kenangan di penjara kajang 19
apakah kalian meminati dunia muzik dan perfileman tanah air? kalau kalian minat tentu kalian mengenali artis2 malaysia yang sesetengahnya agak masyur dan apabila disebut namanya pasti dikenali ramai. sebahagian daripada artis itu amat diminati oleh peminat fanatiknya, walau pun tidah diketahui bagaimana perangai sebenar artis tersebut dibelakangnya. sesetengah bahkan sebahagian besar artis malaysia amat teruk akhlaknya seperti menghisap dadah, minum arak, bertukar2 pasangan seks dan terlibat dengan kongsi gelap.
penjara kajang, bahkan lain2 penjara di malaysia sebenarnya menyimpan banyak kisah suka duka artis malaysia yang pernah mendiaminya gara2 terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang2 negara. bahkan ada juga setengah artis yang mana dalam lakonan selalu memegang watak ustaz dan tuan guru yang alim, tetapi hakikatnya adalah kaki perempuan dan tidak berpuasa di bulan ramadhan!
sekiranya kakitangan penjara bersembang dengan banduan2 yang terlibat dengan dadah, dan ditanya tentang penyanyi lagu azura dan gadis melayu, maka mereka akan tersenyum dan akan bercerita dari a sehingga z tentang kehidupan artis tersebut. kawasan chow kit merupakan tempat untuk mendapatkan bekalan. penyanyi itu apabila mahukan bekalan akan ke kawasan tersebut dan tanpa keluar dari kereta meminta dengan penjual di kawasan itu.
dia akan menggunakan dadah tersebut tanpa berkongsi dengan orang lain. jarum yang digunakannya hanya untuk dirinya sendiri sahaja. cara begini agak bijak kerana dapat mengelakkan penyakit berjangkit sekiranya berkongsi jarum dengan penagih lain. dia dikatakan mula2 pekena benda yang mengkhayalkan ini apabila mahu menghilangkan perasaan gemuruh naik ke pentas, dan apabila sudah 'lalok' maka dia kelihatan lebih yakin dan bertenaga.
beberapa kali dia masuk penjara dan pusat pemulihan dadah, tetapi hasilnya tetap macam dulu, iaitu tidak dapat menghilangkan ketagihannya. beberapa buah lagu dinyanyikannya dengan penuh perasaan dan menjadi kegilaan anak2 remaja menggambarkan perasaannya yang berkecamuk. lagu yang paling top adalah lagu 'sendiri' dan 'mati hidup semula'. ajaibnya lagu itu seolah2 diingati sesetengah liriknya oleh kakitangan penjara, apatah lagi oleh banduan.
ada seorang pelakon yang kerap melakonkan watak ustaz dan tuan guru pernah masuk berlakon dalam penjara. penggambaran drama tersebut dilakukan waktu bulan puasa. apabila tibanya masa rehat, dia meminta seorang banduan menolongnya membelikan air minuman di kantin penjara. tanpa segan silu seolah2 orang2 dalam penjara adalah manusia yang tidak beragama. maka banduan itu pun pergilah membeli air kepadanya. seterusnya dengan selamba dia meminum air tersebut.
kebetulan masa itu seorang ustaz unit agama penjara kajang melalui kawasan tersebut dan terlihat pelakon tersebut sedang meminum air. kerana terkejut dia terus berhenti dan terus 'sound' pelakon tersebut agak lama. dia menyuarakan rasa kecewa dengan keadaan sebenar pelakon itu yang pandai berpura2 berlagak alim. pelakon itu hanya mampu menundukkan muka, mungkin terkejut mendapati bahawa dalam penjara masih ada orang yang beragama walaupun berada di tengah masyarakat yang terbuang!
pelakon itu kini dilaporkan terdampar sakit otak di hospital di kuala lumpur. mungkin sedikit pengajaran kepadanya kerana seolah2 mempermain2kan hukum Allah Taala dan bersifat munafik sesama Muslim.
sebenarnya ini bukan kali pertama 'orang luar' penjara berlaku kurang ajar dan tidak menghormati kakitangan dan banduan di penjara. suatu ketika dahulu seorang anggota polis yang datang menghantar pesalah ke penjara kajang pada bula puasa telah datang ke kantin dan meminta supaya banduan membuatkan air kepadanya. kebetulan ketika dia tengah sedap menyedut air, tiba2 secara kebetulan seorang ASP penjara melalui tempat tersebut. dia terus bertanya polis tersebut, kenapa minum air di bulan puasa? tergagap polis tersebut menjawab. seterusnya dia menyatakan tidak patut seorang penguatkuasa undang2 sendiri mempunyai perlakuan yang begitu. bagaimana seekor ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus dan bagaimana sebatang tiang yang bengkok mahu mendapatkan bayang2 yang betul!
seterusnya ASP tersebut menyindirnya, kalau mahu juga minum air tersebut, minumlah jauh2 sikit dan lokasinya di belakang tandas. polis tersebut yang bodoh dan tidak 'tahu bahasa' terus bangkit dan pergi menghisap air di belakang tandas. banduan yang kebetulan berada di situ tergelak bersama2 dengan beberapa orang wader. polis yang perasan dia digelakkan sedikit berubah mukanya, tetapi dia tetap meminum air tersebut dan tidak membuangnya. betapa bebal dan tidak malunya dia!
seorang artis lelaki yang menyanyikan lagu suci dalam debu beberapa kali masuk penjara kajang. artis ini seperti juga dengan azura adalah seorang yang menghadapi masalah untuk meninggalkan tabiat ketagihan dadah. kali terakhir dia masuk penjara tahun 2004 atau 2005. wader penjara apabila mengetahui dia masuk balik membulinya dengan menyuruh menyanyi tanpa henti 2-3 jam. beberapa kali dia menyatakan 'penatlah cikgu, laparlah' tetapi dengan selamba wader terus dia menyanyikan lagu demi lagu. lagu2 yang dinyanyikannya amat menusuk jiwa dan memberi kesan kepada banduan lain.
artis ini ketika bebas dan berada di luar penjara sering dijemput untuk menyampaikan lagu apabila pihak penjara membuat sebarang program di padang bola sepak dan di padang kawad. dia pula selalunya tidak akan menghampakan tawaran menyanyi daripada pihak penjara. apabila menyampaikan lagu, dia akan menyanyikan dengan penuh perasaan dan emosi. lagu 'berakhirku di pintu besi...', lagu 'juita' apabila dinyanyikan akan membuatkan banduan bahkan kakitangan penjara merasa terhibur. mungkin kerana dia merasakan dia senasib dengan banduan yang terpaksa bergantung hidup dengan dadah membuatkan dia ingin berkongsi perasaan lagu tersebut bersama2.
sebenarnya terdapat juga di kalangan artis yang masuk ke penjara kajang telah disyaki pembawa virus hiv. namun begitu, identiti artis tersebut tidak patut didedahkan kerana membuka aibnya. ini diketahui dengan cara penggunaan bekas makanan yang berwarna khas.
seorang komposer atau penulis lirik dimasukkan ke panjara kajang dengan tuduhan menggelap duit yang diamanahkan kepadanya. akan tetapi menurut komposer tersebut, dia sebenarnya difitnah dan perancangan untuk mengenakannya telah diatur oleh orang tertentu untuk menjatuhkannya dan memberi aib kepadanya dan keluarganya. kisahnya bermula apabila dia telah diberikan sejumlah duit, dan duit itu sepatutnya diberikan kepada satu pihak. sememangnya dia mahu menyerahkan duit tersebut pada pihak yang sepatutnya diserahkan pada 2-3 hari kemudian.
akan tetapi, secara tiba2 pasukan polis datang dan menangkapnya dengan tuduhan menggelap duit tersebut. seseorang telah melaporkan kepada polis kononnya dia telah mengkhianati amanah tersebut. menurutnya, dia tidak sempat memberikan duit itu kepada yang sepatutnya dan seseorang telah merancang dengan teliti untuk mengenakannya sebelum dia sempat memberikan duit tersebut. kesudahannya dia telah dipersalahkan dan dimasukkan ke penjara untuk suatu tempoh tertentu.
bersambung...
