PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Nov 23, 2009 at 10:04 o\clock

Kontroversi penangkapan Dr Asri

by: zaris   Keywords: Dr, Asri

Pihak berkuasa telah mengambil langkah yang agak berani tetapi masih teragak-agak terhadap Dr. Asri. Agensi yang mengambil tindakan menahan Asri adalah JAIS, iaitu Jabatan Agama Islam Selangor dengan alasan mengadakan kuliah atau ceramah tanpa mendapat tauliah daripada pihak berkuasa. Persoalan yang ditimbulkan oleh banyak pihak adalah adakah tindakah JAIS tersebut semata-mata kerana perbuatan ceramahnya ataupun isi kandungan ceramahnya?

Banyak orang perseorangan yang memberikan pendapat secara spontan apabila berlaku kejadian seperti ini. Kebanyakannya hanya berdasarkan pemerhatian yang singkat tanpa memikirkan dengan mendalam kenapa dan kesan penangkapan ini. Sesuatu yang menarik di sini adalah hampir tiada pertubuhan Islam dan ulama yang membantah penangkapan ini. Kebanyakan yang membantah biasanya daripada mereka yang suka mendengar ceramah beliau yang mana sebahagiannya amat berbeza dengan pengamalan agama di Malaysia.

Kebanyakan yang terus menyatakan simpati dan sokongan secara spontan kepada Dr Asri adalah di kalangan mereka yang tidak mempunyai pemahaman agama yang mendalam tentang ilmu agama. Mereka yang mendengan ceramah yang dibuat oleh beliau yang kononnya ingin kembali kepada ajaranIslam yang sebenarnya dengan membuang semua unsur-unsur bid'ah. Mereka yang kononnya ingin kembali kepada sunnah Nabi SAW tidak menyedari bahawa perbahasan Ulama berkaitan perkara bid'ah dan yang berkaitan dengannya telah memakan masa berpuluh-puluh tahun lamanya. Adakah di kalangan mereka yang tidak sampai 20 tahun berada di Arab Saudi terus mendakwa bahawa merekalah yang paling betul dan terbaik?

Kalangan Tuan Guru pondok yang mengikuti pengajian secara tradisional dengan kitab kuning, kalangan ahli akademik yang belajar di timur tengah di universiti dan ahli agama di JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri dan NGO tidak pula penyatakan sokongan kepada Dr Asri. Sebahagiannya berdiam diri dan sebagaiannya menyokong. Kenapa begini? Kemungkinannya mereka mengetahui latarbelakang Dr Asri dan ajaran yang dibawanya dan tidak bersetuju dengan ajaran tersebut dibawa ke tengah masyarakat Malaysia.

Pada khutbah Jumaat selepas penangkapan tersebut, khatib di sekitar Putrajaya membacakan teks yang mempertahankan tindakan JAIS tersebut. Dengan panjang lebar khatib di atas mimbar membacakan teks bahawa tindakan tersebut diambil untuk mengelakkan masyarakat Islam di Malaysia daripada berlaku kekeliruan dengan ajaran sesetengah aliran yang tidak sesuai dengan pengamalan seharian umat Islam di Malaysia sekarang. Ajaran yang dimaksudkan tersebut adalah ajaran Wahabi. Akan tetapi dalam masa yang sama tidak pula disebutkan dengan jelas bahawa ajaran tersebut adalah salah di sisi Islam.

Teks khutbah tersebut menyebutkan bahawa penangkapan tersebut adalah wajar kerana untuk mengelakkan kekeliruan dan yang lebih besar lagi adalah untuk mengelakkan perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia. Ini kerana terdapat banyak benda-benda yang boleh dianggap baru dalam bidang Ibadat yang diajar oleh Dr. Asri yang bertentangan dengan yang selama ini diamalkan oleh orang awam di Malaysia. Adalah dikhuatiri ajarannya akan mempengaruhi orang yang mendengar ceramahnya, seterusnya mengamalkan ajaran tersebut dan mengatakan amalan yang diamalkan selama ini adalah salah, bid'ah dan perlu ditinggalkan.

Keadan ini telah dikuatkan lagi dengan keadaan sekarang yang menyaksikan bahawa sudah terdapat tanda-tanda ajaran tersebut telah diterima dan diamalkan. Oleh sebab itu, bagi membendung dan menyekat terus daripada menjadi lebih besar, maka jabatan agama merasa bertanggungjawab untuk mengawalnya. Cara yang paling berkesan adalah dengan menyekat Dr. Asri daripada memberikan ceramah.

Walaupun kalangan pengikut Wahabi termasuk Dr Asri tidak menhisytiharkan secara terangan bahawa ajaran yang dibawanya adalah ajaran Wahabi, namun kalangan ahli akademik seperti Profesor di UKM secara nyata mengetahui bahawa itulah yang dipegang oleh mereka. Begitu juga dengan kalangan ustaz dan tuan guru beraliran tradisional iaitu pondok. Mereka dalam masa yang sama mengakui dalam ajaran wahabi juga terdapar nilai kebaikan, tetapi bahaya yang dibawa oleh wahabi ternyata amat tidak bersesuaian di Malaysia dan dikhuatiri menimbulkan kecelaruan, ketegangan, perpecahan dan fitnah yang besar di negara ini.

Seorang ustaz yang beraliran tradisional pondok memberikan pendapat yang menarik ketika mengadakan kuliah agama di Surau Al-Muhajirin di Kajang Utama. Ustaz tersebut menyatakan bahawa golongan Wahabi yang kononnya mahu mengikut seratus peratus apa yang terdapat dalam Al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW sahaja sepatutnya perlulah mengambil jalan menghormati pendapat dan pegangan golongan lain sekiranya ingin pendapat mereka dihormati. Mereka tidak sepatutnya secara melulu menghukumkan bahawa amalan golongan lain yang tidak sependapat dengan mereka sebagai tidak betul, bid'ah dan bukan ajaran Islam yang sebenar.

Terdapat banyak amalan yang diamalkan oleh umat Islam kini dianggap bid'ah seperti perayaan menyambut maulidur rasul, bacaan yaasin di malam Jumaat, bacaan tahlil kepada arwah si mati, berzikir menggunakan tasbih dan banyak lagi. Sememangnya sebahagian daripada amalan tersebut tidak ada dalil yang jelas, tetapi masih banyak perbahasan yang perlu dibincangkankan. Jangan terus menghentam dan menghukumkan perkara tersebut secara terbuka di tengah masyarakat umum yang mempunyai ilmu agama yang cetek!

Sebaliknya golongan wahabi juga perlulah melihat kepada pengamalan mereka sendiri yang mana banyak juga amalannya yang tidak ada nas Al-Qu'an dam Hadith Nabi SAW. Sebagai contohnya keadaan membaca ayat Al-Qur'an di atas mushaf tidak ada nas yang jelas mengenainya. Nabi SAW tidak pernah mengarahkan ditulis ayat Al-Qur'an untuk dibaca. jadi, kenapa wahabi tidak menghukumkan bahawa pembacaan Al-Qur'an pada mushaf dia anggap bid'ah? Sekiranya mereka betul-betul berpegang dengan sunnah maka kenapa mereka tidak sahaja menghafal dan membaca tanpa perlu merujuk kepada mushaf?

Begitu juga dengan pandangan puak Wahabi bahawa tidak dibolehkan meletakkan nisan atau binaan di atas kubur sebagai penanda. Sekiranya mereka betul-betul berpegang dengan pandangan begitu, mengapa pula mereka tidak sanggup untuk tidak meletakkan nisan pada kubur saudara mereka yang meninggal dunia? Ternyata mereka juga tidak sampai hati membiarkan tempat persemadian saudara mereka tidak bertanda, tidak diziarahi dan terbiar. Mereka seolah-olah hanya bertegas dalam satu perkara dan dalam masa yang sama masih serba salah dalam perkara yang lain. Mereka tidak mempunyai ketetapan dan pegangan yang kuat 

ustaz tersebut juga menjelaskan bahawa perbahasan tentang pengamalan perkara bid'ah adalah amat panjang dan luas. Dia menceritakan tentang kisah pengutusan Saidina Muaz bin Jabal ke sebuah negeri oleh Rasulullah SAW. Apabila ditanya kepada Muaz tentang sumber hukum yang akan dikeluarkan olehnya apabila diminta oleh penduduk negeri tersebut, maka Muaz mengatakan bahawa dia akan bersumberkan kepada Al-Qur'an, Hadith dan Ijtihad. maka Rasulullah SAW mengizinkan berijtihad iaitu tanpa merujuk masalah tersebut kepada Baginda SAW terlebih dahulu, sedangkan baginda masih hidup ketika itu. Ini kerana jarak negeri tersebut adalah jauh dan sukar untuk berulang alikmerujuk kepada Rasulullah.

Jadi berdasarkan kisah inilah, maka ulama'mengharuskan mengeluarkan hukum walaupun tidak diperintahkan oleh Baginda SAW, dengan syarat tidak bertentangan dengan Al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW.

Akan tetapi yang menyedihkan terdapat juga di kalangan yang terus memberikan kenyataan bahawa penangkapan Dr Asri adalah berdasarkan politik. Mereka melihat perkara ini kerana Dr Asri dilihat sebagai cukup lantang menentang secara terangan dan agak berani dasar-dasar kerajaan yang tidak selari dengan pandangannya. Mereka yang melihat kejadian ini dari sudut ini mungkin juga mempunyai alasan yang pada mereka agak kukuh jika dilihat kepada situasi politik yang agak panas sekarang. Merekalah antara yang secara terangan membantah penangkapan Dr Asri.

Dr Asri pula kelihatan amat beria-ia dan bersungguh-sungguh melawan balik pihak JAIS melalui peguamnya di mahkamah. Entah apa yang mahu dibuktikannya tidak diketahui dengan jelas. Adakah dia mahu membuktikan bahawa dirinya teraniaya? Atau betul dari segi perundangan Malaysia? Atau mahu membuktikan bahawa pegangan wahabinya adalah yang sebenar-benar ajaran Islam? Dia dilihat bersama-sama dengan teman-temannya yang memberikan sokongan moral di kiri kanannya. Kemungkinan temannya adalah orang-orang yang mempunyai pegangan pemahaman yang sealiran dengannya.

Keadaan ini sebenarnya amat merugikan orang Islam di Malaysia. Kerugian ini amatlah besar walau ditinjau dari sudut mana pun. Kerugian yang amat ketara adalah dilihat dari sudut gerakan dakwah. Ini kerana pihak bukan Islam akan melihat perkara ini dan menjadikannya sebagai hujah dan bukti kononnya ada perselisihan faham, bahkan permusuhan dalam agama Islam. Mereka akan mengatakan bahawa agama islam yang diwar-warkan kononnya sajehtera hanyalah kata-kata manis sahaja, sedangkan banyak berlaku pergaduhan sesama sendiri.

Nov 16, 2009 at 07:43 o\clock

Seorang wanita itu..

by: zaris   Keywords: wanita

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya kepada ibunya. “Ibu, mengapa Ibu menangis?”. Ibunya menjawab, “Sebab, Ibu adalah seorang wanita, Nak”.

“Aku tak mengerti” kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti….”



Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya. “Ayah, mengapa Ibu menangis? Sepertinya Ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas?”

Sang ayah menjawab, “Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan”. Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Lama kemudian, si anak tumbuh menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan.

“Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?” Dalam mimpinya, Tuhan menjawab, “Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau, seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Kuberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah. Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak? Kuberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan, bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapanpun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan”. Maka, dekatkanlah diri kita pada sang Ibu jika beliau masih hidup, karena di kakinyalah kita menemukan surga.

Itulah pesona pribadi yang lahir dari seorang Ibu/wanita yang tulus, tak pernah lekang oleh waktu, tak pernah lekang oleh usia, sekalipun usia makin lapuk, jika pesona kepribadian itu sudah melekat dalam dirinya, pesona bathiniyah itu akan terus memancar lewat seraut wajah yang tampak, lewat tindakan, ucapan, tindakan juga perbuatan seorang muslimah.

dipetik dari www.webkl.net

Nov 13, 2009 at 03:34 o\clock

khabar dari penjara kajang

by: zaris   Keywords: khabar, dari, penjara, kajang

Kadang-kadang apabila bertemu dengan kawan-kawan lama yang masih bertugas di Penjara Kajang, aku sempat bertanyakan keadaan sekarang. Adakah suasana kerja sekarang sama macam dulu, lebih baik atau makin teruk? Sesuatu yang pasti keadaan pasti berubah mengikut peredaran masa dan keadaan. Aku mendapat tahu unifom juga telah ditukarkan ke warna seperti warna tanah. Pakaian UKP juga ditukar. Mungkin juga pakaian banduan telah ditukar sama.

Pegawai-pegawai juga semakin ramai daripada lepasan universiti tempatan yang amat kurang, bahkan langsung tiada pengalaman berurusan dengan banduan dan tahanan. Aku diberitahu bahawa sekiranya berlaku kes malibatkan banduan dan wader, maka wader yang akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap insiden tersebut. Pegawai akan dengan segera melakukan caj yang kadang-kadang tidak logik dan tidak mahu menolong anak buahnya.

2-3 tiga minggu lepas brlaku satu kejadian di mana seorang wader dipukul oleh sekumpulan banduan, atau pun pesalah juvana. Wader tersebut dipukul curi dari belakang kepala oleh seorang yang berbangsa India. Seterusnya dipijak, ditendang dan dipukul beramai-ramai lebih dari 20 pesalah. Mukanya lebam dan koma dimasukkan ke hospital kajang. sebelah mukanya teruk dipukul dengan cota yang dirampas daripadanya. begitu juga dengan bahagian belakang kepalanya. Emaknya datang dari kampung menangis melihat anaknya di hospital kerana tidak mengenali lagi wajah anaknya yang bengkak dan lebam kesan terlalu teruknya dipukul oleh banduan yang menggila.

Dikatakan tidak ada seorang pun pegawai penjara yang datang melawatnya. pengarah penjarta juga tidak datang menjengukkan muka. yang datang hanyalah kawan-kawannya dari kalangan wader yang memberi sokongan moral dan semangat. Keluarganya amat terkilan dengan sikap pegawai tinggi penjara yang amat sombong dan berlagak dan hanya tahu menjaga periuk nasi sendiri. Agaknya sekiranya dipukul dan merasa kesakitan barulah insaf dan memahami keperitan orang lain. Keluarganya telah bertindak mengupah peguam untuk mengendalikan kes tersebut.

Dikatakan fail siasatan telah dibuka. pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menyisat kes tersebut telah membuat tugasananya dengan amat cepat. dia telah mengambil keterangan daripada banduan yang memukul. sedangkan wader yang menjadi mangsa tidak diambil keterangan. adakah bijak pengendalian sesuatu kes sebegitu? wader yang masih koma akhirnya disimpulkan sebagai bersalah! Alasanya menimbulkan kemarahan banduan. Amat kasihan aku mendengar kisah ini. Sudahla dipukul hampir mati, terus dibiarkan tanpa pembelaan akan akhirnya dipersalahkan atas kejadian tersebut. Aku amat hairan dengan perangai pegawai sekarang.

Selepas daripada kejadian itu, hampir setiap hari kejadian banduan mencabar wader untuk bergaduh. Mereka tidak lagi merasa takut dan hormat kepada wader yang bertugas. Secara terangan mereka berlaku biadap. Mereka tahu bahawa mereka dengan senang dapat berjumpa dengan pegawai dan mengadu kelakuan wader terhadapnya. Sesungguhnya sekarang suasanya sudah terbalik daripada dahulu. Ramai wader yang menyimpan dendam terhadap pegawai yang kelihatan berlagak dengan pangkat di bahu mereka. Sebahagian daripada wader mengatakan sekiranya mana-mana pegawai dipukul atau apa-apa kes maka mereka tidak akan menolong supaya pegawai merasainya sendiri.

Amat ramai wader yang merungut dengan keadaan sekarang. Pantang ada sahaja kejadian, maka wader perlulah bersedia untuk membuat laporan, walaupun kejadian yang secara terangan menunjukkan banduan dan tahanan berlaku biadap, kurang ajar dan langsung tidak menghormati wader yang bertugas. Banduan yang tidak berpuas hati senang sekali berjumpa dengan inspektor, bahkan timbalan penguasa daln lain-lain pegawai atasan mengadu tentang kelakuan wader dan apa-apa yang tidak disukainya. Pegawai yang muda dan tidak berpengalaman dengan mudah ditipu oleh banduan dan tahanan. Yang menjadi mangsanya adalah wader yang bertugas siang dan malam. Yang sedihnya aduan yang dibuat oleh wader amat kurang diambil perhatian.

Beberapa kali apabila banduan mengadu tidak sedap makanan, maka akan dibuat makanan yang lebih sedap. Banduan kerap kali menggunakan tektik mengancam untuk mogok tidak mahu makan, maka pihak penjara akan menghantar ayam KFC. Tidak hairanlah jika seorang UKP mengatakan sekarang banduan dianggap sebagai anak emas, sedangkan wader yang bertungkus bekerja siang malam dianggap anak tiri. Dia berkata,'kalau kamu nak bergaduh ke apa antara kamu, aku malas nak layan, buatlah suka hati kamu, jangan sampai mati sudahlah, sekiranya aku campur, apa-apa kes aku pulak kena cas'. Kata-kata tersebut menggambarkan kekecewaan wader yang bertugas yang serba salah untuk membuat apa-apa keputusan.

Kini dalam penjara telah diwujudkan sistem sekolah untuk mengajar banduan-banduan juvana. Kemudahan yang disediakan hampir setaraf dengan yang berada di luar, iaitu dilengkapi dengan komputer. Turut disediakan adalah kemudahan internet. Memang sungguh bodoh dan bangang pihak penjara kerana melayan setiap tuntutan yang mengarut. Apabila banduan tidak berpuas hati, maka dengan senang hati mereka akan menghantar email kepada rakan dan keluarga mereka di luar tembok. Apalah maknanya tembok penjara. Apalah maknanya larangan membawa telefon bimbit ke dalam penjara sekiranya disediakan saluran internet yang lebih moden dan pintar. Ternyata langkah mengikut arahan secara membuta tuli menunjukkan betapa bodohnya pegawai penjara!

Kenapa ini berlaku? Aku merasakan adalah kerana pihak jabatan penjara terlalu mahu mengikuti kaedah pemulihan moden dengan cara kaunseling dan memberi motivasi. Mereka akan melayan semua perangai dan tingkahlaku serta permintaan banduan (penjenayah) dengan alasan kemanusiaan.  pihak ngo dan badan hak asasi manusia akan sentiasa berterusan menekan pihak penjara apabila timbul sedikit sahaja isu. Maka yang menjadi mangsanya adalah wader yang bertugas siang malam menjaga banduan, seolah-olah jaga yang menjaga kebajikan pelajar asrama.