petua orang asli merawat penyakit cacar air
aku ada seorang kawan yang secara tiba2 telah terkena penyakit cacar air, atau lebih dikenali sebagai 'chicken pop'. umurnya sudah menjangkau lewat 20 an, yang mana jarang dijangkiti penyakit ini. ini kerana kebiasaannya penyakit ini terkena kepada kanak2 yang berumur kurang dari 12 tahun. penyakit ini mudah menjangkiti orang2 yang berada di persekitaran orang yang terkena penyakit tersebut.
secara kebetulan, kawanku itu bekerja secara langsung dengan jabatan orang asli. dia bekerja keluar masuk hutan setiap hari menjaga kebajikan orang asli, di samping berdakwah secara langsung mengajak kepada agama Islam. oleh itu dia boleh dikatakan rapat berdamping dengan orang asli sedikit sebanyak mengetahui bahasa pertuturan orang asli.
apabila dia terkena penyakit cacar air, dia tanpa menghiraukan penyakit tersebut terus juga meredah hutan memasuki kampung orang asli untuk melakukan tugasnya. baginya itu hanyalah masalah kecil. walaupun doktor memberinya cuti selama seminggu, namun dia tetap bertegas untuk masuk ke perkampungan orang asli. orang asli yang melihat keadaannya sedemikian mungkin kerana kasihan telah memberikan ramuan untuk membuat ubat bagi mengubati penyakit tersebut.
bagi mengubati penyakit tersebut sekaligus supaya tidak meninggalkan parut di badan dan muka, orang asli di perkampungan itu menggunakan buah kelapa tua, tetapi kulitnya masih berwarna hijau. ertinya kelapa tersebut apabila digoncang akan kedengaran kocakan air di dalam buahnya, menandakan sudah tua, tetapi kulit luarnya masih belum bertukar warna koko. buah itu dipetik dari pokok ataupun dikait.
seterusnya kelapa tersebut dikupas, dibelah tempurung dan diambil isinya. kemudian dicampur air dan diperah untuk mendapatkan santannya. santan kelapa tersebut kemudiannya dimasak sehingga keluar minyak kelapa. proses memasak tersebut agak lama, iaitu sehingga menggelegak dan bahagian atas mengeluarkan minyak kelapa. minyak tersebut diambil untuk disimpan bagi kegunaan harian seperti memasak dan mengurut.
apabila semakin banyak minyak yang terhasil, maka akan ada sisa2 santan yang dikenali sebagai 'tahi minyak' di bahagian dasar kualiperiuk. maka tahi minyak itulah yang akan digunakan untuk ditempekkan kepada badan yang ditumbuhi butiran cacar tersebut. masa meletakkan tahi minyak pula bilamana butiran tersebut baru pecah, jangan sampai sudah kering dan berparut. begitu juga jangan disapu ketika butiran baru tumbuh dan pecah semuanya.
sebenarnya masih amat banyak lagi petua dan ubatan tradisional yang diamalkan oleh orang asli yang masih menjadi rahsia mereka sekiranya terkena penyakit. sebagai contohnya, perempuan orang asli yang baru melahirkan anak, keesokannya kelihatan sudah sihat membasuh kain dan melakukan kerja rumah. pasti ada ubatan yang mujarab yang masih menjadi rahsia perubatan bagi tiap2 puak orang asli di malaysia!
