PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Sep 11, 2009 at 06:16 o\clock

Awas Panadol!

by: zaris   Keywords: Panadol, berbahaya

PANADOL MERBAHAYA
JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sep 11, 2009 at 06:09 o\clock

Gerakan 'sapu Malaysia' oleh ekstremis Indonesia

by: zaris   Keywords: gerakan, sapu, malaysia, di, Indonesia

Dua tiga hari kebelakangan ini suasana agak panas gara-gara sekumpulan warga Indonesia yang fanatik dan bodoh mengadakan gerakan menyapu warganegara Malaysia di Indonesia. Jelas terpampang di akhbar mereka dengan beraninya bersenjatakan buluh runcing mengadakan sekatan jalan raya, memeriksa kad pengenalan setiap orang awam yang lalulintas bagi mencari warga Malaysia. Untuk apa dicari sebegitu rupa? Untuk dimaki hamun? dipukul? atau dibunuh?

Aku mendapati sebilangan orang Malaysia tidak ambil kisah dan seolah-olah tidak mengambil berat kejadian ini. Mereka hanya bersantai minum di kedai mamak dan ditaman-taman bersama teman dan keluarga masing-masing seolah-olah kejadian itu tidak terlalu serius. Mereka juga berkeyakinan bahawa isu itu akan berlalu dan akan dilupakan. Mereka juga berpandangan bahawa golongan ekstremis indonesia tidak akan mendapat sambutan dan akan kecewa di atas sikap kebohohan mereka sendiri.

Suatu keadaan yang agak menarik adalah rakyat Malaysia seolah-olah dapat menerima kehadiran rakyat Indonesia di sisi mereka di Malaysia. Pergaulan mereka agak mesra kalaupun ada sedikit sebanyak perselisihan faham, tetapi tidak berpanjangan. Di pasar malam batapa banyaknya peniaga yang asalnya Indonesia berniaga. Orang Melaysia membeli dengan senang hati tanpa curiga. Begitu juga dengan kedai runcit yang banyak dimonopoli oleh rakyat berkuturunan Achen, Sumatera, juga dengan tanpa syak wasangka orang malaysia datang membeli barang keperluan.

Jika bulan Ramadhan, umat Islam yang berada di Malaysia termasuk warganegara asing seperti Indonesia, Bangladesh dan lain-lain akan sama-sama bersolat tarawih di surau dan masjid. Bukan sahaja golongan lelaki, bahkan golongan gadis dab perempuan indonesia yang bekerja kilang di dapati turut sama ke surau bersolat tarawih. Mereka kelihatan gembira tanpa sedikit pun riak ketakutan. Orang Malaysia pun bergaul dan melayan mereka dengan baik. Apabila selesai bersolat, maka mereka akan bersama-sama mengambil bahagian dalam moreh.

Sebahagian besar dari pendatang Indonesia amat menyenangi sekiranya ada penduduk tempatan yang berhasrat berkahwin dengannya. Ini kerana mereka akan berpeluang untuk menjadi warganegara malaysia yang amat senang untuk mencari rezeki. kawan-kawan aku sendiri sudah berapa ramai yang berkahwin dengan gadis indonesia dan mereka terus menetap di malaysia. Sebahagian besarnya lagi akan tinggal lama di malaysia sehingga mendapat taraf penduduk tetap malaysia. Ada sesetengah pembantu rumah dan pembantu kedai yang amat setia bekerja dengan majikannya sehingga 10 tahun. Badan bulan dia akan mengirim duit ke kampungnya dan selebihnya di simpan. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapat juga segelintir pembantu rumah dan pembantu kedai yang nakal tangan panjang mencuri harta majikannya sebelum lari dengan begitu sahaja. Ada juga yang bertindak menggoda majikannya sehingga rumahtangga menjadi bergoyang.

Namun begitu, perlakuan segelintir kecil yang agak nakal tidak boleh dijadikan ukuran keseluruhan pendatang Indonesia. Adalah sesuatu yang tidak sepatutnya menghukumkan mereka semuanya jahat dan pencuri. Daripada dua juta warganegara Indonesia, sekiranya seramai 50 orang yang membuat nakal, adakah kita akan menghukum merekka semua memiliki tingkahlaku yang buruk? Sudah tentunya tidak.

MUngkin yang menimbulkan kemarahan kepada segelintir warganegara Indonesia adalah beberapa kes penderaan pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia. Kes Nirmala Bonat dan terbaru kes Manohara amat menambahkan lagi kemarahan yang telah sedia ada. Mereka berpendapat rakyat Malaysia adalah terlalu sombong dan perlu diajar. Kes di Ambalat dilihat lagak Malaysia yang langsung tidak mahu mengalah dengan jiran Indonesia. Mereka juga melihat rakyat Malaysia sebagai tidak berterima kasih di atas sumbangan pekerja sektor pembinaan dan perladangan yang majoritinya adalah pekerja Indonesia. Sumbangan ke atas ekonomi Malaysia melalui pekerja Indonesia dilihat seolah-olah tidak dihargai ibarat kata 'habis madu sepah dibuang'.

Mungkin golongan ekstremis perlu juga melihat bahawa di kalangan rakyat Indonesia, agak ramai juga yang agak naka dan mungkin boleh diistilahkan sebagai jahat. Tengoklah berapa ramai majikan yang amahnya orang indonesia melarikan diri begitu sahaja selepas mencuri barang berharga. jangan juga terlepas pandang dengan sesetengah rumahtangga yang goncang gara-si suami digoda dan tergoda dengan godaan pembantu rumah yang muda. Jangan dilupai juga dengan mangsa-mangsa rompakan penyamun nekad Indonesia yang cukup berani dan hati kering ketika melakukan aktivitinya. Sudah berapa ramai rakyat malaysia terbunuh dan cedera ketika mempertahankan harta mereka dari dirompak. Sebahagian perompak itu terbujur kaku ditembak oleh pihak polis. Jangan juga terlepas pandang dengan kejadian beberapa anak gadis Malaysia dibawa lari ke seberang setelah dipujuk dengan kata-kata manis pria seberang!

Perkara yang berkaitan dengan Arwah Dr. Azahari dan Noordin Mat Top juga cuba dihubungkan dengan kerajaan Malaysia oleh golongan ekstremis Indonesia. Mungkin secara kebetulan mereka rakyat Malaysia dan disyaki terlibat dalam melakukan pengeboman di Jakarta dan Kuta Bali, terus dikaitkan dengan Malaysia. Sehinggakan ada yang menganggap bahawa mereka adalah ejen kerajaan Malaysia diutuskan untuk memporakperandakan Indonesia supaya ekonomi Indonesia tidak makmur dan maju.

Siasatan terbaru mandapati bahawa mereka yang melakukan sekatan adalah diupah oleh golongan tertentu untuk mengeruhkan hubungan dua negara serumpun ini. Ada pihak yang akan bertepuk tangan apabila dua negara Islam dan serumpun bergaduh. Mereka akan tersenyum kerana kesabaran sesetengah pihak semakin kurang apa bila diapi-apikan. Mereka sebenarnya inginkan semangat persaudaraan Islam NUsantara goyah dan ini akan menyukarkan lagi usaha pembentukan kesatuan Islam Se Nusantara menjadi lebih kuat dan bakal bersatu membawa panji-panji Islam dari Timur. Ini adalah sesuatu yang amat digeruni dan sudah lama dihidu oleh musuh bersama umat Islam Nusantara. Mereka sedaya upaya mungkin mahukan umat Islam Nusantara tidak bersatu sebagaimana berpecahnya umat Islam Arab!

Syukur pemimpin kedua negara tidak melatah dan terus bersikap rasional melihat keadaan ini. Perbincangan secara harmoni mencari jalan tengah terus dilakukan dari semasa ke semasa. Golongan cerdik pandai dan intelek bersama-sama mengutuk kajadian menyekat jalan menyapu rakyat Malaysia di Indonesia. Pemimpin negara Malaysia iaitu Najib Tun Razak adalah berketurunan Bugis Makasar yang mustahil mahu mengeruhkan lagi hubungan. Beberapa kali Najib ke tanah tumpah darahnya di Makasar berjumpa dengan pemimpin di sana. Adalah suatu yang tidak logik satu keturunan mahu bergaduh disebabkan isu yang remeh. Pertalian darah yang wujud juga boleh menenangkan suasana yang cuba ditimbulkan oleh segelintir pihak yang ingin menangguk di air keruh.

Sebahagian besar rakyat Malaysia dan Indonesia pula adalah berasal dari rumpun yang sama. Sebahagian besar penduduk negeri Johor, sebahagian Selangor dan Perak adalah berasal dari Pulau Jawa. Ramai juga yang berbangsa Banjar. Negeri Sembilan pula adalah suku Minang dari Sumatera. Demikian juga dengan suku bangsa Acheh. Betapa rapat dan dekatnya hubungan persaudaraan antara rakyat kedua negara. Tidak keterlaluan jika boleh dianggap sebagai adik dan abang. Masakan rakyat negara Indonesia sebagai si abang sanggup melanyak si adiknya sendiri apabila melihat adiknya sedikit lebih maju dan kaya?

Demikian juga dengan penduduk di Sabah dan Sarawak. Betapa ramainya penduduk di daerah Tawau yang berbangsa Jawa, Banjar dan Bugis. Begitu juga dengan daerah lain di Sabah. Mereka bergaul mesra dengan penduduk tempatan seperti Dusun, Bajau, Sungai, Murut dan lain-lain. Ramai yang tidak mengetahui bahawa pendakwah yang begitu bekerja keras menyebarkan Islam di pedalaman Sabah adalah dari Tanah Jawa. Begitu ramai penduduk di Ranau dan Kundasang memeluk Islam atas usaha pendakwah dari Jawa. Mereka bekerjasama erat dengan penganut Islam dari suku Suluk dan Bajau meredah hutan dikaki gunung kinabalu menyiarkan agam Islam.

Menurut cerita warga tua dari Kudat, banyak jasa daripada suku Jawa dan Bugis di sana. Ketika serangan tentera Jepun di Kudat, dikatakan tentera jepun mengganas membunuh penduduk peribumi Kudat. Penduduk yang tidak bersedia kucar kacir mempertahankan diri dan daerah kudat. Bantuan diminta kepada Pulau Jawa dan Sulawesi. Maka sejumlah enam buah kapal yang berisi pejuang jawa dan Bugis belayar ke Kudat untuk sama-sama berjuang melawan tentera Jepun. Begitu juga dengan daerah lain di Sabah. Itulah sebabnya terdapat banyak kampung Jawa warisan pejuang dahulu di Kudat.

Sebenarnya bukan dinaksudkan suku lain di Kudat tidak berjuang untuk mempertahankan bumi Kudat. Suku-suku pribumi yang lain seperti Rungus, Iranum, Ubian, Bajau dan lain-lain juga berganding bahu bersama-sama mempertahankan bumi Kudat dan Sabah keseluruhan. Akan tetapi kadang-kala mungkin kurangnya persediaan awal menyebabkan mereka terpaksa berundur terlebih dahulu. Di kala itu, bantuan diminta dari suku dan tempat lain. Demikianlah akhirnya mereka bersatu dengan suku Dusun Kimaragang dan Suku Sungai dari daerah Marudu. Begitu juga dengan Suku Brunei dan lain-lain menggabungkan diri bersatu menentang penjajah, sama ada British mahupun Jepun.

Sep 4, 2009 at 04:21 o\clock

Belajarlah untuk mengatakan 'cukup'

by: zaris   Keywords: bersyukur

 (artikel ini diambil dari www.webkl.net)

Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.
Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai
keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin& orang2 yang beramal soleh...

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya takkenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya
ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal,Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang
businessman yang sibuk.



Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap
pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak
maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan,datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la
dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)
"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini.
Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta
Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what
to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal
tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang
macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering
berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi,atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia
yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit
dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?



Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah
orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?
Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang
kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh.
Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allahmeletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak
bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa
minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,
berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur.
Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang,
Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat
melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the
other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak
bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya
sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.
Siapa yang taknak gaji besar, kan?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki
sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan
makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah
cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila
dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3
kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan
solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah
beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang,
semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok
kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalamhati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2.
Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia
(bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepadaYang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin
dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan,tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin
dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2
dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung takrehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad
je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak
boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti,saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat
saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2
sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru?
Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang
lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga
Mu.Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk
adalah akibat kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,

Wassalamualaikum warahmatullah


Note: *Belajarlah mensyukuri nikmat Allah S.W.T...*"