PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Jun 24, 2009 at 03:36 o\clock

Kecelaruan pemahaman umat Islam Malaysia

by: zaris   Keywords: umat, Islam, Malaysia, celaru

Aku bukannya seorang yang dikira sebagai seorang yang memiliki ilmu agama yang mendalam dalam bidang agama. Akan tetapi berdasarkan kepada pergaulan dan pemerhatian, umat Islam di Malaysia sekarang agak bercelaru tentang pemahaman terhadap ajaran Islam. Aku maksudkan begini kerana golongan seperti Wahabi semakin banyak di malaysia. Aku mendapat tahu perkara ini apabila melihat kepada sesetengah orang Islam apabila habis solat berjamaah akan terus bangkit tidak mahu berzikir. Ini adalah antara ajaran wahabi.

Golongan Islam liberal pula seolah-olah kebal tanpa sebarang usaha kerajaan untuk membendungnya. Majlis ceramah yang diadakan hanya sekadar untuk golongan pertengahan dan bawahan sahaja. Sedangkan forum khas untuk menangani masalah Islam liberal untuk golongan elit negara tidak pula diadakan. Kenapa? Mungkin kerana mereka sebenar antara pendokong golongan ini. Antara pertubuhan yang mendukung fahaman ini adalah Sister In Islam (SIS).

Semua ulama' di Malaysia mengetahui bahawa SIS merupakan duri dalam daging kepada umat Islam yang cintakan syariat Nabi Muhammad SAW. Mereka bercakap dengan begitu berani dan lantang seolah-olah tidak takutkan sesiapa. Mungkin mereka mengetahui bahawa mereka tidak akan diapa-apakan oleh sesiapa di Malaysia. Aku pernah sekali melihat seorang orang kuat SIS telah diundang oleh TV9 untuk menyertai forum. Ianya telah disiarkan secara langsung untuk tontonan umum. Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan membahayakan seluruh umat Islam.

Golongan inilah yang begitu kuat menentang pihak berkuasa agama apabila pihak agama tersebut melakukan penangkapan terhadap peserta ratu cantik di negeri Selangor. Tanpa mengetahui hujung pangkal mereka terus menghentam membabi buta tindakan tersebut. Mereka berterusan menghentam menerusi tulisannya di majalah dan blog tindakan tersebut sebagai barbarian, tidak bertamadun dan ala taliban (tetapi mereka sendiri tidak pernah ke Afghanistan melihat pemerintahan Taliban). Paling dikesalkan apabila ada juga orang politik yang menyokong mereka. Sedihnya melihat mereka sanggup diperalatkan oleh golongan anti Islam demi mendapatkan sedikit sokongan untuk mendapatkan kuasa.

Jun 18, 2009 at 07:49 o\clock

Kenangan di Penjara Kajang 22

by: zaris   Keywords: Penjara, Kajang

Seingat aku lebih kurang 3 atau 4 tahun lepas berlaku satu kes kematian seorang banduan di Penjara Penor, Pahang. Kejadian tersebut berlaku kerana banduan itu mahu melarikan diri. Beberapa orang wader termasuk pegawai tinggi amat geram bertindak membelasah banduan tersebut. Mereka tidak menjangka tindakan mereka memukul banduan tersebut telah mengakibatkan kematian. Kes tersebut begitu hangat diperkatakan di kalangan kakitangan penjara seluruh malaysia, termasuk penjara kajang. Aku perasan hanya sekali Harian Metro menyiarkan berita tersebut, itu pun berita amat ringkas dan ruangan sedikit.

Kisah tersebut sudah agak lama. Pegawai dan wader yang terlibat telah disiasat dan mana2 yang terlibat telah diambil tindakan. Perbicaraan dimahkamah berlangsung dengan hangat kerana kes ini melibatkan kehilangan satu nyawa yang tidak sepatutnya mati dengan cara itu. Aku merasakan bahawa orang awam mungkin kurang mengambil perhatian dengan kejadian sebegini kerana di Malaysia sekarang saban hari berita melaporkan kes bunuh, rompak, samun dan lain-lain. Akan tetapi di penjara kajang, kes ini dibualkan dengan panjang dan agak serius kerana sebahagian pegawai di sini mengenali mereka yang terlibat dengan kejadian tersebut.

Mengikut cerita lisan, banduan tersebut adalah pesalah dadah. Abangnya pula seorang inspektor polis. Abangnya yang sayangkan adiknya telah bertindak menahan dan sanggup menghantar ke penjara dengan tujuan  dan harapan supaya adiknya berjaya dipulihkan di penjara. Akan tetapi perkara yang tidak sangka telah berlaku. Bukan adiknya yang sudah pulih keluar dari penjara, sebaliknya mayat yang tidak bernyawa!

Perbicaraan memakan masa yang agak lama. Segala tipu helah, muslihat dan putar belit digunakan oleh tiap-pihak untuk menang. Sebagai permulaan, semua pegawai yang terlibat didakwa dibawah seksyen 302, membunuh dengan niat. Awalnya semua yang terlibat dituduh bersama-sama, di mana sekiranya sangkut akan dikenakan hukuman gantung mandatori. Pegawai yang terlibat pula saling berusaha untuk membebaskan diri masing-masing. Masalah untuk melepaskan diri bertambah sukar kerana ketika kajadian tersebut, cctv terpasang dan terakan secara tidak sengaja. Memang kelihatan dengan jelas perbuatan pegawai-pegawai memukul banduan tersebut. Kelihatan dengan jelas banduan menggerekot kesakitan dipukul tanpa belas kasihan. Mungkin pegawai-pegawai merasa amat geram dan melepaskan geram semahunya kerana mahu lari dari penjara.

Aku tidak mengetahui kesudahan episod tersbut. Ini kerana aku meninggalkan kerjaya di Penjara Kajang ketika proses perbicaraan sedang hangat. Walau pun bagitu apabila aku terjumpa dengan kawan-kawan, aku kadang-kadang akan bertanya perkembangan di penjara dan kesudahan kejadian tersebut. Menurut cerita, hanya seorang pegawai atasan yang sangkut kes tersebut dan dijatuhi hukuman dibawah seksyen 302 membunuh dengan niat. Manakala pegawai lain yang turut sama memukul membunuh tanpa niat atau memukul. Aku tidak mengetahui sesahihan cerita tersebut. Ini kerana mahkamah di Malaysia ada sedikit kelonggaran yang mana rayuan demi rayuan boleh dibuat untuk menimbulkan keraguan terhadap pertuduhan yang dibuat dan seterusnya seseorang itu boleh terlepas dari hukuman yang sedang dijalani.

Aku sudah banyak kali melihat pesalah BA (banduan akhir) yang hanya menunggu hukuman gantung di blok apabila melakukan rayuan demi rayuan akhirnya berjaya dan pulang ke rumah dengan gembira. Peguam-peguam yang hebat dan kaki pembelit akan diupah untuk memenangi kes yang melibatkan nyawa. Usaha membuat rayuan tanpa putus asa banyak mendatangkan kejayaan kepada pesalah-pesalah yang pada awalnya telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Segala harta benda dan wang ringgit seperti rumah, kereta dan tanah akan dijual demi mendapatkan wang untuk membebas satu nyawa.

Sebenarnya seolah-olah menjadi kepantangan yang besar apabila seseorang banduan atau tahanan mahu melawan arahan seseorang pegawai. Percubaan melarikan diri pula adalah sesuatu yang dianggap sukar dimaafkan. Ini kerana pegawai yang terlibat ketika banduan tersebut cuba lari akan diambil tindakan tatatertib dan tidak mustahil dibuang kerja sekiranya kejadian tersebut disebabkan kecuaiannya. Apabila seseorang banduan melawan arahan, maka ini akan dijadikan alasan yang kuat untuk menggunakan kekerasan melepaskan geram yang ditahan selama ini. Inilah yang terjadi kepada banduan ini yang mati dibelasah dengan teruk apabila cuba melarikan diri.

Tindakan kakitangan penjara yang melakukan tindakan mengikut perasaan adalah tidak bijak dan memakan dirinya sendiri. Ini kerana masa sekarang bukan lagi penjara zaman dahulu yang hanya menggunakan kekerasan semata-mata. Dengan senang sahaja peguam boleh diupah untuk mendakwa mana-mana pegawai penjara yang dia tidak berpuas hati. Pendek kata, kerjaya di penjara pada masa sekarang memerlukan kebijaksanaan untuk mengendalikan sebarang masalah yang timbul.

Seorang Inspektor penjara pernah didakwa kerana melakukan kecederaan kecil terhadap seorang banduan. Kecederaan tersebut adalah jari kelingking banduan tersebut telah terseliuh dipulas oleh Inspektor tersebut. Ini disebabkan banduan tersebut bermulut cabul dan menghina ibu dan bapa Inspektor itu. Dia amat marah dan terus menyepak dan memukul dengan lutut banduan tersebut sebelum memulas tangan sehingga jari banduan itu terseliuh. Akhirnya banduan itu tidak puas hati dan melantik peguam untuk mendakwa pegawai tersebut memukulnya tanpa sebab dan alasan yang sepatutnya.

Sekiranya kita bersembang dengan agensi yang mempunyai kuasa untuk melakukan penyiasatan terhadap sesuatu jenayah seperti Polis, Badan Pencegah Rasuah bahkan pihak penjara sendiri, kita akan mendapati teknik penyiasatan yang melibatkan penderaan sebahagiannya tidak akan mendatangkan kesan kecederaan kepada fizikal. Apabila kaedah begini dilakukan maka pihak yang mendakwa tidak akan mendapati sebarang bukti penyeksaan/penderaan terhadap fizikal suspek. Dengan itu, pihak yang melakukan penderaan akan dapat melepaskan diri.

Teknik yang biasa dilakukan adalah dengan memukul tapak kaki. Suspek akan disuruh berbaring atas lantai atau meja dan berkedudukan berlunjur. Kemudian taka kaki tersebut akan dipukul dengan kayu sebesar dua jari ataupun paip getah. Kesakitan yang dialami akan dirasai hingga ke seluruh badan. Sekain kuat pukulan, maka semakin kuat kesakitan yang dirasai. Menjadi perkara biasa banduan menangis sambil merayu supaya tidak dipukul kerana sakit yang berdenyut. Pukulan di tapak kaki tidak akan mendatangkan kesan kecederaan walau sedikit pun, kecuali kalau pukulan yang amat kuat yang mengakibatkan patah tulang kaki. Akan tetapi kes begitu amat jarang berlaku.

Aku tidak mengetahui kaedah yang digunakan oleh lain-lain agensi penguatkuasa apabila melakukan penyiasatan. Akan tetapi perbualan di kedai kopi sering juga dibualkan cara mereka mendera suspek yang disyaki melakukan kesalahan. Ada yang menceritakan antara kaedahnya adalah dengan cara suspek tersebut disuruh berbaring dangan membuka baju. Seterusnya sebongkah ais yang besar akan diletakkan atas dada. Suspek yang kesejukan yang amat sangat akan menceritakan perkara sebenar. Kesan deraan tidak akan dapat dikesan.

Ada juga yang menceritakan tentang cara mahu mengorek rahsia bagi suspek yang amat degil. Kadang-kadang orang yang amat degil perlukan cara yang amat senang untuk menyelesaikannya. Mereka menggunakan lipas atau cicak. Binatang itu akan dimasukkan dalam gelas atau cawan. Seterusnya cawan atau gelas tersebut akan dilekapkan ke badan suspek. Suspek yang kegelian yang amat sangat dan sakit digigit binatang tersebut akan merayu supaya dilepaskan. walaupun kesakitan digigit binatang itu tidak ketara, tetapi mungkin kerana geli geleman dengan binatang itu menyebabkan mereka tidak tahan dibuat begitu. Ada yang yang menggunakan tikus dan cacing tanah untuk tujuan itu!