PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Oct 15, 2009 at 03:40 o\clock

Masalah pengurusan masjid, di mana silapnya?

by: zaris   Keywords: kesilapan, pengurusan, masjid

Ramai orang sekarang mengkritik sistem pentadbiran dan pengurusan masjid. Ini kerana mereka berpendapat masjid adalah Rumah Allah yang perlu dibuka seluar-luasnya, bukan ditutup apabila setelah selesai sembahyang Isya' jam 9 malam. Sesetengah masjid bertindak mengunci bukan setakat pintu masjid, sebaliknya pintu pagar dikunci sama. Bagaimanakah agaknya apabila seseorang musafir yang ketiadaan bekalan dan duit mahu tunpang berteduh dan berehat? Tentunya akan dianggap seperti pencuri sekiranya terpaksa memanjat pagar semata-mata untuk tidur di kaki lima masjid.

Anatara alasan yang paling popular apabila ditanya kenapa pintu masjid dikunci adalah untuk mengelakkan kecurian. Persoalannya rumah siapakah yang mahu dibuka dan ditutup sesuka hati? Adakah pemilik rumah tersebut menyuruh mengunci rumah berkenaan atau memakmurkannya? Adakah ajk masjid menyedari amanah yang dipikulkan ke atas mereka sekiranya perlakuannya seolah-olah menghalang orang Islam lain untuk beribadat dan musafir untuk berteduh? Sekiranya alasan kecurian yang mahu dielakkan menjadi alasan, adakah pemilik rumah tersebut menyuruh mengindahkan rumahnya dengan perhiasan mahal? Tentunya tidak.

Jika dulu kita seolah-olah terkejut dengan cerita yang dibawa oleh sebahagian ulama kita yang ke Bosnia. Mereka menceritakan bahawa setengah masjid di sana didapati berkunci sehingga berkarat, menunjukkan betapa lamanya pintu tidak dibuka untuk kemudahan orang yang datang bersolat. Kini keadaan di Malaysia juga semakin menuju ke arah itu. Cuma sedikit yang membezakannya adalah ramai orang di Malaysia berkeinginan untuk bersolat, tetapi hasratnya sedikit terbantut kerana pintu terkunci.

Terdapat sesetengah masjid pulak yang hanya membuka pintu pagar di bahagian depannya sahaja, sedangkan masjid tersebut mempunyai 3-4 pintu di sekelilingnya. Kenapa dikunci? AJK masjid sepatutnya perlulah menginsafi bahawa perbuatannya seolah-olah menghalang daripada orang ramai memasuki masjid. Ini sebenarnya dapat dilihat dan difahami dengan sikap pemalas ajk masjid untuk berjalan membuka dan mengunci masjid. Untuk apa dia sanggup menerima gaji tiap-tiap bulan jika perangai malas sebegini? Orang-orang yang kebetulan melalui jalan dibelakang masjid mengalami kesukaran untuk berpusing jauh ke masjid. Begitu juga dengan mereka yang mempunyai rumah dan kediaman di bahagian masjid yang dikunci pagarnya? 

Pihak pengurusan masjid sepatutnya mempermudahkan, bahkan mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke masjid. Bukannya dengan bersikap malas mahu membuka dan mengunci pintu pagar dan mengambil gaji tiap-tiap bulan di bank. Mereka perlulah sedar bahawa tanggungjawab yang dipikulkan ke atas mereka adalah amat besar dalam usaha memakmurkan rumah Allah.

Aku pernah mahu memasuki sebuah masjid di sekitar bandaraya Kuala Lumpur untuk membuang air kecil. Ketika itu di sekitar jam 10 pagi. Dengan selamba penjaga masjid meminta duit 20 sen sebelum memasuki tandas. Aku terpinga-pinga seketika. Orang itu terus mengatakan,' alah, kalau tempat lain pun kena bayar juga'. Aku amat terkejut dengan keadaan tersebut. Aku terus angkat kaki dan menuju ke tandas awam lain yang disediakan. Bukannya aku tiada duit atau kedekut untuk memberikan duit 20 sen tersebut, tetapi aku merasakan tidak sepatutnya institusi masjid dibuat tempat mengutip duit, atau untuk mendapatkan keuntungan.

Sekiranya kita bercakap dengan orang tabligh yang biasa keluar dan menjadikan masjid sebagai tempat untuk bermalam, maka kita akan dapat mendengar bermacam-macam karenah pengurusan masjid yang kadang-kala boleh melemahkan semangat mereka untuk berdakwah. Seorang tabligh pernah menceritakan mereka pernah keluar ke sebuah kawasan di Terengganu. Mereka berada di sana hanya sekadar seminggu. Apabila mahu mengemas barang untuk keluar, jemaah didatangi oleh ajk masjid dan menunjukkan bil air dan api. Jemaah tabligh diminta untuk membayarnya. Kajadian tersebut dilihat agak kelakar melihatkan telatah pengurusan masjid yang cukup berkira. Berapa ringgit sangatlah jumlah air dan api yang digunakannya dibandingkan dengan jumlah kutipan setiap jumaat dan peruntukan dari pihak kerajaan. Itu belum lagi dilihat kepada sumbang jemaah tabligh yang berusaha menghubungkan silaturrahim dan menghidupkan masjid tersebut. 

Sesetengah masjid mahukan sesiapa yang datang ke masjidnya apabila mahu memasuki bilik air dan tandas supaya jangan memakai alas kaki atau selipar. Alasannya adalah untuk menjaga kebersihan dan supaya tandas tersebut daripada kotor. Barangkali amat jarang masjid yang membenarkan pemakaian alas kaki apabila mahu ketandasnya. Sesetengah orang berpendapat, ini adalah tidak wajar. Ini kerana pemakaian alas kaki jelas sunnah nabi SAW yang sememangnya disuruh. Kenapa kita mahu merubahnya? Kita tidak melihat hakikat disebaliknya dan hanya melihat secara zahir dan luarannya sahaja. Hanya dengan beralasankan menjaga kebersihan, maka pemakaian selipar terus tidak dibenarkan untuk ke tandas masjid. Mungkin mereka merasakan larangan nabi SAW tersebut supaya jangan memasuki tandas tanpa alas kerana tandas ketika itu kotor dan dikhuatiri terkena najis di kaki dan tagahan ini tidak meliputi kepada tandas yang sudah bersih.

Akan tetapi terdapat juga sesetengah masjid yang menyediakan alas kaki khusus bagi mereka yang mahu ke tandas masjid. Ini adalah suatu perkara yang sangat dialu-alukan oleh jamaah. Kadang-kadang mereka menyediakan terompah, dan kadang-kadang selipar. Keadaan ini sebenarnya adalah menepati kehendak sunnah Nabi SAW yang menyuruh supaya memakai alas kaki apabila mahu ke tandas, sama ada tandas tersebut pada mata kasarnya kelihatan bersih ataupun kotor.

Oct 12, 2009 at 02:24 o\clock

Keadaan terkini di selatan Thai

by: zaris   Keywords: selatan, Thai

Ada seorang profesor dari UKM yang baru pulang dari selatan Thai telah memberikan gambaran dan cerita menarik untuk dikongsi bersama. Ini kerana sebahagian besar rakyat Malaysia, bahkan di seluruh dunia hanya mengetahui keadaan di sana melalui sukat khabar, internet dan lain-lain sumber berita yang kadang kala tidak tepat.

Setiap hari diceritakan tentang pengeboman, penembakan yang mengakibatkan kematian dan kecederaan di sana. Soalnya siapakah yang benar-benar melakukannya? Jawapannya adalah hampir semua terlibat, daripada pihak pemberontak yang memang sedia maklum kewujudannya, perbuatan membalas dendam yang mengambil kesempatan dalam suasana huru hara, polis Thai dan tentera yang dihantar ke sana.

Kekeliruan yang wujud ditambahkan lagi dengan pihak kerajaan Thai yang menyamar sebagai orang orang Islam untuk menembak sesuak hati. Terdapat sesetengah yang menyamar sebagai wanita Islam berpurdah dan memakai pakaian seperti ulama, walhal mereka adalah orang Thai yang diupah khusus untuk menimbulkan huru hara di wilayah selatan. Wajah orang Thai dengan Melayu di selatan amat mudah dibezakan. Apabila tertangkap seseorang yang melakukan provokasi, maka terbongkarlah tektik jahat tersebut.

Sesuatu yang tidak disedari dan diketahui adalah kerajaan Thailand sekarang seolah-olah seperti akan mengalami perang saudara. Perdana Menteri Thailand sekarang iaitu Abhisit didokong dan disokong kuat oleh tentera Thai. Sebahagian panglima dan ketua turus tentera Thai dalah orang Islam. Terdapat juga askar Thai yang beragama Islam. Umat Islam di selatan dikatakan kurang takut sekiranya ditangkat untuk disiasat oleh tentera Thai. Ini kerana mereka diberi makanan dan disiasat dengan berperikemanusiaan.

Sementara itu, bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinatwara pula didokong oleh pihak polis Thai. Ini kerana hampir keseluruhan polis Thai beragama Buddha. Mana-mana orang Islam yang ditangkap akan dikerjakan dengan teruk. Mereka lebih rela ditahan oleh pihak tentera Thai dibandiang dengan polis kerana tentera lebih berperikamanusiaan. Pertentangan antara Abhisit dengan Thaksin dijangka akan berpanjangan dan menunggu masa untuk meledak. Kalangan orang Islam lebih menyukai Abhisit disebabkan Thaksin pernah melakukan kezaliman di Masjid Krisek sebelum ini.

Abhisit kini menghadapi tugas yang amat berat untuk mengendalikan negara Thailand yang penuh dengan masalah. Keadaan di selatan perlu dikendalikan dengan bijak. Krisis dengan negara Kemboja yang yang hampir mencetuskan peperangan juga perlu diuruskan dengan cara yang amat bijak. Keadaan ekonomi yang tenat juga perlukan perhatian segera. Sebarang kesilapan akan diambil peluang oleh musuh politiknya Thaksin.

 

Oct 8, 2009 at 06:09 o\clock

Iman semut dan Iman manusia

by: zaris   Keywords: iman, semut

Assalammualaikum w.b.t..

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

* Diambil daripada sahabatinteraktif @YahooGroups.com

Oct 6, 2009 at 02:08 o\clock

PEMBONGKARAN SEJARAH NUSANTARA

by: zaris   Keywords: sejarah, nusantara

Sebenarnya amat banyak sejarah Nusantara yang cuba dikambus dan ditutup oleh orang kafir semata-mata mahu menunjukkan bahawa mereka adalah baik. Antara yang agak menarik adalah sejarah Pulau Australia, New Zealand dan pulau-pulau di sekitarnya. Bangsa Inggeris mahu menunjukkan kepada dunia bahawa merekalah yang mula-mula menjumpai pulau Australia yang besar itu, seterusnya membuka dan memajukannya.

Sebenarnya terdapat banyak persoalan yang boleh dibahaskan apabila mereka mendakwa pulau tersebut tidak berpenghuni, atau sekurang-kurangnya dikatakan didiami oleh sekumpulan manusia yang tidak bertamadun. Kenapa pulau-pulau kecil di sekitarnya seperti pulau cocos berpenghuni? Takkan pulau sebesar Australia tidak dijumpai dan didirikan kerajaan di sana? Ini adalah suatu perkara yang amat tidak boleh diterima akal!

Kajian demi kajian untuk membongkar sejarah seharusnya perlu dilakukan tanpa jemu dan putus asa. Golongan cendekiawan Melayu dan Islam perlu lebih berani untuk membongkar rahsia yang cuba disembunyikan oleh golongan intelektual Inggeris. Mereka tidak menjelas dengan terperinci bagaimana mereka mendapat pulau tersebut.

Kajian terkini oleh segolongan cendiakawan Melayu mendapati terdapat suatu yang menarik beragama berkaitan sejarah Pulau Australia dan New Zealand. Mereka mendapati bahawa Pulau Australia dulunya didiami oleh satu suku masyarakat Melayu yang beragama Islam. Mereka telah mendirikan perkampungan atau pun sebuah kerajaan di Pulau tersebut. Kedatangan Inggeris ke Pulau tersebut dengan membawa bersama-sama kelengkapan perang telah melenyapkan sama sekali penempatan Melayu Islam di pulau tersebut. Orang Melayu Islam terus dihalau ke pulau-pulau kecil di sekitarnya.

Seterusnya mereka membawa sebanyak mungkin orang-orang Inggeris untuk menduduki pulau tersebut. Mereka akhirnya menjadikan pulau tersebut sebagai tempat buangan penjahat, penyamun dan orang yang tidak berguna di tanah Inggeris ke pulau tersebut. Kedatangan semakain ramai penjahat, lanun dan penyamun di Australia menyebabkan mereka yang sememangnya ganas bertindak menghalau dan membunuh sehabis mungkin orang melayu Islam di sana. Seterusnya mereka bertindak mendirikan kerajaan mereka sendiri di sana.

Orang-orang Melayu yang terdesak mahu menyelamatkan diri bertempiaran lari ke pulau-pulau kecil berhampiran. Banyak pulau kecil disekitar Australia diduduki oleh orang Melayu seperti Pulau Krismas, Pulau Cocos dan lain-lain. Di sana mereka memulakan kembali penghidupan selepas kampung halaman mereka di rampas oleh Inggeris. Mereka tidak mempunyai kemampuan untuk merampas kembali pulau tersebut dari tangan Inggeris. Dari sehari ke sehari Pulau Australia semakin dimajukan oleh Inggeris. Semakin banyak orang Inggeris dan Eropah datang ke Pulau tersebut dan pasti tidak akan keluar sampai bila-bila dan menulis sejarah mengatakan bahawa pulau itu dibuka oleh mereka.

Fakta ini menguatkan lagi bahawa Islam sebenarnya telah tersebar ke jauh pelusuk dunia. Bangsa Melayu merupakan bangsa penyebar agama Islam yang amat hebat dan berani. Bangsa melayu dianggap sepagai penyiar agama Islam di sebelah Timur. Apabila beberapa suku bangsa Melayu menerima Islam, tanpa membuang masa mereka terus bertindak menyebarkannya tanpa mengenal erti kalah dan putus asa.

Hasil daripada usaha keras tanpa mengenal jemu maka terdirilah banyak keraajaan Melayu, iaitu kerajaan yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa perhubungan harian, bahasa dalam persuratan pula menggunakan tulisan Jawi yang diubahsuai daripada bahasa Arab. Kitab-kitab semua dikarang menggunakan tulisan Jawi. Apabil penjajah Eropah sama ada Inggeris, Portugis, Belanda dan Sepanyol menjajah, maka mereka bertindak membakar semua sekali kitab-kitab karangan ulama tempatan. Mana-mana yang dirasakan penting sahaja akan diangkut dengan kapal dibawa ke negara mereka. Sesetengah daripada kitab tersebut diedit balik untuk mengelirukan dan memeningkan pembaca melayu, seterusnya menghilangkan terus kehebatan silam bangsa Melayu. Maka sekolah di Malaysia pun terus merujuk kepada buku klasik yang telah diubahsuai oleh cendekiawan barat. Maka dari situlah anak-anak Melayu diajar bahawa keturunan dan nenek moyang mereka dahulunya adalah bangsa yang tidak bertamadun, lemah, mudah dikalahkan dan tidak ada suatu pun untuk dibanggakan.

Sayangnya kebanyakan daripada orang melayu sendiri tidak mahu mengkaji perkara ini. Perkara ini sebenarnya amat penting. Bahkan semua bangsa di dunia ini akan mengkaji sejarah bangsa mereka sedalam-dalamnya. Mereka akan berbanggsa dengan kehebatan mereka.

Bangsa Eropah iaitu Inggeris, Peranchis, German dan lain-lain juga tidak puas-puas mengkaji dan menggali balik sejarah keturunan mereka? Apakah yang mereka dapati? Mereka mendapati bahawa bangsa mereka bukan sehebat mana. Mereka mendapati betapa lamanya Eropah hidup dalam kegelapan. Mereka cuba menyembunyikannya walaupun dunia sudah mengetahui bahawa zaman gelap Eropah bagitu menghinakan dibandingkan dengan zaman kegemilangan Islam. Ketika mana Umat Islam mengalami zaman kegemilangan selama lebih seribu tahun, mereka masih teraba-raba dalam kegelapan.

Akan tetapi perkara tersebut langsung tidak ditonjolkan, bahkan cuba ditutup supaya dunia tidak mengetahui bahawa mereka mereka dahulunya adalah amat hina dan amat tidak bertamadun. Mereka berulang kali menyiar dokumentari kehebatan mereka selepas perang dunia ke-2. Kisah sebelum itu terus menjadi persoalan. Cuma yang disebut ialah zaman ‘Renaissanse’ yang merupakan kebangkitan melepaskan diri dari kongkongan kuasa gereja. Seterusnya mereka memaparkan cerita bahawa mereka antara bangsa yang bijak dengan tipu muslihat dalam usaha mencuri kekayaan serata dunia dan dipunggah ke Negara British. Dalam usaha untuk mendapatkan kekayaan itu, mereka melakukan seribu satu muslihat.

Dikatakan Inggeris sebenarnya tidak berapa berminat masuk ke sesuatu negara atau negeri untuk menyebarkan agama Kristian, kerana tujuan utama adalah untuk mendapat kekayaan. Ini dilihat daripada negara yang dikuasainya yang untuk mendapatkan hasil sebanyak mungkin dan dipunggah ke tanah Inggeris. Mereka kurang mempedulikan sekiranya agama apayang dianuti, asalkan cita-cita untuk kekayaan tidak disekat. Dasar ini amat berbeza dengan Sepanyol, Portugis dan Belanda. Kemungkinan dendam yang amat membara akibat negaranya pernah ditakluki oleh bangsa Arab ketika zaman Andalus dahulu, maka Sepanyol dan Portugis bertindak nekad mahu menyebarkan agamanya kepada kepada penduduk di mana sahaja. Apabila mereka tidak mahu, maka akan diperangi.

Sepatutnya penulisan sejarah yang akan diajar disekolah-sekolah wajar diubah semula. Ini kerana setakat ini sumber utama rujukan hanyalah buku-buku tulisan sarjana Inggeris. Adakah mereka jujur dalam penulisan mereka? Mereka sebenarnya tidak bodoh untuk menceritakan sejarah sebenar bangsa Melayu. Kalaupun didapati yang agak betul, pasti akan ada pengubahsuai yang akan dilakukannya. Kenapa kita tidak merujuk kepada rekod yang ditulis oleh bangsa yang pernah berhubungan dengan Nusantara dahulu? Amat banyak bangsa yang berhubungan dengan kepulauan Nusantara dahulu seperti Kerajaan China, kerajaan India, Tanah Arab sendiri, Kerajaan Peranchis, Sepanyol, German, Jepun dan lain-lain. Seeloknya semua bahan tersebut dikumpul dan dicanai, dinilai dan dibuat kesimpulan dari sudut pandangan sarjana Nusantara sendiri.

Sebuah Negara yang agak rapat hubungan dengan dengan kerajaan Melayu Melaka dan Kesultanan Acheh dahulu adalah kerajaan Turki Uthmaniah. Kenapa cerdik pandai kita tidak ke Turki sana membelek perpustakaan di sana mencari bukti-bukti hubungan silam dengan kerajaan Melaka yang menguasai jalan perdagangan di Timur suatu ketika dahulu? Kemungkinan besar sekiranya sarjana kita ke sana menyelidik buku sejarah di sana, akan kedapatan disebut tentang kerajaan di Timur yang menyebarkan Islam dengan gigih, iaitu Melaka dan Acheh.

Mungkin kerja tersebut agak sukar dan memakan masa yang agak lama. Tetapi pekerjan tersebut amat berbaloi untuk memberikan kesedaran kepada umat Nusantara keseluruhannya, betapa mereka dahulunya adalah bangsa yang memiliki 

ketamadunan yang cukup hebat, mempunyai kemahiran kelautan, sistem pentadbiran yang tersusun, penggunaan bahasa yang diakui seluruh dunia, kekayaan yang amat banyak dan kerajaan yang hebat dan menggerunkan. Anak-anak kita pula tidak seharusnya terus ditipu dengan dakwaan kononnya nenek moyang dahulunya begitu mudah dijajah, begitu mudah ditipu, tidak ada sistem pemerintahan sendiri dan tidak ada sistem pengajian ilmu yang tersusun.

Sejarah kerajaan Champa adalah satu contoh kerajaan Melayu yang semakin dilupakan. Tidak ada kajian yang mendalam untuk menggali kembali kehebatan kerajaannya di masa silam. Tinggalan kota Champa terus menjadi misteri. Sistem pentadbiran, kekuatan ketenteraan, penggunaan bahasa serta zaman kegemilangannya hanya tinggal sejarah yang semakin tidak disebut. Mereka juga adalah bangsa Melayu, mempunyai kerajaan yang amat kuat dan amat rapat hubungan dengan kerajaan di Selatan seperti Pattani, Melaka, bahkan Majapahit.

Sepatutnya sejarah kerajaan Champa perlu dikaji sedalam dalamnya. Bermula daripada nasab salasilah keturunan rajanya, sistem pemerintahannya, zaman kegemilangannya, peperangan besar yang dialaminya, termasuk juga bahasa persuratan yang digunakannya. Ini kerana mereka juga adalah orang Melayu (Melayu Champa). Sesuatu yang pasti bahawa mereka juga menggunakan tulisan jawi dan bahasa Melayu dalam tulisan dan perhubungannya dengan negara luar. Di manakah pelabuhan mereka? Di sebut dalam sejaran bahawa mereka juga ahli pelayaran dan negara maritim yang mempunyai daerah kelautan sendiri seperti kesultanan Sulu di selatan Filipina sekarang. Peperangan dengan bangsa Vietnam dan Khmer tidak ditulis. Dimana tinggalan istana kerajaan Raja Champa dulu? Di mana kota pemerintahannya? Semuanya terus tinggal misteri. Ahli sejarawan perlulah ke sana mencari sisa-sisa sejarahnya. Perlu juga mempelajari bahasa Vietnam, Khmer dan Thai sendiri untuk memudahkan kerja sebegini. Sekiranya tidak diusahakan sekarang, sampai bila-bila ia akan terus dilupai.

Sejarah kerajaan Melayu Melaka yang amat gah suatu masa dahulu amat sedikit sejarah penceritaan yang dituliskan oleh sarjana barat. Negeri Melaka pastinya bukanlah sebesar negeri Melaka pada masa sekarang. Sejarah peperangan besar yang melibatkan negeri sebesar itu tidak digali kisahnya. Yang disampaikan kepada kita hanyalah negeri Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511 masihi. Kononnya tentera Melaka cukup jakun apabila berperang dengan hanya bersenjatakan keris, pedang dan tombak serta panah. Diceritakan bahawa orang Melayu Melaka amat terkejut dengan senjata meriam yang digunakan oleh portugis.

Melaka di kala itu namanya sudah gah ke seluruh dunia. Masyarakat barat menganggap Melaka sebagai Venice di sebelah Timur. Melaka juga mempunyai angkatan tentera yang amat ramai, kuat dan hebat. Angkatan laut melaka dianggap cukup kuat kerana kerap kali melancarkan ekspedisi peperangan dan misi dakwah. Sekarang kita tidak lagi mengetahui bagaimana bentuk kapal perang angkatan Melaka dahulu. Yang dipamerkan di Melaka sekarang hanyalah replika kapal perang  De La Mar milik Portugis. Amat menyedihkan sekali pihak kerajaan tidak berusaha bersungguh-sungguh mencari bentuk pakal perang kerajaan Melaka purba.

Di sini timbul persoalan, sebagai negeri yang cukup besar dan disinggahi oleh hampir semua bangsa di dunia, apakah mereka benar-benar jakun tidak langsung mengenal senjata terbaru? Telah tercatat dalam sejarah bahawa kerajaan Melaka juga dikenal oleh kerajaan Turki Uthmaniah. Kejatuhan kerajaan melayu Melaka telah sampai beritanya kepada kerajaan Turki. Kekalahan tersebut dikatakan amat menyedihkan khalifah Turki Othmaniah dan telah bertindak mengirim sebuah armada perang untuk menolong kerajaan Melaka.

Sebenarnya terlalu banyak kejadian dan pengkhianatan dalaman dalam kerajaan Melaka yang mendorong kepada kekalahan kerajaan Melayu Melaka. Semangat askar Melaka telah turun serendah-rendahnya ketika itu kerana kezaliman melampau Sultan Melaka, pengkhianatan yang dilakukan oleh golongan Tamil Islam, dan pengkhianatan yang dilakukan oleh saudagar-saudagar. Bahkan banyak lagi punca kekalahan yang perlu dikorek oleh pengkaji sejarah. Persenjataan yang tidak seimbang hanyalah punca yang kecil sahaja. Adakah siapa yang mengkaji siapa pengkhianat yang membuka pintu kota kepada tentera portugis? Apakah tentera jawa yang diupah setia dan tidak belot. Perlu disedari juga bahawa portugis membawa banyak emas untuk disogokkan kepada orang-orang yang dianggap penting di Melaka lama sebelum menyerang Melaka.

Disebut dalam kitab Sejarah Melayu (walaupun sebahagian isinya adalah diragui kebenarannya kerana telah diedit oleh Inggeris) bahawa kali pertama Portugis dating mendarat ke pelabuhan Melaka, mereka telah menanyakan khabar bendahara Melaka. Seterusnya ke rumah Dato’ Bendahara dan menyampaikan rantai emas ke leher bendahara sendiri. Kenapa tidak terus memohon untuk ke Istana Sultan Melaka. Apabila selesai memberi hadiah maka mereka terus bongkarkan sauh dan pergi.

Ini menunjukkan bahawa pihak Portugis telah mengetahui bahawa kunci kehebatan Melaka semasa itu adalah Bendahara yang bijaksana. Dari mana mereka mengetahuinya? Semestinya dari saudagar yang berulang alik melalui pelabuhan Melaka, tidak kiralah dari saudagar India atau Cina atau Burma ataupun arab. Kemungkinan juga strategi itu digunakan untuk menambahkan lagi permusuhan antara Sultan Melaka dengan Dato’ Bendahara. Mereka seolah-olah mengetahui daripada risikannya bahawa apabila Bendahara sudah tiada, maka sultan tidak akan dapat lagi mengawal dan menjaga negerinya.

Sultan mudah untuk digula-gulakan, sekadar dengan memberikan hadiah perempuan cantik. Cukup memalukan membaca kisah Sultan kerana terlalu gilakan perempuan telah memerintahkan rakyatnya meminang Puteri Gunung Ledang walaupun diketahui bukan berbangsa manusia! Baginda tidak lagi mempedulikan hal ehwal negaranya, sebaliknya nafsunya akan dipenuhi terlebih dahulu. Betapa banyak nama-nama perempuan cantik seperti Tun Kudu, Tun Fatimah, Tun Teja, Dang Anum yang lain-lain terpaksa bersabar dengan karenah Sultan-Sultan Melaka.

Sekiranya jika diperhatikan kepada sistem pengjian tradisi di Malaysia dan Indonesia, akan didapati bahawa cara pemakaian pelajar di pondok hampir sama, iaitu berserban. Mesti ada persamaan antara keduanya sekiranya sama. Ada kajian terkini yang dilakukan oleh seorang Profsor UKM mendapati bahawa serban yang dipakai oleh guru dan pelajar pondok serta pesantren sama dengan serban yang dipakai oleh penduduk Negara Yaman. Daripada jenis kain serta cra ikatan tiada beza dengan cara ikatan orang Yaman. Jadi, apa kesimpulannya?

Mereka menyimpulkan bahawa Guru pondok dahulunya adalah pelajar-pelajar dari Syeikh dari Yaman. Ataupun Syeikh dari Yaman sendiri datang berdakwah dan mengasaskan pengajian pondok. Apabila mahu memperhalusi pengajiannya maka ramai yang ke Negara Yaman. Bukankah pengaruh seseorang guru dan tempat belajar itu banyak mempengruhi seseorang murid? Ini mengukuhkan lagi teori bahawa Islam disebarkan terus dari Tanah Hejaz melalui ulama-ulama berketurunan Rasulullah SAW dan Sahabat R.A. Pertalian sebegini seolah-olah menunjukkan bahawa keberkatan pengajian cara pondok terus kekal sampai sekarang. Dari pondok dan pesantrenlah lahirnya tokoh-tokoh ulama Nesantara terbilang. Merekalah yang merintis penciptaan tulisan Jawi dan menulis kitab yang bermacam jenis yang seterusnya berkembang ke seluruh nusantara. Maka sistem pengajian Islam terus menggunakan tulisan Jawi dan bahasa Melayu sebagai perantaraan di seluruh Nusantara.

Ulama-ulama berketurunan Rasulullah SAW dan para Sahabat RA amat dihormati dikalangan orang Nusantara. Mereka memanggilnya dengan gelaran Syed bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan.Ada juga yang digelar dengan Syarif di awal namanya. Di Sabah dan kepulauan Sulu dipanggil Salip, iaitu mengikut pelat lidah orang Sulu. Golongan inilah yang datang terus dari semenanjung Hejaz melalui kapal mengIslamkan ramai penduduk Nusantara. Di samping itu, tidak dinafikan juga peranan pendakwah dari India. Akan tetapi yang paling menonjol dan amat dihormati adalah golongon Syed, Syarif dan Syarifah.

Dahulunya setiap bangsa yang berdagang di nusantara akan mengunakan bahasa Melayu. Mana-mana pihak asing yang mahu mengutus surat akan menulis dengan tulisan jawi dan bahasa Melayu. Contoh yang terbaik adalah surat daripada pihak Inggeris kepada Sultan-Sultan Melayu di sekitar tahun 1800. Ini bererti mereka juga mengakui kepentingan tulisan jawi dan bahasa Melayu. Jika difikirkan logik akal, sekiranya pada tahun 1800 bahasa Melayu dan tulisan Jawi masih lagi diakui penggunaannya diperingkat antarabangsa, apatah lagi zaman sebelumnya khususnya di zaman kegemilangan Melayu Melaka! Yang menjadi persoalan, dimana ratusan kitab ditulis oleh ulama ketika itu. Jawapannya adalah hampir semua di bakar hangus dan dimusnahkan oleh Portugis, Belanda dan Inggeris. Amat malang sekali tragedy tersebut!

Perkara penggunaan bahasa juga perlu diambil berat. Ini kerana bahasa yang diterima pakai menunjukkan perakuan tentang kehebatan bangsa yang memiliki bahasa tersebut. Suatu ketika kerajaan di Nusantara berpusat di Pulau Jawa, iaitu kerajaan Majapahit. Akan tetapi mereka tetap juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Kenapa mereka tidak menggunakan Bahasa Jawa? Inilah menunjukkan kehebatan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa utama. Setiap pedagang mesti mengetahui bahasa Melayu sekiranya ingin ke rantau ini.

Sesuatu yang agak menarik adalah kelebihan Bangsa Melayu yang berupaya menarik bangsa lain menyerap menjadi kelompok Melayu. Bangsa Arab yang datang ke Nusantara, menetap, berniaga dan berkahwin dengan penduduk tempatan akan berubah terserap menjadi Melayu, sama ada dari segi penggunaan bahasa seharian dan adat resam. Bangsa Portugis, Belanda, Siam, India juga akan terserap menjadi Melayu apabila lama berada di Nusantara. Sebab itulah orang Melayu pada hari ini seolah-olah berbagai warna kulitnya dan gaya rambut yang pelbagai. Ada juga yang berhidung mancung dan bermata sepet. Namun begitu mereka semua adalah Melayu yang bertutur bahasa Melayu dan beragama Islam.