereka ini jika tak bayar mereka bukan nak rantai negara itu tetapi mereka akan minta kedaulatan negara itu dan beri kepada US.
Itulah teknik-teknik yang dilakukan oleh US untuk kepentingan mereka sahaja.South East Asia ( SEA ) ini boleh jadi kuasa hebat jadi mereka ingin mengagalkan usaha itu dengan tindakan yang dilakukan oleh utusan mereka ke SEA iaitu George Soros.Blok di tempat lain seperti
arab,China,Russia dan negara-negara lain telah menjadi pemimpin bawah telunjuk US tetapi Malaysia sahajalah tidak berjaya ketika pelan itu berlangsung.
Gambar pertama mengisahkan Mahathir bertemu dengan George Soros manakala gambar kedua menunjukkan Gus Dur berjumpa dengan Presiden Bill Clinton manakala gambar seterusnya Joseph Estrada juga bertemu dengan Clinton terakhir Gus Dur bertemu dengan penyagak yang merosakkan ekonomi.

Dec 27, 2009 at 06:25 o\clock

Tugas sebenar seorang penjawat awam

by: zaris   Keywords: tugas, penjawat, awam

Ramai orang yang seolah-olah keliru dengan tugas penjawat awam atau dengan lebih mudah difahami sebagai kakitangan kerajaan. Ini kerana semacam ada tanggapan di sesetengah orang awam bahawa sesiapa yang bekerja kerajaan atau makan gaji akan hidup senang dan agak mewah. Mereka hanya melihat dari luaran sahaja dan terus mengatakan sedemikian. Ditambah lagi dengan pemakaian yang kelihatan segak dan bergaya, lebih-lebih lagi bagi yang berpakaian seragam seperti polis dan tentera.

Keadaan ini dikuatkan lagi dengan kuasa yang dipunyai oleh sesetengah pegawai yang terlibat, walau pun pada hakikatnya tidak ada apa-apa yang perlu dibanggakan. Sesetengah orang kampung amat berhati-hati apabila berhadapan yang berpakaian seragam seperti polis kerana takutkan kuasanya.

Hakikat yang sebenarnya adalah kakitangan kerajaan tidak ada apa-apa kelebihan yang boleh dibanggakan sepertimana yang biasa disangka oleh kebanyakan orang. Mereka sebetulnya hanyalah menjaga amanah rakyat, mengurus harta rakyat sama harta berupa wang ringgit mahupun harta berupa sumber manusia. Kerja mengurus harta tersebut maka mereka akan diberikan upah yang lebih dikenali sebagai gaji.

Seseorang yang berjawatan besar akan diberikan dengan gaji yang agak banyak kerana tanggungjawab menjaga dan menguruskan harta rakyat adalah besar. Oleh itu dia mestilah lebih bijak, berkebolehan dan pandai mengatur agar rakyat keseluruhannya dapat menikmatinya. Begitu juga dengan risiko besar akan dihadapinya sekiranya dia tersilap mengurus. Adalah tidak tepat anggapan mengaakan bahawa pegawai tinggihanyalah duduk di kerusi empuk dan hanya tahu mengarah dan menurunkan tandatangan sahaja. Sebenarnya setiap satu tandatangan yang diturunkannya akan menatijahkan berbagai-bagai kemungkinan di masa hadapan terhadap harta dan aset kerajaan.

Oleh itu sesetengah pegawai tinggi amat berhati-hati ketika menurunkan tandatangannya khususnya apabila melibatkan nilai harta yang banyak dan mempunyai banyak kepentingan awam. tandatangannya perlulah tersendiri supaya tidak mudah ditiru dan kadang-kadang mempunyai pen yang mempunyai dakwat khusus bagi menurunkan tandatangannya. Demikian juga dengan pemilihan warna dakwat yang tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan warna sesuka hati. Sebarang surat yang ditandatanganinya juga dianggap sebagai bahan sulit yang perlu diberikan pengawasan keselamatan yang selayaknya.

Seseorang yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan tidak akan kaya. Ini kerana gaji yang diterimanya tiap-tiap bulan tidak sebanyak yang bekerja swasta dan berniaga sendiri. Namun begitu, dia juga tidak akan miskin dan memerlukan bantuan dari pihak lain untuk menyara kehidupannya dan keluarganya. Ini kerana dia setiap bulan akan menerima kadar gaji yang sama dengan elaun juga sama. Tetapi dia juga akan memperolehi sedikit pendapatan sampingan sekiranya dia melakukan kerja lebih masa dan melakukan tuntutan berupa wang. Begitu juga sekira dia diarahkan untuk melakukan tugasan diluar pejabat yang melayakkannya menuntut dengan kadar yang telah ditetapkan. Tuntutan yang dibuatnya akan disemak kembali sebelum diluluskan. mana-mana tuntutan yang didapati terdapat keraguan pada kenyataan tuntutannya akan disemak dan disiasat.

Walaupun bagitu, orang awam melihat bahawa kerjaya sebagai kakitangan kerajaan sebagai suatu kerjaya yang senang. Ini kerana pendapatannya sudah terjamin dengan setiap bulan akan mendapat gaji. Dia tidak perlu memikirkan pendapatannya pada bulan hadapan dan tahun akan datang. Dengan itu, dia lebih senang mengurus dan merancang kewangannya mengikut kemampuannya. Kadang-kala pihak kerajaan memberikan saguhati berupa bonus kepadanya pada hujung tahun.

Seperkara lagi yang dapat dilihat kepada kesenangan penjawat awam adalah kemudahan yang diberikan oleh kerajaan. Mereka ditawarkan kemudahan membeli kenderaan dan rumah dengan membuaat pinjaman kepada pihak kerajaan.Bagi sesiapa yang sudah mempunyai tanah di kampung, maka boleh membuat pinjaman untuk mendirikan rumah di tanah kepunyaannya. Setengah jabatan juga memperuntukan kuarters kepada kakaitangannya. Oleh itu, pegawai kerajaan tidak perlu lagi memikirkan dengan susah payah mengenai tenpat tinggalnya, makan minumnya dan sekiranya sakit, maka disediakan juga kemudahan untuk mendapatkan rawatan. Mereka hanyalah setiap hari ke pejabat menguruskan tugasan mereka menjaga harta rakyat dengan jujur, amanah dan berintegriti.

Akan tetapi ramai orang yang mempunyai kepentingan suka berbaik-baik dan merapati kakitangan kerajaan. Mereka menganggap mengadakan hubungan yang baik dan rapat dengan kakitangn kerajaan akan memberikan sedikit kesenangan apabila berurusan dengan jabatan tersebut. Apabila mempunyai sebarang urusan yang memerlukan mengambil masa yang agak cerewet dan lama untuk menyelesaikannya, maka mereka akan meminta tolong kawannya yang berada dalam jabatan tersebut untuk menyelesaikannya dengan cepat dan akan belanja minum. Penjawat awam kawannya pula akan merasa serba salah untuk tidak mahu menolong menyelesaikan kerja tersebut kerana dalam masa yang sama terpaksa menangguhkan dahulu proses permohonan orang lain demi menjaga hati kawannya tersebut. Situasi beginilah yang mencabar integriti seseorang kakitangan awam, lebih-lebih lagi yang melibatkan hubungan secara terus dengan memproses permohonan orang awam dalam jumlah yang banyak.

Kadang-kadang tidak dinafikan bahawa terdapat sebilangan penjawat awam menggunakan peralatan dan kemudahan di pejabatnya untuk tujuan peribadi. Ini adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku.  Walaupun kadang-kadang perkara yang dilakukannya kelihatan remeh, tetapi ianya sebenarnya merupakan perkara yang salah. Mereka dengan sewenang-wenangnya menyalahgunakan harta kerajaan untuk keperluan peribadi. Banyak contoh yang dapat dilihat di jabatan kerajaan mengenai perlakuan sebegini seperti menggunakan perkhidmatan pos kerajaan untuk menghantar surat dan bungkusan peribadi, mencetak risalah peribadi, membuat salinan kertas kerja peribadi bagi pegawai yang menyambung pengajian dan lain-lain. Walaupun kelihatan kecil, namun ianya juga adalah kesalahan yang tidak wajar diamalkan.

Dec 14, 2009 at 08:05 o\clock

Kenapalah Petronas melabur di Iraq..

by: zaris   Keywords: Petronas, melabur, di, Iraq

Dua tiga hari yang lepas aku terbaca di surat khabar utusan Malaysia berita mengatakan Petronas, syarikat minyak Malaysia telah mendapat tender untuk menyedut minyak di bumi Iraq. Pada malamnya, sekali lagi Malaysia dengan bangganya menyiarkan berita yang kononnya adalah kejayaan Malaysia. Secara peribadi aku amat tidak bersetuju dengan keadaan ini. Walau apa alasanpun tindakan ini dilihat sebagai bersubahat dengan pihak Amerika yang yang menjajah Irag ketika ini melalui boneka yang dilantiknya. Dikatakan Petronas dan Shell adalah dua syarikat yang diberi kepercayaan untuk menerokai emas hitam tersebut.

Keadaan di negara Iraq sekarang masih lagi tidak stabil. Berbagai-bagai puak sedang bercakaran untuk merebut tampuk pemerintahan. Semua telah maklum bahawa pemerintah di Iraq sekarang adalah boneka Amerika. Adakah rakyat Iraq menerima pemimpin mereka sebegitu? Adakah rakyat Iraq dapat memaafkan perbuatan Amerika dahulu membunuh ratusan ribu rakyat Iraq dahulu? Tentunya tidak.

Adakah keadaan Petronas memasuki Iraq sekarang betul pada masanya. Mengikut hukum syara' kekayaan yang berada dalam tanah adalah milik penghuni yang mendiami di atasnya. Adakah tindakan malaysia mencarigali minyak di sana direstui oleh penduduknya? Penduduknya masih dalam kesedihan dan kemelaratan yang bersangatan. Betapa banyak balu yang kematian suami dan anak-anak yatim yang perlukan pembelaan. Adakah petronas akan memberikan sebagaian hasilnya kepada mereka-mereka ini?

Sesuatu yang dirisaukan adalah sekiranya sebahagian pihak di Iraq melihat Petronas sebagai musuh kerana bersepakat dengan pihak barat yang diketuai oleh Amerika untuk membolot hasil bumi Iraq. Tidak mustahil mereka menganggap Malaysia sebagai munafik dan tidak ada salahnya menjadikan kakitangan Petronas sebagai sasaran melepaskan kemarahan. Maka akan adalah kejadian pengeboman dan kes culik yang meminta tebusan. Ini tidak mustahil kerana kontrak diperolehi memalui kerajaan yang ditubuhkan tanpa mendapat restu keseluruhan rakyat Iraq.

Sesuatu yang kita tidak mahu adalah permusuhan yang akan berlaku di kalangan umat Islam sendiri. Cukuplah sudah permusuhan dan pertumpahan darah yang sudah banyak berlaku selama ini. Pihak Yahudi bertepuk tangan dan mengambil peluang membantai umat Palestin dan di mana sahaja kerana merasakan tidak akan ada umat Islam lain akan membela mereka.

Banyak perkara yang harus difikir bersama apabila Petronas memperolehi kontrak ini. Adakah kontrak ini dilakukan dengan batul tanpa ada unsur rasuah dan kroni? Rasanya susah mengatakan tidak. Kerana itulah hakikat dunia sekarang. Pastinya pihak yang memberi lampu hijau kepada Petronas juga mengharapkan imbuhan daripada Petronas. Siapakah pihak yang memberi lampu hijau tersebut? walaupun secara mata kasar adalah kerajaan Iraq, tetapi kuasa di sebalik tabir adalah Amerika Syarikat yang memegang pemerintah Iraq sekarang.

Perkara yang lebih ditakuti adalah dikhuatiri Petronas akan digunakan untuk mengaburi mata orang Islam keseluruhan, sedangkan hakikatnya ia akan masuk ke dalam poket pihak Yahudi dan Amerika. Petronas akan mendapat sedikit sahaja. Sedikit lagi saguhati akan diberikan kepada kerajaan Iraq dan anak-anak Iraq yang melarat. Ini bererti terdapat perjanjian rahsia untuk menutup kebenaran bahawa yang sebenarnya mengaut kekayaan Iraq adalah pihak Yahudi dan Amerika.

Semua sudah mengetahui bahawa Amerika menyerang Iraq dulu adalah kerana mahukan kekayaan minyaknya. Adakah mereka akan meninggalkan begitu sahaja selepas berbilion duit dihabiskan ketika kempen ketenteraan mereka semasa operasi perang teluk dahulu? Umat Islam perlulah belajar dari sejarah di mana golongn yahudi amat hebat tipu muslihatnya yang tidak akan habis-habisan mahu menghancurkan umat Islam.

Aku bukan seorang yang amat arif tentang ekonomi. Tetapi aku merasakan kita patut melihat kepada hadith Nabi Muhammad SAW berkaitan peperangan demi peperangan di teluk, perebutan emas hitam yang mengaburi mata semua orang baik orang Islam atau pun kafir dan kemuncaknyanya adalah seorang sahaja pemenang akan timbul. Itu pun setelah mengalami kemusnahan demi kemusnahan yang memakan banyak korban.

Sesuatu yang amat mengkhuatirkan adalah kerajaan melalui media massa dan media elektronik berulang kali menyiarkan berita ini. Apa yang dilihat hanyalah kekayaan demi kekayaan yang akan diperolehi. Mata rakyat pula terus dikaburi dengan duit jutaan ringgit yang bakal diperolehi. Kononnya duit sebanyak itu akan dapat menambahkan lagi pendapatan negara dan rakyat? Dikhabarkan dengan begitu bersungguh-sungguh bahawa malaysia sebagai satu-satunya negara Islam yang mendapat hak tersebut. Ditambahkan lagi bahawa kerajaan Malaysia telah diiktiraf dan mendapat kepercayaan penuh daripada kerajaan Iraq.

Persoalan yang amat perlu difikirkan oleh semua orang adalah kenapa Amerika tidak membolot kekayaan ini secara langsung? Sedangkan negara itu sudah berada dalam genggamannya. Di kalangan pemikir-pemikir tentunya mempunyai andaian jawapan bagi persoalan tersebut. Akan tetapi jawapan tersebut tidak diketengahkan disebabkan beberapa perkara yang melibatkan keselamatan dan kegoncangan negara. Apapun sama-samalah kita akan melihat kesudahan perkara ini. Berapa banyakkah keuntungan yang kononnya akan diperolehi oleh Petronas atau Petronas akan pulang hampa dengan seribu kekesalan.

 

Dec 11, 2009 at 01:06 o\clock

Hari Raya Aidil Adha dan Silatur Rahim

by: zaris   Keywords: Aidil, Adha

Sudah hampir sebulan masyarakat Islam menyambut hari raya Aidil Adha. Banyak lembu ditumbangkan sebagai ibadat korban pada hari tersebut. Masyarakat di kampung-kampung di seluruh pelusuk negara dan di mana-mana sahaja yang ada umat Islam akan berusaha mencari haiwan yang boleh dikorbankan, seterusnya dibahagi dengan tujuh bahagian dan akan ditumbangkan. Semoga ibadah korban akan diterima oleh Allah Subahanahu Wa Taala.

Jika dilihat kepada masyarakat Islam masa sekarang, khususnya generasi yang berumur 30 an dan ke bawah, mereka seolah-olah tidak mengambil berat hari raya korban atau hari raya aidilfitri. Mereka lebih merasakan hari raya Aidilfitri lebih bermakna. Mereka merasakan tidak mengapa sekiranya hari raya korban tidak diambil cuti lebih dan pulang ke kampung berkorban. Sebaliknya pasti akan ada yang akan mengalirkan air mata sekiranya hari raya Aidilfitri tidak dapat pulang beraya di kampung halaman bersama keluarga dan sahabat handai.

Sebenarnya sambutan hari raya aidil adha mempunyai kemeriahannya yang tersendiri sekiranya disambut dengan cara yang sepatutnya. Apabila seseorang itu mengambil bahagian dalam korban, maka di situlah dapat dilihat kemeriahannya. Akan tetapi sekiranya bersikap tidak mahu bercampur dengan masyarakat dan malas mengambil bahagian dalam korban, maka akan terasa dan tidak bermakna apa-apa.

Kemeriahan akan terasa apabila seseorang itu pergi bersama-sama dengan orang-orang yang mengambil bahagian dalam korban sesuatu haiwan. Mereka beramai-ramai akan bersama menumbangkan lembu dan ternakan tersebut, menyembelih dan melapah beramai-ramai. Seterusnya akan dibahagi tujuh sama banyak. Sebahagian daging akan disedekahkan kepada tukang sembelih. Di sini dapat dilihat dapat memupuk persefahaman dan mengeratkan silaturrahim. Semakin banyak ternakan ditumbang di sesuatu tempat dan ramai yang mengambil bahagian, maka akan semakin meriah. Sebahagian daripada daging korban akan diberikan kepada tukang sembelih sebagai sedaqah.

Seterusnya daging yang telah siap dilapah dan dibahagikan sama rata tadi akan dibawa pulang untuk dimasak. Di rumah ahli keluarga akan bersama-sama memotong dan memasak daging tersebut bersama-sama. Di sini dapat dilihat kemeriahan dan hubungan kekeluargaan dapat dieratkan melalui cara ini. Semakin banyak daging yang didapati, maka semakin banyak kerja yang perlu dibuat, tetapi bekerja sebegini menimbulkan keseronokan seolah-olah tidak merasa penat. Sesetengah keluarga yang besar mengambil seekor lembu terus, iaitu sebanyak tujuh bahagian. Kemeriahannya seolah-olah seperti kenduri kahwin.

Apabila daging didapati banyak, maka kebiasaannya sebahagian akan dijemput untuk makan tengahari dan makan malam. Suasana sebegini akan menambahkan kemesraan supaya lebih erat. Kadang-kadang sebahagian daging korban juga diberikan kepada jiran.