PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Mar 24, 2009 at 01:33 o\clock

Apabila orang berilmu diasingkan

by: zaris   Keywords: orang, berilmu

mengikut sabda nabi SAW, Ulamak itu pewaris nabi. Ulamak patut didampingi untuk dicari ilmu yang berada dalam dadanya. namun begitu, apakah yang terjadi seandainya golongan ulamak dijauhkan dari masyarakat? contohnya seperti zaman dahulu di mana imam-imam besar seperti imam malik dan abu hanifah dipenjarakan. sudah tentu mendatangkan kesan yang besar ke atas masyarakat dan kerugian yang besar ke atas ummah.

di setiap zaman, penjara pasti akan menerima tetamu daripada golongan ulamak. kalau kita meneliti sejarah nabi-nabi, kita akan mendapati nabi Yusof Alaihi Salam telah dimasukkan ke penjara, walaupun bukan disebabkan kesalahannya. tetapi sesuatu yang menarik pada kisah nabi Yusof a.s bila baginda mengatakan bahawa penjara itu lebih disukai oleh baginda daripada berada di luar yang penuh dengan dugaan yang menggoncang iman.

di dalam penjara Baginda tetap melakukan usaha dakwah, mengajar tahanan mengenal Allah dan syariat. Baginda tidak menganggap penahanannya sebagai penghalang untuk berdakwah, walaupun tanpa kemudahan yang banyak dan pergerakan yang terbatas. akan tetapi dakwah melalui lisan dan perilaku yang baik memberi kesan yang amat baik kepada tahanan sewaktu baginda berada bersama-sama mereka dalam penjara.

jika kita melihat kepada zaman penjajahan inggeris ke atas tanah melayu dan bornoe, begitu juga dengan penjajahan belanda ke atas kepulauan indonesia. teknik yang sama juga digunakan untuk melunturkan dan melenyapkan penantangan penduduk pribumi ke atas penjajah. ini adalah satu cara yang cukup bijak yang dilakukan oleh pihak penjajah tanpa menggunakan kekuatan ketentaraan yang pembiayaan kewangan yang besar dalam membendung kemaraan pejuang kesatria nusantara.

contoh yang paling ketara adalah kisah perjuangan abdul rahman limbong, pejuang serta ulamak besar terengganu yang tidak putus2 meniupkan semangat jihad para kesatria untuk menentang inggeris. inggeris yang melihat betapa besarnya pengaruh telah memikirkan cara yang terbaik untuk mengani kebangkitan yang amat menggerunkan itu. sekiranya mahu menghadapi dengan kekerasan dan kekuatan ketenteraan, maka kewangan dan masa yang diperuntukan untuk menghadapi pejuang ini adalah amat merugikan.

akhirnya pihak inggeris mengambil keputusan untuk mengambil pendekatan pujukan, helah berlembut seolah2 berdiplomasi dengan pejuang ini. Pihak Inggeris mencadangkan supaya dihantar (dibuang) ke Makkah. Entah kenapa Sultan bersetuju dengan cadangan tersebut. Mungkinkah sultan tidak dapat menghidu muslihat Inggeris ini. Atau sultan telah diugut atau disogok dengan pujukan yang lebih halus. Tetapi yang penting di sini, kaedah serta cara yang digunakan oleh British amat bijak sehingga tidak terjangkau oleh sebahagian besar bangsawan dan cerdik pandai Melayu masa itu.

Inggeris memujuk dengan mengatakan bahawa Tanah Makkah amat sesuai dengan Tuan Guru Haji Abd. Rahman Limbong. Inggeris akan membawanya ke sana dengan perbelanjaan sepenuhnya ditanggung oleh British. Keselamatan akan dijamin sepenuhnya oleh British. Segala makan minum, penginapan di Makkah telah diuruskan selayaknya sebagai seorang Tuan Guru yang besar. Kononnya itu adalah penghormatan kepada seorang yang amat dihormati, iaitu ke tempat yang paling diingini oleh setiap umat Islam. Kata2 lunak dan halus menusuk ke jiwa Sultan Terengganu sehingga baginda bersetuju dengan cadangan tersebut.

Pihak British menarik nafas lega dengan persetujuan Sultan Terangganu. Ternyata sudah mendapat kemenangan politik. Lambat laun pasti mereka akan menang mengatasi kemelut penentangan rakyat terengganu menggunakan cara ini. Mereka merasakan adalah berbaloi segala perbelanjaan untuk menanggung perjalanan dan perbelanjaan Tuan Guru ini di Makkah apabila mereka berjaya membolot hasil bumi negeri Terengganu suatu masa nanti.

Begitulah nasib Rakyat Terengganu apabila ulama dan Tuan Guru mereka disisihkan dan dihantar ketempat lain. Sepatutnya orang yang berilmu mesti bersama2 masyarakat, bergaul setiap hari memberikan cahaya penunjuk kebenaran dan meniup semangat jihad. Apabila diasingkan, maka semangat akan pudar sedikit demi sedikit dan lama kelamaan akan hilang!

Aku beberapa kali ke KEMTA. Di sana, kadang-kadang aku terfikirkan ada persamaan yang dilakukan oleh pihak Inggeris dengan pihak berkuasa Malaysia. Di sana sebahagiannya adalah orang-orang yang berpendidikan tinggi. Antaranya berstatus Profesor, Doktor, bekas-bekas pensyarah yang pernah belajar di Timur Tengah dan lain-lain universiti yang semestinya mempunyai ilmu yang cukup banyak. Akan tetapi apabila dikurung di KEMTA, segala ilmunya tidak dapat dimanfaatkan kepada orang awam. Mungkin ini merupakan satu kerugian kepada negara? Susah untuk difahami rasional disebalik kenapa pihak kerajaan menahan orang-orang yang berpendidikan seperti ini.

Apabila melihat keadaan mereka, kadang-kala timbul perasaan kasihan apabila seseorang seperti mereka seolah-olah tidak dapat meluahkan ilmunya. Itulah sebabnya apabila pihak KEMTA membuat sesuatu program dengan membawa masuk orang yang berpendidikan untuk memberi ceramah kepada mereka, maka mereka akan mendengar dengan teliti, kemudiannya akan bertanyakan soalan serta memberikan pendapat yang berisi. Kadang-kadang mereka tersenyum apabila jawapan yang diberikan oleh penceramah ada berbeza dengan pendapat mereka!

Apa yang jelas, sama ada sedar atau tidak karisma atau kewibawaan mereka semakin menurun. Walaupun tidak hilang terus, tetapi sedikit demi sedikit didapati semakin hilang dan makin berkurang kehebatan ilmunya. Mungkin ini disebabkan oleh suasana dalam KEMTA atau kurangnya pembacaan semasa ditahan di sana. Pergaulan meraka juga terbatas semasa ditahan di sana. Seola-olah tiada benda baru yang mahu dikongsi bersama-sama mereka.