PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Oct 13, 2008 at 10:12 o\clock

ribuan burung layang-layang di gambang

by: zaris   Keywords: burung, layang, layang

ketika pulang ke kuala lumpur selepas berhari raya  di terengganu selama semingu, kami telah melalui lebuh raya pantai timur. terdapat satu kejadian yang belum pernah aku lihat dan alami selama ini, iaitu beribu2 burung layang berterbangan di udara ketika singgah di RnR gambang. Beberapa buah kereta yang berhenti rehat di RnR di situ juga kelihatan agak kagum dengan kejadian tersebut. masing2 tidak putus2 mendongak kepala melihat suasana itu.

kawan pada adikku mencuba untuk merakam kejadian tersebut dengan kamera telefon bimbitnya.akan tetapi mungkin disebabkan keadaan hari yang hampir maghrib dan agak gelap, gambar tersebut tidak menjadi.

Sebelum itu aku pernah mengalami kejadian yang hampir sama, tetapi yang banyak ialah rama2 beribu2 jumlahnya. rama2 itu berwarna hitam.Kejadian itu berlaku ketika aku balik kampung bersama2 saudaraku ke kampung lebih kurang lima tahun yang lepas. Aku menyedari keadaan tersebut apabila aku berhenti di stesen minyak Temerloh. Beratus-ratus rama-rama (mungkin kupu-kupu) berwarna hitam berterbangan dan menghinggapi stesen minyak tersebut. Sebahagiannya telah manjadi bangkai jatuh dilantai stesen minyak tersebut, dipijak oleh kenderaan yang keluar masuk dan orang yang lalu lalang.

sebenarnya lebuh raya pantai timur adalah lebuhraya yang dibina merentasi kawasan hutan pahang. seperti yang dimaklumi oleh kebanyakan orang, kawasan hutan tebal mempunyai banyak misteri yang belum terbongkar. oleh itu, kejadian yang agak pelik dan luar biasa mungkin dialami oleh sesiapa sahaja yang melalui jalan berkenaan.

aku telah menceritakan kejadian tersebut kepada beberapa kenalanku tentang kejadian tersebut. hampir kesemuanya menganggap sebagai pelik dan jarang2 berlaku. ada seorang yang beranggapan bahawa ketika kejadian tersebut, biasanya ada seorang alim bertaraf wali berada di tempat tersebut. burung yang berjumlah ribuan banyaknya seolah2 meraikan orang alim yang bertaraf wali tersebut. entahkan betul atau tidak hanya Allah sahaja yang mengetahuinya hikmah disebalik kejadian tersebut.