kenangan di penjara kajang 18
di penjara kajang ada satu blok yang menempatkan banduan yang memang disahkan sebagai pengidap HIV positif. dulunya blok itu diberi nama blok harapan. akan tetapi namanya ditukar kepada blok tawakkal. mungkin penukaran nama itu difikirkan lebih munasabah dan lebih oleh pihak pentadbiran penjara kajang. aku tidak pasti sama ada nama itu masih kekal atau pun sudah ditukar kepada nama lain. jumlahnya lebih kurang 300 orang daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa.
keadaan blok ini amat bersih. banduan HIV amat mementingkan kebersihan. bahagian koridor dalam blok yang menempatkan sel2 lokap sentiasa disapu bersih dan amat selesa. begitu juga dengan bahagian tepi2 blok yang ditanam dengan bungaan dan lain2 tanaman hiasan untuk mengindahkan suasana. keadaan fizikal banduan HIV jika dilihat dari mata kasar kelihatannya sihat dan tidak mempunyai masalah melakukan aktiviti seperti lain2 banduan. apabila hari sukan banduan, mereka juga turut sama menyertainya. mereka juga mewujudkan pasukan bolasepak blok yang kadang2 dapat menewaskan pasukan blok lain.
sebenarnya masih banyak lagi banduan yang disyaki mengidap HIV. mereka ditempatkan diblok lain. mereka adalah suspek yang bila disahkan HIV positif barulah akan dipindahkan ke blok ini. ini kerana semakin hari samakin ramai penagih yang didapati mempunyai virus berbahaya ini. dadah yang amat banyak di malaysia dan berleluasanya perzinaan memudahkan lagi jangkitan penyakit tersebut.
penghuni di blok itu adalah daripada berbagai bangsa. daripada melayu, cina, india dan lain2 bangsa minoriti. akan tetapi yang paling ramai adalah berbangsa melayu yang semestinya adalah beragama Islam. apabila bercakap dengannya kenapa boleh terkena virus HIV, maka meraka akan memberitahu bahawa biasanya melalui perkongsian jarum ketika menagih dadah. jarum yang disuntik kedalam badan dikongsi dengan kawan2 sepenagih yang sudah mempunyai virus HIV dengan senang sahaja akan merebak.
satu lagi cara merebak ke dalam badan meraka adalah kerana melakukan hubungan seks dengan amat bebas tanpa mengenali perempuan yang melakukan seks dengannya. sifat suka melepaskan nafsu dengan pelacur yang memang mempunyai virus ini akan memudahkan untuk dijangkiti. walaupun melakukan hubungan seks dengan memakai kondom, ianya sebenarnya masih belum menjamin daripada keselamatan dalam melakukan hubungan seks sedemikian, iaitu dengan mana2 perempuan yang tidak dikenali.
apabila banduan di blok ini mati, maka semua barang yang digunakannya akan dibakar. daripada tilam, selimut, seluar dan bajunya akan dibakar untuk mengelakkan daripada berjangkit. setiap sebulan biasanya akan ada banduan akan dihantar ke hospital untuk diawasi di sana, dan kebiasaan akan mati setelah menderita dengan azab yang cukup menyiksakan.
aku pernah melihat seorang banduan yang dihantar ke hospioal kajang. dia mati di hospital tanpa ditemani oleh sanak saudaranya. dia hanya bertemankan pegawai penjara dan kakitangan hospital yang yang menyaksikan dengan perasaan yang bercampur baur. dia diletakkan dalam bekas khas yang mana orang lain hanya boleh melihatnya dari luar. kelihatan darah keluar dari hidung dan mulut serta matanya berair. badannya kelihatan berlainan dari badan manusia normal. sungguh kasihan melihatnya menanggung azab sebegitu.
sebahagian daripada banduan hiv yang meninggal dihospital kajang tidak dituntut oleh keluarga meraka. mereka seolah2 membuang dan tidak mengaku bahawa banduan itu ahli keluarga mereka. mahu tidak mahu pihak penjara kajang dengan kerjasama pihak hospital kajang dan hospital kajang akan menguruskannya sehingga selamat dikebumikan. begitu azab siksa yang ditanggung semasa hidup penghidap hiv, sehinggakan bila mati pun tetap disisih oleh keluarganya!
di blok tawakkal, pagawai yang bertugas sebenarnya tidak memakai apa2 alat keselamatan. mereka hanyalah memakai unifom biasa dan bercampur dengan banduan tersebut seperti biasa. walau pun virus itu tidak merebak dengan cara bersentuhan, tatapi mereka sentiada berwaspada. pegawai yang bertugas perlulah sentiasa mengamalkan kebersihan yang sewajarnya. mereka perlulah kerap membasuh tangan dan muka. ini adalah nasihat doktor yang perlu diamalkan. mereka juga perlu sentiasa berhati2 dalam menggunakan barang yang sama yang digunakan oleh banduan di blok tersebut.
ketika aku masih berkhidmat di penjara kajang, kakitangan penjara tidak mempunyai elaun kritikal walaupun terdedah kepada bahaya dan risiko yang yang amat jelas. wader dan pegawai penjara yang bertugas hanyalah boleh merungut dan bertawakkal semoga tidak dijangkiti virus hiv ketika bertugas. kakitangan bawahan seringkali menyalahkan pegawai atasan yang tidak menjaga kebajikan mereka, sedangkan risikonya amat jelas!
perkara yang paling perlu diperhatikan ialah sekiranya banduan itu berdarah. berdarah sama ada luka kudis, terjatuh atau pun bergaduh. pegawai penjara yang bertugas perlulah menangani dengan berhati2 kerana darah yang mengandungi virus HIV mudah merebak. alat yang digunakan untuk memotong kuku dan menggunting rambut patut dijauhi dikhuatiri terdapat kesan darah banduan. walau pun bagitu, ada juga sesetengah pegawai yang selamba bergunting di blok itu dengan digunting oleh banduan tersebut.
salah satu ketakutan banduan hiv adalah air hujan. sekiranya mereka sedang bermain di luar blok dan tiba2 hujan turun, mereka pasti akan lari berkeliaran menyelamatkan diri berteduh di tempat yang tidak terkena air hujan. ini kerana air hujan amat berbisa kepada mereka. apabila mereka diserang sakit, biasanya sakit tersebut akan semakin teruk dan merebak keseluruh badan. seterusnya akan membawa kepada kematian.
sebenarnya sebahagian daripada banduan penghidap virus HIV adalah banduan yang tetap pergi ke surau setiap hari untuk menghadiri kuliah agama. apabila berada di surau dan bercampur banduan lain, adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan daripada bersentuhan dan bergesel dengan lain2 banduan. banduan2 lain pun seolah2 seperti tidak kisah dan tidak merasa apa apabila bersentuhan dengan mereka. kadang2 banduan yang memasak air dan membuat air kopi untuk minuman ustaz adalah banduan HIV. akan tetapi ustaz yang berceramah seolah2 tidak kisah dengan keadaan itu dan dengan selamba meneguk air tersebut apabila kehausan berceramah tanpa menampakkan sedikit pun riak kerisauan akibat daripada meminum air yang dibancuh oleh penghidap HIV tersebut.
walau pun kakitangan dan lain2 banduan kelihatan biasa dan tidak kisah bersentuhan dengan banduan HIV, namun mereka juga tetap berhati2. di surau ustaz dan lain2 banduan akan memerhatikankeadaan fizikal banduan HIV sama ada yang berkudi, berkurap atau yang mengalami luka2. mereka risau apabila banduan HIV yang luka dan berkudis menggaru sehingga sedikit berdarah dan seterusnya ingin bersalam dengan ustaz. biasanya ustaz ini akan cepat meninggalkan majlis tersebut dan menggunakan pelbagai helah untuk mengelakkan daripada bersalam dengan banduan begini.
begitu juga sekiranya banduan2 ini mengunakan pengetip kuku. kakitangan penjara sentiasa diingatkan supaya jangan sesekali meminjam pengetip kuku tersebut. ini dikhuatiri banduan yang menggunakan pengetip kuku itu terketip kulit berhampiran kuku dan terluka. maka darah dari luka tersebut yang melekat pada pengetip kuku tersebut dikhuatiri terkena kepada orang lain yang menggunakan pengetip kuku itu.
pegawai dan wader penjara juga amat berhati2 sekiranya berlaku pergaduhan di kalangan banduan blok ini. mereka khuatir sekiranya pergaduhan tersebut mengakibatkan kecederaan dan berdarah. darah yang keluar dari luka yang mengandungi virus hiv dikhuatiri akan mengjangkiti orang lain.
sekiranya seorang pagawai kesihatan datang ke penjara untuk berjumpa dan memberikan apa2 rawatan kepada banduan HIV, pegawai tersebut akan mengelakkan daripada bersentuhan dengan banduan, walaupun dia sendiri yang menyatakan bahawa bersentuhan tidak akan memindah virus tersebut. dia juga akan mengadakan jarak daripada berada dekat dengan banduan tersebut. penutup mulut juga akan dipakai. begitu juga dengan sarung tangan khas. kadang2 keadaan pegawai kesihatan yang terlalu berhati2 menimbulkan perasaan yang kurang senang di kalangan banduan HIV dan kakitangan penjara yang kerap menyatakan bahawa bersentuhan tidak boleh memindahkan virus tersebut, tetapi dalam masa yang sama mereka seolah2 mereka tidak yakin dengan fakta yang dicakapkannya!
