PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Sep 10, 2008 at 09:37 o\clock

sembang2 solat tarawih

by: zaris   Keywords: solat, tarawih

Apabila tibanya bulan Ramadhan, maka orang Islam akan mengunjungi surau2 dan masjid berdekatan untuk bersolat tarawih di waktu malam. ini mewujudkan suasana yang agak meriah di mana masyarakat muslimin di sesuatu kawasan beramai2 sama ada lelaki atau perempuan, tua atau muda, bahkan akanak2 ke masjid atau surau untuk solat bersama2. apabila habis tarawih, maka akan ada pulak jamuan ringan atau moreh yang disediakan untuk jemaah.

kadang2 aku sendiri kurang faham dengan cara sembahyang tarawih, terutamanya berkaitan dengan bilangan rakaatnya. yang biasa dibuat di kampung ialah 20 rakaat, dan ditambah dengan witir sebanyak tiga rakaat. ada juga sesetengah surau yang hanya membuat lapan sahaja dengan ditambah tiga rakaat witir.

aku pernah solat di gemencheh dan sesuatu yang baru bagiku apabila surau di situ membuat solat tarawih sebanyak 10 rakaat. bacaan tasbih yang dibaca oleh bilal dan jamaah antara solat pula adalah berlainan daripada yang biasa. aku melihat di dinding depan bahagian surau digantung satu risalah besar dan panjang yang tertulis bacaan tersebut dan cara melakukan solat tarawih dengan cara 10 rakaat.

apabila bilal membaca tasbih, maka jamaah akan membaca yang tertulis dan kelihatan sedikit susah, apatah lagi bagi jamaah yang sedikit tua dan lambat membaca. sebenarnya ianya mungkin arahan daripada jabatan mufti negeri sembilan. ini kerana risalah besar itu berlambangkan logo pejabat mufti dan tertulis jabatan musti negeri sembilan.