menyambut kelahiran dan penjagaan bayi ketika kecil
macam2 cara dan petua orang tua2 apabila berhadapan dengan kelahiran bayi, yang mana sebahagian orang muda zaman sekarang kurang mengambil berat keadaan tersebut. bukan sahaja bayi yang perlu penjagaan rapi, tetapi juga ibu yang bersalin juga perlulah menjaga pemakanan dan pantang larang yang secukupnya. ini bertujuan supaya kekal sihat bertenaga dan badan tidak mudah dihinggapi penyakit.
kalau dulu, ibu akan melahirkan anak di rumah sendiri. Bidan akan datang ke rumah untuk menyambut kelahiran bayi. Bidanlah yang akan bertanggungjawab dari a ke z ketika situasi genting tersebut. Semestinya bidan memiliki pelbagai ilmu dan petua supaya bayi dan ibu yang dilahirkan akan selamat dan sihat serta tidak cacat. Berbeza dengan sekarang, hampir semua kelahiran akan dilakukan di hospital kerajaan atau di hospital swasta. kadang-kadang terjadi kes di mana siibu tidak menyedari keadaannya yang hampir untuk melahirkan anak dan tidak berdaya untuk ke hospital telah bersalin di rumah. Biasanya jururawat dan kakitangan hospital akan datang ke rumahnya untuk menolong apabila mendapat penggilan kecemasan begini.
Sesetengah hospital memberi kebenaran kepada suami untuk masuk ke bilik bersalin bagi melihat sendiri proses kelahiran bayi. Sebahagian lagi tidak membenarkan kerana tidak mahu kakitangan hospital merasa terganggu ketika menyambut kelahiran bayi. Bagi yang memberi keizinan kepada suami supaya masuk, mereka menggalakkan suami supaya memberi kata-kata semangat kepada isteri. Mengikut sesetengah petua orang tua-tua, suami tidak digalakkan masuk melihat. Kalau masuk pun jangan sesekali melihat ketika bayi keluar. Ini kerana akan meninggalkan kesan psikologi kepada suami apabila mahu menjimaki isterinya suatu hari nanti.
Apabila bayi selamat dilahirkan, maka akan keluar bersama-samanya benda yang disebut sebagai uri. Uri dianggap sebagai saudara kembar bayi. Oleh sebab itu, proses menguruskan uri perlu dilakukan dengan cara yang betul. Orang tua-tua mempunyai banyak petua dan pantang larang tentang cara membawa uri, membasuh, membungkus sehinggalah kepada menanam uri. Kesilapan menguruskan uru tersebut dikhuatiri akan mendatangkan kesan kepada bayi seperti gatal-gatal dan masalah kesihatan.
Pengurusan penanaman akan dilakukan oleh suami. Uri akan diberikan kepada suami selepas beberapa jam selasai kelahiran, iaitu apabila semua proses kelahiran telah selesai, ibu dan bayi sudah berada di wad dan keadaan sudah terkawal. Bisanyanya uri yang diberikan kepada si suami masih berkeadaan seperti asal, iaitu dengan kesan darah yang masih belum dibasuh. Uri tersebut selalunya dibungkus dengan kertas yang agak tebal untuk mengelakkan darah tumpah keluar.
Mengikut petua sesetengah orang di sebelah utara, si suami apabila mahu membawa balik uri untuk ditanam perlu digalas atas belakang, bukan dengan cara mengenggam atau dibimbit. Tidak diketahui rasionalnya, mungkin mahu menunjukkan bahawa penghormatan bahawa uri dulu merupakan saluran makanan bayi yang bersambung dengan tali pusat. Uri teman bayi dan banyak memberi jasa kepada bayi.
Di rumah, uri tersebut akan dibasuh dan dibungkus dengan seeloknya dengan cara yang tertentu sebelum ditanam. Cara membasuhnya adalah dengan dialaskan kain batik yang biasa dipakai sehari-hari oleh siibu. Baunya agak kuat kerana darah yang menyeliputi uri adalah darah nifas yang masih baru dan jarang dihidu. Membasuh perlulah agak lama supaya kesan darah dapat dibersihkan sebersih-bersihnya. Keadaan uri yang lembik dan bekas sambungan tali pusat bayi perlu dibersihkan dengan hati-hati. Ia juga boleh menggunakan sedikit campuran air asam dalam proses membasuhnya dengan tujuan supaya bau darah dapat dikurangkan.
Apabila selesai dibasuh sebersih-bersihnya, maka uri tersebut akan dilumurkan dengan garam. Jumlah garam yang agak banyak pun tidak mengapa. Asam keping juga perlu perlu dilumur dan disertakan bersama-sama. Disertakan juga tiga batang paku atau sekiranya tiada paku, maka dibolehkan meletak tiga batang jarum. Uri tersebut beserta bahan tadi akan dibungkus dengan kain putih agak tebal dan diikat dengan kuat dan kemas. Seterusnya bungkusan uri tersebut akan ditanam.
zaman sekarang menjadi perkara kebiasaan apabila anak2 yang dilahirkan dihospital kerajaan mengamali masalah kuning. amat jarang yang tidak ada gejala kuning. faktor yang menyebabkan kuning kerap kali dibincangkan dan diperkatakan. ada yang mengatakan kerana pemakanan ibu2 yang banyak bahan kimia dalam makanan hari ni. ada yang menyatakan persekitaran hari ini yang kurang menyihatkan dengan habuk yang menyebabkan kuning dan banyak lagi.
apabila bayi itu disahkan kuning, terdapat banyak petua yang selalu diamalkan oleh orang2 dahulu dalam usaha untuk mengubati kuning tersebut. cara yang paling popular ialah dengan menjemur di cahaya matahari pagi. waktu pagi dengan cahaya yang beru keluar diyakini menyegarkan bayi apabila dijemur kepadanya. kadar jemuran tersebut pula tidaklah terlalu lama. memadailah lebih kurang setengah jam atau kurang.
aku bertanya orang cina yang mempunyai sedikit ilmu perubatan cina. mereka juga mempunyai asas kepercayaan yang sama dengan kaedah menjemur badan bayi pada cahaya matahari pagi. tetapi mereka mencadangkan supaya mata bayi ditutup kerana mata adalah bahagian sensitif pada bayi dan masih belum kuat. bagi orang melayu pula, mata tidak ditutup. memadai dengan dibuka pakaian dan dijemur.Akan tetapi berbeza pula sekiranya kita berjumpa dengan doktor di klinikatau hospital kesihatan. mereka tidak membenarkan menjemur di panas matahari. alasannya tidak dinyatakan dengan jelas. sebaliknya merekacuma mencadangkan supaya diberi susu badan ibu sebanyak mungkin, sejam setengah atau dua jam sekali. tujuannya supaya apabila bayi membuang air besar, maka kuning tersebut akan keluar bersama2 najis bayi tersebut.
mengikut kaedah orang2 tua pula, terdapat kaedah selain di atasĀ sebagai ikhtiar untuk mengurangkan kesan kuning pada bayi. satu caranya dengan memandikan bayi setiap pagi dan petang dengan rebusan air bercampur daun belimbing buluh. ada juga yang menggunakan pokok dukung anak. pokok dukung anak akan dicabut dengan akarnya sekali dan direbus. dikatakan akarnya yang paling elok.
ada juga setengah orang apabila berlaku kuning pada bayi yang baru lahir akan ke kedai ubatan tabib cina. dia akan menanyakan sensei cina. sensei cina tersebut ada berbagai jenis. ada yang jenis buah yang perlu direbus dan ada juga jenis akar kayu serta jenis tumbuhan. kadang2 cara mandian dengan ubatan cina lebih mujarab dalam menghilangkan kuning pada bayi.
pada zaman sekarang, pencemaran habuk disebabkan asap kenderaan dan jentera sering menyebabkan bayi batuk dan selesema. apabila ditanya doktor tentang masalah ini, mereka tidak mencadangkan bahkan amat tidak menggalakkan diberi apa2 ubat kepada bayi. ini kerana bayi masih amat kecil dikhuatiri mendatangkan kesan yang membahaya kepada bayi. dikhuatiri juga bayi akan mengalami pemberhentian nafas sacara mengejut yang akan mengakibatkan kematian.
akan tetapi ada juga sesetengah doktor di klinik swasta yang berani menyediakan ubat kepada bayi. ubat ini dicampur dengan air untuk mengurangkan kesannya, supaya cukup sekadar menghilangkan selesema dan batuk bayi. akan tetapi doktor ini sebenarnya pun masih dalam keadaan serba salah. tetapi ada juga sesetengah doktor homeopathi yang menyediakan ubat kepada bayi yang selesema. ubat ini jenis air yang didakwanya tidak mendatangkan kesan kepada bayi. akan tetapi cara penggunaan ubat homeopathi perli diambil dengan cara yang dinasihati oelh pakar homeopathi.
mengikut pakar dan orang yang biasa mendapatkan rawatan homeopathi bagi bayi yang mengalamai selesema, ubat itu apabila diberi kepada bayi akan mengakibatkan kahak dan lendir menjadi cair. seterusnya lendir tersebut akan keluar sendiri melalui hidung tanpa dipaksakan.
Terdapat satu petua tradisional bagi penyediaan ubat bagi bayi yang masih kecil sekiranya terkena batuk. bahan yang diperlukan adalan bunga belimbing, tak kisah sama ada belimbing buluh atau belimbing biasa. kemudian diambil seketul dua gula batu. kedua bahan tersebut dimasukkan dalam satu bekas dan dimasukkan sedikit air. apabila malam embunkan bahan tersebut dengan bacaan tiga kali selawat. Akan tetapi proses mengembunkan campuran air bunga belimbing dan gula melaka tersebut perlu diletakkan ditempat yang sesuai kerana dikhuatiri dimasuki semut. keesokannya campuran air gula batu dan bunga belimbing yang telah diembunkan tersebut diminumkan kepada bayi. Bayi senang meminum air tersebut kerana rasanya yang sedap dan baunya yang agak harum, tidak seperti setengah ubat moden yang mana amat tidak disukai oleh bayi.
