PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Apr 6, 2009 at 05:26 o\clock

Rahsia tiang roman yang besar

by: zaris   Keywords: tiang, romen

Aku bersembang dengan seorang Profesor dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Di seorang yang amat pakar dalam politik Malaysia dan kerap berjalan ke serata dunia. di setiap negara yang dilawatinya dia akan memerhatikan dan akan memikirkan rahsia disebaliknya. seterusnya dia akan memuatkan dalam tulisannya ataupun akan menyebutkan dalam ceramah yang disampaikannya.

Dia menyatakan bahawa dia pernah ke negara bekas tinggalan  kerajaan Rom purba. kerajaan Rom dahulunya merupakan sebuah kerajaan yangamat besar dan kuat. kerajaan Rom timur pula berpusat di Konstantinople, iaitu Intanbul sekarang. apabil Turki Uthmaniah menawan kota tersebut, maka mereka menukarkan namanya kepada Intanbu dan kekal menjadi ibu kota Turki sehingga sekarang.

Di Rome, Profesor tersebut melawat bekas tinggalan kerajaan purba Roman yang gemilang di zaman dahulu. dia mendapati tiang2 istana dan kota Roman menyamai dengan tiang2 rumah batu penduduk malaysia, seolah2 menggambar pengaruh kehebatan dan kecantikan senibina rumah yang menggunakan tiang sebegitu juga sampai ke Malaysia. Cuma yang membezakannya adalah tiang di kota Rome purba kebanyakannya besar, bahkan amat besar jika dibandingkan dengan tiang rumah2 di Malaysia.

Seterusnya profesor tersebut ingin mendapatkan rahsia kenapa tiang-tiang tersebut dibuat dengan besar, sedangkan sekiranya saiz yang tidak sebesar itu tidak akan meruntuhkan binaan mereka. dia merasakan pasti ada sesuatu kenapa tiang roman dibuat sampai begitu besar.

Dia terus bertanya kepada beberapa penduduk di sana. namun jawapan yang diberi tidak memuaskan hati beliau. hampir sama jawapan yang diberikan kepada beliau iaitu sekadar mencantikkan binaan. akhir sekali terdapat seorang yang memberikan jawapan yang menarik yang mengandungi makna yang cukup mendalam sekiranya difikirkan dengan lebih halus.

Jawapan yang diberikan adalah untuk memberikan kegerunan kepada orang-orang yang datang ke istananya. seseorang yang datang sebagai wakil negara asing apabila duduk disebelah tiang yang besar, dalam istana yang besar akan merasa amat kecil dan amat hina berhadapan dengan maharaja Rome. kedudukan maharaja yang kelihatan hebat dengan istananya yang besar, keadaan tiang yang besar serta hiasan emas dan permata menyukarkan mana2 wakil kerajaan untuk mengatakan tidak terhadap kata2 serta arahan maharaja.

ini adalah kesan psikologi yang bijak untuk menundukkan seseorang tanpa menggunakan kekutan fizikal. melihat kepada suasana sahaja sudah cukup menggerunkan orang asing dan akan melemahkan semangat dan akan menyerah kalah sebelum berjuang. dikatakan beberapa wakil kerajaan asing apabila dijemput ke istana Kaisar Rome akan terus tunduk begitu sahaja.

akan tetapi pfofesor tersebut menyatakan bahawa wakil kerajaan Uthmaniah telah datang kepada kerajaan Rome dengan iman yang kental dan ketakutan hanya kepada Allah Taala. Tidak ada langsung perasaan ketakutan apabila memasuki istana Roman tersebut. Wakil kerajaan Ustmaniah telah memberi amaran akan serangan untuk menakluki kota Constantinople. Betapa beraninya wakil tersebut sehinggakan tiada langsung kegerunan terhadap kehebatan bangunan Roman.

Maharaja Rome mencabar kerajaan Uthmaniah supaya menyerang kota tersebut. dia amat berbangga dengan kebesaran kerajaannya. dia sombong dengan kehebatannya dan kakuatan pertahanan pelabuhannya yang meletakkan rantai2 besar untuk menghalang kemaraan kapal2 perang Sultan Uthmaniah. Namun begitu keberanian dan kehebatan Sultan Muhammad AlFateh mengatur strategi perang telah melenyapkan kesombongan maharaja Rome dengan menakluki kota tersebut dan menukar menjadi Istanbul. Dikatakan baginda berumur 25 tahun ketika penyerbuan tersebut. walaupun umurnya masih muda, tetapi kekuatan iman dan jihad serta keyakinan yang mendalam terhadap keagongan Allah Taala menyebabkan misi yang lakukannya telah berjaya!