PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Dec 19, 2008 at 01:08 o\clock

kenangan di penjara kajang 20

by: zaris   Keywords: penjara, kajang

penjara kajang adalah sebuah penjara yang besar. kakitangannya daripada pegawai tinggi sehinggalah pegawai rendah adalah ramai dan mempunyai perilaku dan perangai yang pelbagai. pergaulan dengan manusia yang berbagai karenah membuatkan kita lebih berpengalaman dengan ragam kelakuan yang mematangkan pergaulan dalam kehidupan. setiap manusia walaupun mempunyai rambut sama hitam, tetapi mempunyai kehendak yang berbeza, impian yang berlainan dan pandangan tentang perancangan masa depan yang tersendiri.

mengikut pegawai2 yang senior dan berkhidmat lebih dari 10 tahun, kaedah menemuduga bagi jawatan wader lebih kepada temuduga terbuka. ini bermakna seseorang lebih mudah untuk memohon kerja tanpa mengisi borang dan prosedur yang banyak. caranya lebih senang dan agak koboi. mungkin masa itu cara bekerja dipenjara lebih kepada menjaga banduan supaya tidak lari dan program pemulihan masih kurang ditekankan. itulah sebabnya pegawai penjara diwaktu itu lebih ganas,berani dan amat senang menggunakan kekerasan untuk menangani banduan yang menimbulkan masalah. kaedah kaunseling dan motivasi adalah kurang.

akan tetapi zaman berubah, dan manusia pun kena berubah mengikut arus peredaran zaman. sekarang kalau memasuki kerja penjara atau mana2 pekerjaan kerajaan, maka perlulah megikut prosedur yang telah ditetapkan. gaji akan dibayar mengikut kelayakan seperti spm, diploma atau pun ijazah.pegawai2 tinggi sekarang pun kebanyakan anak2 muda yang baru keluar universiti yang semestinya memiliki ilmu agak banyak, tetapi amat kurang pengalaman berdepan dengan manusia bernama banduan dan tahanan. cara bekerja yang cuba diterapkan oleh pegawai2 muda pun agak sedikit berlainan dengan orang lama yang kadang2 kurang disenangi oleh oleh2 lama yang sudah lama berkhidmat. di sini kadang2 timbul konflik yang sering dibincangkan untuk mencari jalan terbaik bagi menangani banduan yang semakin mencabar. 

berbual2 bersama dengan orang lama kadang2 menyeronokkan dan memberikan cerita menarik untuk dikongsi. orang2 lama gemar menceritakan betapa kaedah kepenjaraan dahulu lebih memberikan kesan kepada pesalah di penjara. sebahagian besarnya amat mengemari kaedah cara lama yang mana hampir langsung tidak menggunakan kaedah kaunseling. tetapi 2-3 tahun kebelakangan ini orang lama seorang demi seorang telah tamat perkhidmatan dan pencen. seterusnya mereka digantikan oleh pegawai baru yang pastinya akan menggunakan konsep dan cara pemulihan yang baru.

pesalah2 dan banduan penjara dahulu juga merupakan seseorang yang digeruni dimasa itu. mereka penuh dengan ilmu dunia yang penuh mistik. kakitangan dan pegawai penjara juga tidak kurang memiliki ilmu mistik yang pelbagai. inilah yang dikatakan buku bertemu dengan ruas! terdapat sebuah penjara di pulau jerjak yang menempatkan pesalah di sini yang agak mustahil untuk pesalah melarikan diri walau sehebat mana pun ilmunya.

seorang bekas guru agama yang pernah berkhidmat di penjara kajang melebihi 20 tahun banyak menceritakan tentang kehebatan banduan2 dahulu, iaitu lebih kurang 10 tahun lepas. terdapat seorang banduan yang memiliki ilmu menghilangkan diri. ilmunya cukup hebat, iaitu apabila mengamalkannya dan apabila memijak tanah, maka dia terus ghaib. dalam sekelip mata dia akan muncul di rumahnya di perak. pegawai penjara yang mengetahui kehilangannya akan terus ke rumahnya di perak dan menangkapnya, terus memasukkan kembali ke panjara.

dia melakukan perkara tersebut sebanyak tujuh kali. setiap kali dia menghilangkan diri, pasti dia akan muncul di rumahnya dan pihak penjara yang menyakini kemunculannya pasti di rumahnya akan ke sana untuk mengambilnya kembali. akhir sekali dia mengatakan tidak ada faedahnya kalau melarikan diri dengan cara itu kerana pasti akan ditangkap kembali. maka dia pun redha dengan hukumannya dan akhirnya dibebaskan apabila tiba hari pembebasan.

terdapat juga seorang banduan yang memiliki ilmu mampu membuka gari dengan hanya melihat saja, tanpa menggunakan kunci. dia juga mampu keluar dari sel lokap dalam penjara tanpa dibuka pintu sel. menjadi perkara kebiasaan banduan itu secara tiba2 berada di luar lokap dan berbual dengan pegawai penjara bertugas. akan tetapi banduan tersebut tidak membuat hal dan akan mengikuti arahan pegawai penjara apabila diarahkan. banduan itu sebenarnya 3-4 kali masuk penjara kerana kes perempuan. setengah orang mendakwa dia juga mempunyai ilmu memikat perempuan yang hebat! 

di penjara kajang terdapat satu unit yang dipanggil unit berkuda. beberapa ekor kuda ditempatkan di sini dengan dijaga oleh beberapa orang pegawai dan kakitangan penjaga yang dilatih. beberapa pihak mempersoalkan rasional pewujudan unit berkuda ini. apakah kegunaan kuda2 ini? sekiranya jika beralasankan mahu menjaga banduan, mungkin tidak logik. ini kerana selama ini pun pengawalan banduan tanpa kuda tidak menimbulkan masalah. aku tidak pasti sama ada kuda2 tersebut pernah atau tidak dimasukkan ke dalam tembok penjara kajang.

kos penyelenggaraan kuda2 tersebut pula adalah mahal. duit yang sebanyak itu dicadangkan supaya disalurkan kepada kebajikan kakitangan penjara dibandingkan dengan diberikan kepada kuda tersebut yang masih belum digunakan walau sekalipun. sesetengah pegawai penjara menyatakan ketua pengarah penjara mahu mengikuti pihak polis yang mempunyai unit berkuda. pegawai tinggi penjara yang mendengar arahan ketua pengarah penjara dikatakan hanya mendengar dan mengikut membuta tuli tanpa memikirkannya sama ada berguna atau tidak arahan tersebut. 

aku mendengar khabar dari kawanku di penjara kajang sekarang sudah diwujudkan pula unit anjing pengesan. pewujudan unit ini adalah logik kerana bertujuan untuk mengesan dadah dan barang terlarang dalam bilik yang disembunyikan oleh banduan. mungkin juga mana2 pegawai penjara yang berhasrat untuk membawa masuk dadah ke dalam penjara akan terfikir dua kali kerana takut dikesan. 

Dec 18, 2008 at 06:08 o\clock

Kebahagiaan seorang suami

by: zaris

KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan  mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "