kesilapan seseorang pemimpin
Bila disebut pemimpin atau ketua, sama ada memimpin sesuatu organisasi, sesuatu kawasan bah sesuatu negara, maka kebijaksanaan adalah perkara yang amat perlu. kebijaksanaan ini perlu disesuaikan mengikut tempat dan situasi semasa. karisma dan kewibawaan seseorang ketua akan teruji apabila berhadapan dengan sesuatu masalah yang memerlukan kecekapan mengambil tindakan dan keberanian menghadapi risiko di atas tindakan yang diambilnya.
ramai orang bercakap berkaitan dengan sifat pemimpin yang hebat dan bijak. hatta ketua jabatan kerajaan dan pegawainya sering memberikan ceramah dan membentangkan kertas kerja berkaitan perkara ini. akan tetapi kadang2 si pembentang kertas kerja sendiri amat ketara kelemahannya dalam mentadbir organisasi dan jabatannya.
aku sendiri pernah berkhidmat dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta di beberapa tempat dan beberapa negeri telah menjumpai bermacam2 jenis ketua. ada antaranya ternyata hebat. hebat pada pertuturannya, psikologinya berhadapan dengan karenah orang bawahannya dan masyarakat sekeliling. ada sesetengahnya hanya hebat dan dalam mengendalikan kerja di jabatannya sahaja, tetapi kurang disenangi oleh ketua bahagian lain. ada juga yang kewibawaanya dan ketokohan boleh dikatakan tiada langsung, sehinggakan sistem pentadbiran berterabur dan hilang rasa hormat orang bawahan kepadanya. ada juga yang bersikap berdendam kepada orang bawahannya dan bermacam2 lagi.
ketika aku berkhidmat di sabah, aku berkhidmat di bawah seliaan seorang ketua yang aku kira seorang yang bijak membaca perangai dan tingkah laku orang bawahannya, pandai memotivasi kakitangannya tetapi dalam masa yang sama bijak membina batasan antara seorang ketua dengan orang bawahannya. ketika baru melapor diri untuk berkhidmat di sana, dia mengajakku ke biliknya dan berbual ringkas dengan bahan2 ringan dengan mengatakan keseronokan bekerja dalam suasana ceria seolah2 sebuah keluarga. dia menunjukkan reaksi seolah2 amat menyukai kehadiran aku di sana. dia langsung tidak menceritakan masalah kerja di sana dan menyatakan bahawa sekiranya apa2 masalah pasti dapat diselesaikan bersama2 dengan kemahiran dan kepakaran masing2.
betullah orang kata, pandangan dan pengalaman pertama dengan seseorang akan menentukan tanggapan untuk hari2 seterusnya pada orang tersebut. mengikut pendapat sebuah buku yang dikarang oleh seorang pakar motivasi, perkara pertama yang akan memberi tanggapan awal pada seseorang adalah wajah, sama ada menceriakan untuk didekati, kelihatan agak serius dan sedikit sombong yang memerlukan sikap berhati2 apabila mendekatinya dan keadaan wajah yang agak garang yang membuatkan tidak perlu didekati melainkan apabila terpaksa, dan itu pun dengan cara yang yang serius. perkara kedua yang akan memberikan gambaran awal ialah cara bercakap, sama cara bercakap dengan suara ceria dan setiakawan (friendly), menceritakan kehebatan diri dan berkecenderungan cuba mengarah. perkara ketiga adalah tingkahlaku dan itulah faktor terakhir dalam memberikan gambaran awal terhadap seseorang yang baru dikenali.
ternyata ketua baru tersebut memang mengetahui sedikit sebanyak tentang psikologi tersebut. gambaran pertama yang dapati berkenaan dengannya memberikan aku sedikit perasaan untuk lebih mendekatinya dan memberikan semangat untu bekerja di bawah seliaannya. dia tidak terus menunjukkan tentang kelemahan sesetengah orang bawahannya, tetapi seolah2 seperti melihat reaksiku tentang persekitaran di situ. dia seolah2 mahu mengetahui pandanganku secara tidak langsung dan mencari jalan untuk memahami aku. perwatakannya yang ceria tidak langsung menunjukkan kegusaran tentang tanggungjawabnya yang banyak dibebankan keatasnya.
selama setahun lebih aku berkhidmat di bawahnya dan aku mendapati dia memang seorang yang hebat. setelah lebih kurang enam bulan berada di sana, aku mendapati ada juga sesetengah kakitangan yang seolah2 membenci dan tidak berpuas hati dengannya, tetapi cara yang diambilnya untuk menangani orang2 tersebut adalah bijak. dia mengetahui bahawa terdapat 2-3 orang yang tidak berpuas hati dengannya sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkannya, namun dia seolah2 menganggap sebagai asam garam pekerjaan yang mematangkan kebijaksanaan dalam pergaulan. anehnya di langsung tidak menunjukkan sikap permusuhan dengan orang bawahannya yang berperangai sebegitu, dan itulah sikap yang bijak bagi seorang ketua, iaitu tidak mendendami orang bawahannya. aku amat mengagumi sikap begitu yang jarang dimiliki oleh seorang pemimpin yang berkarisma!
aku sebenarnya menjumpai ramai ketua yang bersikap mendendami orang bawahannya. sikap mendendami dan menekan anak buah sebenarnya akan memakan diri ketua itu sendiri. secara tidak langsung akan menonjolkan kelemahannya yang gagal bersikap profesional, bahkan lebih bersikap emosional dan mengikut perasaan. sikap sebegini akan cenderung untuk menjadi seorang yang pilih kasih dan tidak bersikap adil.
seorang ketua telah mengambil pendekatan mengugut orang bawahannya dengan sms. segala perlakuan orang bawahannya yang mengandungi kesalahan digunakan sebagai bahan ugutan supaya orang bawahannya tidak melawannya dan mengikuti semua arahannya. orang bawahannya yang merasakan akan diambil tindakan sekiranya 'buat hal' dengan pegawainya terpaksa mengikut sagala kata2 bosnya walau pun hatinya menyampah dan geram. akan tetapi dia tidak mampu membuat apa2. adakah keadaan pegawai atasan begini boleh dianggap bijak dan betul? sukar dijawab persoalan ini disebabkan keadaan orang bawahan tersebut mempunyai perwatakan yang memerlukan cara yang berbeza untuk dikawal. adakah cara begini boleh dianggap sebagai salah satu cara yang berkesan untuk mengawal orang bawahan yang degil?
bersambung..
